Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 28, 2008

Kenangan... Yang indah itu tetap indah

Hehehe... kad ucapan daripada kengkawan. Slamat Pengantin Baru!

Jejakaku sudah datang....

LOVE maa...

Uisshhh.... seram sejuk tak? Hehehe, selamat akhirnya...

Beberapa bulan sebelum jadi suami isteri...

Perenang professional ke?

Teman tapi mesra...

Bila Nawal dah makin besar

Sebenarnya ummi terlupa nak masukkan citer ni. Bukannye gosip yang panas meletup pun tapi pasal Nawal la. Nawal, Nawal, Nawal... xde orang lain ke? heheheh, dia kan permata hati abah dan ummi jadi dialah subjek utama penceritaan kami. Dlm 13hb Mac lalu Nawal belaja duduk. Alhamdulillah, perkembangan yang sangat baik wahai anakku.
Masa 14hb tu kita kan balik Pahang. Malam tu jugak Nawal blaja naik tangga. Amboi, amboi anak ummi. Excited sangat dia. Tinjau2 almari nenek la, macam2 benda yang dibuat. Tu belum dapat kaki lagi tu... Masa ummi masak kat dapur, abih pucuk paku dibuat main. Masuk mulut la apalagi, pinggan mangkuk taknak lak dikemaskan. Lucu pun ada anak ummi ni...
Pastu masa cuti MaulidurRasul aritu balik Perak, atuk dah belikan walker rupanya. Sampai dalam kul 2 pagi, trus atuk suh duk dalam walker. Amboi kemain lagi ek, suka bebenor. Esoknya apalagi, ke sana ke mari la Nawal explore umah atuk. Tapi yang sedihnya, Nawal taknak dapat atuk. Ntah nape tak tau la. Kat opah nak gak la. Siap pagi2 ikut g pasar lagi. Naik motor, lagi la suka.
Melihat keletah anak abah dan ummi yang baru sorang ni kadangkala memenatkan tapi puashati. Kadang2 nakal tapi cukup menghiburkan... Ya Allah Kau peliharalah kami sekeluarga dalam rahmat dan kasih sayangMu. Moga diberikan kesejahteraan untuk terus menjadi hambaMu yang taat kepadaMu...

Thursday, March 27, 2008

Nawal dah tumbuh gigi...

Pagi semalam, 26 Mac 2008 bersamaan umur Nawal yang ke 9 bulan 17 hari kutemui sesuatu yang sangat mengujakan. Apa dia? Haaaaaa.... ada sebatang gigi dah mula menampakkan dirinya di gusi atas bahagian depan dalam mulut Nawal. Masa tu dia menangis sebab aku tak angkat dia daripada katil, masa tengah menangis sakan tu ummi nampak gigi tu. Uhhuuuu, sukanya ummi. Trus ummi jerit bagitau abah yang masa tu ada kat dapur. Hahaha, anak ummi dah semakin besar...... Abah try korek mulut Nawal nak tengok gigi tapi Nawal tutup kuat2 mulut tu tak bagi abah rasa. Punye la ktorang excited. Yela, dah lama tunggu tau.
Sebelum ummi anta kat Nenek, ummi suapkan dulu ubat selesema sebab abah kata Nawal cam selesema. Apalagi, Nawal mulalah mengantuk, asyik menguap jer. Nasib baik masa baby ummi tu dah siap mandi n pakai baju. Bila anta kat umah nenek, ummi bekalkan ubat demam sekali, kut2 demam la plak kan. Bubur pun ummi dah mula masakkan tak berapa hancur. Kalu dulu ummi goreng n blend kan sehalus mungkin. Kali ni tak lagi, ummi masakkan cam biasa jer. Campur carrot tapi pagi ni puri buah takde sebab dah abih semalam.
Masa petang ummi ambik Nawal tu, ummi korek mulut sebab nak tengok gigi sayang tu. Eh eh eh. sebelah lagi dah tumbuh la. Waaa.... gigi Nawal tumbuh 2 batang sekali ek. Patut la kuat sangat Nawal menggigit sekarang ni. Hmmm... anak manja abah tu pun suka cubit ummi. Kecik jer jari tu kutil2 kan tangan ummi la, muka ummi la n ada la tempat2 lain yang tak dapat ummi sebutkan di sini, hehehe....
Pagi tadi, 27 Mac suhu badan Nawal cam panas sket daripada biasa. So ummi kasik jer ubat demam siap2 daripada umah. Mintak2 Nawal tak demam la yer... Nampak nyer sekarang ni ummi kena cari resepi baru dan tambahkan khasiat lagi supaya gigi Nawal tumbuh dengan baik dan kukuh. Makanan apa yek? Hmmmm... ummi akan search dalam internet nanti....
Untuk anak ummi n abah yang disayangi, membesarlah sayang dengan baik dan jadilah anak yang sentiasa menghiburkan hati kami berdua.... mmmuuahhhhhssszzzzz...............

Tuesday, March 25, 2008

Sama tapi Tak Serupa
























Like Father Like Daughter... muahaha, ummi kendong ke hulu ke hilir tapi iras cam abah gak yer. Ehehehe...

Semuanya kerana Nawal...


Bangun pagi tadi tetiba terlintas di fikiran ummi pasal nak kenalkan Nawal dengan huruf2 jawi. Kenapa la ummi tak terfikir sejak sebelum ni. Selama ni ummi dan abah sebuk duk kenalkan Nawal dengan A, B, C tapi lupa pada huruf jawi. Hmmm... blom terlambat lagi kan.

So, waktu rehat tadi ummi bergegas ke kedai buku kt The Mall tu. Tapi takde jual la... Apa punya kedai. Ummi g nengok kat kedai bawah tu pun takde gak. Kat mana ummi nak cari ni? Semalam masa g Toys R Us tak nampak plak. Ye la kan, semalam ummi dok asyik survey mainan ajer. Mainan pun penting untuk perkembangan otak dan minda bayi, sebab tu la ummi suka masuk kedai keluar kedai. Mula2 survey pastu baru decide mana yang bagus.

Sejak lahirnya penyejuk hati ummi ni, ummi jadi seorang yang sangat obses dengan perkembangan tumbesaran Nawal baik daripada segi pendidikan, kesihatan dan apa2 ajer yang sewaktu dengannya. Sehabis mungkin ummi nak yang terbaik buat Nawal ( n anak2 ummi yang akan datang nanti, hehehe...) Harapan ummi dan abah tinggi, ingin melihat anak2 berjaya dididik dengan sebaik mungkin.

Besar sungguh harapan kami....

Monday, March 24, 2008

Sabar

Tetiba petang ni hati ummi terusik. Teringatkan cinta, cabaran dan ntah apa2 lagi dalam melayari hidup bersama abah dan Nawal tatkala ini. Impian ummi dah tercapai, Alhamdulillah. Ummi bangga kerana memiliki abah dan Nawal. Inilah pemberian Allah yang tak dapat ummi bayangkan betapa dalamnya hati ummi menyimpan kemas kasih sayang itu. Sungguh2 ummi cinta kedua-duanya...
Dalam mengharung perit getir hidup bersama, kesabaranlah yang paling banyak diuji. Ya Allah, semoga aku terus sabar dalam meniti hari2 mendatang. Walaupun belum genap 2 tahun perkahwinan abah dan ummi, kesimpulan yang dapat ummi katakan ialah perkahwinan banyak mengajar erti kesabaran. Sesabar manapun manusia belum tentu dia sabar dalam sesebuah perkahwinannya.
Sabar, sabar dan teruslah bersabar wahai hati...

Monday, March 17, 2008

WARNA ubah suasana dan mood

Kuasa warna mampu mengubah rasa, malah warna juga diakui mempunyai peranan besar dalam membnatu membentuk sebuah kediaman. Teliti setiap kelebihan dan kekurangan warna sebelum membuat keputusan mengadunnya dalam kediaman anda kerana warna lambang peribadi diri pemilik.
  • Merah - dinamik, melambangkan keghairahan, cinta dan semangat. Individu yang sukakan merah mempunyai keyakinan, gerakkan hati dan semangat untuk berjaya. Sesuai untuk ruang makan. Bagi mengelakkan suasana terlalu hangat dan berahi sepanjang masa, adunkan merah dengan warna harmoni iaitu jingga dan coklat. Bagi menampakkan kelainan, gabungkan warna berahi ini dengan hijau atau aqua.
  • Hijau - segar, selamat dan sejahtera. Warna ini dapat mewujudkan suasana tenang, nyaman dan menjadi lambang ciri alam semulajadi. Sesuai untuk kamar tidur dan ruang tamu. Warna ini juga sepadan dipadukan dengan hijau muda (lime), kuning dan biru. Warna merah ialah merah, coklat dan ungu.
  • Biru - Sesuai untuk pemilik kediaman yang cintakan ketenangan dan keselesaan dalam hidup. Jika memilih biru, anda perlukan kedamaian, hidup yang harmoni dan bebas daripada sebarang tekanan. Sesuai untuk kamar tidur, kamar mandi dan bilik belajar. Untuk memberikan impak maksimum pada awarna ini, gandingkan ia dengan aqua, violet dan hijau. Warna kontra dengan biru ialah kuning, jingga dan merah.
  • Kuning - warna diraja ini menjadi lambang keseronokan dan kesucian. Ia juga menonjolkan kehangatan, inspirasi dan daya hidup. Kunng juga signifikasi dengan komunikasi, kesedaran dan cahaya. Sesuai digunakan untuk ruang dapur dan ruang makan. Untuk mengadun warna serasi dengan kuning, pilihan hijau muda (lime), coklat dan jingga adalah sesuai.
  • Jingga - warna musim luruh dan rempah ratus. Warnanya terang menggambarkan jiwa yang riang dan muda. Warna ini sesuai untuk ruang tamu dan ruang makan. Gabungan jingga bersama merah, kuning, coklat atau lime untuk gaya anggun manakala biru dan hijau gelap untuk gaya kontra.
  • Merah Jambu - Emosi dalam karektor tersendiri. Ia juga dekat dengan hati yang sensitif. Warna ini juga melambangkan sifat penyayang dan ambil berat malah merah jambu ini juga menunjukkan kekuatan dalam personaliti diri. Sesuai digunakan di kamar tidur. Ungu, biru dan kelabu adalah warna harmoni merah jambu manakala gabungan bersama hijau atau coklat mampu menyerlahkan gaya kediaman.

Tuesday, March 11, 2008

My little girl...








Nak tolong ummi masak ke ni?












Cakkk... saya kat bawah raga la... hehehe...













Demammmmmm..........













Eee, pandang ape tu sayang?













Merangkak sampai bawah meja yer...













My little girl wit her Mak Cik n Mak Su...













Huwaaa... nk g raya tapi abah taknak bawak...

Monday, March 10, 2008



Heppi Befday to meeee................... wakaka. I'm 28yrs old now!

Babes '08


Jom pakat g ramai2.......