Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 26, 2012

Bacaan surah Toha oleh pemuda Jerman

http://www.youtube.com/watch?v=PM4e5zV0cz0&feature=related

Semoga ramai lagi anak muda seperti ini... sejuknya bumi yang kurasakan....

Thursday, July 19, 2012

Angah... Leukimia ALL

Petang ini saya terjumpa satu page di FB pasal seorang budak yang menghidap leukimia ALL (Acute Lymphoblastic Leukimia). Dia hanya berusia 5 tahun dan dikenali sebagai Angah dalam keluarganya, sekarang masih mendapat rawatan di PPUM.

Sayu hati saya melihat keadaannya. Sungguh mereka sekeluarga diuji, kalaulah saya di tempat mereka belum tentu saya tabah menghadapinya. Saya juga dimaklumkan oleh bapanya bahawa Angah menghidap penyakit ini semenjak 2010 tetapi sembuh selepas itu. Sehinggalah awal 2012 penyakit ini menyerang kembali. Angah sudah membuat kimo tetapi keadaannya tidak berubah. Sebelum ini doktor memberikan 30% harapan untuk sembuh tetapi kini tidak lagi. Allahhuakbar! Hanya Allah yang tahu hikmahnya kan...

Untuk melihat perkembangan Angah, sila lihat di http://www.facebook.com/mynamenizam. Mereka sekeluarga mengharapkan doa daripada kita semua di luar ni. Tetapi jika anda ingin membantu daripada segi kewangan sila salurkan sumbangan pada adik ipar saudara Khairulnizam di :

Asfa Zura Mohd Noor
Maybank : 162311000302
Bank Islam : 06055020055600
CIMB : 06070002406209

Saya akan update story ni lagi yer...

UPDATE

Angah makin menunjukkan perubahan positif sungguhpun masih berada di PPUM. Kunjungan dan doa daripada kita semua sedikit sebanyak membantu Angah dan keluarga untuk terus bertahan serta melawan penyakitnya. Hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik ujianNya... Marilah kita terus memberikan sokongan dan doa buat mereka. 

UPDATE - 16/8/2012

Semalam ketika menjengah FB ayah Angah, hati saya sangat sayu. InsyaAllah minggu depan (Rabu), Angah akan membuat kimoterapi dengan dos yang tinggi kerana dos yang sekarang ini tidak mendatangkan apa2 kesan. Cumanya, kata doktor ianya sangat berisiko dan kemungkinan boleh membawa maut. Oleh kerana itulah ayah Angah meminta rawatan ini dibuat selepas hari raya supaya anaknya dapat berjumpa dengan saudara mara. Ya, ketika saya membaca status ayah Angah, berderai air mata ni. "Apa pilihan yang saya ada..." Allahhuakbar, ianya sangat menyentap jiwa saya.

Hanya Allah tempat kita mengadu... (tak sanggup nak tulis lagi...)

Wednesday, July 18, 2012

Mengantuk sangat ni...

Isnin malam lepas (16 Julai) Haseena kena ambik injection untuk tiga bulan. Next appoinment jatuh pada 10 September 2012. Masa tu Haseena dah 5 bulan.

Haseena menangis sikit masa kenaa cucuk tu, dan Alhamdulillah dia tak demam. Cuma petang Selasa tu pengasuh di taskanya cakap dia meragam. Pada firasat kami mungkin dia sakit pada tempat yang kena cucuk tu. Balik tu memang saya ulit dia supaya dia rasa selesa, segala rengekannya saya layan walaupun saya sendiri keletihan. Saya tak masak pun malam tu, hanya singgah membeli nasi ambeng dan mee sup. Suami pula nak ke pasaraya selepas Maghrib nanti untuk membeli sedikit jajan buat majlis harijadi kakak yang akan diadakan di tadikanya pada Rabu.

Sehinggalah abahnya balik, Haseena masih tidak mahu duduk diam. Dia hanya mahu dipangku, maknanya saya juga masih tidak mandi. Saya jangkakan dia akan tidur cepat dan lena nanti, jadi bolehlah saya membantu abahnya packing jajan. Tapi, rupanya semua tu meleset. Dia terus berjaga dan merengek. Nak katakan demam, tidak pula. Jadi, saya hanya terus melayan dia. Memang jelas dia kurang mesra, tidak seperti selalu. Pantang di agah, mesti cepat je dia tersengih2.

Jam kian menginjak ke tengahmalam tapi matanya langsung tidak menunjukkan yang dia akan tidur. Malahan bawah matanya sudah ada kelopak kecil yang terbentuk akibat menangis. Sudah 2 kali juga saya menyalin pampersnya, tak terdaya saya untuk memakaikan CD lagi dek kerana saya juga kian mengantuk. Perutnya saya sapukan minyak, mana la tahu kut2 perutnya tak sedap walaupun saya sangat pasti dia tak kembung.

Sesekali saya terlelap juga dalam 2, 3 minit. Bila tersedar saya terus mengagahnya. Saya timang dan saya kendong ke hulu ke hilir dengan harapan yang tinggi supaya dia berjaya saya pujuk. Daripada tingkat atas saya turun ke bawah. Kemudian naik semula dan turun lagi. Saya lihat abahnya dah tersadai di atas sofa, dan jajan juga belum disiapkan sepenuhnya. Kasihan abah tapi saya juga tidak berdaya untuk berbuat apa2 selagi puteri saya ini dalam dukungan. Yang pasti lebih kurang 4 pagi barulah Haseena mula tidur. Lega sikit rasanya.

Tapi saya mengambil keputusan untuk tidak tidur bersamanya walaupun mengantuk yang amat sangat. Kalau saya tidur mau terbabas kan. Saya perlu membasuh pinggan, menyusun kain yang sudah dilipatkan dek abah, menyiapkan pakaian dan peralatan anak2 untuk ke sekolah. Sambil2 tu saya sempat lagi menggoreng cekodok pisang.  Buat itu, buat ini akhirnya azan berkumandang. Saya kejutkan suami dan terus berlari ke atas untuk bersolat dan bersiap ke pejabat. Kiranya kalau saya campurkan masa terlelap saya ketika menjaga Haseena, tak sampai sejam pun saya tidur.

Sehingga catatan ini ditulis sudah lebih daripada 24 jam saya tidak tidur, sesekali melayang jugak badan ni. Kepala makin berat, mata dah merah dan berair. Tapi saya perlu gagahkan juga untuk meneruskan kerja2 di pejabat. Cadanganya nak tidur awal malam ni tapi tak tahu la macammana. Abahnya takde pulak malam ni, jadi saya keseorangan juga menjaga budak bertiga ni.

Daripada 5.30 pagi pada 17hb hingga 4.30 petang 18hb....hampir 35jam. Huhuuu... saya sangat mengantuk ni..

Oh Haseena, semoga tidak meragam ye. Ummi risaukan kamu...  

Monday, July 16, 2012

Haseena dah 3 bulan 7 hari


Inilah dia Haseena yang dah berusia 3 bulan 7 hari. Berat badan masa 2 Julai lepas, 5.77kg. Membesar dengan baik setakat ini, sepenuhnya menyusu badan. Sekarang ni pantang orang sembang atau main dengan dia, cepat je sengih2. Sesekali keluar jugak suara bila dia suka sangat.

Bila ditimang nampak sangat muka excited, boring agaknya asyik baring je. Kalau tidur suka betul kepalanya mengiring ke kiri, itu yang telinganya nampak lain sikit berbanding telinga kanan.

Waktu tidurnya juga lebih tenang berbanding kakak2nya dulu (setakat ni la, harap2 sampai besar), kalau dah tidur malam dia tak bangun pun menyusu sehingga la 6.30 pagi. Lepas tu sambung tidur sampai kul 10 pagi. Ataupun kalau tak tidur lepas bangun menyusu tu, selesai mandi pagi dia akan tidur sampai tengahari. Petang pun dia akan tidur jugak tapi sekejap je. Agaknya itu yang dia tidur lena malam.

Wajah dia lebih mirip Inshirah, malah kalau dilihat daripada ketinggian pun macam tu jugak. Tapi sekarang saya masih tak pasti Haseena mahupun kedua kakaknya lebih mewarisi gen sebelah saya atau abahnya.

Apa pun saya mengharapkan anak2 saya dan kanak2 lain di luar sana membesar dengan baik sekali....

Kakak dan warna rumah...


Kakak sangat la excited untuk mengerah tenaga membantu abah dan ummi menukar warna rumah, he3. Sanggup tak tidur tu... Tq kakak :)

Friday, July 13, 2012

Kakak dan lukisan

 Kakak tengah siapkan kerja sekolah (21/3/2012, 2115)

 My Home... banyak colour oren kan, kakak cakap dia suka colour tu...

Sudah 2 kali kakak melukis orang lidi tapi lukisan yang pertama tak sempat ummi snap sebab dah habis kena conteng, tak rupa orang lidi dah. Lukisan ni dinukilkan pada 11/7/2012. Tak pasti siapa sebenarnya dalam lukisan ni, tapi ummi menganggap ianya adalah ummi dan abah :)