Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 4, 2008

Subhanallah..

Arini ummi nak citer pasal satu kejadian yang bagi ummi sungguh mengujakan. Last week production susu badan ummi agak menurun. 3 kali pump pun tak dapat lebih daripada 10oz pun. Memang sedih sangat2, ye la mana taknya anak ummi kan bergantung sepenuhnya kepada susu badan. Setiap detik dan waktu ummi merintih supaya Allah banyakkan susu. Ummi percaya dengan berdoa, merintih dan merayu kepada Allah Yang Satu, suatu masa InsyaAllah akan dikabulkan.

Ummi buat macam2 usaha untuk tingkatkan production, cuma belum sampai ke tahap nak ambik pil penambah susu sahaja lagi. Sesi pumping juga ummi tingkatkan daripada 3 sesi kepada 4 sesi. Ini bermakna sebelah pagi 2 sesi, sebelah petang 2 sesi lagi. Dalam satu sesi tu nak dapatkan 2 oz pun kadang2 berchenta.

Petang 29 Julai, masa sesi pumping terakhir tu ummi macam biasa, akan pastikan hingga ke titik terakhir susu mengalir ke dalam botol. Tak dapat dinafikan keresahan hati, stok susu untuk Nawal tak cukup daripada kebiasaan sebelum ni. Ummi tak henti2 selawat semoga permintaan ummi dikabulkan. Tiba2.... susu ummi banyak sangat mengalir keluar. Ya Allah, ummi terkejut. Dalam masa yang sama ummi suka sangat. Alhamdulillah, usaha ummi berbaloi. Tak sedar ummi ketawa sendirian dalam pantry petang tu. Tak terkata dan tak tergambar perasaan masa tu. Bayangkanlah, sampai tak cukup botol plak petang tu. (Sekarang ummi gunakan botol 4oz sahaja, sebab lebih senang untuk terus dibagi kepada Nawal nanti).

Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah. Datang perasaan yang sangat indah dalam diri ummi. Allah kabulkan permintaan ummi. Bahagianya ummi rasakan petang tu. Tersenyum2 sampai ke malam... Bahagianya....

* Kepada ibu2 yang mempunyai masalah kekurangan susu badan, usahalah bersungguh2 untuk mendapatkan yang terbaik kepada anak dan diri kita sendiri. Percayalah, usaha dan tawakkal kepada Allah adalah jalan terbaik untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Cuma, kesabaran perlu berada di tahap yang tinggi.

2 comments:

mamahanees said...

Senasb la kita....last week pun BM saya merosot gak. Malam2 hanees hisap.....menangis2...AGI....AGI. Alhamdulillah dah ok balik lps makan capsule fengreek.....dgn izin Allah, kembali normal. mmg kita kena yakin pada rezeki Allah. Tak leh lupa berdo'a :-)

Moga hanees ngan nawal dapat sama2 nenen sampai 2 tahun insya Allah :-)

ummiLIN said...

Tu la azam saya nak susukan sendiri anak2 saya hingga 2 tahun, moga tercapai InsyaAllah...