Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 10, 2012

Ahmad Adam Syukri...

Sekian lama saya mengikuti perkembangan adik Ahmad Adam Syukri di FB. Baru hari ni ada kesempatan untuk menulis di sini. Setiapkali melihat perkembangannya, hati saya sangat tertusuk. Ya Allah, hanya Engkau yang lebih tahu akan hikmah yang terkandung dalam ujianMu...

Kesabaran ibu dan ahli keluarganya tidak terhitung bagi saya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bagi kita yang di luar ni, bantuan sokongan moral dan kewangan mahu pun apa jua sangatlah diperlukan. Bertahanlah dan teruskan semangat juangmu Adam kerana sangat ramai yang menyayangimu. Rasailah kehangatan kasih sayang keluargamu dan kami jua.

Maaf, saya tidak mampu mengatakan apa2 lagi. Sila klik FB Ahmad Adam Syukri untuk mengikuti perkembangan selanjutnya...

Saya hanya mampu share gambar adik Adam yang ini untuk tatapan semua...

**********************

update 19/10/2012


mengikut fb adik adam, kesihatannya bertambah baik. kulitnya juga semakin pulih dan ada perkembangan positif yang tentunya menggembirakan semua orang. Adam, ketahuilah bahawa betapa ramai orang di luar ni menyayangi kamu, mendoaksn kamu dan mengharapkan yang baik2 saja buat kamu dan keluarga. Kuatkanlah semangat juangmu Adam..



***********************

update 31/10/2012

adik Adam telah pun selamat diterbangkan ke HKL. Alhamdulillah, keadaan adik Adam kian menunjukkan perkembangan positif. Semoga adik Adam kuat dan sembuh secepatnya. Terima kasih kepada Hospital Sibu, Hospital Besar Ipoh, Kementerian Kesihatan dan Misi Sayang, Wanita UMNO kerana mengusahakan sesuatu yang sangat murni.  




*******************************

update 5/11/2012

Alhamdulillah, selepas menjalani operation tempoh hari adik Adam bertambah aktif. Update daripada FB semalam menyatakan Adam dah pandai menolak selimutnya dengan kaki.


*******************************

update 7/3/2013

KepadaNya kita kembali..... begitulah adik Adam yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Tenanglah Adam kerana sesungguhnya syurga menantimu.

Al Fatihah.

Tuesday, October 9, 2012

Haseena dah makan...



Alhamdulillah, Haseena dah mula makan pada 6 Oktober yang lepas. Banyak yang tumpah daripada masuk ke dalam mulut. Suap aje, diluahkannya semula. Tengok gaya bila orang makan kemain lagi mulutnya...

Sekejap je masa berlalu Haseena dah 6 bulan hari ni.... Membesarlah dengan sihat dan ceria selalu anakku..

Tuesday, September 18, 2012

Innocence of Muslims

Mereka sengaja membangkit kemarahan umat Islam supaya rancangan mereka berjaya!

Itu hemat saya tatkala mendengar perkhabaran mengenai Innocence of Muslims. Tak mustahil kan. Apabila kita marah, protes, merusuh atau apa saja, kita akan digelar PENGGANAS! Huhhh... sungguh biadap golongan ini!

Tapi dalam kemarahan itu, saya tersedar... kekuatan dan perpaduan orang2 Muslim sedang diuji. Justeru saya merasakan kita perlu membantah filem ini dengan penuh hemah. Jangan senyap, itu dikira tiada pendirian dan mungkin mengiyakan. Bertindaklah mengikut prosedur atau undang2 yang ada.

Jangan dibunuh orang2 bukan Islam, tidak keseluruhannya biadap dan menyokong apa yang dilakukan oleh pihak yang tak bertanggungjawab ni. Terasa kesal dengan rusuhan2 yang berlaku akibat daripada bantahan yang dianjurkan. Apabila kita kian keliru, mudah sangat mereka mencucuk jarum. Percayalah saudara2ku. Perancangan mereka sangat halus.

Semoga Allah melindungi kita semua. Dunia... kamu memang sudah berada di penghujungnya....

Wednesday, September 12, 2012

........*tiada tajuk

Ummi...
Kamu masih bertatih dalam dunia ini
Kamu masih belum mengenal mereka sepenuhnya
Kamu masih perlu menelaahnya
Malahan kamu belum cukup tegar menghadapi segala....

Ummi...
Belajarlah untuk lebih berani
Hadapilah segala dengan penuh kasih
Penuhilah ruang dalam diri kamu dengan sabar
Teguhkan iman kamu tiap masa
Bukan tiap kali sujud sahaja...

Anak...
Betapa sakitnya ketika aku melahirkan
Malah ketika aku mengusungmu ke mana jua
Tapi aku hadapi dengan berani
Kerana aku yakin akan janji Allah

Anak...
Mungkin kamu tidak tahu sedalam mana cintaku
Sesuci mana hatiku
Yang pasti aku mahu kamu tahu
Memiliki kamu adalah antara perkara terbaik dalam hidupku

Dan... tika aku mencoretkan ini
Aku sungguh kesal di atas segala kekhilafan aku....

Wednesday, September 5, 2012

kusyen kecil


Alhamdulillah... ummi akhirnya berjaya menyiapkan kusyen kecil untuk kegunaan sendiri. Tidak sempurna lagi, masih perlu diperbaiki kekemasannya. InsyaAllah kusyen seterusnya akan menyusul :)

Lebih daripada satu, bersediakah saya...

Seperti kebiasaan, kami suami isteri akan mendengar siaran Hot FM ketika dalam perjalanan ke pejabat. Petangnya kami lebih suka bertemankan LO di Suria FM. Jadi, kali ni saya ingin menyentuh topik yang hangat pagi tadi. 'Suami suka menjeling...' begitulah lebih kurang tajuknya...

Dalam banyak2 panggilan, saya sangat tertarik dengan satu panggilan daripada seorang wanita yang saya kira seorang yang berpendidikan dan positif. Katanya, semua wanita perlu menerima hakikat bahawa antara sifat2 lelaki/suami yang ada ialah suka menjeling pada orang lain. Melalui pengalamannya yang mempunyai suami seperti itu, dia berjaya menukar cabaran2 itu kepada bentuk positif. Di mana dia memilih untuk 'happy' dengan kehidupannya, malah perceraian bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Baginya, anak2 memerlukan kehadiran seorang ayah bagi melengkapkan kehidupan bekeluarga. Sehingga ke satu peringkat, wanita tersebut meminta suaminya berkahwin dengan kekasih hati kerana tidak rela membiarkan suami menghuni neraka nanti.

Dan, saya sangatlah setuju dengan pendapatnya. Malah telah bertahun-tahun lamanya saya cuba berfikiran sepertinya sebagai persediaan di masa hadapan. Manalah tahu Allah mahu menguji.... Saya masih lagi menelaah ilmu2 berkaitan kekeluargaan termasuklah yang ini, cuma saya tak tahu bagaimanakah penerimaan saya andai diuji begini. Bagi saya, setiap wanita Muslim yang berkahwin ada potensi untuk dimadukan. Siapalah kita hambaNya yang mahu menolak segala kemungkinan yang bakal berlaku. Kita tidak dapat menelah takdir yang telah ditentukan. Saya tidak berani menolak hukum Allah yang telah termaktub di dalam kitab suci, Al Quran bahawa setiap lelaki Muslim dibolehkan berkahwin melebihi seorang isteri. Cumanya, pada pendapat fakir saya, seorang lelaki itu perlu mampu fizikal dan mental untuk berkahwin lagi. Kemampuan bukan sekadar dalam soal kewangan, malahan aspek jasmani dan rohani perlu kuat dan matang. Segala dosa dan pahala keluarga adalah tanggungjawab suami. Agak2 mampu menguruskan lebih daripada satu keluarga silakanlah. Tepuk dada tanyalah iman diri sendiri.

Mungkin ada yang akan berkata sangatlah berani saya mengatakan semua ini. Ya, kerana itu hakikat hidup. Realiti yang perlu diterima secara terbuka. Samaada redha atau tidak, suka atau duka... itu belum tentu lagi, kerana itu semua tidak pernah saya rasa. Ikutkan hati, saya tidak mahu menempuhnya. Tapi, saya perlu mempersiapkan diri terlebih dahulu. Saya sendiri tak tahu, saya kuat atau tidak. Sedangkan anak yang sakit pun saya sudah sedih, apalagi dugaan sebegini.... hati seorang isteri, siapa pun tidak dapat menduga. Sedangkan Saiyidina Aisyah r. a. pun mempunyai rasa cemburu, apatahlagi saya. Seorang wanita akhir zaman yang hanya berdoa dan berharap agar rumahtangganya kekal bahagia hingga ke akhir hayat....

Cuma, saya pernah berpesan kepada suami... Apa2 yang berlaku (tidak tertakluk kepada soal ini sahaja), saya mahu mendengar daripada mulutnya sendiri. Bukan daripada orang lain, kerana tentunya ia lebih merobekkan hati. Berbicaralah dengan cara yang terbaik supaya saya dapat mendengar, memahami dan menerima.

Sekian...

*sekadar pendapat yang sangat fakir, dan mengharap keredhaan Allah agar hati sentiasa redha jua...