Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 23, 2015

Catatan hujung tahun

Assalamua'laikum...

Lamanya Ummi tak menulis apa-apa di sini, bukan lupa tapi kesuntukan waktu.

Alhamdulillah, kesibukan seperti kelaziman tiap tahun telah pun berakhir. Sekarang tengah mengemaskini apa yang patut untuk melangkah masuk 2016 pula. Masa dengan anak-anak ummi lebih banyak walaupun tidak mengambil cuti.

Tengok muka kamu 4 orang yang happy bilamana ummi dan abah ambil daripada taska pun dah buat kami senang hati. Best kan dapat balik siang, hehehe...

Seminggu duduk di kampung memang buat kakak dan adik bahagia sekali. Menjalani hidup sebagai anak kampung tentulah meninggalkan pelbagai kenangan. Lebih bermakna bilamana dapat berkumpul dengan Naqiuddin, Naqib, Najwa dan Adam. Semoga silaturrahim ini kukuh sehingga ke hujung nyawa.

Minggu ni kita akan balik ke kampung abah pulak cuma kakak dan adik tak pernah lagi tinggal dengan nenek dan atuk. Kat rumah tu dah takde sesiapa nak buat kawan main, jadinya memang tak pernah lagi korang berdua nak tinggal. Bukan ummi tak pernah offer ye.

Persiapan sekolah 2016 setakat ni hanya tinggal beberapa perkara lagi yang belum selesai. Pendaftaran dan buku sekolah dah diuruskan pada Isnin, 21 Disember 2015. Tinggal lagi nak cari alat tulis dan tracksuit, beg sekolah Haseena serta jahit lencana pada tudung kakak. Fuhhh... jenuh gak nanti nak menjahit lencana tu. Tahun ni ummi guna lencana tahun lepas je cuma kena gigih nak tetas semula jahitan lencana kat tudung lama tu.

Eh, kejap... anak ummi nak masuk 9 tahun dah rupanya. Cepatnya besar, rasa macam baru lagi ummi dan abah dukung budak yang dipanggil obesiti tu. Sekarang kecik dan kurus la pulak berbanding kawan-kawan sebayanya.

Banyak juga perancangan 2016 yang dah ummi senaraikan, cuma belum dibincangkan dengan abah lagi. Harapnya walaupun tak mencapai 100% perancangan tu, dapat 60% atau 70% pun dah cukup bagus. Yang penting usaha mesti berterusan.

2015 punya perancangan tidak sempurna mana pun tapi ianya membuatkan ummi mempertingkatkan lagi usaha dan belajar daripada kesilapan. Tapi, target ummi untuk bebas hutang sejak pertengahan tahun tu memang tercapai, yeayyy.... Syukur sangat sebab Allah memudahkan urusan-urusan berkaitan dengannya. 

Semoga kita sekeluarga mendapat yang baik-baik belaka, diberikan perlindunganNya serta dikurniakan kekuatan menghadap ujian yang mendatang. Selamat berjaya juga buat semua.

Ok, nanti ummi sambung lagi ya. Bye.