Dah lama saya tak update
blog ni, banyak menda berpusing2 tak lepas2 keluar. Idea menulis tu ada tapi
dek kerana kesibukan tugas harian maka blog ni terbiar agak lama....
Kali ni saya nak
bercakap mengenai hal rumahtangga walaupun hakikatnya rumah zaman moden ni
banyak lif berbanding tangga, he3...
Perlu saya tegaskan di
sini, apabila kita bercakap mengenai isu gender sampai dunia kiamat pun ianya
takkan habis. Pasti ada tudingan jari kepada pasangan. Apapun yang akan saya
perkatakan, mana yang baik ambillah jadikan panduan manakala yang sebaliknya
jadikan pengajaran. Coretan ini juga ingatan buat saya sendiri yang adakalanya
lalai.
Stress atau tekanan
pasti pernah dirasai oleh semua orang terutamanya mereka yang telah berkahwin,
tak kiralah suami mahupun isteri. Seringkali rumahtangga yang dilihat tidak
berombak dianggap sangat bahagia manakala yang berantakan pastinya dilabel
dengan pelbagai tuduhan atau tanggapan yang adakalanya tidak tepat langsung.
Hati-hati ye Tuan-tuan dan Puan-puan... air yang tidak berombak itu tidak
semestinya jernih sentiasa. Mungkin jernih pada kita yang memandang tetapi pada
yang memikulnya tidak....
Jika kita melihat suami
atau isteri sangat baik, tidak pernah komplen apa-apa tentang rumahtangga yang
dilayari janganlah dianggap dia ok sentiasa! Ya benar, itu satu kenyataan!
Sungguhpun pasangan kita ok, tanyalah khabar dia sesekali. Mungkin dalam diam
dia mengharap supaya pasangannya bertanya tentang dirinya ataupun bercerita
tentang apa saja dengannya. Suasana sunyi dalam rumahtangga boleh mnegundang
kehambaran. Lazimya kita melihat si suami kurang bercakap dengan si isteri
kerana kebetulan isterinya seorang yang berdikari maka pada fikirannya si
isteri ok, baik2 aje. Jangan Tuan-tuan!
Apabila Tuan-tuan
seorang yang sibuk dengan kerjaya, jadual dipenuhi dengan tugasan luar yang
memakan masa berhari-hari, luangkanlah masa dengan sepotong ayat.. "
sayang ok hari ni, penat tak? Anak2 nakal ke?"
Keletihan menjaga anak-anak
sendirian sukar untuk diungkapkan, dapat pula suami yang jenis tenang setenang
air di kali. Aduhai….
Hanya mereka yang pernah
melaluinya akan rasa bagaimana sukarnya memenuhi semua tuntutan. Saya sendiri
sukar untuk memenuhi tuntutan yang biasa kita buat hari-hari. Pengalaman ditinggalkan
suami membuatkan saya faham bagaimana ibu/bapa tunggal melalui hari-harinya.
Saya selalu terbabas mengemas rumah, itulah yang membuatkan jiwa saya sakit.
Nak sapu rumah pun kadang-kadang tak sempat. Masa tu la baru terfikir alangkah
bagusnya kalau ada pembantu rumah. Tapi, disebabkan tiada kepercayaan untuk
membawa orang luar hidup sebumbung dengan kami membuatkan saya nekad tidak
mengambil pembantu rumah sehingga kini. Kalaulah masa akan datang fikiran saya
berubah, tidaklah saya tahu pulak kan.
Oh ya, satu lagi yang
selalu kita lupa, ucapan terima kasih kepada pasangan. Kalau dihitung sepanjang
usia perkahwinan, berapa kali agaknya kita mengucapkan terima kasih kepada
pasangan? Tak dinafikan, ada antara kita malu untuk mengucapkan terima kasih. Mengapa
ye? Cuba-cubalah meringankan mulut untuk berterima kasih, hilang penat pasangan
kita.
Ok, rasanya cukup sampai
di sini. Lain kali kita kongsi lagi ya…
No comments:
Post a Comment