Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 16, 2013

Entri takde tajuk... sekadar menzahirkan rasa hati

Bismillahhirrohmanirrohim....

Sebenarnya tatkala ini ummi terlalu sibuk, tapi untuk minit ini sesuatu perlu dizahirkan supaya ianya tidak terpendam di lubuk hati. 

Allahhuakbar... sesungguhnya memang benarlah hamba Allah ini sangat dhaif. Sering kalah dengan jarum2 syaitan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan umat manusia. Akhir2 ini (malah sebelum ini juga), Ummi berada dalam tekanan yang tinggi. Kerja vs keluarga.

Sepatutnya Ummi perlu kuat menempuh semuanya, tapi ternyata benteng Ummi tidaklah sehebat mana, malah tidak teguh pun. Api kemarahan seringkali marak menyala. Tentulah ada silapnya hingga Ummi gagal mengawal emosi. Ya, dah lama Ummi tinggalkan solat malam, mengaji dan ketidakpatuhan menepati waktu dalam mengerjakan solat fardu juga menjadi penyebabnnya. Itu yang Ummi kenalpasti sejak mencari jawapan kepada persoalan seperti ini.

Suami dan anak2 Ummi, sungguh Ummi tak malu untuk mengaku kekurangan ini kerana Ummi mahu kalian tahu bahawa apabila seseorang Muslim itu tidak patuh akan ajaran Islam, pasti hati akan merasai sesuatu. Kosong. Lalainya diri dengan nikmat dunia walaupun sedar dan tahu nikmat syurga itu lebih hebat dan kekal abadi.

Suami dan anak2 Ummi, maafkan Ummi atas segala salah silap. Kadang2 Ummi melampias amarah tatkala tidak dapat menahan bebanan hati. Sungguh Ummi kesali. Tapi, sesuatu yang Ummi belajar daripada kesilapan ini ialah.... apabila bebanan perasaan tidak dapat dikawal, maka terjadilah kes2 penderaan fizikal atau emosi atau kedua2nya sekali terhadap seseorang. Dalam amarah, kita sering gagal mengawal tindakan tubuh badan. Dan, janganlah diperkecilkan atau diremehkan bebanan perasaan itu walaupun pada peringkat awalnya ia hanya sekelumit cuma. Bak kata pepatah, sikit2 lama2 jadi bukit. Sokongan moral dan luahan perasaan adalah sangat perlu disamping lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Ya Allah, kuatkanlah iman hambaMu ini dalam menempuh cabaran hidup ini. Dalam kefakiran diri ini, terangilah ia dengan cahaya taufik dan hidayahMu....

Thursday, December 20, 2012

Hal2 kematian 1

Assalamua'laikum...

Lama dah tak bersiaran, huhuuuu.... Sibuk lately ni, ape nak dikatakan. Tapi Alhamdulillah kita sekeluarga sihat. Melihat anak2 ummi sihat dan berada di depan mata membuatkan ummi terus bersemangat meneruskan hari2 yang mendatang. Tatkala melihat suami, hati berbunga bahagia...

Syukur dengan apa yang dimiliki. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan hambaMu ini dengan nikmat dunia ini walau hanya sementara. Suatu hari nanti pasti ianya perlu dipulangkan.... ya la, apa sahaja yang kita ada di dunia bukan milik kekal kita. Yang berhak ke atas segala2nya ialah Allah Yang Esa.

Mengikuti perkembangan semasa membuatkan macam2 yang ada dalam kotak fikiran. Bila mendapat khabar kematian, tentulah ianya mengecutkan hati dan segala anggota tubuh ini. Terfikir, bila pula giliran diri ini. Rasa insaf menyelinap dalam segenap ruang anggota tubuh tapi bila lama kelamaan, tak dinafikan kita lalai kembali.

Terbaru, takziah buat keluarga Tok Din (bapa saudara ayah) kerana kehilangan isterinya yang tercinta semalam, 19/12/2012. Semoga roh beliau tergolong dalam golongan orang2 yang beriman. Arwah seorang yang lemah lembut, sopan tutur kata malah senyuman sentiasa terukir di bibir. Tok Din merupakan satu2nya adik beradik Atuk (sebelah ayah) yang masih hidup. Semoga tabah menghadapinya.

Mengingatkan kematian, ummi sangat takut. Bukan takutkan ape, amalan masih terlalu banyak kurangnya. Masih lalai diulit nikmat dunia, Astaghfirullahhal a'azim... Semoga ummi nanti diberikan kemudahan ketika menghadapi saat akhir itu nanti. Dikembalikan ke alam sana dengan iman yang teguh, dipermudahkan urusan pengebumian dan pergi dalam keadaan yang baik.

Sebut pasal pengebumian jenazah, ummi pernah membincangkannya bersama abah. Juga sempat menitipkan pesan supaya dicepatkan urusan pengebumian bila ummi tiada nanti. Bukan apa, Islam menyarankan supaya jenazah dikebumikan secepat mungkin. Bagi ummi, jika disitu ummi pergi, disitu jugalah disemadikan. Tak perlulah dibawa pulang ke kampung (kalau bukan di kampung ketika itu) dan tidak menunggu sesiapa. Untuk kenduri 3 hari berturut, hari ke 7, hari ke 40 dan sebagainya bagi ummi tidak perlu. Hanya doa daripada orang2 tersayang yang ummi harapkan.

Sekarang ummi sedang menelaah kembali hal2 berkaitan kematian. Nanti kita kongsikan ilmu yang ummi dapat. Ilmu yang diperoleh itu perlu juga diselidik akan kesahihannya. Jumpa lagi ya, tak boleh tulis panjang2. Asar dah masuk ni....

Sekian. Wallahhua'lam...

Thursday, November 22, 2012

Malaysians Condemn the Unjust War, PWTC (20-22 Nov. 22012)













Surau ArRahman, PWTC


Ummi sangat suka dengan surau ni... bersih, kemas dan selesa. Tiapkali ke sini, ummi suka duduk sekejap dan hirup udara panjang2 kemudian melepaskannya. Sangat tenang.

Bagi Muslim yang hendak menunaikan solat dan kebetulannya berada di sekitar PWTC, Hentian Putra atau The Mall, jemputlah ke Surau ArRahman ni. Ianya berada di aras 3, PWTC (Putra World Trade Centre).

Monday, November 12, 2012

Cerita susu Haseena lagi...


Segala puji buat Allah Yang Maha Esa... Dia lebih tahu hikmah di sebalik kejadian. Apa pulak kaitan dengan gambar diatas?

Ya, anak2 ummi... kejadian stok susu Haseena yang rosak dulu benar2 buat ummi terduduk, malah hampir putus semangat. 50 botol yang diisi dengan 4 oz (ada juga 5 oz, mungkin 5, 6 botol) susu ummi telah rosak akibat daripada kecuaian sendiri. Pintu freezer tak tutup rapat. Bila sampai rumah selepas mendapatkan rawatan Haseena di Tropicana, dada ummi benar2 sesak tatkala mata melihat susu ummi cair.

Mana daya Haseena nak menghabiskan dalam tempoh 24jam. Jadi ummi simpan juga susu tu dan kemudiannya dijadikan mandian Haseena. Baru2 ni ummi terbaca yang susu tu boleh dibuat dalam bentuk sabun.

Selepas kejadian tu ummi pula outstation, makanya jadual perahan tunggang langgang dek kerana waktu bertugas yang tak menentu. Ya, susu ummi 'merajuk'.

Sekarang ummi hanya pam hari ni untuk guna esok. Tempoh paling kritikal ialah bilamana ummi dan abah kena balik menghantar bekalan untuk Haseena. Bila malam, buat power pumping pula. Sampai ummi nekad beli pam untuk dapatkan balik kemeriahan susu badan. Alhamdulillah, susu ummi makin meningkat hasil tuaiannya sungguhpun tidak seperti dulu. Haseena pun macam faham je bila susu ummi sikit, dia tak minum banyak pun. Susu formula yang ummi standby tu tak bukak pun langsung.

Gambar kat atas tu ummi ambik pagi tadi. Nampak hasil yang kian meningkat ok, Alhamdulillah. Jadi,ummi pesan pada anak2 ummi supaya jangan patah semangat. Terus usaha sehinggalah berjaya.

"Kuarkan dia...."


Alhamdulillah... Haseena dah 7bulan pada 9 November yang lepas. Dia dah pun pandai menyulur ke depan dan golek2 sana sini. Hasilnya, macam gambar kat atas. Tersepit bawah sofa dan bila saya nak ambik gambar, kakaknya sibuk nak menyelamatkan Haseena.

"Kuarkan dia, kuarkan dia...," jerit Inshirah sambil tangannya gagah menarik kaki adiknya tu.

Memang sangat kecoh masa tu. Ummi sibuk nak snap gambar, Inshirah terjerit-jerit mintak bantuan untuk menyelamatkan Haseena. Hak3... Gayanya tak ubah seperti anggota penyelamat yang sedang bertugas.

Tapi kan, dalam kecoh2 tu Haseena tenang je. Agaknya terkejut tengok ummi dan kakak...he3