Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 7, 2008

Surprise 4 Mama Filza, ekekeke....





Kawan2 tau tak gamba apa sebenarnya kat atas ni? Dah lama kawan ummi snap kan tapi baru la ni ummi nak upload kat blog. Hehehehe, actually 'kek' ni special untuk Filza, opismate ummi. Birthday dia Raya Puasa yang baru lepas. Masa breakfast tu teringat birthday dia plak, so ktorang hias roti canai tu untuk dia. Maklum la dia peminat sambal roti canai Barakah ni. Hepi Befday Mama Filza..... :p

Scott's Emulsion

Alhamdulillah, semalam ummi berjaya bagi Nawal makan Scott's Emulsion. Sebelum nak bagi tu ummi tanya abah dulu nak bagi Scott's ni ngan syringe atau sudu jer. Maklum la anak gadis ktorang ni sangat liat makan ubat. Abah sarankan pakai sudu je sebab klu pakai syringe konpem Nawal taknak punya.

Sebelum suap Nawal, ummi rasa sket dulu. Mmmm, sedap gak rasanya. So, ummi bagi je sudu tu kat Nawal. Sekarang kan dia dah pandai nak makan dan minum sendiri. Dalam hati ummi berdoa semoga Nawal suka Scott's Emulsion ni. Dan akhirnya.......... Nawal tersenyum lebar lepas rasa Scott's tu. Alhamdulillah. Sampai jilat2 sudu tu beberapa kali.... Haaa, ummi pun dapat satu akal. Lain kali klu nak bagi makan ubat pakai sudu je la. Kut2 Nawal leh terima, mana le tau kan...

Thursday, November 6, 2008

Yeeehaaa, berjaya akhirnya!

Hai kengkawan, apa kabar semua? Hari ni ummi happy sangat. Tau tak kenapa?

Sebab ummi busy sangat lately ni, tapi arini ada sket masa untuk ummi jengah blog yang dah lama terbiar. Dan yang menambahkan kegumbiraan hatiku mestilah sebab dah berjaya tukar layout. Yeeehaaa, berzaman ummi tried dan hari ni Alhamdulillah tercapai jua. Bagi kengkawan yang nak ubah selera mata kat blog tu sila lah berkunjung ke thecutestblogontheblock.com atau pyzam.com. Baaaanyaaaakkkk sangat karpet2 yang cantek untuk ditatap dek mata kengkawan semua. Cuba la yer..... :)

Bye....

Monday, November 3, 2008

Tehah dah selamat jadi isteri Epi... 25 Okt. 08










Setelah meredah laluan yang sukar bagi kami orang yang bukan dari Negeri Kelantan ni, akhirnya berbaloi gak sebab dapat ambik gambar sakan kat pelamin ungu Tehah. Dah penuh perut, bagai nak runtuh pelamin ktorang bergambar. Dan, yang paling penting ummi sempat posing kat singgahsana tu bertiga (wit abah n Nawal). Hehehehe.... jangan marah, ktorang pun pengantin gak.... :P

Thursday, October 23, 2008

2 tahun selepas bergelar suami isteri. uhhhuuuhuu... tetap manis kan.... (terima kaseh Nurul & Ezmir sebab sponsor pelamin untuk kami, ahaaakksss)

Sebulan selepas bergelar raja sehari. Inai pun merah lagi tapi kat kuku je la, hehehe :p Ada beza tak? Hmmmm.... tetap sweet jugak kan.... Bagi ummi tiada bezanya rasa cinta dan kasih sayang walau sudah beratus hari bersama. Kian bercambah dari hari ke hari. Semoga Allah menyuburkan rasa itu hingga ke akhir hayat kami.........

Abah, ummi, Nawal & Isra'





Ni gamba masa kami segerombolan makan kenduri kat Kuantan. Zila dan Hashim selamat diijabkabulkan pada Sabtu, Disember '07 (tarikh ummi x ingat sebab dah lama, hehehe...). Nawal masa tu baru 4 bulan. Rambut pacak2 lagi. Gadis manis yang comel tu anak dara Czar, opismate ummi. Namanya Isra', dia memang suka orang snap gamba dia :p. Gamba ni pun bapak dia yang ambikkan...