Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 28, 2008

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru...

Ucapan terima kasih tidak terhingga kuucapkan buat guru-guru yang sabar dalam menabur bakti kepada anak bangsa tanpa mengira waktu. Keikhlasan kalian dalam mendidik dan memberi ilmu kepada kami akan dibalas dengan rahmat dan keberkatan dariNya.

Istimewa buat kalian guru-guru yang pernah mengajarku sejak daripada zaman buta huruf sampai la dah besar panjang ni... Guru Tadika KEMAS, Puan. Jamaliah (1986), Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Maamor, Sungai Siput (U), Perak (1987- 1992) dan Sekolah Menengah Kebangsaan RLKT Lasah, Sungai Siput (U), Perak (1993-1997)

Jasa kalian tetap di ingatan...........

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu
Buat semua ibu di dunia ini especially mak Ruzi Ngah Othman dan Partimah Basiran, 'Selamat Hari Ibu'... perit jerih kalian membesar dan mengasuh kami anak-anak tidak ternilai harganya. Bukan intan permata yang dapat membayar penat kalian menjaga makan minum kami. Bukan juga wang berjuta yang dapat menandingi kasih sayang kalian. Semoga semua ibu di dunia ini melalui hari-hari yang bahagia bersama insan-insan tercinta.
Buat diriku sendiri yang kini telah bergelar ummi kepada Nawal Ashiqin (setakat hari ni la kan...), semoga aku tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Akan kupastikan satu-satunya cita-citaku itu menjadi kenyataan, insyaAllah. Terima kasih kepada suamiku, Zailan Mohamad yang sangat dicintai kerana memilihku untuk menjadi ibu kepada anak-anakmu. (Sekarang ni baru sorang je la, hehehe...)

Selamat hari ibu...........

Laman dah semak ni....

Salam kembali...

Lamanya ummi tinggalkan laman ni. Uuuiisshhhh... penuh dah semak ni. Silap aribulan 'Cik U' pun leh wat sarang. Heeeee.... takut aaarrr. Bila dah lama tak jenguk sini tak tau le plak nak post ape. Hmmmm, any idea? Heheheh...

Actually banyak yang ummi nak post kan ni tapi agaknya dah banyak sangat jadik tak tau mana satu yang nak didahulukan. Dalam kepala otak ummi ni ada beberapa perkara:

1. Hari Bapa
2. Hari Ibu
3. Hari Guru
4. Nawal Masuk Wad (13-15 Mei 2008)
5. Kenduri kendara

Aaaahhhh...... banyak la sebenaunya. Aritu ummi tak masuk sini sebab busy sesangat. Nanti la yek ummi tulis lagi. Nanti jumpa lagi. Tatatititutu......