Sekarang kakak dah pun berusia 5 tahun, masih tidak tahu membaca dan tulisaannya tidaklah secantik mana. Saya tidak kisah tentang itu biarpun anak2 rakan saya sudah jauh ke depan. Pandai membaca dan sebagainya, malah ada yang memasuki kelas tuisyen untuk belajar itu dan ini. Prinsip saya, saya mahu dia membesar mengikut perkembangan kanak2 secara normal. Saya tidak mahu mengetatkan jadual hariannya dengan segala aktiviti. Betul ianya untuk masa depan mereka tapi saya lihat ramai ibu bapa yang lupa, anak2 mereka terpaksa mengikut segala 'kesempurnaan' yang dimahukan oleh orang tua mereka. Andai anak2 itu sendiri mahu mempelajari sesuatu dengan rela hati saya rasa tidak ada masalah. Mungkin kemahiran yang mendatangkan ketenangan buat mereka seperti kelas muzik, seni dan renang. Janganlah dipaksa mereka untuk mengikut segala perancangan kita secara total, itu tidak adil namanya.
Saya tidak mahu anak2 saya menghadapi tekanan. Namun bukanlah bermakna saya membiarkan mereka begitu sahaja. Saya tahu, keadaan keliling yang makin maju ke depan membuatkan kita semakin pantas mengejar 'kesempurnaan' yang kadang2 membuatkan kita lupa perbuatan kita telah mengakibatkan tekanan buat anak2 dan juga diri sendiri. Mungkin kita akan rasa ketinggalan bila rakan2 kita menyatakan begini...
"Anak saya tu dah pandai membaca sejak umur 3 tahun..."
"Oh, anak saya bijak sangat main alat muzik, kalah orang besar..."
Bagi saya, saya mahu anak2 saya dengan tenang membesar mengikut perkembangan fizikal dan mental yang sepatutnya. Alam kanak2 penuh dengan imaginasi, keseronokan dan santai2 jadi mengapa kita perlu mengisi masa2 ini dengan aktiviti yang sepatutnya dilalui 4 atau 5 tahun akan datang...
3 comments:
setuju.... setiap orang ade keinginan dan target memasing dalam hidup....
btul...sgt stuju dgn pandgn ummi, jgn bandingkan anak kita ngan anak org lain sbb anak2 kita ada kelebihan yang kita sendiri kadangkala lalai untuk tahu...
kdg2 kita ni yg obses sesgt, lupa ttg hak anak2 utk hidup normal mcm kanak2 lain...
Post a Comment