Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 24, 2010

Kakak jadi pintu..

Semalam ummi MC, cirit birit la pulak... ntah mane silap makan ummi ni... Jadi ummi pun buat la kerja2 sebagai surirumahtangga sepenuh masa semalam, he3... (time keja ummi tak sempat nk buat semua ye...

Masa tengah mandikan kakak, adik tiba2 menangis sekuat hati. Berlari la ummi yang dah makin sedap badan ni nengok kan si adik. Pujuk2 tak mau jugak adik diam, jadik ummi dukung la bawak ke bilik air. Kakak ni kalu tak dipantau mau bil air melambung tinggi, kang pengsan abah tengok bil kang. Hahahaha...

"Kakak, mandi cepat. Adik nangis ni.." ummi bersuara dengan sedikit tegas.
"Ummi ni marah kakak jer, nanti kakak jadi pintu baru tau..."
Haaa? Apakah benar apa yang ummi dengar?...................................... Sungguh ummi terkedu seketika. Tanpa jawapan.

Kalau anda la kan, ape jawapan terbaik untuk anak anda yang sangat2 la bijak tu....

*Budak2 sekarang kalau salah asuh tak tau la nak jadi ape besar nanti. Kecik2 pun dah kemain pandai bercakap...

Thursday, December 9, 2010

Muharram....

Awal Muharram yang baru beberapa hari berlalu masih terasa semangatnya pada ummi. Teringat kan drama 'Dakwah Muharram' dan "Tempatkan dia Di Syurga'.... Kedua2 nya ummi suka. Penuh pengisian, hasil karya yang sangat baik pada pandangan ummi...

Dakwah Muharram... didukung baik oleh Aqasha sebagai abang dan Amir Sofaz selaku adik. Terkeliru dengan kemahuan diri dan terikat dengan ketaatan kepada keluarga. Remaja yang masih mencari arah hidup, sesekali terkeliru dengan situasi yang dihadapi. Itulah yang membuatkan kadang2 remaja berbohong pada orang tua dek kerana takut menderhaka dan dalam masa yang sama ingin mencapai cita2. Betullah peranan ahli keluarga sangat penting dalam membentuk peribadi. Kesanggupan si abang mengubah corak dakwah lama kepada yang baru memang ditentang oleh orang tua, namun akhirnya kerana kebijaksanaan yang digunapakai membuatkan dakwahnya diterima. Lagu terakhir gandingan Aqasha dan Amir betul2 menyentuh jiwa... tahniah Eirma Fatima.

Tempatkan Dia Di Syurga... memang menyayat hati. Hakikatnya kasih sayang dan belas si ibu mengatasai segala2nya. Tetapi anak2 mengambil kesempatan, hidup senang walaupun tugas menyara keluarga terpikul di bahu. Zamarul memang pandai berlakon, terkesan ummi dengan doa2nya. Banyak iktibar yang boleh diambil daripada drama ni... kasihnya ibu sehingga ke syurga, tingkah anak2 yang mendukacita dan menggembirakan hati ibu, terikatnya isteri kepada janji2 terhadap suami..... semuanya terkesan di lubuk jiwa....

Semoga Muharram ini lebih baik daripada yang telah berlalu.......

Tuesday, November 30, 2010

TAHNIAH........... SURI


Pada 22 November lepas, ummi pegi Pej. Pos Besar Shah Alam untuk ambik satu bungkusan daripada Karangkraf....... Taraaaa.......... ummi dapat satu kotak Suri (plastik simpanan susu ibu :) TQ Suri n Karangkraf........... yang tak dilupakan tentulah majalah Pa&Ma....

Hmmmm, kena lebih bersemangat ni walaupun 'pendapatan harianku' makin merosot.... Ya Allah bantulah hambaMu ini...

Friday, November 26, 2010

Mendung, sayu... nangis...

Dari pagi tadi hingga la ke saat ummi menulis ni... hati ummi mendung, sayu dan tak dinafikan ada airmata yang tumpah.... Tidak keruan... Ntah apa2...

Baru kejap tadi membaca bingkisan seorang mummy yang amat rindukan anak perempuannya... Bertambah laju airmata ni turun, aduhai sayang... Siapa pun tidak sanggup berpisah dengan anak yang dikandung, anak yang ditatang. Ummi mungkin tidak sekuat mummy tu... Tapi seakan ada kuasa magnet yang menarik perhatian ummi untuk terus mengikuti blog mummy tersebut. Semoga roh baby Alanna Qish tenang di sana, Al Fatihah...

Tuesday, November 16, 2010

Kakak dan adik






Pic taken : 2/11/2010

Salam I'dulAdha

Pengorbanan kita bukanlah sebesar mana, justeru janganlah diungkit2 pengorbanan itu. Biar Allah yang menilai harganya... yang perlu dihitung adalah kesalahan kita terutamanya pada Allah, maka berlumba-lumbalah kita memohon ampung kepadaNya...

Salam I'dulAdha daripada kami sekeluarga....
Zailan Bin Mohamad
Roslin Binti Mohamed Naziri
Nawal Ashiqin Binti Zailan
Nawal Inshirah Binti Zailan
16/11/2010, 12.52pm

Friday, October 8, 2010

@ pwtc, 4 Oktober 2010


Adik baru belajar menyulur ke depan..



Gambar ni bertarikh 26/7/2010, masa ni adik baru first time belajar menyulur ke depan. Kiranya adik baru berumur 6 bulan lebih gitu..

Kakak dan semalu



Gambar ni diambil pada 25/7/2010 kat playground area rumah. Ummi perkenalkan kakak pada duri semalu, bila disentuh ianya akan kuncup. Masa hari tu habis playground tu dirondanya, gara-gara nak main duri semalu.

Seronok sangat kakak masa tu. Sampai sekarang ni pantang jumpa duri semalu, mesti dia nak sentuh.... Aduhai kakak, terlalu banyak lagi perkara yang belum ummi perkenalkan. Sebenarnya, ummi pasang niat daripada anak-anak ummi kecil lagi supaya anak-anak ummi jadi pencinta alam. Jadi, banyak lagi perkara yang belum anak-anak ummi terokai...

Wednesday, September 1, 2010

Akhirnya bertemu jua...

Alkisahnya Isnin lepas, 20 ramadhan/30 Ogos 2010 di Giant Kota Damansara.... Petang tu kami sekeluarga singgah Giant sebab nak beli bahan2 masakan untuk esok, 31hb. Adik beradik sebelah suami nak berbuka kat umah, jadi angan2 nak wat sup tulang. Tapi malangnya, tulang dah habis...

Lepas beli barang sket2, aku trus melayan kakak main kt playground Giant. Akhirnya kami masuk ke KFC untuk berbuka. Masa tu adik ala2 ngantuk, kakak pun ke hulu hilir tak puas main la konon. Padahal dah bape hinggit duit terbang kt mainan situ.

Sambil menikmati KFC yang sungguh enak tu (mungkin sebab lapar kot, haha) tiba2 kami disapa...
"Assalamua'laikum.. Knal tak.."
Aku dan suami terdiam sambil memandang ke arah tuan punya badan. Jeng jeng jeng.......... sah ala aku kenal. Farah! Ya, itu la Farah kawan blog aku yang selama ini hanya berjumpa di alam maya.

Aku hanya mampu tersengih. Nak salam tangan dengan ayamnya lagi, sebelah pangku adik le pulak. Sempat la say hai ngan anak teruna Farah. Tapi tu la, pertemuan tu sekejap cuma. Dan komen yang paling bernas ialah.... betapa berkurunnya aku tak update blog kata Farah! Sorry la kawan, tuntutan kerja membuatkan sangat2 la jarang untuk bukak blog. Klu FB tu sbb komennya sikit2 je, boleh la online. Dan yang sebenarnya aku memang rindu sangat nak menggodek blog semula. Blm berkesempatan lagi...

Utk Farah... hingga ke saat ini Lin masih teringatkan pertemuan aritu. Klu tau, boleh kita duk satu meja kan.. raya nanti datang rumah yer... Ok, sehingga kita bertemu lagi dan harap2 pertemuan itu tidak berakhir di situ saja...

Friday, July 9, 2010

Kisah Imam dan Anak

Mei 31, 2010, 10:11:57 » Tazkirah ini diperolehi daripada email Dr. Rosydi Muhammad.

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?"
"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?" jawabnya.
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat?" tanya si ayah lagi.
"Ayah Bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?" jawabnya pula.
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini."
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun akhirnya menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Semoga Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu". Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini".

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu". "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


Renungan: Bersama-samalah kita berusaha dan berdoa agar kita akan dapat melahirkan anak-anak yang mempunyai pekerti seperti ini. InsyaAllah, anak-anak sebegini akan senantiasa mendoakan kesejahteraan diri ibubapa mereka di dunia dan akhirat....Amin.

* Kepada dua orang puteriku, Nawal Ashiqin dan Nawal Inshirah... ummi dan abah sangat2 minta maaf atas segala kekurangan semasa membesar dan mendidik kalian. Semoga kita menjadi sebuah keluarga Muslim yang bahagia dan dalam rahmatNya selalu....

Wednesday, July 7, 2010

Catatan hari ini...

Setelah menjangkau 3 tahun sebulan menjadi ibu, banyak yang telah aku lalui. Manis, pahit, tawar, masin... hu3... bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Baru sekarag aku benar2 faham mengapa Rasulullah meletakkan ibu itu di tempat tertinggi. 3 tempat pertama daripada seorang bapa. Walau bagaimanapun, bukanlah beerti bapa itu boleh diremehkan.

Dulu, masa anak sorang rasanya boleh jugak aku bernafas. Tapi dah 2 anak tak dinafikan yang kekadang aku tak cukup nafas. Selalunya yang bagi aku lebih nafas ialah suamiku... Alhamdulillah dan terima kasih sayang kerana kasih sayang dan perkongsian tanggungjawab yang kita pikul bersama.

Rasanya x cukup kaki tangan kejar itu dan ini. Bangun seawal 4.30 pagi pun belum tentu selesai semua kerja rumah. Kadang2 baru je nak bangun, adik merengek. Bila disusukan selalunya aku hanyut sekali. Klu berjaya bangun sekali pun, tengah masak terdengar la nyaringnya suara adik atau kakak dari bilik tidur memanggil-manggil namaku. Aduhai anak...

Sejak pindah ke rumah sendiri ni lagi banyak aku panjat tangga. Turun naik, turun naik... memang sangat meletihkan tapi itulah rutin yang perlu aku lalui. Setiap hari aku berdoa, berazam dan cuba melakukan yang terbaik buat keluarga dan kerja. Namun sesekali ada jugak aku tersungkur... Putus asa? Kecewa? Ada la jugak rasa camtu sebab rasa cam gagal menjalankan tugas sebagai isteri, ibu dan pekerja yang baik. Sesempurna mungkin aku cuba menjalankan tanggungjawab tapi ye la ada juga halangan yang mendatang. Cabaran kan... hanya ibu bekrjaya je yang tau cabarannya membahagikan masa dan diri untuk 2 komitmen yang sangat tinggi dalam hidup.

Ya Allah, aku mohon kekuatan dan kesabaran dalam melayari hidup ini. Panjangkanlah umurku dan suami untuk membesarkan anak2 sebaik mungkin. Tunjukkanlah jalan kebenaran kepada kami, lindungilah dan berikan rahmatMu. Sesungguhnya hidayahMu sangat kami harapkan...

Catatan ini akan bersambung lagi... Sekian...

Palestin... Allah sentiasa bersamamu...











Thursday, June 17, 2010

alam kita kini...




Kesiannya dengan alam kita.... berapa lama lagi umurnya ye... dan berapa lama kita di muka bumi yang dah begini....

Ibu, ibu... kaulah hatiku...

Satu hari dalam bulan Mei yang baru lepas...

"Ibu, ibu... kaulah hatiku...."
Hmmmm...??????.... mcm penah dengar tp kat mane yer... Oooohh, ghope2 nyer... kakak nyanyi... Uishhh... mcm tak percaya. Aku diam je, sbb klu aku tegur mesti tak dengar kakak nyanyi lagi. Malu la katakan... Hu3..

Bila cakap kat abah, abah senyum je ler... Nk cakap kuat2 kang kakak dengar le pulak... he3... dalam minggu tu kami anak beranak memang dijamu dengan nyanyian kakak... Walaupun salah lirik, kira ok la tu kan...

Luv u my girl :)

kakak nangis...

Buat pertama kalinya... semalam kakak nangis.. Tau sape buat? Hahaha... adik Inshirah... selama ni adik diam je, tak heran pon ape kakak buat. tapi sekarang jangan main2 ye kakak... Adik dah pandai tarik rambut. spec ummi pon dah bape kali dia tarik...

Sian jugak tengok kakak nangis semalam tapi pengajaran pada kakak, supaya dia tak buli adik lagi. Hehehe...

Sunday, April 18, 2010

bosan nyerrrrrr..........

Sudah 2 kali hujung minggu yg aku lalui sangat membosankan... En. Hubby outstation. Arggghhhhh.... xtau nk watpe. Mengadap Cik Laptop dan 2 org puteri kesayanganku aje la nmpknyer... hmmmmm.... kami di sini sangat2 merindui mu sayang.... balik cepat yer....

Thursday, April 8, 2010

Rezeki untuk anak2...




Alhamdulillah dgn rezeki yang diberikan oleh Allah, semoga ianya berpanjangan. Dan... ummi sangat berharap supaya adik dapat menyusu sepenuhnya selama 2 tahun seperti kakak.

Dgn sebahagian drpd bekalan yang dapat disimpan buat masa ini, dapatlah ianya menguatkan azam dan semangat untuk mengotakan janji yang kutanam sejak dulu lg buat anak2ku. Ya Allah, murahkanlah rezeki kami sekeluarga, permudahkanlah urusan kami...

Wednesday, April 7, 2010

Serba baru...

Lama tul ummi tinggalkan laman ni. Dah berabuk dan bersawang... Nak kemas pun tak tau nak mula dari mana daa...

Al maklum selepas masuk keja ni semuanya serba baru buat ummi. Persekitaran dan keadaan yang baru.... Tempat keja baru, tugasan baru, kawan2 baru... ya, ummi msih cuba menyesuaikan diri... alhamdulillah dapat kawan2 yang menggembirakan.

*Kepada bos besar dan kecik... terima kasih sbb sudi ajar Lin, harap2 tak jemu jadik cikgu kpd anak murid tua yg masih merangkak2 nak belaja ni...
*Kepada kawan2 baru... Lin suka duk kat sni. Korang ni giler2, aku tak boring langsung duk sni..
*Kawan2 lama... kita masih seperti dulu. Korang tetap di hatiku. Muahahaha.... (macam la aku ni pindah jauh sangat kan) hu3...

Monday, March 29, 2010

Anak sedara yang lahir tahun lepas...

Ini adalah anak saudara ummi yang pertama... Wan Muhammad Naqiuddin lahir tahun lepas lagi dah... 27 September 2009. Berat ummi tak ingat dah... skang dah besau cam ayah dia... hehehe..

Cuba teka.... ni anak Melayu ke atau Korea? Hu3... pasan la bapaknya nanti... namanya Alya Sufiah, lahir pada 8 Julai 2009. Si Alya ni ala2 Korea sbb mak dia suka sangat tengok citer Korea...

Monday, March 22, 2010

Kakak dan upin


kakak dan upin nyer...

Friday, March 19, 2010

Inshirah dalam pantang...









Ni antara gambar Inshirah masa dalam pantang...

my lil princess...







Nawal Inshirah Binti Zailan telah diputerikan pada 5 Januari 2010, 7.12pm di Pusrawi Kota Damansara, berat 2.95kg.