Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 14, 2011

"Ummi, nak makan."

Saya tidak sempat untuk menitipkan pelbagai perkara yang menerawang di kepala sejak akhir2 ini. Ya, tuntutan kerja menyesakkan keadaan. Jadi, saya perlu mengutamakan apa yang perlu diutamakan...

Isnin lepas, saya memang langsung tidak sempat untuk membuat sarapan. Sangat letih rasanya, memang bangun lewat pun pagi tu. Sedar2 je dah azan Subuh. Maka, saya bersiap seperti biasa untuk ke pajabat dan tentulah akan menghantar anak2 dahulu ke rumah babysitter nya.

Semasa melayan perasaan di dalam kereta..

"Ummi, nak makan..," kakak bersuara. Terdiam saya, sebenarnya dihinggap rasa bersalah. Ayatnya pendek tapi sangat menyentuh hati saya.

"Ummi tak sempat masak la sayang, pagi tadi ummi bangun lambat." Saya mohon anak kecil yang berumur 4 tahun ini mengerti tentang keadaan. Dia diam seketika. Tak lama selepas itu..

"Ummi, kakak nak akan." Ya Allah, saya benar2 rasa bersalah. Memang kebiasaannya saya akan memasak serba sedikit, selalunya kami makan di dalam kereta ketika dalam perjalanan. Tapi pagi itu memang terasa janggal sebab kami anak beranak duduk diam begitu sahaja dalam kereta.

"Ok, nanti kita beli kuih ye. Esok ummi masak untuk kakak." Saya cuba menenangkan dia. Kasihan, kakak mesti lapar.

Sampai saja di kawasan berhampiran rumah baby sitter, suami saya terus singgah di gerai. Kuih karipap dan donut yang dibeli tu memang terus di makan dek kakak ketika itu, walaupun jarak untuk ke rumah 'nenek' nya cuma sekejap je. Bersalah dan kasihan memang benar2 meruntun di jiwa tatkala saya melihat kakak menjamah kuih tersebut.

Benar, sehingga kaki melangkah ke pejabat pun saya masih rasa bersalah teramat. Sesungguhnya saya sangat ralat pagi itu dek kelemahan saya sendiri... Maafkan ummi kakak...

No comments: