Sejak
3 minggu ni kita sekeluarga berada dlam zon tidak sihat. Allahhuakbar. Kita
diuji dengan nikmat kesihatan yang ditarik sedikit bermula dengan Inshirah yang
selesema. Kemudiannya diikuti Ashiqin, Haseena dan ummi. Setakat hari ini abah
masih bertahan. Alhamdulillah.
Sebelum
membawa Inshirah ke klinik pada 23 Julai lepas, dia telahpun selesema beberapa
hari dan ummi hanya memberi ubat selesema yang masih berbaki di rumah. Hari
keempat atau kelima ummi dan abah membawanya ke klinik. Ubat dibekalkan oleh
doktor tanpa antibiotik. Tak lama selepas itu, kakak pula berjangkit. Ummi
tumpangkan ubat adik untuk diberi kepada kakak. Selang beberapa ketika, Haseena
kembali batuk berkahak dan selesema walaupun baru sembuh awal Julai tesebut.
Kalau
tak salah ummi, temujanji terakhir baby Haseena dengan Dr. Yeu (Consultant Paediatrician
& Paediatrician Cardiologist, Tropicana Medical Centre) adalah pada 2
Julai. Ini bermakna tak sampai sebulan Haseena tidak sihat semula. Cuma untuk
kali ini agak lebih serius berbanding dulu. Dia disahkan terkena Acute
Bronchiolitis, sama seperti kakaknya Ashiqin. Kali ini juga dia diserang
eczema. Aduhai anak2 ummi…. Hatiku gundah gulana sungguhpun kalian tidak sakit
seperti kanak2 lain yang lebih lagi azabnya. Hati seorang ibu, anak selesema
dan batuk pun susah hati… Ummi benar2 berada di tengah2 simpang sayang, antara
kerjaya dan keluarga. Dan hati yang jitu, ummi memilih keluarga lagi walaupun
malunya untuk menghadap majikan nanti.
30
Julai, bersamaan 10 Ramadhan ummi dan abah membawa Haseena bertemu Dr. Mohd
Noh, seorang Pakar Kulit yang juga telah merawat kakak dulu. Ubat Haseena
sahaja ketika itu mencecah RM185 untuk syampu, pelembab, krim badan siang dan
malam serta krim untuk celah paha. Bukanlah ummi berkira dengan kamu Haseena,
tapi kos perubatanmu sangat tinggi bagi ummi dan abah yang berpendapatan
sederhana dan tinggal di Bandar Kuala Lumpur ini. Oleh kerana kasihkanmu, ummi
dan abah sanggup berkorban apa sahaja. Nampak gaya, kos perubatanmu akan sama
seperti kakak. Dalam masa yang sama ummi masih meneruskan ubat selesema dan
batuk yang masih ada sebagai ikhtiar untuk mengubati sakitmu.
Sehingga
1 Ogos lalu, ummi dan abah membawa Haseena berjumpa Dr. Yeu keadaannya yang
tidak berubah. Sementelah Haseena sudah mula demam, muntah2, cirit birit dan
sangat kurang menyusu. Selasa, 31 Julai semasa di taska hanya 2 botol susu yang
dihabiskan. Dr. Yeu meminta agar Haseena menjalani rawatan fisioterapi untuk
kali kedua di tingkat bawah hospital. Dan pemantauan yang rapi di rumah perlulah
dilakukan dengan membuat sendiri fisio tersebut 3 atau 4 kali sehari. Ummi dan
abah juga dibekalkan surat keterangan tentang masalah kesihatan yang dihidapi
Haseena. Sehingga jam 2 petang barulah urusan di TMC selesai. Akhirnya abah
mengambil cuti kecemasan dan tidak juga menghadiri kursus seperti yang
dijadualkan.
Sepanjang
minggu lepas, ummi hanya bekerja 2 hari sahaja. 1 hingga 2 Ogos cuti kecemasan
dan 3 Ogos ummi pula mendapat cuti sakit. Boleh dikatakan orang sakit menjaga
orang yang juga sakit. Abah kembali bekerja dan menghadiri kursus pada Khamis
tersebut. Di rumah selesema dan batuk ummi kian kuat. Malah paginya ummi sakit2
badan, ingatkan hanya letih2 badan kerana sudah beberapa hari keadaan tidak
menentu yang menuntut ‘kerja lebih masa’. Tapi, ummi demam akhirnya dan bisa
urat2 badan kian melemahkan badan. Ikutkan sakit, memang nak baring je. Maklumlah sakit seluruh badan ni tapi bila mengingatkan anak dan suami, gagah jugak ummi bangun. Sesekali hampir jugak ummi nak rebah tapi ummi perlu lawan semua itu. Langkah terbaik, ummi berbuka puasa dan
memakan ubat dengan harapan cepat sembuh. Malamnya sekali lagi kita berkunjung
ke klinik untuk rawatan ummi, Inshirah dan Ashiqin. Kakak dah mula mendapat infection, telinganya sakit sampai
nangis2.
7hb
tu sekali lagi temujanji di TMC, maka petang tu ummi dan abah balik awal.
Sekitar jam 2 petang untuk menemui Dr. Yeu. Alhamdulillah keadaan Haseena
bertambah baik, jadi pengambilan ubat pun dihentikan. Cuma, fisio perlu
diteruskan bagi memastikan tahap kesihatan Haseena benar2 pulih. Tapi, sebelah
malamnya Inshirah kembali demam. Aduhai anak…
Semalam,
9hb ummi dan abah nekad ke klinik untuk melakukan ujian darah pada Inshirah.
Tak boleh jadi ni, demam on off dan adik dah mula asyik buang air besar. Dan
hasil ujian tersebut memang terdapat kuman dalam darah cuma ianya tidak terlalu
serius. Alhamdulillah, lega mendengarnya. Doktor memberikan antibiotik dan ubat demam. Tengah
malam tadi, Inshirah muntah pulak. Allahhuakbar…..
Menjelang
nak raya ni, hati ummi sangat la risau. Harap2 kesihatan kami sekeluarga berada
di tahap yang maksimum, kerana pada hari raya nanti pastilah kita akan berjumpa
dengan ramai orang. Tak mustahil kesihatan boleh terjejas. Ditambah dengan
keadaan cuaca yang bagi ummi sangatlah tidak menentu. Jerebu, panas dan
adakalanya hujan.
Ya
Allah, ampunilah dosa hamba2Mu ni. Sesungguhnya kami ini golongan yang sangat
lemah. Maka berikanlah cahaya hidayah yang berterusan agar kami tergolong dalam
golongan orang2 yang beriman. Murahkanlah rezeki kami, permudahkanlah urusan
kami, sihatkanlah tubuh badan kami…. Sesungguhnya Ya Allah kepadaMu kami
sandarkan segala harapan….
2 comments:
Salam kenal.
Semuga kita semua sentiasa diberkati.
Take care
Salam disambut Mak Wardah... ni tentu drpd blog Naj Mi kan... Alhamdulillah bertambah sorang lagi kawan maya saya...
Post a Comment