Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 29, 2015

Salam Ramadhan

Assalamua'laikum. 

Selamat berpuasa buat semua umat Islam walau di mana berada. Hari ini dah hari yang ke 12, Alhamdulillah.

Semoga berkatnya Ramadhan kali ini dapat kita nikmati. Kalau mungkin kita berhijrah, semoga ianya istiqamah dan semakin hari bertambah nilainya. Nak buat perkara baik bukannya semudah yang kita sangka. Adakalanya kita makin kuat diuji.

Nak mencapai tahap redha dan ikhlas dalam ertikata yang sebenar pun bukan semudah yang diucapkan. Atau barangkali kita rasa dah redha dan ikhlas, tapi bila diuji baru kita tau setakat mana kita memegangnya. 

Adakalanya kita tak sedar, mungkin juga kita penyumbang kepada keredhaan dan keikhlasan orang lain. Atau paling memalukan, mungkin juga kitalah penyebab kepada rasa tidak redha dan ikhlas seseorang. Bak kata kiriman yang pernah menjadi viral di dalam WhatsApp baru-baru ni, 'Plastik Bocor'.

Apapun teruslah berdoa agar kita sentiasa menjadi manusia yang dapat memberi manfaat kepada hidupan lain. 

Sekian....