Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 19, 2012

Angah... Leukimia ALL

Petang ini saya terjumpa satu page di FB pasal seorang budak yang menghidap leukimia ALL (Acute Lymphoblastic Leukimia). Dia hanya berusia 5 tahun dan dikenali sebagai Angah dalam keluarganya, sekarang masih mendapat rawatan di PPUM.

Sayu hati saya melihat keadaannya. Sungguh mereka sekeluarga diuji, kalaulah saya di tempat mereka belum tentu saya tabah menghadapinya. Saya juga dimaklumkan oleh bapanya bahawa Angah menghidap penyakit ini semenjak 2010 tetapi sembuh selepas itu. Sehinggalah awal 2012 penyakit ini menyerang kembali. Angah sudah membuat kimo tetapi keadaannya tidak berubah. Sebelum ini doktor memberikan 30% harapan untuk sembuh tetapi kini tidak lagi. Allahhuakbar! Hanya Allah yang tahu hikmahnya kan...

Untuk melihat perkembangan Angah, sila lihat di http://www.facebook.com/mynamenizam. Mereka sekeluarga mengharapkan doa daripada kita semua di luar ni. Tetapi jika anda ingin membantu daripada segi kewangan sila salurkan sumbangan pada adik ipar saudara Khairulnizam di :

Asfa Zura Mohd Noor
Maybank : 162311000302
Bank Islam : 06055020055600
CIMB : 06070002406209

Saya akan update story ni lagi yer...

UPDATE

Angah makin menunjukkan perubahan positif sungguhpun masih berada di PPUM. Kunjungan dan doa daripada kita semua sedikit sebanyak membantu Angah dan keluarga untuk terus bertahan serta melawan penyakitnya. Hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik ujianNya... Marilah kita terus memberikan sokongan dan doa buat mereka. 

UPDATE - 16/8/2012

Semalam ketika menjengah FB ayah Angah, hati saya sangat sayu. InsyaAllah minggu depan (Rabu), Angah akan membuat kimoterapi dengan dos yang tinggi kerana dos yang sekarang ini tidak mendatangkan apa2 kesan. Cumanya, kata doktor ianya sangat berisiko dan kemungkinan boleh membawa maut. Oleh kerana itulah ayah Angah meminta rawatan ini dibuat selepas hari raya supaya anaknya dapat berjumpa dengan saudara mara. Ya, ketika saya membaca status ayah Angah, berderai air mata ni. "Apa pilihan yang saya ada..." Allahhuakbar, ianya sangat menyentap jiwa saya.

Hanya Allah tempat kita mengadu... (tak sanggup nak tulis lagi...)

2 comments:

Unknown said...

Aslmkm puan, bagaimana keadaan angah? ramai yang tertanya2.. disini: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=479568455441779&set=a.335555513176408.78536.210902978974996&type=1&theater

ummiLIN said...

Angah dah pun meninggal, syurgalah tempatnya. Maaf ye sebab saya baru perasan post anda.