Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 30, 2013

Kurma

Kurma.

Hmm... sebut je kurma semu orang dah boleh bayangkan macammana bentuk dan rasanya. Dah nak dekat puasa ni lagi la orang teringatkan kurma. Cuma, makanan sunnah ni seringkali  diingat bila dah nak hampir Ramadhan. Sebetulnya makanan ni boleh dimakan bila-bila masa dan waktu.

Ummi memang suka makan kurma atau nama lain baginya ialah tamar. Kalau di pejabat bekalannya tak putus, cuma semenjak 2 bulan ni memang dah takde atas meja ni. Pasaraya yang selalu ummi beli kurma tu dah tutup. Tapi hari ni ummi dah beli kurma untuk bekalan sepanjang hari. Balik nanti ummi nak buat jus. Uuuu... sedapnya, tak payah campur gula, memang original manisnya. Rasa jus kurma yang kita buat sebenarnya lagi sedap daripadaa beli yang kordial tu. Ummi pun tak pernah beli yang kordial.

Khasiat kurma ni semua orang tau. Tapi ummi akan sebut jugak la sikit..

1. Memberi tenaga kerana ianya pantas diserap ke dalam tubuh badan.
2. Menguatkan ingatan. Bukan kismis saja tau yang boleh menguatkan ingatan kita.
3. Sangat baik untuk ibu-ibu hamil. Dikhabarkan ianya membantu proses kelahiran malah anak yang dilahirkan juga InsyaAllah berperibadi mulia seperti Rasulullah.
4. Kaya dengan serat dan potassium. 
5. Boleh merawat penyakit. Dikatan apabila kita memakan kurma Ajwa sebanyak 7 biji sehari, InsyaAllah terhindar daripada sihir. Wallahhua'lam.

Itu adalah sebahagian daripada khasiatnya. Kalau di'google'kan, banyak lagi kebaikannya. Ingat tak kisah Maryam ketika hendak melahirkan Nabi Isa di bawah pohon kurma? Oleh kerana sakit yang dihadapinya, Allah memerintahkan Maryam menggoncang pohon tersebut supaya kurma yang jatuh itu boleh dimakan. Hebatkan?

Pernah juga ummi baca yang kurma tulen tanpa diawet rasanya manis dan kelat sedikit berbanding yang telah diawet. Warnanya pun lebih kurang kuning gitu. Tak pernah ummi tengok depan mata, tengok dalam internet je. Sekarang ni macam-macam produk kurma dikeluarkan, contohnya kurma coklat, kurma badam, kek kurma... banyak...

Teringinnya ummi nak tengok kebun kurma. Ummi nak rasa yang fresh, kalau ada rezeki boleh beli banyak dan bawa balik ke Malaysia. Bestnya.... Okey la, setakat ni dulu. Nanti kita sembang-sembang lagi... 

Sekian.

Tuesday, May 28, 2013

Himpunan cucu mak dan ayah (2013)

Gambar yang ummi kepilkan ni adalah himpunan cucu-cucu sebelah keluarga ummi. Memandangkan ummi anak sulung, jadi tidaklah berapa ramai walaupun riuhnya dah mengalahkan 20 orang. He3...

Barisan hero heroin mak ayah ummi ialah :

1. Nawal Ashiqin Zailan (2007)
2. Wan Muhammad Naqiuddin Mohd Salahuddin (2009)
3. Nawal Inshirah Zailan (2010)
4. Nur Najwa Liyana Ahmad Daud (2010)
5. Nawal Haseena Zailan (2012)
6. Ahmad Adam Muaz Ahmad Daud (2012)

Sesekali mereka berjumpa, haaa.... riuhnya mengalahkan apa je. Kejap gelak, kejap gaduh. Dunia kanak-kanak hanya mereka yang tau keindahannya kan. Semoga mereka semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Ummi sayang kamu semua :)

Mydin Wholesale Hypermarket Meru Raya, Ipoh


Pada Sabtu 25 Mei lepas ummi telah berkesempatan untuk membeli belah (ecewah, he3..) di Mydin Meru Raya, Ipoh dengan abah, Pak Chu Eddy dan Haseena.

Niat yang asyik tertangguh tu akhirnya tertunai. Melangkah je kawasan Mydin ni, ummi rasa kagum sangat. Ianya sangat besar, selesa, mudah dan seronok. Orang lain mungkin dah biasa tapi bagi ummi ianya sangat mengujakan. Tahniah Dato' Haji Ameer Ali atas kejayaan ini kerana telah mewujudkan pandangan baru di sekitar Meru dan tentulah peluang pekerjaan juga terbentang luas.

Bukan setakat boleh membeli belah, kanak-kanak pun boleh main di tingkat paling atas. Jadi, tak bosanlah kalau nak ikut mak ayah ke Mydin ni. Pelbagai kemudahan ada seperti ATM, kedai makan, kedai tudung dan macam-macam lagi malah stesen bas pun sebelah je. Dulunya stesen bas di Gopeng tapi sekarang ni semua dah berpindah ke sini dengan nama Terminal Aman Jaya. Jadi, warga Perak tu jangan tak pergi Mydin ni ye. Macam-macam ada :)

Tahniah atas wajah baru yang membanggakan.

Monday, May 27, 2013

Saat saya mengenali Shaklee


Shaklee.

Anda pasti pernah mendengar perkataan Shaklee bukan? Kalau tidak pun pasti pernah menjumpai perkataan itu di Mr. Google. Kenapa dengan Shaklee? Ehehe… saya nak bercerita tentang Shaklee sedikit dalam entry kali ini…

Dulu saya sendiri pun tak pernah dengar pasal Shaklee, sehinggalah ketika saya mencari maklumat mengenai kesihatan pada hujung 2011. Masa tu sedang sarat mengandungkan Haseena, umur 31 tahun. Jadi, almaklumlah akan kepenatan yang terpaksa saya tanggung ditambah pula dengan suami yang selalu bertugas di luar daerah.

Saya sering keletihan, samaada di tempat kerja mahupun ketika berada di rumah. Bukanlah mudah menguruskan kerja dan rumahtangga dalam keadaan sarat begitu. Lantas, saya terfikir akan kesihatan diri yang perlu dijaga rapi. Peningkatan usia dari tahun ke tahun membuatkan saya sedar sesuatu perlu dilakukan. Saya perlu cergas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Ketika ralit mencari maklumat, saya jumpa banyak betul blog yang menceritakan tentang produk Shaklee. Macam-macam ada, untuk kegunaan semua peringkat umur malah ada ganjaran juga untuk mereka yang menjadikan Shaklee ini sebagai sumber pendapatan tambahan. Masa tu tentulah saya mahukan produk yang sesuai untuk diambil selepas bersalin. Tambahan pula, saya berpantang sendiri di rumah. Kakak dah mula bersekolah, takkan saya nak dia bercuti selama 2 bulan di kampung. Jadinya, tentu tanggungjawab yang sangat besar sedang menanti saya pada masa akan datang.

Saya jumpa blog Kak N atau nama betulnya Norita Mohd Idris, seorang pengedar sah produk Shaklee. Saya membaca maklumat yang saya perlukan di blog Kak N sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, akhirnya saya faham bahawa pengambilan suplemen adalah untuk membantu kita menaiktaraf kesihatan kita. Diri sendirilah yang harus berusaha untuk kekal sihat disamping tawakkal kepada Allah setelah berusaha menjaganya. Jangan pula bila dah jatuh sakit baru nak makan suplemen, kesannya tentulah lambat.

Pesanan pertama saya ketika itu ialah set berpantang dan menyusu iaitu B Complex, Vitamin C 500mg, Vitalea dan Zinc. Saya hanya memulakan pengambilan vitamin tersebut selepas 2 minggu berpantang. Saya takut nak makan awal-awal sebab saya tak pernah mengambil sebarang suplemen sebelum ini. Takut badan terkejut sebetulnya. Lagipun Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang masalah ketika hamil mahupun selepas melahirkan kecuali Hb saya yang rendah. Susu pun nampaknya banyak, rezeki anak-anak yang dikurniakan Allah. Syukur sangat.

Sejak makan suplemen, saya rasa badan saya lagi segar daripada sebelum ini. Alhamdulillah. Bertitik tolak daripada itulah saya terus mengambil suplemen Shaklee dan saya menambah satu produk kepada produk Shaklee yang lain. Contohnya, beberapa bulan selepas itu saya menambah ESP, kemudian Ostematrix serta Vitamin E dan bulan berikutnya saya mencuba pula OmegaGuard. Sehingga kini saya juga telah menggunakan Perfomance Drink, Nutriferon dan Alfalfa.

Selepas mendapat kebaikan daripada produk Shaklee, saya berkongsi kebaikannya dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Saya mahu orang lain juga sihat seperti saya. Perlu diingatkan, bukanlah dengan memakan suplemen ini membuatkan kita sentiasa sihat tanpa sakit. Itu tanggapan yang sangat salah. Kita ni berikhtiar untuk menjaga kesihatan, selebihnya ketentuan Allah. Janganlah pula menolak ketentuanNya.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan tapi cukup dulu setakat ini. Saya akan menyambung kembali kebaikan Shaklee kepada anda.

Sekian, jumpa lagi.


~ Ikhtiar dan tawakkal kepada Allah~

*untuk mendapatkan konsultansi dan harga istimewa Shaklee, jangan segan untuk sms/whatssup ke talian 0192196843 atau emel ke roslinmohamednaziri@gmail.com. Anda juga boleh menggunakan id saya iaitu 877174 untuk membeli produk Shaklee di mana-mana cawangan yang dikunjungi. Semampu boleh saya akan cuba membantu, InsyaAllah.

Monday, May 13, 2013

Gambar lama




Terjumpa lagi gambar lama.... bila la nak print. Semenjak masuk zaman digital ni, banyak gambar dah tk diprintkan.... Penyakit M betul ummi ni..

Cameron Highland, 6 Februari 2012









Gambar ni ummi jumpa secara tak sengaja, masa ni Haseena belum lahir lagi. Persinggahan ke Cameron Highland pada Februari tahun lepas adalah secara tidak sengaja. Kami dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur sebenarnya.

Cakap-cakap orang yang dah berkahwin


Dah lama saya tak update blog ni, banyak menda berpusing2 tak lepas2 keluar. Idea menulis tu ada tapi dek kerana kesibukan tugas harian maka blog ni terbiar agak lama....

Kali ni saya nak bercakap mengenai hal rumahtangga walaupun hakikatnya rumah zaman moden ni banyak lif berbanding tangga, he3...

Perlu saya tegaskan di sini, apabila kita bercakap mengenai isu gender sampai dunia kiamat pun ianya takkan habis. Pasti ada tudingan jari kepada pasangan. Apapun yang akan saya perkatakan, mana yang baik ambillah jadikan panduan manakala yang sebaliknya jadikan pengajaran. Coretan ini juga ingatan buat saya sendiri yang adakalanya lalai.

Stress atau tekanan pasti pernah dirasai oleh semua orang terutamanya mereka yang telah berkahwin, tak kiralah suami mahupun isteri. Seringkali rumahtangga yang dilihat tidak berombak dianggap sangat bahagia manakala yang berantakan pastinya dilabel dengan pelbagai tuduhan atau tanggapan yang adakalanya tidak tepat langsung. Hati-hati ye Tuan-tuan dan Puan-puan... air yang tidak berombak itu tidak semestinya jernih sentiasa. Mungkin jernih pada kita yang memandang tetapi pada yang memikulnya tidak....

Jika kita melihat suami atau isteri sangat baik, tidak pernah komplen apa-apa tentang rumahtangga yang dilayari janganlah dianggap dia ok sentiasa! Ya benar, itu satu kenyataan! Sungguhpun pasangan kita ok, tanyalah khabar dia sesekali. Mungkin dalam diam dia mengharap supaya pasangannya bertanya tentang dirinya ataupun bercerita tentang apa saja dengannya. Suasana sunyi dalam rumahtangga boleh mnegundang kehambaran. Lazimya kita melihat si suami kurang bercakap dengan si isteri kerana kebetulan isterinya seorang yang berdikari maka pada fikirannya si isteri ok, baik2 aje. Jangan Tuan-tuan!

Apabila Tuan-tuan seorang yang sibuk dengan kerjaya, jadual dipenuhi dengan tugasan luar yang memakan masa berhari-hari, luangkanlah masa dengan sepotong ayat.. " sayang ok hari ni, penat tak? Anak2 nakal ke?" 

Keletihan menjaga anak-anak sendirian sukar untuk diungkapkan, dapat pula suami yang jenis tenang setenang air di kali. Aduhai….

Hanya mereka yang pernah melaluinya akan rasa bagaimana sukarnya memenuhi semua tuntutan. Saya sendiri sukar untuk memenuhi tuntutan yang biasa kita buat hari-hari. Pengalaman ditinggalkan suami membuatkan saya faham bagaimana ibu/bapa tunggal melalui hari-harinya. Saya selalu terbabas mengemas rumah, itulah yang membuatkan jiwa saya sakit. Nak sapu rumah pun kadang-kadang tak sempat. Masa tu la baru terfikir alangkah bagusnya kalau ada pembantu rumah. Tapi, disebabkan tiada kepercayaan untuk membawa orang luar hidup sebumbung dengan kami membuatkan saya nekad tidak mengambil pembantu rumah sehingga kini. Kalaulah masa akan datang fikiran saya berubah, tidaklah saya tahu pulak kan.

Oh ya, satu lagi yang selalu kita lupa, ucapan terima kasih kepada pasangan. Kalau dihitung sepanjang usia perkahwinan, berapa kali agaknya kita mengucapkan terima kasih kepada pasangan? Tak dinafikan, ada antara kita malu untuk mengucapkan terima kasih. Mengapa ye? Cuba-cubalah meringankan mulut untuk berterima kasih, hilang penat pasangan kita.

Ok, rasanya cukup sampai di sini. Lain kali kita kongsi lagi ya…