Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 29, 2018

SEA Games 2017


Seperti yang diketahui umum, Sukan SEA yang ke 29 telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 19 hingga 30 Ogos 2017.

Kami sekeluarga tak melepaskan peluang untuk pergi meninjau Stadium Bukit Jalil pada 27 Ogos dan malam penutup iaitu 30hb, menjelang hari kemerdekaan Malaysia esoknya. Alhamdulillah, hajat ummi nak bawa anak-anak tengok sendiri kejadian Sukan SEA ni tercapai. Moga jadi pengalaman yang manis buat anak-anak. Ummi memang teruja sepanjang sukan ni berlangsung, hari-hari mengadap tv tengok live kalau berkesempatan.

Walaupun tak dapat masuk tengok depan mata, jejak kaki ke stadium pun dah cukup bangga. Masa kami datang ni, kebetulan acara yang boleh ditonton secara percuma takde. Jadinya kami pusing-pusing aje di sekitar stadium. Nak tunggu perlawanan hoki, lambat sangat sampai malam. Nak masuk tengok acara renang, tiket pulak habis.

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat ummi snap, ada lagi sebenarnya tapi kena gali lagi dalam simpanan peti besi, hehehe...










Haji Cilik 2017.


Tahun lepas (23 Ogos 2017), Haseena join program Haji Cilik untuk tadika-tadika di bawah Jabatan Agama Islam Selangor di Masjid Shah Alam.

Kakaknya Nawal Inshirah 2 tahun berturut-turut join program ni masa kat Little Caliph. Siap naik bas daripada tadika seawal 7 pagi. 

Alhamdulillah, program ni sangat baik sebenarnya untuk mengenalkan anak kecil kepada Rukun Islam ke-5 tu. Bagi ummi, program camni perlu dikembangkan ke seluruh negara supaya pendedahan seawal mungkin dapat memupuk jiwa yang murni untuk kanak-kanak.  

Sebenarnya ummi ni kecut perut jugak nak lepaskan dia sebabnya budak sorang ni pemalu ya amat. Kalau nak buang air kecil, dia boleh tunggu sampai nak terkucil sangat baru bagitau. Tak risau sangat bab berkawan tapi sebab pemalu sangat tu sampai susah nak bercakap dengan orang. Orang tanya dia boleh diam membisu, berdiri tegak tak bergerak. Tapi kalau tak bagi join, bila lagi nak tingkatkan self confident dia kan..

Dengan bayaran RM70 (kalau tak silap), Haseena dibekalkan nota haji, telekung dan makanan. Telekung pada tahun 2017 nampaknya berkualiti sikit daripada sebelumnya. Alhamdulillah rombongan Haji Cilik tadika Haseena telah berjaya mencapai matlamatnya.

Tuesday, March 20, 2018

Kawan belajar


Ini kawan ummi masa belajar kat Shah Alam dulu, daripada satu asrama sampailah rumah sewa. Orang Felda Gedangsa dia ni, sekarang menetap kat Rawang.

Biasanya dia ada kursus kat tempat kerja ummi ni, tu dapat jumpa. Tun ni tetap maintain daripada dulu, slim walaupun dah 4 orang anak. Mulutnya tetap ramah.

Masa final year dulu, selalu juga bonceng motor dia kalau nak ke bengkel. Kalau tak pun, kami akan naik bas mini pink tu sama-sama. Kawan serumah yang lain ialah Aida, Nurul Huda, Suzi dan beberapa kawan lain yang berbeza kursus.

Harap lepas ni kita boleh jumpa lagi ye.

Percubaan membuat vietnamese roll






Ini adalah kali pertama cuba buat vietnamese roll. Hari Selasa, 5 Disember 2017 jam 8.30 malam. Si Inshirah sangatlah teruja nak tolong ummi walhal mak dia sendiri pun terkial-kial nak menggulungnya.

Sebelum cukup semua bahan ni, merata la cari rice paper tu sampai ke Pasaraya Syed yang kat Sungai Buloh. Sudahnya kawan sepejabat, si Isma yang jumpa kat Tesco dan belikan untuk ummi. Bahan-bahan lain tak susah pun nak cari. 

Untuk pertama kali buat, bolehlah dimakan seisi keluarga tapi dua orang budak kecil tu pilih makan udang je, hehe... Pencicahnya pakai sos cili je. Tak pandai lagi nak buat sos kacang tu. Nanti kita cuba buat lagi ye...

Wednesday, March 7, 2018

Love in the Moonlight

Sejak 2 tahun ni ummi layan balik drama Korea. Seingat ummi la kan, kali terakhir layan drama dari sana dalam tahun 2002. Masa tu dah abih ngaji kat UiTM dan tengah kerja kilang Carsem. Zaman tu drama dari cina lagi popular. Tak sangka sekarang ni k-pop dah jadi fenomena, hehe...


Ini adalah antara drama yang memang best kalau nak layan, Love in the Moonlight (adaptasi daripada novel Moonlight Drawn by Clouds).

Romantik gitu...

Keempat-empat mereka memang serasi.







Gambar kat bawah ni adalah scene yang paling menyayat hati ummi. Bagaimana besarnya rasa tanggungjawab seorang sahabat walau nyawa dipertaruhkan.



Arwah opah


Al Fatihah.

Ini arwah opah ummi (sebelah ayah), namanya Ngah Selamah. Tarikh sebenar arwah meninggal memang ummi tak ingat tapi masa tu ummi masih di sekolah menengah rasanya, dalam tahun 90-an camtu.

Arwah opah meninggal di rumah We, kakak ayah yang sulung disebabkan sakit tua. Sebelum arwah We jaga, opah memang keluarga ummi yang jaga. Lagipun rumahnya sebelah rumah kami je. Masa kami kecik, arwah opah yang tolong jagakan kalau mak ikut ayah pergi menoreh getah di Langkor. Orangnya agak tegas, bertubuh kecil, pembersih dan pandai memancing. Selain tu, nasi goreng dan bedak sejuknya adalah antara memori yang paling ummi ingat masa kami kecik-kecik dulu.

Kalau arwah memancing, dia tak guna pun batang pancing yang besi tu. Selamba je guna buluh dan umpan pancing. Tiapkali memancing, tak pernah opah balik dengan tangan kosong. Paling sikit pun ikan seluang. Sekarang ni, kemahiran opah tu menurun ke adik-adik ummi. Semua minat memancing.

Ummi suka tolong opah buat bedak sejuk walaupun bau busuknya boleh buat orang muntah. Berbulan-bulan opah rendam beras dalam balang sampai la beras tu lembut ya amat. Nanti beras tu opah akan hancurkan sehancurnya dan masukkan dalam kain putih, kemudian titikkan atas talam. Pastu biar kering dan gaul sket dengan daun pandan yang dihiris halus-halus. Tadaaa... dah kering maknanya dah boleh tepek kat muka, hehe..

Sekeliling rumah opah penuh dengan pokok buah-buahan. Memang kenyang makan buah la kalau tiba musim buah. Haaa.. masa ni selalunya abang kepada arwah atuk iaitu Tok Ein, akan datang halau monyet-monyet yang selalu makan buah-buah sekeliling tu. Pokok buah arwah Tok Ein pun banyak tapi dia tinggal di Pulau Mentimun, kampung sebelah.

Rumah opah tak besar, kecil je yang mana cukup untuk dia duduk sorang. Sangat kemas dan bersih. Kat bahagian tangga pintu depan, opah suka tanam pokok bunga yang akan layu pukul 5 petang tu. Radio birunya yang pakai bateri tu sentiasa bersiaran daripada pagi sampai ke petang. Air paip pulak memang berkongsi dengan kami yang mana kami akan angkut dengan baldi setiap pagi dan petang.

Walaupun dah hampir 20 tahun, kenangan dengan arwah opah tetap kemas dalam ingatan ummi. Semoga arwah opah, atuk dan ahli kelurga lain yang dah meninggal ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Tuesday, June 13, 2017

Masalah telinga

Sejak tahun lepas telinga ummi ni memang ada masalah dan pernah mendapatkan rawatan di Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Sungai Buloh. Alhamdulillah ianya sembuh tapi awal tahun 2017, masalah yang sama berulang lagi.

Pada 29 September 2016, doktor di Klinik AN-Nisa' suruh rujuk ke hospital sebab 1/3 daripada dinding telinga tu pecah. Istilah yang digunakan oleh doktor tidak dapat ummi fahami, jadi ummi guna bahasa biasa sahaja.

3 hari sebelum tu ummi rasa telinga kanan macam 'penuh', umpama ada air. Tapi yang peliknya takkan sampai 3 hari. Masa tu pendengaran dah berkurang dan ummi sangat tak selesa. Memang tiada langsung rasa sakit. Alhamdulillah sebelah kiri normal.

4 Oktober 2016, ummi buat temujanji di Klinik Pakar tapi rupanya doktor suruh datang 12 Oktober pula. Sementara tu habiskan dulu ubat yang ada. Ini merupakan pengalaman pertama ummi berurusan di klinik pakar kerajaan. Orang memang ramai sampai rasa letih menunggu tapi kita kena sabar kalau nak dapatkan khidmat doktor pakar. Rasanya kalau di hospital swasta pun lebih kurang juga waktu menunggunya.

Masa 12 Oktober tu, doktor 'cuci' telinga kanan ni sebab memang dah ada infection dalam telinga. Proses 'cuci' tu sekejap je tapi terkejut jugak dibuatnya sebab bila kakitangan hospital (tak pasti samaada dia doktor atau pembantu perubatan) masukkan wayar kecil dan ada angin kuat yang sedut ke luar. Mungkin apa yang ummi rasa ni sedikit berbeza daripada istilah perubatan tapi ini berdasarkan apa yang ummi rasa masa prosedur tu dilakukan. Selepas selesai, ummi kena tunggu semula untuk jumpa pakar. Ubat lain telah diberikan oleh doktor dan temujanji berikutnya pada 19hb nanti. Tarikh seterusnya ialah 26 Oktober dan 9 November. Pemeriksaan dan beberapa prosedur lain telah dilakukan sehinggalah doktor mengesahkan telinga ummi benar-benar sihat pada temujanji yang terakhir tu.

Kemungkinan besar masalah telinga ummi ni berpunca daripada hembusan hingus yang kuat dan kerap (setiap hari). Tapi yang peliknya, masa rawatan berlangsung tak pulak selesema dan bersin jadi. Apa yang ummi pasti, dalam 2 tahun ni memang teruk masalah hidung ni. Sejuk selesema, panas pun selesema dan ada masanya dah tak pasti bila keadaan tertentu yang akan membuatkan ummi alahan. Kalau habuk memang teruklah bersinnya sampai bunyi bersin ni keluar daripada kerongkong. Selalunya orang bersin akan keluar bunyi daripada hidung tapi ni memang ummi tak dapat tahan bunyi daripada kerongkong tu. Malu nak cerita kat orang sebab ramai tak percaya tapi family terdekat tau perkara ni. 

Sepanjang mendapatkan rawatan di sini, kakitangan jabatan sangatlah baik dan profesional cuma waktu menunggu lama tu memang tak dapat dielakkan kerana ramai pesakit yang perlu mendapatkan rawatan. Khatam jugaklah ummi baca novel-novel lama, hihi..

Januari 2017, masalah telinga 'penuh' tu datang semula dan ummi terus ke klinik 3 hari kemudian. Doktor bagi ubat titis masa tu sebab di periksa katanya tahi telinga ummi lembik seperti 'wax'. Itu yang menutup saluran telinga ummi. Masa dengar tu macam nak gelak pun ada sebab dah 37 tahun hidup, inilah pertama kali jadi. Malu pun ada bila doktor kata camtu tapi memang pelik la kan sebab macammana tahi telinga boleh jadi begitu. Takde pulak air masuk telinga kalau nak kata sebab air.

Ubat tu ummi titiskan satu malam je, lepas tu telinga terus clear. Alhamdulillah, syukur sangat.

Tapi, langit tak selalu cerahkan? 1 Ramadhan tu ummi dah rasa lain macam kat telinga kanan ni, jadi ummi titiskan ubat yang ada tu. Bangun tidur keesokan harinya, macam tak ada perubahan pun tapi rasa makin 'penuh'. Sampailah hari keenam (1 Jun), ummi pergi Klinik AN-Nisa' untuk buat pemeriksaan. Doktor cakap tahi telinga ummi seperti 'wax' dan perlu teruskan ubat tu seperti sebelum ni. Tambahan ubat lain diberi iaitu Allersin-F dan Dextracin. 

7 Jun 2017, ummi pergi klinik semula sebab telinga dah start rasa sakit, sedikit berdenyut dan rasa seperti ada pergerakan air dalam saluran telinga 3 hari sebelum tu. Bila sujud, air tu akan turun dan telinga rasa seperti berat cuma ianya tak mengalir keluar. Pagi 7 Jun tu, masa ummi bangun tidur memang ada cecair mengalir dan baunya sedikit tak menyenangkan. Petang balik kerja, cecair tu dah melekat pada anak tudung pulak. Masa ni Doktor bagi antibiotik untuk jalan terakhir supaya dapat keringkan saluran telinga tu. Lepas 'check' doktor cakap dah ada luka, mungkin sebab saluran telinga lembab akibat ubat titis tu. 

Ummi minta surat rujukan ke hospital tapi doktor nasihatkan cuba antibiotik ni dulu, kalau tak berubah selepas 4 hari datang semula dan dia akan bagi surat rujukan. Jujurnya masa  tu ummi harap sangat dapat surat untuk ke klinik pakar sebab dah tak tahan menanggung rasa ' terkurung dalam diri sendiri'. Sejak telinga ni rasa 'penuh', emosi memamg tak berapa nak stabil. Pendengaran memang berkurang sampai ummi perlu perhati muka orang yang bercakap tu betul-betul supaya tak salah dengar.

Telinga pun start berdesing umpama siaran tv yang dah tamat tu. Lebih kurang camtu la bunyinya. Apa yang ummi cakap, apa yang dimakan dan segala gerak tulang rahang ni memang ummi dengar secara jelas daripada dalam. Malah sesekali dengar denyutan seperti denyuatan jantung tapi ummi tak pasti bunyi apa tu. Ummi betul-betul rasa duduk dalam diri sendiri. 

Petang atau malam ni ummi memang kena pergi semula ke klinik untuk check telinga kanan dan kiri. Sebelah kiri rasa maca dah 'penuh' juga tapi tak tau la ummi yang keliru atau memang betul 'penuh'. Tak tau nak rasa apa dah sebenarnya. Ujian ni sangat kecil berbanding orang lain tapi realitinya orang yang sudah lama menikmati nikmat hidup akan rasa down juga. 

Semoga semangat ummi tetap kuat dan cepatlah sembuh wahai kesihatanku. Ampunkan segala dosa-dosaku juga Ya Allah...  

Catatan 18 Ramadhan 1438H.

Hari ini 13 Jun 2017, sudah separuh tahun berlalu. Begitu cepat berlalu dengan pelbagai rencah dan rasa sepanjang melaluinya.

Sudah 18 hari umat Islam berpuasa dalam Ramadhan 1438H, maknanya 12 hari masih berbaki. Alhamdulillah kakak berpuasa penuh setakat ini, adik juga cemerlang puasanya kecuali 2 Jun (7 Ramadhan) puasanya hingga jam 2 petang sahaja. Masa tu ummi EL, Baby demam dan kami hanya di rumah. Godaan punyalah banyak berbanding duduk di taska. Merengek daripada tengahari cakap lapar dan dahaga, hihi...

Ramadhan kali ni dugaannya lebih sikit berbanding dulu, dengan anak-anak yang tidak sihat dan telinga ummi masih seperti tahun lepas. Hari ini pun Haseena masih demam tapi demam malam. Siang ok je, tapi bila malam naik panas. Mujur waktu pejabat ummi dan abah berakhir jam 4 petang, jadi boleh ambil awal. 

Jumaat lepas Achik ada di rumah tolong jagakan Haseena, jadi ummi kurang risau ketika bertugas semasa Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Anak-anak Yatim. Esok ada satu lagi majlis di pejabat, ummi tak tahu macam mana...

Pagi tadi gagahkan juga hantar Haseena ke tadika sebab dia nampak ceria tapi ummi dah pesan awal-awal pada Teacher Midah kalau naik demam lagi. Ubat dah siap bagi sebelum keluar rumah. Harap anak ummi cepat sihat dan sejujurnya ummi nak berehat.

Sejak Baby demam dan bersambung dengan Haseena, memang ummi tak lena tidur malam. Ditambah dengan telinga yang dah 'tertutup' sejak 1 Ramadhan, emosi tak tentu hala rasanya. Ubat titis dan makan dah habis tapi masih tak baik. Itu pun Doktor Sathis dah tambahkan ubat Dhasolone, Co-Amoxiclav dan Allerpid yang membuatkan ummi mengantuk dan lesu. Ubatnya boleh diambil semasa sahur dan berbuka jadi ummi teruskan puasa seperti biasa.

Balik ni ummi perlu ke klinik semula untuk check telinga. Hari tu doktor cakap kalau tak baik lagi memang kena refer Hospital Sungai Buloh semula. Oh telinga, cepatlah baik. Nak menangis rasanya tapi kena sabar, sabar dan sabar...

Ya Allah, berikanlah kesihatan yang terbaik kepadaku dan ahli keluarga yang lain. Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Tuesday, February 7, 2017

My Annoying Brother


Filem lakonan Jo Jung-suk, Do Kyung-soo dan Park Shin-hye ini diterbitkan oleh CJ Entertainment pada tahun 2016.

Namun, baru tahun ini ummi berkesempatan tengok. Jujurnya, kedua-dua pelakon lelaki ini ummi tak kenal pun tapi bila dengar lagu rasa macam nak tengok pulak. Jadi, memang tak menyesal la tengok filem ni sebab memang best!

Ceritanya agak ringkas tapi penuh pengajaran dan emosi ummi benar-benar terusik selepas Doo-shik (abang) dapat tahu yang dia berada di peringkat akhir terminal cancer. Doo-yong (adik) merupakan seorang atlet Judo tetapi hilang penglihatan ketika beraksi dalam satu pertandingan di peringkat antarabangsa.

Pada mulanya, si abang ni ambil kesempatan atas kekurangan adiknya untuk mendapatkan pelepasan daripada tahanan penjara. Mereka berdua kehilangan ibu bapa sejak remaja dan hubungan mereka juga tidak rapat. Tambahan pula si adik ni memang tak dapat menerima keadaannya sekarang, dalam erti kata lain dia menganggap hidupnya telah berakhir sungguhpun jurulatihnya (Park Shin-hye) selalu memberi kata semangat.

Apabila hubungan kedua beradik ini semakin pulih, abangnya pula dapat tahu tentang penyakit yang dihidapinya. Masa ni la, dia paksa adiknya kembali berlatih judo dan masuk ke peringkat antarabangsa supaya adiknya dapat berdikari setelah kematiannya nanti. Doo-shik sempat membuat ubahsuai rumah untuk memudahkan pergerakan adiknya nanti sebelum dia masuk hospital. *Scene yang ni dah start beremosi...

Akhirnya si adik dapat tahu juga tentang penyakit abangnya tapi masa tu dia dalam pertandingan judo di Rio 2016. Berbekalkan semangat dan mahu menghadiahkan medal emas, Doo-yong berjaya mengalahkan lawannya. 

Ummi tak tahu sempat atau tak mereka berjumpa sebab scene yang last tu tunjuk Doo-yong dah ada kat rumah dan mampu menguruskan hidupnya sendiri sambil dibantu oleh seorang jiran berdekatan.

Pengajaran yang ummi dapat :

1. Bila kita kekurangan sesuatu/ditimpa musibah, itu bukanlah penghujung hidup sebenarnya. Kena kuat semangat dan sabar.
2. Orang sekeliling perlu memberi sokongan tak berbelah bahagi buat ahli keluarga/mereka yang  dalam kesusahan.
3. Gunakan sebaik mungkin ruang dan peluang yang kita ada buat masa ini kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku nanti.
4. Ikatan kekeluargaan janganlah diputuskan walau apa jua ujian yang datang.

Friday, December 16, 2016

Pada 20 Ogos lepas, ummi ajak abah bawa 4N naik LRT dan terus ke KLCC. Lama sangat dah tak bawa anak-anak berjalan sekitar KL, jejak KLCC pun masa kakak umur 2 tahun. Haa... lama dah kan.

Ini kali pertama buat Husna naik LRT, kakak yang lain dah pernah merasa. Tapi KLCC memang pertama kali buat adik, kakak Baby dan Baby. Memang teruja la kan...

Turun escalator daripada Sunway Putra Mall, kereta parking kat PWTC.

Tunggu LRT daripada Sentul, nanti turun kat Masjid Jamek
Masa turun di Masjid Jamek, baru tahu boleh guna satu tiket je, tak perlu beli tiket lain. Di situ dah nampak betapa lamanya tak naik LRT dan Putra kan, hihi... Stesen Masjid Jamek pun dah berubah sikit rupa bentuknya.

Masa ni masing-masing duduk elok je dalam LRT


Berebut nak duduk depan sekali, nak tengok terowong dalam Putra tu

Pameran LEGO di KLCC


4N tunggu air pancut depan KLCC

Ha, berguling-guling atas rumput kat taman KLCC tu. Acara bebas.

Ni tengah tunggu LRT balik di stesen Masjid Jamek.


Terima kasih banyak-banyak buat abah sebab sudi layan ummi dan 4N walaupun penat balik berkursus. Nanti kita pergi lagi ye...

Throwback Birthday Kakak dan Baby

Hari ni nak buat throwback gambar-gambar yang dah lama tersimpan dalam hard disk.

Sambutan hari lahir Baby pada Julai lalu meriah sikit sebab kebetulan Opah, Pak Yang dan Mak Lang datang rumah. Achik yang tolong susun belon tu. 

Belon tu beli kat Kaison, dalam satu paket tu ada 10 tapi banyak yang pecah. Mungkin sebab harganya agak murah berbanding belon yang Ummi pernah beli sebelum ni. Konon nak bentuk love, sudahnya penat tiup je. 

Sama-sama potong kek

Masa ni meriah sebab ada Mak Lang dan Opah sekali

Zara comot makan kek



Gambar yang bawah ni pulak masa birthday kakak yang ke-9, tapi disambut awal sikit masa abah nak pergi outstation ke Kuala Kangsar untuk pilihanraya kecil yang lepas. Mood kakak tiba-tiba ke laut, tak tau la kenapa. Si Baby paling excited...

Belon kakak ni beli kat Kaison jugak tapi mahal sikit harganya dan berwarna warni. Takde isu tiup dan pecah, hihi...

Gigih tau Ummi bangun awal pagi tiup belon, konon nak buat kejutan untuk kakak.


Semoga kamu berdua menjadi anak yang solehah, bermanfaat kepada masyarakat, negara dan dunia. Berjiwa besarlah anak-anakku sayang, sumbangkanlah sesuatu yang boleh membahagiakan orang lain...

Tuesday, August 30, 2016

Silenced 2011


Filem terbitan  CJ Entertainment ini sempat saya tonton semasa rehat semalam. Walaupun ianya telah lama disiarkan sejak 22 September 2011, baru 2 minggu inilah saya mengetahuinya melalui Facebook.

Jujurnya, filem ini telah menyentap rasa jiwa dan tubuh badan saya. Sarat dengan pengajaran kepada kita sebagai ibu bapa, rakan, anggota masyarakat, pihak berkuasa dan walau siapa pun kita kini. Cuma, nak pesan, elakkan menonton filem dengan kanak-kanak di bawah umur.

Kisah benar  daripada novel Dokani, penulis Kong Ji-Young pada 2009 ini telah diarah oleh Hwang Dong-Hyuk dengan berjayanya di samping lakonan mantap oleh Gong Yoo (cikgu Kang In-Hoo), Jung Yu-Mi (Yoo-Jin) dan barisan pelakon yang lain. Menurut bacaan saya, Gong Yoo telah membaca novel ini ketika mendapat latihan ketenteraan dan mengusulkan kepada Hwang Dong-Hyuk untuk difilemkan yang mana kemudiannya pengambaran dimulakan pada Februari 2011.

Sinopsisnya lebih kurang begini...

Seorang guru yang telah kematian isteri iaitu, Kang In-Hoo menjadi guru di sebuah sekolah kanak-kanak pekak dan bisu di daerah Mujin. Ketika dalam perjalanannya ke sana, keretanya telah mengalami kerosakan dan diperbaiki di sebuah bengkel. Di sinilah dia bertemu Yoo-Jin seorang pekerja Mujin Human Rights Center.

Semasa melapor diri dengan Pengetua di sekolah tersebut, dia juga bertemu dengan adik kembar Pengetua yang bertugas di bahagian Pentadbiran. 

Kisah sedih sekolah ini mula dibongkar apabila In-Hoo mendapati sesuatu yang agak pelik ketika mengajar seni di dalam kelasnya. Dia juga melihat seorang pelajar lelaki (Min-Soo) telah dibelasah oleh seorang guru lain hanya dengan alasan cuba melarikan diri daripada sekolah. Sewaktu pulang, dia terserempak dengan Yoo-Ri yang duduk di atas tingkap. Bimbangkan keselamatan kanak-kanak tersebut, In-Hoo berlari ke tingkat atas dan menyelamatkan Yoo-Ri. Namun, lebam dan ketakutan kanak-kanak tersebut meningalkan tanda tanya. Mungkin melihat akan keprihatinan guru baru ini, Yoo-Ri telah menunjukkan gurunya sebuah pintu sebelum melarikan diri.

Tatkala In-Hoo membuka pintu tersebut, dia mendapati seorang kanak-kanak perempuan iaitu Yeon-Doo sedang dibenamkan mukanya ke dalam mesin basuh oleh seorang guru wanita. Lalu, Yeon Doo diberikan rawatan di sebuah hospital setelah In-Hoo mendapati pelajar ini juga mengalami kecederaan. Sebelum itu, guru muda ini menghubungi Yoo-Jin untuk mendapatkan bantuan.

Di sinilah titik permulaan pelajar-pelajar ini mendedahkan rahsia mereka didera dan dijadikan mangsa nafsu Pengetua, adik kembar Pengetua dan beberapa guru lain. Pada masa yang sama In-Hoo juga mengalami dilema antara kerjayanya sebagai guru yang baru bermula atau rasa tanggungjawab terhadap pelajar-pelajar yang telah dianiaya. Kewangan In-Hoo yang tidak stabil juga agak menekan beliau di tambah dengan anak perempuan tunggalnya yang sakit.

Walaupun dia cuba dipengaruhi oleh Professor Kim dan beberapa orang berpengaruh, namun In-Hoo tetap mempertahankan pelajar-pelajarnya. Ada suatu ketika, ibunya sendiri datang ke mahkamah memarahi In-Hoo kerana lebih mementingkan pelajarnya daripada kehidupannya sendiri.

Realiti hidup, tidak semua pesalah akan menerima hukuman setimpal. Begitulah pesalah-pesalah di dalam filem ini. Betul, kita tidak berpuashati dengan akhir cerita yang agak berpihak kepada pesalah yang hanya menerima 6 bulan penjara, namun memang tidak mustahilkan ramai pesalah masih bebas begitu sahaja. Min-Soo juga akhirnya mati ketika membalas dendam tanpa mendapat apa-apa pembelaan yang lebih wajar. 

Hmmmm... rasa sentap itu masih membekas di jiwa ini...

Monday, June 6, 2016

Ramadhan Kareem 2016


http://hdwallpaperbackgrounds.net/ramadan-kareem-images/
Assalamua'laikum...

Selamat berpuasa kepada semua walau berada di mana jua...

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya malah sempat pula kita menikmati kemanisannya hingga ke hari yang terakhir.

Ramadhan, kuatkanlah semangat kami, cekalkan hati kami, tekadkan niat kami untuk meraikanmu sebaik mungkin.

Mohon ampun maaf atas segala salah silap yang sengaja atau tidak disengajakan.

Jumpa lagi.. 

Friday, April 8, 2016

Kitab-kitab dan Nabi yang menerimanya

NAMA-NAMA KITAB

Sebagai seorang Muslim, kita wajib beriman dengan kitab-kitab dan Nabi yang menerimanya. Nama-nama kitab tersebut ialah :

1. Taurat : Nabi Musa a'laihissalam
2. Zabur : Nabi Daud a'laihissalam
3. Injil : Nabi Isa a'laihissam
4. Al Quran : Nabi Muhammad s.a.w

Air mutlak

JENIS-JENIS AIR MUTLAK

Jenis-jenis air untuk bersuci ialah :

1. Air hujan
2. Air Laut
3. Air sungai
4. Air perigi
5. Air mata air
6. Air embun
7. Air salji

*Bolehkah air paip digunakan untuk berwudhuk?
Ya, boleh.

*Bolehkah berwudhuk dengan air batu?
Ya, boleh sekiranya air batu tidak bercampur dengan najis. 

Monday, April 4, 2016

Kakak masih tidak sihat


2 beradik ni dah besar, tengok sekarang dah pandai selfie dan wefie. Entah bila tak tahu la, bila belek telefon baru perasan ada gambar diorang.

Kami selalu ditanya tentang mereka berdua.

"Kembar ke?'

"Selang berapa tahun diorang ni?"

"Yang mana kakak, yang mana adik?"

Diorang ni tinggi lebih kurang sama, dah tu badan adik berisi sikit daripada kakak. Daripada segi kematangan pun adik nampak menyerlah daripada kakak sebab si adik ni sangat yakin walaupun adakalanya apa yang dia buat atau cakap tu salah. Sedangkan kakak lebih berhati-hati dalam banyak perkara.

Kakak sekarang ni tak sihat, daripada Rabu lepas. Cuma, demamnya dah kebah. Batuk masih ada dan kahaknya pun tidak hilang sepenuhnya. Rabu lepas kena Neb sebab malam sebelum tu nafasnya dah berbunyi.

"Kakak sakit apa sayang?" tanya Doktor Norasyikin
"Demam, batuk dan selesema. Semalam masa tidur batuk tak berhenti, jam 4 pagi baru dapat tidur. Nafsnya pun dah berbunyi," Ummi terangkan serba sedikit.
"Hmmm... kalau ikut rekod ni kakak memang setiap bulan ada masalah yang sama kan. Antibiotik pun kita baru je bagi last month," kata doktor sambil mengambil stetoskop untuk memeriksa kakak.

Hasilnya, kahak memang memenuhi ruang paru-paru kakak walau batuknya hanya heavy semalam. Dalam sekejap itu, kesihatannya boleh berpusing 360 darjah.

Bila kakak tak sihat memang kami akan risau lebih sebab paginya sihat belum tentu tengahari dia sihat. Bukan meminta tapi itulah realitinya. Sejak dia athma semula 2 tahun lepas, memang dia kerap MC. Ikut pemantauan kami, daripada awal 2015 hingga kini memang tiap-tiap bulan dia tak sihat kecuali November dan Disember lepas. Masa tu cuti sekolah, mungkin aktivitinya tidak sepenat ketika bersekolah.

Ummi selalu memerhati keadaan fizikalnya, ternyata dia tidak seperti adik beradik lain setakat ni. Kulitnya pun sedikit pucat. Daripada segi pemakanan dia lebih banyak berpantang daripada Ummi sendiri. Segala makanan yang boleh menyumbang athma memang tak dimakan terutamanya kekacang dan buah-buah sejuk. Kakak pun dah tahu apa yang dia boleh makan dan tidak. Vitamin C dan D memang diamalkan sebagai ikhtiar sampingan cuma ada la sekali sekala tu tertinggal. Air masak pun kami bekalkan, botol sekolah agama lain, botol sekolah kebangsaan lain. Tapi tu la namanya budak-budak, ada masa tak habis pun air tu.

Hari ni hari ke-6, hanya ubat demam yang sudah dihentikan. Ubat lain masih perlu diteruskan. Doktor Norasyikin suggest supaya kakak ambil inhaler tu setiap hari bermula minggu lepas sampai bulan depan. Doktor nak tengok kalau guna inhaler tu berapa jarak masa dia boleh bertahan daripada kena attack. Sepatutnya bila pakai Flixotide Evohaler tu dirinya lebih terlindung sebab fungsinya mencegah.

Sebenarnya tak lalu dah nak tengok ubat-ubat kakak ni. Sekarang ada la kurang sikit koleksi ubat tu sebab ekzemanya dah banyak sangat kurang berbanding masa dia kecik-kecik dulu. Sesekali Ummi terfikir, berapa banyak dah ubat yang masuk dalam badan kakak sejak dia kecik. Rawatan alternatif pun pernah kami cuba. 

Pernah kami cuba rawatan Sonotron di sebuah klinik di KL, tapi hasilnya tidak memberangsangkan. Masa tu dia baru setahun lebih rasanya dan kerap berkahak. Tak mengapalah, kami akan sentiasa usaha yang terbaik buat kakak. Jika ditenung, tentulah kakak lebih baik berbanding kanak-kanak lain yang menghidap pelbagai penyakiit kan. Didoakan semua kanak-kanak di dunia ni diberikan kesihatan terbaik.

Pernah juga Ummi ditanya, anak-anak Ummi diberikan susu badan tapi tak sihat juga.

Ya Allah, pedih mendengarnya. Dulu Ummi sendiri tertekan sebab selalunya budak yang diberi susu badan jarang sakit tapi anak-anak Ummi sebaliknya. Puas mencari jawapan sehinggalah satu hari Ummi tersedar bahawa semua tu ujian Allah. Yang penting kita usaha dan beri yang terbaik, selebihnya Allah yang menentukan. Sebagai seorang ibu, Ummi tidak akan berputus asa dan tidak menyalahkan susu badan atau apa-apa sahaja penyebab sakit anak-anak Ummi. 

Susu badan tu titisan emas bagi Ummi seperti mana Misi Titisan Emas tu masih Ummi teruskan hingga sekarang. Sihat atau tidak anak-anak Ummi, biarlah Allah yang tentukan dan harapnya diri ni tak jemu menggali ilmu Allah.

Kakak, walau apa pun yang kakak lalui... kamu tidak berseorangan! Semoga cepat sembuh sayang.

Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River


Seingat Ummi, sudah 3, 4 kali juga kami singgah di Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River ni. Kalau lalu jalan lama masjid ni memang senang nak cari sebab terletak di tepi jalan je.

Alhamdulillah, masjidnya bersih, cantik dan kemas. 

Gambar ni Ummi snap semalam masa tunggu abah solat, masa ni lampu dalam masjid dah tutup. Abah pun solat kat bahagian luar. Jemaah surau semua dah balik, tapi ada la 2, 3 orang kat luar masjid ni jugak. Mungkin orang luar yang tumpang solat.

Masa tiba giliran Ummi solat, memang 3 Nawal yang besar tu Ummi angkut sekali. Takut pun ada sebab lampu bahagian wanita memang dah ditutup. Siapa-siapa yang datang lewat kena pasang sendiri suis lampu yang ada kat tiang tempat wudhuk tu. Boleh solat kat sebelah tu je, tak perlu masuk dalam masjid sebab lantainya bersih serta kiri kanan ditutup. Lagi pun malam dah takde siapa kat situ. 

Alhamdulillah, memang selesa solat di sini. Tahniah buat AJK dan penduduk yang menjaga masjid ini dengan sebaiknya. Adalah sangat diharapkan pengunjung yang singgah pun menjaga kebersihan dan adab ketika berada di masjid ye. Semoga kebersihan masjid ini terjaga sampai bila-bila. 

Monday, March 28, 2016

Mangga sulung



Alhamdulillah, merasa sudah kami sekeluarga akan buah mangga sulung ni. Rasa macam baru je tanam, pokoknya pun kecik lagi kat laman. Tingginya pun lebih sikit je daripada ummi.

Manis buahnya, berebut pulak 4N aritu. Masa berputik, ada 3 biji tapi bila besar sikit tinggal 2 biji je. Sebiji tu jatuh ke tanah masa besar 2 jari. 

Hasil macam ni la yang membuatkan ummi tak jemu nak menamam lagi. Minat daripada kecik ni memang dah sebati dalam diri, tu bila beli rumah memang ummi cakap nak rumah yang ada tanah. Banyak manfaatnya kan.

#kebunbandar
#kebunbandarjomtanamsendiri
#hiasanlaman