Alhamdulillah… Ummi
kembali semula setelah kian lama tidak menulis apa-apa di dalam blog kecil ini.
Bukanlah sengaja
meninggalkan nota hati ini tanpa sebarang jejak, namun atas faktor kesihatan
berhabuklah sedikit tanpa disapu, ceewaahhh…
Alhamdulillah sekali
lagi dengan segala kurnia Allah S.W.T. kerana Ummi kian sihat walau tidak
segagah sebelumnya. Semoga makin hari makin sihat dan cergas menghadap
hari-hari mendatang. Oh, Ummi bukanlah didatangkan dengan kesakitan yang sangat
serius seperti orang lain tetapi kesihatan yang merosot ini banyak memberi
kesan dalam hidup seharian. Ianya berita gembira buat kami sekeluarga cuma
Allah menguji Ummi sebelum menerima pemberian istimewaNya nanti InshaAllah.
Hari ini 3 Mac 2014,
bermakna kandungan Ummi telah memasuki 20 minggu. Ya, Ummi mengandung lagi,
anak yang keempat. Syukur sangat kerana hajat tercapai cuma jalannya agak
berliku sedikit seperti ketika mengandungkan kakak-kakaknya.
Kandungan kali ini
juga telah dapat Ummi agak sebelum membuat pemeriksaan lagi dek kerana alahan
yang dialami seperti muntah, sakit kepala, hilang selera makan dan pengeluaran kahak
yang pekat serta banyak. Tapi Ummi benar-benar tidak berani untk menzahirkan
rasa hati itu kerana kelewatan haidh belum melebihi seminggu pun. Cuma
berkias-kias la dengan abah tentang tahap kesihatan yang membuatkan badan agak ‘lemau’
sejak kebelakangan itu.
Pada malam 3 Disember
2014, dek kerana rasa teruja Ummi telah membuat pemeriksaan sendiri namun
keputusannya agak kabur. Subuh esoknya Ummi cuba sekali lagi dan ya,
keputusannya jelas sekali Ummi memang mengandung lagi. Alhamdulillah, semoga
Ummi dan kandungan ini selamat serta sihat hendaknya hingga tiba waktu bersalin
nanti. Kami hanya benar-benar membuat pemeriksaan di Pusrawi Kota Damansara
pada 26 Disember 2013, iaitu beberapa hari selepas kakak dan adik pulang ke
rumah setelah bercuti di kampung.
Oh… kandungan keempat
ini bukanlah atas dasar ‘Misi Mencari Muhammad’ tetapi sebaliknya memang hajat
di hati untuk menambah bilangan ahli keluarga. Ummi dan abah benar-benar
menerima dengan hati yang terbuka tak kira apa jantina sekalipun bayi ini
nanti. Jika dikurniakan anak perempuan lagi, ianya tidak mendatangkan masalah
pun. Sudah tentulah Allah Lebih Mengetahui kemampuan kami untuk membesarkan
anak-anak perempuan.
Ramai yang mengusik
kami akan jantina bayi yang sedang Ummi kandung ini. Sehinggakan apabila Ummi
menyatakan Ummi tidak kisah jantinanya, ada yang tidak percaya. Kata mereka,
tentulah kami mengharapkan bayi ini lelaki kerana telahpun dikurniakan anak-anak
perempuan. Sungguh, kami redha dengan ketentuanNya. Kelahiran Inshirah dulu
benar-benar telah mengubah persepsi kami tentang anak lelaki dan perempuan
serta makna sebenar REDHA dalam kamus seorang Islam. Terima kasih ‘adik’ kerana
lahirnya kamu memberi makna yang sukar difahami oleh orang lain.
Ok, rasanya cukup
setakat ini dulu. Nanti kita jumpa lagi…
No comments:
Post a Comment