Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 30, 2015

Tangan baby kena gigit


Ni gambar tangan Husna kena gigit dengan Kakak Inshirah :(

Ummi tak ingat tarikhnya tapi lebih kurang 3 bulan lepas. Masa tu tengah tunggu abah beli barang kat pasar malam. Kakak Inshirah mengamuk dalam kereta sebab tak dapat ikut abah, menangis kuat macam budak kecik sambil meronta-ronta. 

Ummi biarkan je dia menangis sebab bila dipujuk makin galak pulak ragamnya. Haseena dan kakak siap menyanyi walaupun agak bingit jugak telinga ni, terpaksa dengar tangisan dan nyanyian dalam masa yang sama.

Dalam duk mengagah Husna, tiba-tiba dia melalak kuat. Memang Ummi keliru masa tu, nape pulak dia melalak walhal tengah sengeh2 kat Ummi. Bila dibelek nampak la kesan gigitan tu, dah memang sahlah Kakak Inshirah yang buat sebab Kakak dan kakak baby kat depan.

Kalau diikutkan macam dah terbakar je dengan kakak Inshirah ni tapi cuba kawal jugak. Sakit tau kena gigit, dah tu sampai berbekas camtu. Puas memujuk Husna sampai la kesan gigitan tu hilang. Kesian baby.

Akhirnya Kakak Inshirah minta maaf jugak. Minta maaf sebab gigit baby dan janji taknak nangis kalau tak dapat ikut abah... 

Friday, March 20, 2015

Ulang Tahun Kelahiran kami

Hari ni nak post gambar-gambar yang terkumpul dalam handphone ni aje, jadi jalan ceritanya agak ringkas ya.


Alhamdulillah, kakak Inshirah dah pun genap berumur 5 tahun pada 5 Januari lepas. Dia nak sangat kek yang bertemakan laut dan design tu pun dia yang pilih sendiri. Hajatnya tertunai. Kek sebegitu mahal harganya tapi sesekali layan je la permintaan dia.

Bagi Ummi, kek fondant ni memang sangat cantik dan mengujakan tapi kalau nak rasa yang lebih baik, kek biasa pun dah mencukupi. Kek aiskrim lagi sedap rasanya. Apapun rezeki kakak Inshirah merasa kek fondant ni. Penyu, tapak sulaiman dan ketam tu akhirnya hanya jadi mainan diorang je. 


Pada 24 Februari lepas, ulangtahun kelahiran abah yang ke 39. Semoga sayang dirahmati Allah selalu, sihat tubuh badan, ceria di samping 'bunga-bunga' kesayangan, manjadi anggota masyarakat yang baik, anak yang soleh, suami yang penyabar, abah yang penyayang dan mendapat segala kebaikan di dunia dan akhirat.


Ulang tahun kelahiran Ummi pula jatuh pada hari Isnin, 9 Mac. Alhamdulillah dengan segala nikmat yang telah diperolehi. Terima kasih Ya Allah.

Kakak baby makan burger


InsyaAllah 9 April depan, kakak baby dah 3 tahun. Cepatnya kamu besar nak...

Gambar ni Ummi rakam masa dia tengah semangat nak makan burger air tangan abahnya. Mula-mula je macam nak telan seketul terus, akhirnya Ummi pulak terpaksa habiskan. Sayang nak dibazirkan ke tong sampah. Faktor penyumbang kegemukan Ummi tu, hehehe...

Sekarang dia dah pandai jaga baby walaupun ada masa sangatlah kasar tingkah lakunya. Aduhai kakak baby, kamu juga dah pandai buli kakak Ashiqin dan kakak Inshirah kan. Kadang-kadang kesian jugak Ummi tengok kakak-kakak kamu tu, hehehe...

Rindu la kat kakak baby...

Wednesday, March 18, 2015

Rukun Islam dan Rukun Iman

Assalamua'laikum dan selamat petang...

Hari ni mari kita ingat semula tentang Rukun islam dan Rukun Iman yang kebiasaannya kita dah tahu sejak daripada kanak-kanak lagi. Tapi tak salahkan kalau kita mengaji semula :)

Kadang-kadang perkara asas macamni pun kita boleh lupa bilamana kita kononnya dah tahu sejak dulu lagi. Bila anak dah sekolah mula la pakai 'Cik Google' kan. Ok tak mengapa, asalkan kita jangan malu untuk ingat semula asas-asas ni. 

Rukun Islam ada 5 perkara iaitu :-

    1. Mengucap 2 kalimah syahadah
    2. Solat (5 waktu sehari semalam)
    3. Puasa
    4. Zakat
    5. Haji

Rukun Iman pula ada 6 perkara :-

    1. Beriman kepada Allah
    2. Beriman kepada Malaikat-malaikat
    3. Beriman kepada Kitab
    4. Beriman kepada Nabi dan Rasul
    5. Beriman kepada Hari Akhirat
    6. Beriman kepada Qada' dan Qadar.

InsyaAllah jika ada masa Ummi akan buat sedikit penjelasan mengenai Rukun Islam dan Rukun Iman ye. 

Jumpa lagi.

Thursday, March 5, 2015

Antara adab-adab ketika berkomunikasi

Assalamua'laikum dan selamat petang.

Harapan Ummi semoga semua orang sihat dan ceria. Cuaca panas yang melanda Malaysia sekarang ni jangan dipandang ringan ye...

Hmmm... waktu rehat ni rasanya Ummi nak sentuh sikit bab komunikasi 2 hala. Apa kena mengena pulak ye? Setiap hari kita kan berkomunikasi dengan orang lain, jadi serba sedikit kena la tau adab-adabnya kan...

Ok, bila kita berkomunikasi dengan seseorang atau lebih, kita kena pastikan dia/seseorang tu selesa dengan kita. Maksud selesa tu mungkin melibatkan keadaan, cuaca dan sebagainya. Kalau dah tengah panas nak berborak macam kat kedai mamak, baik lupakan je. Panas tu, berpeluh-peluh ketiak ok. Cer masuk kedai, pastu order teh o ais. Haa... kan sedap berborak. Oppss.... jangan terlebih waktu ye kawan-kawan, kalau dah nak habis waktu rehat tu tak reti-reti ke nak bangun? 

Oh ya, jangan lupa... bau mulut juga menyumbang kepada keberkesanan komunikasi. Kalau bangun pagi tak gosok gigi tak payah berangan la nak bercakap dengan orang ye. Kebersihan mulut tu penting kawan-kawan...

Selain daripada tu, respons dalam setiap komunikasi adalah penting. Maksudnya kalau satu pihak sedang berkomunikasi dengan kita, berikan balasan supaya dia/mereka faham kita sedang mendengar/nampak apa yang dibualkannya. Paling tidak pun katalah ya atau tidak. Kalau nak menggunakan bahasa isyarat seperti menggeleng, pastikan dia/mereka nampak supaya tidaklah ada orang rasa macam cakap dengan batu! Kalau sekali kita buat dek atau macam tak dengar/nampak, tak mengapa. Mungkin tak perasan. Tapi...... kalau dah berkali-kali memang ianya boleh membangkitkan kemarahan. Kalau nak tau rasa macammana menyampahnya bercakap dengan orang yang tak pandai berkomunikasi secara dua hala ni, tunggu la bila kena kat batang hidung sendiri. Masa tu jangan marah kat orang tapi fikir semula, " agaknya inilah yang diorang rasa bila aku buat dek je.."

Kawan-kawan jangan lupa untuk berkomunikasi dalam bahasa yang baik dan betul ya. Jangan memanggil seseorang dengan nama yang tidak disukainya atau makna yang kita panggil tu buruk maksudnya. Macammana kita nak dilayan dengan baik, macam tu la jugak orang lain. Penggunaan bahasa yang baik dan intonasi suara yang betul akan membuatkan seseorang/mereka selesa dengan kita.

Ok kawan-kawan..... tak susah pun nak praktikkan amalan komunikasi yang baik ni. Berlatihlah daripada sekarang supaya anak-anak atau adik-adik kita mendapat contoh yang baik.

Jumpa lagi. Sekian.