Assalamua'laikum...
Semoga
pagi yang baik dan terang dengan cahaya matahari ini memberikan kita lebih
banyak kebaikan dan kebahagiaan. Biar apa pun yang kita buat masa ni, semoga
bahagia itu milik kita.
Lama dah
tak menulis apa-apa catatan di laman penaummi ni, jadi rasanya macam nak cakap
pasal orang yang dah kahwin. Hehehe... mana yang baik ambik la sebagai pedoman,
mana yang tak baik lempar jauh-jauh ye supaya ianya tidak memberikan aura
negatif buat kita.
Bermula
daripada kita sah diikatkan sebagai suami isteri, cabaran sebenar hidup
berumahtangga akan bermula. Kalau sebelum nikah ada rajuk dan pujuk, belum
tentu lepas kahwin macamtu jugak. Kalau sebelum nikah rasa duduk atas awan,
belum tentu kita rasa begitu selamanya. Kalau sebelum nikah tiap jam rasa nak call si dia, belum tentu lepas kahwin
kita akan call dia tiap 3 atau 4 jam
sekali. Kalau sebelum nikah apa pun sanggup kita redah, belum tentu lepas tu
kita redah walau sesak di kota bagai nak gila!
Tau
kenapa Ummi cakap macamtu? Sebab.... emosi, ikatan cinta dan segala apa yang
kita ada akan berkait rapat dengan pasangan kita. Impaknya si dia juga akan
turut merasa biar apa jua yang kita lakukan.
Pernah
dengar tak orang cakap pasal sebelum kahwin jalan sebelah-sebelah, bila dah
kahwin sorang kat depan sorang kat belakang? Walau bukan semua pasangan
macamtu, hakikatnya ramai pasangan yang sebegitu.
Of course la sebelum kahwin kita akan fikir yang indah
dan baik-baik sahaja. Darah tengah manis katakan, semuanya ok dan sanggup
diterima. Lepas nikah baru tau perangai sebenar suami atau isteri. Hadap
je la ye…
Tu sebab
orang tua selalu pesan, sebelum kahwin buka dua-dua mata, lepas kahwin tutup
sebelah mata. Tapi kalau ada habit yang tak elok tu, cubalah bawa berubah.
Takkan sampai ke tua masih nak tidur sampai tengahari kan, upppsss….
Zaman
sekarang ni susah juga nak jumpa anak dara yang bangun awal pagi dan tak tidur
balik. Nak cari pemuda yang duduk di surau subuh hari lagi payah!
Jadi… apa
yang kita nak harapkan pada pasangan kalau kita sendiri tidak berusaha jadi
yang terbaik. Kita mahu isteri sebaik Fatimah tapi solat wajib pun kita tinggal,
ada hati nak pinang anak dara orang? Cermin diri dulu kaum Adam, kalau kamu bengkok
macam mana pulak nak luruskan kami yang jadinya daripada rusuk kiri kamu?
Sebagai
pemimpin keluarga, kamulah yang harus kuat dan tetap positif supaya jadi ikutan
kepada isteri dan anak-anak. Jangan mimpikan rumah bagai syurga kalau Al Quran
pun kita tak baca. Ingat, isteri dan anak-anak perlukan makanan rohani juga
bukan sekadar tempat perlindungan dan keperluan duniawi semata-mata. Usah biar insan-insan
yang kita sayang ni rasa sunyi dan hati mereka kosong akibat kelalaian kita.
Kelak tanpa kita sedar, mereka akan pergi meninggalkan kita yang masih dibuai
kesedapan dunia.
Sesekali bersembanglah
dengan isteri tentang matlamat perkahwinan yang dibina supaya dia tahu apa yang
hendak dicapai. Jangan ingat mereka boleh meneruskan tanggungjawab sebagai
orang nombor dua dalam rumah tanpa bimbingan. Walau isteri seorang ustazah,
mereka masih perlukan teguran dan nasihat daripada suami walaupun lelaki
harapannya itu Cuma seorang pemotong rumput!
Nak
mencapai ikhlas dalam rumahtangga ni banyak cabarannya. Ada isteri bangun
pagi-pagi dengan senyuman lebar mengharapkan hari ini lebih baik daripada
semalam. Angan-angannya nak masak yang sedap-sedap dan rumah dikemas rapi,
alih-alih sampai ke petang suami asyik dengan telefon dan berdengkur sampai ke
petang. Mau tak hangin satu badan!
Ada juga
suami yang baik seawal Subuh dah kejut isteri untuk solat jemaah tapi isteri tetap
liat bangun mengalahkan orang yang bangun Tahajjud setiap malam! Sedih hati
suami, isterinya cantik rupawan tapi solat liat. Berubahlah Puan-puan, kalau
solat kita jaga InsyaAllah yang lain-lain pun akan terjaga Tak guna juga kalau
suami sebaik Saidina Ali tapi diri kita langsung tak berusaha menjadi solehah.
Apa guna
kita make-up cantik-cantik tapi hakikatnya tak cantik mana pun akhlak kita ni.
Dapat suami baik macam malaikat tapi kita masih sedap kejar dunia. Kita
utamakan karier daripada suami malah yang lebih teruk tak nak melahirkan zuriat
hanya sebab tak nak gemuk. Rahim perempuan telah Allah jadikan tempat yang
sangat istimewa tapi kita sia-siakan pulak. Bagi yang memang ada masalah
kesihatan atau faktor lain yang menghalang itu tak mengapalah.
Sebenarnya
alam rumahtangga ni, komunikasi kena dua hala. Tak mengapalah kalau salah
seorang pendiam sikit tapi janganlah sampai asyik pasangan kita je nak mulakan,
lama-lama bosan jugak. Tak romantik pun tak apa, asalkan jangan lupa pada
pasangan masing-masing. Duduklah ceruk mana, selalulah kirimkan doa dan bagi
nasihat supaya pasangan rasa sentiasa diingati. Untuk menghargai tak perlu pun
jambangan ros atau tali leher mahal, sepotong ayat yang dikirim melalui mesej pun dah memadai.
Ok… nanti
kita sambung lagi ye. Banyak nak tulis lagi ni tapi Ummi perap dulu buat
sementara waktu.
No comments:
Post a Comment