Shaklee.
Anda pasti pernah mendengar perkataan Shaklee bukan? Kalau
tidak pun pasti pernah menjumpai perkataan itu di Mr. Google. Kenapa dengan
Shaklee? Ehehe… saya nak bercerita tentang Shaklee sedikit dalam entry kali ini…
Dulu saya sendiri pun tak pernah dengar pasal Shaklee, sehinggalah
ketika saya mencari maklumat mengenai kesihatan pada hujung 2011. Masa tu
sedang sarat mengandungkan Haseena, umur 31 tahun. Jadi, almaklumlah akan
kepenatan yang terpaksa saya tanggung ditambah pula dengan suami yang selalu
bertugas di luar daerah.
Saya sering keletihan, samaada di tempat kerja mahupun ketika
berada di rumah. Bukanlah mudah menguruskan kerja dan rumahtangga dalam keadaan
sarat begitu. Lantas, saya terfikir akan kesihatan diri yang perlu dijaga rapi.
Peningkatan usia dari tahun ke tahun membuatkan saya sedar sesuatu perlu
dilakukan. Saya perlu cergas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang
diamanahkan.
Ketika ralit mencari maklumat, saya jumpa banyak betul blog
yang menceritakan tentang produk Shaklee. Macam-macam ada, untuk kegunaan semua
peringkat umur malah ada ganjaran juga untuk mereka yang menjadikan Shaklee ini
sebagai sumber pendapatan tambahan. Masa tu tentulah saya mahukan produk yang
sesuai untuk diambil selepas bersalin. Tambahan pula, saya berpantang sendiri
di rumah. Kakak dah mula bersekolah, takkan saya nak dia bercuti selama 2 bulan
di kampung. Jadinya, tentu tanggungjawab yang sangat besar sedang menanti saya
pada masa akan datang.
Saya jumpa blog Kak N atau nama betulnya Norita Mohd Idris,
seorang pengedar sah produk Shaklee. Saya membaca maklumat yang saya perlukan
di blog Kak N sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, akhirnya saya faham bahawa
pengambilan suplemen adalah untuk membantu kita menaiktaraf kesihatan kita.
Diri sendirilah yang harus berusaha untuk kekal sihat disamping tawakkal kepada
Allah setelah berusaha menjaganya. Jangan pula bila dah jatuh sakit baru nak
makan suplemen, kesannya tentulah lambat.
Pesanan pertama saya ketika itu ialah set berpantang dan
menyusu iaitu B Complex, Vitamin C 500mg, Vitalea dan Zinc. Saya hanya
memulakan pengambilan vitamin tersebut selepas 2 minggu berpantang. Saya takut
nak makan awal-awal sebab saya tak pernah mengambil sebarang suplemen sebelum
ini. Takut badan terkejut sebetulnya. Lagipun Alhamdulillah, saya tidak mengalami
sebarang masalah ketika hamil mahupun selepas melahirkan kecuali Hb saya yang
rendah. Susu pun nampaknya banyak, rezeki anak-anak yang dikurniakan Allah. Syukur
sangat.
Sejak makan suplemen, saya rasa badan saya lagi segar
daripada sebelum ini. Alhamdulillah. Bertitik tolak daripada itulah saya terus
mengambil suplemen Shaklee dan saya menambah satu produk kepada produk Shaklee
yang lain. Contohnya, beberapa bulan selepas itu saya menambah ESP, kemudian Ostematrix
serta Vitamin E dan bulan berikutnya saya mencuba pula OmegaGuard. Sehingga
kini saya juga telah menggunakan Perfomance Drink, Nutriferon dan Alfalfa.
Selepas mendapat kebaikan daripada produk Shaklee, saya berkongsi
kebaikannya dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Saya mahu orang lain juga
sihat seperti saya. Perlu diingatkan, bukanlah dengan memakan suplemen ini
membuatkan kita sentiasa sihat tanpa sakit. Itu tanggapan yang sangat salah.
Kita ni berikhtiar untuk menjaga kesihatan, selebihnya ketentuan Allah.
Janganlah pula menolak ketentuanNya.
Banyak lagi yang ingin saya kongsikan tapi cukup dulu setakat
ini. Saya akan menyambung kembali kebaikan Shaklee kepada anda.
Sekian, jumpa lagi.
~ Ikhtiar dan tawakkal kepada Allah~
*untuk mendapatkan konsultansi dan harga istimewa Shaklee,
jangan segan untuk sms/whatssup ke talian 0192196843 atau emel ke roslinmohamednaziri@gmail.com.
Anda juga boleh menggunakan id saya iaitu 877174 untuk membeli produk Shaklee
di mana-mana cawangan yang dikunjungi. Semampu boleh saya akan cuba membantu, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment