Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 29, 2008

Thursday, February 28, 2008

Rahim

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada akhluk.Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makankepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana diwaktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haiddan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlahdigugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir,diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas.Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Insya Allah segala penat lelah, suka duka kita semasa nak mengandung dan menyusukan anak memang berbaloi. ganjarannya bukan setakat di dunia jer tetapi di akhirat juga. Insya Allah...

Epilepsi

Serangan epilepsi
  • Membabitkan keseluruhan otak
  • Boleh menyebabkan pesakit kaku, rebah, tidak sedarkan diri, mungkin badan akan mula bergoncang atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa
  • Serangan biasanya berlaku dlm lingkungan lima minit, ttpi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga seolah-olah termenung dan bingung seketika
  • Pesakit mungkin akan terjatuh, kejang, menyentak, pernafasan tidak menentu dan tidak dapat mengawal buangan air kecil dan besar

Rawatan

  • Jangan panik, sebaliknya baringkan pesakit di tempat selamat, dan alas sesuatu bahan lembut di bawah kepalanya. Jgn letakkan sebarang objek di dalam mulut pesakit kerana ia boleh mencederakan pesakititu sendiri atau jari anda.
  • Jangan cuba menahan atau mengikatnya daripada bergerak
  • Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit dengan mengiringkan badannya, supaya saluran pernafasannya lapang.
  • Jika pesakit berasa keliru atau takut, berikan keyakinan yang semuanya seperti sedia kala. elakkan daripada memberi apa2 makanan/minuman hingga pesakit pulih

Epiliepsi separa

  • Berlaku apabila ada tambahan aktiviti elektrikal yang terjadi secara tiba2 pada bahagian otak di sebelah belakang pelipis.
  • Serangan boleh mengakibatkan pesakit tersangat bingung, mengulang perbuatan yang tidak menyenangkan
  • Pesakit selalunya tidak mengecam persekitaran dan tidak sedar apa yang sedang dilakukannya. Tanda biasa serangan sawan ini ialah perbuatan ganjil luar kawalan seperti menampar bibir, mengunyah, menarik pakaian, berlari dalam satu bulatan dengan selamba dan tidak mengikut aarahan
  • Semasa diserang pesakit seperti sedar diri tetapi jika disoal mereka tidak dapat menjawabnya. pesakit akan merapu, pandangannya kosong, bertanya soalan yang merapu, menampar bibir dan gelisah dengan pakaiannya.

Rawatan

  • Jangan cuba menahan pesakit daripada berjalan kecuali ke tempat yang berbahaya bagi dirinya
  • Jauhkan objek yang berbahaya yang ada berhampiran
  • Jangan menenangkan pesakit dengan menggoncang badannya atau menjerit padanya.

Demam


Pagi tadi (28 Feb '08) topik 'pemeriksaan suhu badan elak anak demam berlarutan' dalam Berita Harian sangat menarik minat saya untuk membacanya.

Tulisan tersebut menyentuh akan kebimbangan ibu bapa yang baru memiliki anak kecil jika diserang demam. lebih parah apabila si comel dilanda demam panas. Demam bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi sekiranya ia tidak diambil tindakan yang sewajarnya.

Pengambilan antibiotik ketika suhu badan mencecah 37.8 c-38.3c amatlah penting bagi menanganinya. Tetapi jika ianya melangkaui 41.7c dan ke atas amatlah berisiko tinggi sehingga boleh merosakkan otak.

Antara perkara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan suhu badan si comel adalah dengan merendamnya ke dalam air suam. Pengambilan Asetaminofen juga mampu menurunkan kadar suhu badan tetapi ianya perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu. Ada juga yang menggunakan alkohol namun kesan sampingannya seperti kulit menjadi kering adalah tidak digalakkan.

Suhu badan yang melebihi 38.9c bagi bayi yang berumur kurang daripada 3 bulan akan mengalami akibat yang lebih serius berbanding bayi yang melebihi usia tersebut. Sehubungan itu penggunaan termometer adalah sangat penting untuk mengetahui suhu badan anak dengan segera dan tepat....

Wednesday, February 27, 2008

Kerja vs keluarga...

Semalam, 26hb dlm Berita Harian ruangan Citra keluar topik 'Kerjaya, keluarga mana lebih penting?'. Dengan penuh khusyuk aku hayati setiap baris tulisan tu......... Ya, semenjak dulu lagi klu bab camni memang aku sangat berminat.
Dalam satu perenggan tu dikatakan peubahan senario dan cabaran pada masa kini dalam mencari keseimbangan antara pekerjaan dan keluarga membuatkan ramai wanita lebih berhati-hati dalam mendirikan rumahtangga. Hmmm, memang tak dapat dinafikan tu. Bukannya mudah untuk menyeimbangkan antara kerjaya dan keluarga apabila salah satu daripadanya memerlukan perhatian yang sedikit berlebihan dalam satu2 masa yang tidak dijangka. Pada masa itulah keputusan yang tepat haruslah diambil oleh wanita.
Menjadi pekerja, anak, isteri dan ibu bukanlah mudah. Diri haruslah kuat dalam segala aspek baik fizikal mahupun mental. Silap tindakan dan keputusan, merana diri. Macam aku sendiri pun baru 8 bulan 18 hari menjadi ibu. Semuanya serba baru. Masih belajar dan akan terus belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan/situasi yang kadang2 sangat menguji ketabahan/ketahanan diri. Tika membaca rencana ni aku tiba2 teringatkan mimpiku 2 hari lepas...
Dengan tiba2 kami satu department kena outstation. Sedihnya hati nak meninggalkan Nawal yang masih kecil. Suami plak kena outstation tempat yang berasingan. Yang kelakarnya opismate lelaki aku kena wat keje kat atas kapal (aku dan suami satu department). Yang team pompuan ni aku dah lupa kena keje kat ner. Tiba hari berlepas tu ktorang yang team pompuan duk la dalam bilik berlepas sementara menunggu kapal ktorang nak sampai. Masa tu la aku memberontak teringatkan Nawal ditambah lak geram dengan bos yang sememangnya ktorang semer tak suka. Bossy! Aku jerit yang aku sanggup berenti kerja daripada kerja dalam keadaan yang memaksa aku meletakkan Nawal di tempat kedua.
Dengan mengumpul segala kekuatan yang ada, aku berusaha untuk melepaskan diri. Habis bilik tu aku pecahkan. Nak tau bilik tu diperbuat daripada apa? Dengan papan jer..... kehkehkeh... Apalagi, pecahlah bilik. Jenuh diorang semer kejar nak tangkap aku. Puas la aku nyorok n berlari sekuat mungkin hanya kerana aku tak nak g outstation. Last skali hubby aku yang dapat tangkap aku. Dia pujuk aku dengan lembut sekali. Tapi biasa la aku diam seribu bahasa bila tengah marah. Sepatah pun aku tak cakap apa2. Aku benci sangat hubby aku masa tu, sebab dia lebih pentingkan kerja dariapda keluarga. Masa tu hujan lebat, aku jalan kaki jer diikuti dek hubby yang berusaha memujuk aku. Opismate yang lain naik NAZA ikut belakang ktorang..... Sampai penat la kaki aku berjalan untuk pergi mendapatkan Nawal semula.....
Tiba2 aku terkejut, laaa... dah 5.59 pagi. Cheh aku ingatkan betul2 rupanya mimpi jer... Pastu aku trus terpikir, aku ni sanggup lakukan apa saja demi kepentingan keluarga. Lantak la orang lain nak kata ape.....
Jadi, pikir2 la sendiri antara keduanya mana harus diutamakan dulu. Mungkin kita perlu ikut situasi dan keadaan kan... ke memang keluarga la yang teratas sekali walau apapun yang berlaku...??????????

Tuesday, February 26, 2008

Terkesima...

“Bayangkan telah tersedia satu produk yang dapat memberi makan sebahagian besar penduduk dunia. Dapat melindungi mereka dari penyakit, boleh didapati dimana-mana, tidak perlu penyimpanan atau penghantaran dan dapat melindungi sebahagian manusia dari bencana kanser.”…
”Bayangkan pula manusia tidak mahu menggunakannya…”
Terkesima aku seketika tatkala membaca sebahagian daripada lontaran kata2 Dr. Muhammad Yazid Hj. Jalaludin, Pakar Pediatrik semasa memberikan ceramah sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia, 22 Ogos 2006 di dalam sebuah lama web.
Aku tersedar, begitu besar tanggungjawab yang harus digalas oleh para ibu. Alhamdulillah dengan sedikit ilmu dan sedikit kesedaran yang ada, aku berusaha keras untuk menyusukan Nawal (dan anak2 ku yang akan datang, InsyaAllah) sehingga 2 tahun, ataupun mungkin lebih daripada itu... Kalau masa pregnant pun boleh menyusukan anak sebenarnya asalkan tidak sampai ke tahap membahayakan atau menyulitkan ibu tersebut.
Klu menyentuh bab pemakanan, sekarang memang aku sangat prihatin. Sebolehnya aku makan makanan yang akan membanyakkan pengeluaran susu badan samaada memasak sendiri ataupun ketika makan di luar. Peria yang aku tak suka dulu pn skang ni dah jadi favourite, apatah lagi tempe yang memang asing bagiku semenjak lahir lagi. Sejak kawen ngan orang Jawa ni (ehehehe...) aku cukup menggemari makanan ini. Sedapppp.... Sayur2an hijau pun aku utamakan dalam menu seharian. Cuma semenjak sekarang ni aku sangat tertarik dengan pemakanan organik. Hmmm, bagus untuk kesihatan tau....
Kekadang aku sedikit bangga bila orang bertanyakan susu yang diminum oleh anak perempuanku. Bila aku katakan sepenuhnya Nawal minum susu badan, ramai yang hairan dan pelbagai soalan keluar. Camne boleh minum susu badan jer? Bila masa nak perah? Kat mana nak perah? Dan macam2 lagi.... Hehehe, kekadang kelakar pun ada bila mengenangkan insiden2 ni semer. Tak dinafikan ilmu tentang penyusuan ibu ni masih lagi cetek dikalangan kita termasuklah aku yang baru mengutip sedikit demi sedikit ilmu2 tu...
Dugaan demi dugaan yang terpaksa aku tempuhi demi kerana menyusukan bayiku. Dengan asakan2 panduan 'pakar tak bertauliah' serta orang sekeliling cukup membuatkan aku teruji. Malah pernah seorang saudaraku mengatakan bahawa bayiku takkan cukup minum susu badan jer, sebab nanti baby cepat lapar. Menangis aku dengan ujian2 ni...
Ya Allah, kuatkanlah semangatku dalam mengharungi cabaran2 untuk menyusukan anakku. Semoga aku terus dapat menyusukan anakku dengan jayanya.... Aamin.