Mengenang kembali fasa2 hidup yang telah saya lalui, ada suka dukanya yang tak mungkin boleh berputar kembali. Yang lalu tetap berlalu, yang akan datang perlu saya fikirkan dan rencanakan.
Saya bukanlah seorang yang hebat pun tapi saya ingin menjadi seorang yang tidak mensia-siakan hidup begitu saja. Ingin menjadi hamba yang baik dan patuh kepada Allah dan Islam. Ingin menjadi anak yang baik kepada orang tua. Ingin menjadi isteri yang solehah dan semuanya yang terbaik..... tidak tertulis keinginan saya kerana banyak sungguh keinginan itu wujud dalam diri saya. Justeru sejak saya tahu membahagikan fasa hidup, saya merangka matlamat/cita2 yang ingin dicapai. Fasa hidup saya terbahagi kepada dua iaitu matlamat setiap tahun dan setiap lima tahun... hari ini saya hanya ingin menyenaraikan matlamat setiap lima tahun saya.... ada yang berjaya dan tidak berjaya, malah ada yang tertangguh pula.
1993 hingga 1997
1. PMR : 3A 5C
Hahah... lari daripada apa yang saya
inginkan. Salah sendiri kerana tidak berusaha keras, Saya berusaha sekadar
'melepaskan batuk di tangga'... Sangat rugi!
2. SPM : pangkat 1
Alhamdulillah, saya mendapat pangkat 1
dengan 14 agregat. Secara jujurnya, saya membuat persiapan di saat akhir.
Terima kasih Cikgu Saimie, guru Sastera yang telah menyedarkan saya.
Cadangannya yang sangat berisiko itu saya terima dan pulun habis. Tapi, saya
tetap menyesal kerana tidak bersedia lagi awal.
1998-2002
UiTM Shah Alam
Alhamdulillah, impian saya untuk ke menara
gading tercapai. Tamat pengajian pada pertengahan 2002 dengan CGPA 3.++ . Juga
sedikit lari daripada target yang dinginkan. Ketika itu saya menetapkan
pada diri untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran. Oleh sebab
itulah saya tidak mempunyai kekasih hati pun, hahah… Lagipun, saya sedar yang
diri ini hanyalah budak kampung, tidak cantik apalagi menarik untuk mendapat
perhatian mana2 lelaki. Dan saya juga menanamkan dalam diri untuk mencintai
lelaki yang bergelar suami sahaja nanti.
2003-2005
Fasa kali ini saya pendekkan kepada 2
tahun sahaja. Impian saya untuk mengubah nasib keluarga dengan mengorbankan
banyak perkara nampaknya berjaya sedikit demi sedikit. Mendapat kerja tetap
pada 2004 telah meyakinkan saya sepenuhnya bahawa kejayaan tidak datang
bergolek. Sebelum itu saya pernah menaiki bas biru dan kemudiannya beralih arah
menjadi promoter di sebuah farmasi di Selayang. Dengan gaji yang kecil saya
terima seadanya kerana bagi saya untuk berjaya janganlah terlalu memilih untuk
mendapat kerja. Saya berjaya membelikan keluarga saya sebuah mesin basuh kain
automatik dan menyumbang RM200 setiap bulan. Hujung 2004 saya membeli telefon
bimbit Nokia untuk kegunaan sendiri.
Dalam soal hidup, saya mensasarkan untuk
berkahwin paling lewat pada 2005 sungguhpun ketika itu saya tidak mempunyai
calon pun. Saya tidak berhenti berdoa supaya Allah menemukan jodoh saya secepat
mungkin kerana pahala dan kebaikan dalam perkahwinan itu ingin saya rebut
sebanyak mungkin.
2006-2010
Sasaran untuk berkahwin pada 2005
nampaknya tidak tercapai. Tetapi saya bertemu dengan suami pada hujung 2005.
Kami tidak mengambil masa yang lama untuk berkahwin kerana pada Ogos 2006 kami
telah selamat dinikahkan. Alhamdulillah, saya belajar mengenali dirinya setelah
bergelar isteri. Betullah seperti dikatakan orang, bercinta selepas kahwin
sangatlah indah dan manis. Keinginan saya untuk memiliki cahayamata sekurang2nya
seorang sebelum berusia 30 tahun tercapai. Malahan Allah mengurniakan 2 orang
puteri ketika itu.
Matlmat untuk lulus lesen kereta juga
termakbul. Selepas melahirkan anak pertama pada 2007, suami membeli kereta
Proton yang automatik. Katanya lebih praktikal untuk kami yang tinggal di bandar
dan ianya memudahkan saya untuk menggunakannya nanti. Tak lama selepas itu,
dengan izin Allah kami membeli sebuah rumah pula. Sebenarnya rumah bukanlah
termasuk dalam senarai matlamat saya ketika berada dalam fasa ini. Tapi
nampaknya Allah menambahkan rezeki kami ketika itu. Alhamdulillah.
Selain itu, saya ingin menghabiskan
bayaran pinjaman kepada JPA pada 2010. Namun, ianya tidak tercapai dek kerana
ada ketikanya saya menangguhkan bayaran apabila berada dalam keadaan yang tidak
mengizinkan. Lalu saya menganjakkan azam itu setahun lagi. Semoga saya
dipermudahkan untuk membayar hutang ini.
Saya juga telah memiliki sebuah mesin
jahit elektrik Singer yang sudah lama diidamkan. Dapatlah menjahit sikit2
keperluan rumah seperti langsir, sarung bantal dan tilam, selimut anak2 dan
lain2 lagi. Hujung 2007 juga saya berjaya memiliki kamera digital Nikon.
2011-2015
Saya mempunyai keinginan yang kuat untuk
memiliki anak sekurang2nya empat orang sehingga berumur 35 tahun. Saya tidak
mahu menangguhkan niat untuk mengandung melebihi usia 35 tahun dengan beberapa
sebab yang tidak dapat saya nyatakan di sini. Kini, saya sudah mempunyai 3
orang puteri.
Kini saya dalam proses melunaskan bayaran
pinjaman pelajaran selewat2nya hujung 2012, doakan saya berjaya ya kerana ianya
telah lewat 2 tahun daripada sasaran.
Dan, dengan jujurnya saya sangat
bercita-cita untuk menjadi surirumah yang berjaya dalam masa setahun lebih lagi.
Iaitu ketika anak perempuan sulung saya memasuki darjah 1 pada 2014 nanti.
Hasrat ini telah dinyatakan kepada suami beberapa tahun dahulu tetapi dia
meminta saya untuk menangguhkannya sedikit masa lagi. Ohhhh, saya tak sabar
sebenarnya menunggu saat itu!
Saya dan suami juga sudah mendaftar haji
pada pertengahan tahun baru2 ini. Giliran kami jatuh pada 2045, sangat lama kan
untuk tiba ke tahun itu. Entah kan sempat atau tidak. Tetapi saya meletakkan
harapan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebelum menutup mata.
2016-2020
Sasaran pertama adalah untuk mengerjakan
haji selewat2nya ketika usia menginjak 40 tahun. Semoga hasrat ini tercapai Ya
Allah, permudahkanlah segala urusan berkaitan dengannya. Maka, saya harus
berusaha keras menyimpan duit dan berjimat cermat dalam banyak perkara. Semoga saya juga berjaya membawa orang tua saya ke sana.
Kalau boleh saya mahukan rumah kami berjaya
diubahsuai mengikut idaman hati. Sehingga kini (Ogos 2012), rumah kami biasa2
sahaja. Kan best kalau ada gazebo, kolam ikan dan kebun kecil di belakang rumah…. Malah, saya ingin mempunyai perniagaan sendiri. Perniagaan apa ye? Hehehe... sedang dalam penilaian saya.
Dan, kalau diizinkan Allah… nak jugak
merasa kereta yang besar sket… hikhikhik…
Matlamat selepas 2020 akan dikongsikan kemudian. Ada juga matlamat2 lain yang tidak dapat
saya paparkan atas sebab tertentu. Biarlah ianya menjadi pengetahuan kami
sekeluarga sahaja. Hanya Allah yang lebih layak mengetahui segalanya.
Semoga kami sekeluarga dikurniakan
kesihatan yang baik, murah rezeki, panjang umur, dan dilimpahkan rahmat serta
perlindungan daripadaMu Ya Allah. Matlamat2 ini juga mohon dimakbulkan.
Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang terbaik buat kami sekeluarga….
1 comment:
Alhamdulillah...semoga dipermudahkan segala urusan untuk menjadikan impian sbgi kenyataan.
Post a Comment