Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 15, 2011

Mari Kita Main Basikal




Oleh kerana kami anak beranak menghantar abah pegi outstation (9-11 Disember 2011), terus kakak dan adik nak main basikal kat luar rumah. Lagipun hantar abah bukan jauh pun, kat luar pagar je, he3 :) Kalau tak silap saya, jam masa tu dah pukul 10malam. Sekali sekala tak kisah la diorang nak main kat luar malam2, elok pulak Achu ada. Lagi ligat la budak 2 orang ni main...

Wednesday, December 14, 2011

Antara akhlak kita dan akhlak Rasulullah...

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dan suami dapat pagi semalam melalui Radio IKIM. Saya lupa betul nama ustaz tu tapi saya sangat pasti beliau ialah adik kepada arwah Ustaz Asri Rabbani.

Katanya, ujian yang menimpa kita kini hanyalah sangat sedikit berbanding ujian yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. Kita sebenarnya kurang bersabar dengan ujian2 kecil tu. Walhal Rasulullah dulu walau seteruk mana pun diuji Baginda tetap sabar dan menjaga akhlaknya. Kisah Baginda selalu dilempar dengan najis, diletakkan halangan seperti ranting2 kayu dan sebagainya ketika pergi ke masjid untuk menunaikan solat amat biasa kita dengar. Tetapi kita jarang untuk mengambil iktibar daripadanya. Sehinggalah pada suatu hari, halangan2 yang biasa ditempuhinya tiada, Baginda merasa sangat pelik. Rupa2nya wanita yang selalu menghalang perjalanan Rasulullah itu sedang sakit. Baginda tidak teragak2 untuk menziarahi wanita terbabit tanpa rasa sedikit dendam atau marah pun.

Saya malu betul pagi semalam. Agaknya kalaulah terjadi kepada kita, mesti wanita terbabit dah kena pukul. Sedangkan Baginda sangat berlainan, jauh bezanya akhlak kita dengan akhlak Rasulullah. Kita dengan bangganya mengatakan kita cintakan Baginda, tetapi kita tidak mengikuti jejak langkahnya. Alangkah malunya kita sebagai umat Islam. Bukankah kebaikan itu akhirnya akan terbalas dengan kebaikan juga...

Saya suka mengingatkan diri sendiri dan kawan2 juga supaya sentiasalah kita menjaga akhlak kita kerana ketinggian akhlak yang kita tunjukkan akan membuatkan orang lain terbuka hatinya untuk melakukan kebaikan juga walaupun mengambil masa yang lama. Hanya kesabaran yang menjadi kekuatan. Marilah kita berazam dan berusaha untuk meninggikan kebaikan akhlak kita.

Thursday, October 13, 2011

Santai






Aktiviti di waktu petang yang sangat santai untuk kakak dan adik... :p

Thursday, October 6, 2011

Sambungan..

Saya ingin menyambung catatan yang tertangguh beberapa hari yang lalu...

Kini saya tidak lagi menggunakan sebarang mekap untuk ke mana-mana, hatta ke pejabat sekalipun. Secalit pun tidak. Pada saya, kalau dah keluar masuk hampir 10 kali ke tandas untuk apa saya bermekap lagi. Takkan setiap kali masuk dan keluar tandas nak di touch up muka kan. Pastilah membazir dan saya juga bukanlah seorang yang sangat rajin untuk membelek wajah tiap waktu.

Saya kepingin untuk cantik seperti seorang rakan kerja saya, sangat berseri tatkala dia berbadan dua. Pakaiannya juga cantik2 tapi nampaknya sampai anak yang ketiga ini pun saya hanya boleh memasang impian saja. Yang pasti saya ingin sangat untuk kelihatan cantik dan berseri, ngeeee....

Kalau ada waktu terluang saya hanya mahu berehat saja. Duduk diam dan tidur (kalau boleh tidur, sebab si adik selalu mengacah bila saya melelapkan mata). Tak kuasa saya nak berjalan sini sana apatahlagi membeli belah. Saya tak sukakan kesesakan waktu ini! Kalaulah saya dapat cuti yang panjang alangkah bahagianya saya....

Selera saya sangat merudum sekarang ni. Apa yang saya suka makan pun jadi tak sedap pada mulut, rasa seperti mulut orang demam. Begitulah. Dan yang saya tak tahan ialah tahap pengeluaran kahak sangatlah banyak buat masa ini. Bukan disebabkan batuk mahupun selesema tetapi itulah yang terjadi bilamana saya mengandung. Ditambah pulak dengan air liur yang sangat pekat, hanya Allah saja yang tahu bagaimana tekak saya tatkala ini. Asyik nak meludah saja, cuma kandungan ketiga ini agak kurang sikit berbanding kandungan terdahulu. Sampaikan orang pernah menegur saya kerana membawa tuala ke hulu dan ke hilir. "Nak mandi ke..." Saya tidak boleh meludah ke dalam plastik kerana saya sangat geli, jadi tuala adalah yang paling baik buat saya. Setiap masa saya perlu membuangnya dengan segera daripada tekak dan mulut saya, kalau tidak saya tidak mampu untuk bercakap dengan sesiapa pun. Akibat daripada masalah ini, saya selalu rasa rendah diri, takut mulut saya berbau. Oh tidak! Jadi, sebolehnya saya mengelak daripada bercakap banyak dengan orang lain.

Oh saya sudah penat menaip buat masa ini, nanti saya membebel lagi ya...

Monday, October 3, 2011

saya dah kembali

Alhamdulillah... saya kembali walaupun kesihatan tidak sepenuhnya pulih. Tapi syukurlah saya dah pun kembali memulakan tugas pada hari ini.

Sejak Rabu lepas saya MC sampai Jumaat. Dan sejak mengandung anak ketiga ni saya memang kerap MC dek kerana alahan yang agak teruk malah minggu lepas saya bleeding. Hanya Allah yang tahu rahsia disebalik apa yang saya tempuh ni.

Setiap kali saya mengandung (setakat kandungan ketiga ini) saya memang mengalami alahan yang sukar untuk saya fahami, malah saya masih belajar untuk menerimanya. Tidak dapat dinafikan airmata saya gugur juga akhirnya walaupun jenuh saya tahan supaya saya sentiasa sabar, redha dan ikhlas menerimanya. Minggu lepas tatkala saya bleeding deras benar airmata turun, pastilah saya risau. Kandungan pertama dulu pun begitu tapi dah 4 bulan masa tu. Sekarang baru 12 minggu, bohonglah kalau saya tidak digigit kebimbangan.

Betapa saya hambaNya yang naif kerana sangat lemah bilamana diuji dengan ujian kecil ini. Orang lain lebih besar cabarannya. Bukanlah saya mengada-ngada atau mengikut rentak sakit yang dialami tapi rasanya sebagai manusia sedikit sebanyak pastilah saya diusik dek rasa tidak ketentuan, bimbang, celaru dan entah apa2 kerana kesan alahan itu memberikan impak kepada prestasi saya sebagai hambaNya, isteri, ibu, pekerja dan lain-lain lagi.

Prestasi kerja saya agak menurun (tertangguh bilamana saya MC), malah keadaan meja saya juga tidak sekemas dulu. Ala kadar saja aturannya. Hal ehwal rumahtangga juga banyak yang diambilalih oleh suami, saya tak tau bagaimana nak mengucapkan terima kasih pada suami dan anak2. Aduhai... Sejak 2, 3 bulan ini pun saya tidak lagi pulang ke kampung walaupun itulah rutin wajib saya tiap2 bulan untuk menjenguk orang tua. Rasa bersalah yang amat sangat, tapi saya sangat tidak tahan untuk berjalan jauh2 dan tempat sesak. Namun saya tidak menghalang suami untuk pulang ke kampung semingu selepas hari raya. Kasihan pada orang tuanya. Dengan kawan2 pun dah lama sangat saya tak berkumpul, saya takut kalau2 tengah minum atau makan saya perlu ke tandas meluahkan yang tidak sepatutnya. Pastilah membantutkan selera. Dengan kepala yang sentiasa berpinar2 saya rasa biarlah saya kuarantinkan dulu diri saya...

Oh, terlalu banyak yang ingin saya catatkan di sini tetapi biarlah setakat ini dulu. Saya tak larat nak mengadap komputer lama2... saya sambung kemudian ye...

Friday, September 9, 2011

Kalaulah ada kudrat dan dayaku...

Ya Allah..
kalaulah ada kudratku
mahu saja kutinggalkan jasad ini berehat di rumah
biar hilang sakitnya
biar hilang penatnya
menanggung rasa tidak enak itu
namun...
bolehkah aku untuk berbuat begitu

Ya Allah...
kalaulah ada dayaku
pinjamkanlah tubuhku kepada sesiapa
supaya reda resah hatiku
supaya tenang perjalanan harianku
daripada merasai perit yang kutanggung
namun...
mulia sungguhkah aku untuk berbuat demikian...

Berhakkah aku
untuk meminjamkan tubuhku kepada orang lain...
TIDAK!

Muliakah aku
untuk menolak ujianMU...
TIDAK!

kerana...
hanya Engkau lebih mengetahui hikmahnya
dan ujianmu untuk menghapuskan dosa2ku

Wednesday, August 24, 2011

Saya harus ikhlas, redha, kuat....

Saya tidak sihat sejak beberapa minggu ini. Paling ketara, sakit kepala yang entah bila akan hilangnya. Sejak tahun ini saya memang kerap sakit kepala, tapi kali ini sakitnya agak berbeza. Dan, sejak saya tidak sihat inilah saya telah banyak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan juga kerja. Anggapan saya begitulah kerana saya sangat merasakan graf prestasi diri saya menurun dari hari ke hari...

Adakah ini hanya sekadar alasan? Mungkin sesetengah orang, tetapi tidak juga bagi saya. Bukan sekadar alasan tapi hakikatnya saya yang melalui fasa2 itu. Saya lemah sekarang ini tapi saya kena kuat dan bertahan. Saya berdoa semoga Allah membantu saya dan memudahkan segala urusan.

Terima kasih yang tidak terhingga buat suami, kakak dan adik. Mereka banyak membantu saya tika ini. Tak tau la nak cakap macammana, saya sangat terharu dengan mereka. Saya tahu suami saya sangat letih kerana menguruskan sebahagian besar hal ehwal rumahtangga. Saya sungguh kasihankan dia, sebab tu saya tak boleh menatap wajahnya lama2, tak keruan dibuatnya. Kakak dan adik pun sangat memahami situasi ini, ummi sayang kamu berdua!

Saya harus ikhlas, redha, kuat, tabah dan bersemangat menghadapinya...

Thursday, August 18, 2011

Air, air...

Sejak 2, 3 hari ni Inshirah bangun tengah malam dan sudahnya bersahur sekali ngan abah dan ummi. Puasa tak jugak si kecik ni, he3... Inshirah baru 1tahun 7bulan, tak pandai nak puasa lagi kan.

Bila bangun jer, dia akan mengejutkan saya untuk menyusu. Dah habis menyusu dia mintak air pulak.. "air, air.." Kalau saya mamai, dia akan menepuk2 muka dan badan saya suh bangun. Maka, dalam keadaan mengantuk yang amat sangat saya gagah juga mengambil air untuk anak kesayangan. Adakalanya Ashiqin pun akan terbangun sekali dek kerana kebisingan yang dicipta oleh si adik. Kadang2 tu adik kejutkan kakak suh bangun juga. Ditepuk2 muka dan badan, takpun dia akan mengorek mata, hidung atau lubang pusat si kakak. Geli hati bila tengok gelagat adik ni tapi saya kasihan kat kakak, sekarang dia selalu kena buli...

Pagi tadi adik kejutkan saya lagi. Tapi saya tertidur akhirnya, bila tersedar tengok dia tengah main sorang2 dalam gelap tu. Panjat katil, turun katil. Bila dia sedar saya terjaga, terus diterpanya ummi yang sungguh mengantuk ni. " Air, air..."

Saya pun bawak adik turun ke bawah. Nampak jer cahaya lampu terus dia gelak besar, suka sangat! Mulutnya tak berenti meminta air daripada saya.

"Air, air..."
"Ok, ok.. Ummi nak ambik air la ni. Adik nak air apa," sengaja saya memancing dia untuk terus bercakap.
"Air oya.."

He3... itulah pertama kali saya dengar dia cakap nak air soya dalam satu ayat. Adik, adik... adik benar2 buat ummi tersenyum senang hati pagi2 hari...

Tabung Kemanusiaan Somalia (IRF-Islamic Relief Malaysia)


Mereka yang ingin membantu boleh menyumbang terus ke akaun 562142708704 (Maybank) atau 12590000804058 bagi CIMB.
Sementara itu, maklumat lanjut mengenai usaha kemanusiaan itu boleh didapati dengan menghubungi IRM di talian 03-89486334 atau e-mel ke info@irmblog.org.

Tabung Kemanusiaan Somalia


Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek yang boleh dimasukkan ke dalam akaun Global Peace Mission di nombor akaun: 14-023-01-002922-4 (Bank Islam Malaysia Berhad) atau nombor akaun: 5642-2161-1602 (Maybank Berhad). Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Sekretariat GPM di talian 03-61883230.
* Sungguh saya terkesan dengan hanya melihat gambar rakyat Somalia. Kita jauh lebih baik berbanding mereka. Lalu, bersyukurlah kita dengan nikmat yang begitu melimpah ke atas kita...

Monday, August 15, 2011

Baju raya dah siap

Alhamdulillah, baju raya anak2 saya dah siap. Petang tadi Kak Siti dah bagi kat saya, oh saya sungguh teruja untuk memakaikan baju2 tu pada anak2! Tapi, takutnya diorang taknak tanggal la pulak nanti... he3...

TQ Kak Siti, nanti saya upload gambar kami pakai baju kurung tu nanti yer. Saya suka dengan hasil jahitan Kak Siti setakat ni... kemas.

Friday, August 12, 2011

Andai...

Andai esok aku terjatuh
aku ingin terus bangun daripada jatuhku

andai esok aku lemah
aku ingin terus kuat walau tidak mampu

andai esok aku sedih
aku ingin terus gembira dalam tangis

andai esok aku kecewa
aku ingin bangkit bersemangat

andai esok aku lapang
aku ingin terus mengisi ruang waktu

andai esok aku meninggalkan segalanya
aku ingin didoakan sejahtera dan syurga...

Ya Allah, aku hanya mampu mengatakan itu semua
andai kata nikmat yang ada kau tarik semula
kerana Engkau pinjamkan segalanya buat sementara...
tapi, mampukah aku sekuat azamku itu...

Aku ingin terus menghirup udaramu
kerana amalku senipis cuma...
Ampunkan aku Ya Allah....

Namun begitu,
andai esok aku terus menikmati anugerah nikmatMu
aku ingin jadi hambaMu yang paling baik, InsyaAllah...

Thursday, August 11, 2011

My First Asam Pedas


Alhamdulillah, semalam saya berjaya juga masak asam pedas, tq Ummi Home Sweet Home. Ramadhan kali ni saya benar2 teruja untuk memasak sendiri sepenuhnya. Ye la, balik pun awal kali ni. Kalau sebelum ni, banyak yang tunjuk..

Masa makan berbuka tu saya sendiri tak sabar nak rasa, he3... Pada hemat saya, ianya kurang pekat dan kurang rasa. Tapi saya puas hati sebab saya masak sendiri. Ye la, masa masak tu main campak aje la. Nak rasa tak boleh kan... Rasa asam pedas ni telahpun saya baiki semasa memanaskannya semula semalam.

Terima kasih pada suami yang sudi membawa saya ke pasar malam untuk membeli ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan juga ayam. Terima kasih juga kerana support saya untuk menjayakan misi kali ini :) Lain kali saya buat lagi yer... Oh ya, terima kasih kali ketiga kerana sudi masakkan kangkung tumis dan ayam halia tatkala saya sebuk melayan adik..

Friday, August 5, 2011

Gaduh sebab game

Kakak dan adik tengah bergaduh sebab masing2 nak main game. Mula2 adik tengok jer kakak main tapi lepas tu dia mula tekan2 keyboard. Gamat rumah masa ni... he3...

Thursday, August 4, 2011

Hello Kitty

Saya pasti, hampir semua orang kenal akan gambar di atas. Anak gadis saya tengah gila dengan Hello Kitty sekarang ni. Ahad lepas, dia berjaya memujuk abahnya untuk membelikan hanphone mainan Hello Kitty.

Apa saja sekarang ni Hello Kitty. Sebelum ni Mickey Mouse (actually ummi dia yang suka Mickey Mouse, he3). Semenjak berusia 4 tahun, dah nampak kecenderungan dia menyukai warna pink dan purple. So, kepada Auntie Zila, Nuhaz Collections.. anda haruslah menyiapkan hairband anak-anak gadisku yang bertemakan Helo Kitty dengan segera ya... :)

Tuesday, August 2, 2011

Budak yang suka lipat balik kain2 kat rumah



Ni la gambar budak yang suka lipat balik kain2 kat rumah tu...

Diari Ramadhan saya

Saya nak berkongsi rutin di bulan puasa bagi tahun ni pulak. Tahun lepas adik masih kecik, baru 8 atau 9 bulan. Tahun ni dia sudah besar, makanya rumah saya macam 10 orang duduk, he3... Sila bayangkan tatkala rumah bersepah, barang dapur kat ruang tamu, barang kat ruang tamu kat bilik air!) Tidak dinafikan sesekali saya jadi macam raksasa kat rumah..... :) mesti buruk betul wajah dan fizikal saya masa tu...

Seawal 4.20 pagi saya akan bangun untuk menyediakan juadah bersahur. Saya tak boleh miss sahur macam orang lain. Nanti saya tak keruan satu hari, tambahan saya ni menyusukan anak. Bukanlah saya memasak yang hebat2 pun, yang ringkas2 jer. Sambil2 tu saya masak sekali makanan untuk dua budak kecik yang sangat saya sayang. Dalam pukul 5.15 saya akan bersahur dengan En. Suami. Lepas tu terus kemas2 rumah, solat dan bersiap untuk ke pejabat.

Maka, saya ni pagi2 lagi dah bersukan kat dalam rumah. Peluh tak payah citer la, macam berkebun je rasanya. Oh ya, kebun di belakang rumah tu sudah sangat jarang saya jenguk. Kesian tanaman2 tu... dah lama saya dan suami tak membelainya. Kalau difikirkan, dalam sibuk2 kemas rumah tu saya tak berkesempatan langsung untuk melipat kain. Ada 3, 4 bakul jugak tu. Ni semua gara2 si adik yang melipat semula kain2 tu, saya merajuk ok! Serius, tapi tu la... saya tak patut merajuk dengan anak sendiri kan. Hmmm...

Dalam bulan Ramadhan ni, saya masuk pejabat 8.30 pagi, balik pukul 4.00 petang. Anda terkejut? TQ bos sebab benarkan kami balik awal tahun ni... :) Kira2 7 pagi kami pun meredah jalan ke KL. Dalam kereta biasanya saya akan mengantuk walaupun anak2 sangat riuh macam murai, he3..

Petangnya kalau saya tak masak, kami akan singgah di bazar Ramadhan. Susahnya bila sampai kat sini, suami tanya saya, saya tanya suami nak beli apa. Punya banyak makanan yang dijual, boleh kitaorang tak tau nak beli apa. Aduhai... Beli jugak la lauk tapi balik rumah saya masak jugak buat lauk tambahan. Hu3... masak simple jer. Tapi tahun2 lepas ada jugak saya tak masak. Suami dah biasa dihidangkan 2, 3 lauk tapi saya tidak. Mungkin dah terbiasa sejak kecik, makan mana yang ada. Itu la lauk tengahari, itu la lauk malam. Sampai sekarang pun saya masih kekok untuk makan pelbagai lauk dalam masa yang sama. Kalau ada ikan masin, saya akan tinggalkan lauk lain.. Wah, kecur air liur saya..

Kami akan berbuka bersama anak2, memang riuh la kat meja makan. Kakak dah lebih bersopan bila menghadap makanan, adik je la yang buat kecoh. Adik suka sangat ceduk itu, ini. Nak merasa semuanya kut. Padahal gigi baru ada 7 batang, oh lambatnya gigi dia keluar. Adik dah setahun setengah tau. Aktiviti malam ni macam subuh2 hari gak la, cuma bertambah kecoh sebab budak 2 orang ni tak tidur lagi. Kesabaran harus di tahap yang maksimum ok, sebab saya sorang je yang mengadap diorang. Abahnya ke surau.

Kebiasaannya, pukul 12 tengahmalam baru la saya baring untuk berehat. Anak2 saya tidur lewat, macam2 aktiviti yang diorang buat. Itu pun dalam masa berehat tu saya bangun jugak tengah malam. Kakak nak buang air kecik la (walaupun sebelum tidur dah buat semua tu), adik merengek minta disusukan la... Adoi... penat sungguh! Bulan puasa saya lagi kurang berehat daripada hari2 biasa.

Benar seperti dikata, seseorang tu takkan tahu siapa sebenarnya seorang ibu melainkan dia menjadi seorang ibu. Memang patut Rasulullah meletakkan ibu itu dihadapan untuk diutamakan. Ya Allah... sukar nak diungkapkan dengan kata2 akan keletihannya, kesedihannya, kegembiraannya malah apa saja yang dilalui oleh seorang ibu. Ampunkan keluh kesahku Ya Allah dalam menjalankan tanggungjawab ini kerana ganjaran yang Engkau janjikan tak terjangkau hebatnya. Terima kasih buat En. Suami yang selalu mendengar walaupun kadang2 dia buat2 tak dengar.. :) Ohh... dah jauh lari daripada topik asal ni...

Begitulah diari saya (bukan Diari Rafiq ye, he3) dalam bulan Ramadhan, walaupun untuk tahun ini baru cukup 2 hari. Kebiasaannya gitu la yang saya lalui... Semoga saya mendapat pahala yang berlipat ganda pada tahun ni.

Monday, August 1, 2011

Puasa Upin

Sebelum menjelangnya Ramadhan kali ini saya memujuk kakak untuk berpuasa. Bila lagi nak dilatihkan kalau tidak daripada sekarang. Pada kiraan saya, dapat sejam pun jadi...

Ummi : Kakak, nanti kita puasa sama2 nak?
Kakak : Tak nak la
Ummi : Jom la kita puasa, dapat pahala
Kakak : Tak nak
Ummi : Kakak kan baik. Dapat puasa sekejap pun ok la.
Kakak : Nanti kakak lapar camne?
Ummi : Bila kakak lapar kakak bukak la puasa. Sekejap pun takpe. Kakak tau tak, Upin pun puasa tau.
Kakak : Upin?
Ummi : Haah, Upin yang kakak selalu tengok dalam tv tu. Kakak puasa ek..
Kakak : Ye la, nanti kakak puasa.

Alhamdulillah... pagi tadi masa saya bangun sahur dia tak bangun2 pun. Sudahnya saya bancuhkan milo, mana tau dia tahan lapar sekejap kan.

Tapi... pagi2 lagi kakak dah makan sosej. Ha3... nak gelak pun ada. Esok saya akan cuba lagi!

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaysia Terbaik!

Saya bukanlah fanatik bola sepan pun, malah perkembangan sukan itu pun saya kurang tahu. Tapi bukanlah tak pernah menonton perlawanan bola sepak langsung. Pernah, beberapa kali jugak. Kalau masa bujang tentulah dengan sepupu saya, Shira. Sekarang dengan En. suami.

Malam tadi, walaupun tak tengok sepenuhnya tapi saya tetap merasakan kehangatan perlawanan yang berlangsung di stadium Bukit Jalil. Maklum la, sibuk menguruskan anak2, makan, mandi, tukar baju dan sebagainya lagi.. tugas2 khas di rumah la katakan. Saya bagi peluang kepada En. Suami untuk menonton perlawanan tu, biarkan la. Lagipun dia baru balik outstation, hilang stress nengok bola kut... he3...

Ketika lagu negaraku dimainkan, terasa semangat saya juga turut berkobar2 macam orang yang ada kat dalam stadium tu. Boleh saya katakan, kali ini semangat kita sangat luar biasa! Saya merasakannya! Betul... Bila si Safee Sali menjaringkan gol.... saya senyum bangga. Cover nak menjerit sebenarnya walaupun En. Suami lebih dulu melompat kesukaan. Ha3...

Pada hemat saya yang langsung tak pakar pasal bola sepak ni, Khairul Fahmi sangat cemerlang mempertahankan gawangnya. Budak chinese look ni memang hebat. Keseluruhannya saya rasa pemain kita berada dalam tekanan, tu yang ada cacat cela sikit permainan diorang. Tambahan pula dengan aksi pemain Singapura yang sikit2 cedera tu kan... pastilah memberikan impak jugak kepada corak permainan skuad kita. Tapi saya tetap merasakan diorang hebat sebab kita kalah bermaruah. Syabas. Tahap kualiti bola sepak kita juga semakin meningkat nampaknya.

Saya nak ucapkan tahniah kepada semua penyokong. Anda benar2 hebat malam tadi. Teruskan. Buat pemain, jurulatih mahupun sesiapapun yang terlibat secara langsung atau tidak dalam perlawanan malam tadi... kami sebagai penyokong sangat menghargai anda semua. Marilah kita perbaiki mana yang kurang dan tambahkan lagi mana yang perlu ditambahkan.

Tahniah...

Wednesday, July 27, 2011

Sangat rindu dengan orang ni

Sangat rindu dengan orang ni....
..
...
....
.....
......

Lately ni dia sangat busy... Sungguh kalut hidup saya jadiknya!
Semenjak akhir2 ni badan ni sakit2 aje... Dah 2 hari lewat sampai ke office. Ya Allah berilah kesihatan yang baik padaku supaya hambaMu ini kuat menghadapi kerja2 harian. Sesungguhnya Ya Allah Engkau lebih mengetahui...

* Penat macam pergi outstation pulak, padahal En. Suami yang sibuk outstation...

Thursday, July 21, 2011

Bantulah Ashraf..

Gempar 2, 3 hari ni pasal Mohd Ashraf Abd Aziz. Siapa dia?

Ashraf sebenarnya memohon kepada mahkamah untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana tetapi telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa. Keputusan memang tepat kerana bagi saya jika permohonannya diluluskan maka tak mustahil fail permohonan seperti itu bertimbun-timbun di atas meja.

Pada saya Ashraf mungkin mengalami kekeliruan identiti, bukan tidak ada usaha daripada pihak keluarga untuk mengubahnya tapi itu jalan yang dipilih olehnya. Sebagai masyarakat kita tak patut menghukum dia dan keluarga begitu saja. Hanya Ashraf yang tahu gejolak hatinya, dan hanya ibu bapanya sahaja yang tahu kisahnya.

Kita semua yang bertanggungjawab supaya masalah seperti ini dapat dibendung. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita ni pun penyumbang walaupun sedikit cuma dalam ketidakseimbangan sosial masyarakat kita. Satu jari tunjuk kepada orang lain, tapi 4 jari lagi kepada kita.

Ashraf... kita hidup berlandaskan undang-undang Pencipta kita. Benar kita berhak untuk menentukan siapa pun kita, tapi jangan lupa kita ni makhluk yang dicipta oleh Allah untuk mengikut segala perintahNya. Kembalilah kepada keluarga, kasihani kedua ibu bapamu.

Untuk masyarakat di luar sana, Ashraf memerlukan sokongan kita. Marilah kita bantu dia dan juga orang-orang yang senasib dengannya...

Ya Allah, lindungilah hamba-hambaMu daripada tersasar arah tuju. ...

Tuesday, July 19, 2011

Tekanan...

Pagi tadi saya mendengar celoteh DJ2 di Hot FM mengenai wanita Malaysia menduduki tempat ke-16 dalam golongan yang mengalami tekanan.

Benar, antara dua makhluk Allah iaitu wanita dan lelaki pasti ada bezanya. Ternyata, wanita lebih mudah mendapat tekanan. Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang tekanan2 ini berlaku. Bukan mudah untuk mengharungi tekanan, hanya mereka yang merasainya sahaja yang tahu.

Saya sendiri pernah mengalaminya. Tekanan di tempat kerja mahupun masalah keluarga. Sebagai wanita yang berkerjaya saya tidak dapat menafikan tekanan itu memang sangat hebat untuk ditanggung. Anak meragam pun boleh menyebabkan tekanan bertubi-tubi menghenyak fikiran. Kalau bukan kerana kesabaran tak tahulah apa jadinya kehidupan kita ni.

Mengikut pengalaman sendiri, tekanan tahap tinggi pernah saya rasai sewaktu mengandungkan anak kedua. Dengan alahan yang sangat teruk, ditambah pula si kakak yang suka meragam tak tentu pasal, suami pula kerapkali diarah bertugas di luar kawasan. Bagai dihempap batu. Pernah satu ketika saya tidak tidur langsung selama hampir 2 hari. Allah juga yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Bukan tak pernah kesabaran saya runtuh, pernah! Itu hakikat yang memang berlaku. Sebab tu sampai sekarang bila saya dengar je budak2 meragam saya cepat jatuh kasihan kepada ibu bapanya. Saya pernah merasai betapa runsingnya fikiran bila anak2 meragam.

Pelikya sewaktu mengandungkan adik, kakak langsung tak mahukan abahnya. Nak tolong buai sekalipun dia akan meragam berjam-jam lamanya. Dengan kekerapan suami ke luar daerah, maka seratus peratus urusan rumahtangga sayalah yang uruskan. Sebenarnya, saya tak kisah untuk menguruskan kerja2 rumah tapi bila kakak meragam itulah yang membuatkan saya pening. Sehingga kini, saya tidak pernah melupakan detik2 mengandungkan adik. Kasihan dia, saya berada dalam keadaan yang sangat tertekan pada waktu itu. Kesannya, dia lahir dengan berat badan yang jauh beza dengan kakaknya. Sekarang pun, dia bertubuh kecil je.

Menatap wajah Inshirah menyebabkan saya dihantui rasa bersalah. Sebagai ibu, saya dirundung kesedihan kerana saya kurang ilmu dan pengalaman untuk mengawal tekanan. Sampai sekarang pun, terlalu banyak yang perlu saya pelajari untuk menghadapi tekanan. Sewaktu menamakan adik, saya katakan pada suami carilah nama yang boleh menyejukkan adik walaupun sebenarnya saya sangat menyukai nama Zahra. Sedikit sebanyak pasti impak tekanan yang saya hadapi turut dirasai adik. Jadi, saya tak mahu adik menjadi seorang yang emosional, pemarah, pemberontak atau apa2 yang negatif. Sehinggalah saya pernah terfikir untuk berjumpa dengan pakar kaunseling. Ini hanyalah cebisan pengalaman yang saya lalui.

Jadi, saya faham bagaimana timbulnya masalah seperti kes penderaan kanak2, bunuh diri dan sebagainya. Apabila seseorang berada di dalam tekanan, fikirannya sangat kusut dan memang jika tidak dapat dikawal, seseorang cenderung untuk melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Hakikatnya, syaitan juga mudah untuk menguasai diri orang2 yang sebegini. Sokongan keluarga dan orang keliling sangatlah perlu untuk membantu mereka yang tertekan supaya tekanan yang dialami dapat diuruskan dengan baik dan bijaksana. Kita tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus.

Setiap orang mengalami tekanan yang sangat berbeza. Ada yang tertekan kerana masalah kerja, masalah rumahtangga, hutang piutang, masa lampau dan sebagainya. Jika dikupas tajuk ini, panjang lagi sebenarnya untuk dicoretkan. Buat masa ini, cukuplah dulu. Saya akan sambung nanti ya. Semoga Allah melindungi saya mahupun orang lain daripada melakukan sesuatu yang luar biasa tatkala mengalami tekanan. Dan, dugaan kita tidaklah sehebat orang lain, mungkin itu boleh meredakan sedikit kekusutan fikiran. Pun begitu jangan dipandang enteng akan makna TEKANAN!

Salam ukhuwah daripada saya... Jumpa lagi.

Tuesday, July 12, 2011

Saya nak drive petang ni...

Ya Allah.. berikanlah hambaMu ini kekuatan, ketenangan dan kesabaran untuk melalui hari ini dan hari yang akan datang. Lindungilah kami daripada sebarang perkara yang tidak diingini...

* Actually, saya akan memandu petang ini sampai la minggu depan, En. Suami telah keluar daerah untuk menjalankan tugas. Sejak saya accident beberapa bulan yang lepas, saya tidak pernah lagi memandu sendirian. Saya trauma... esok saya akan cerita kenapa saya trauma untuk berada di jalan raya...

Bye... jumpa esok, InsyaAllah...

Thursday, July 7, 2011

Langkah pertama Angah
























Ini gambar yang sempat kuambil sepanjang kami sekeluarga menghantar Angah (adik ke 6) ke IKBN Jitra, Kedah pada 3 hingga 4 Julai 2011. Semoga ini langkah pertama Angah untuk mencipta kejayaan walaupun minatnya lebih mendalam kepada bidang pertanian. Apapun tahniah!

Doaku padaMu..

Ya Allah... fikiranku jauh menerawang menerobos tentang hakikat kehidupan. Aku manusia yang selalu alpa, tetapi mengharapkan yang terbaik daripadaMu. Sejujurnya aku malu denganMu kerana persiapan diriku menghadapMu tidaklah sebaik mana.

Berilah hambaMu ini peluang untuk bertaubat sebelum nyawaku dijemput oleh MalaikatMu. Semoga kesempatan yang ada membolehkan aku memberi yang terbaik dalam hidupku. Baik untukMu juga untuk orang2 di sekelilingku.

Ya Allah.. betapa sukarnya untuk kuungkapkan kata2 sayang buat mereka yang kusayang. Syukur yang tidak terhingga kerana nikmat yang diberi olehMu begitu besar sekali maknanya buat diri ini... menyayangi mereka membuatkan hidupku dipenuhi rasa bahagia. Bukankah sepatutnya aku harus lebih giat beribadah kepadaMu... Betapa kerdilnya aku di sisiMu.

Tunjukilah aku jalan yang diredhaiMu, jauhilah aku daripada bisikan syaitan dan iblis. Permudahkanlah urusanku, dan moga hari ini lebih baik daripada semalam. Esok lebih baik daripada hari ini. Juga, berikanlah pengakhiran nafas yang baik dan tenang buatku...

Pintaku, berikanlah kesejahteraan buat ku dan orang2 di sekelilingku. Semoga kami menjadi hambaMu yang terpelihara selalu.... Aaminn...

Wednesday, July 6, 2011

Saya sayu, sebak

Saya sayu, sebak dan akhirnya menangis petang ini... tatkala mata singgah di satu blog yang tak pernah saya kunjung pun....

Membaca entry nya membuatkan saya sangat insaf. Saya mempunyai keluarga yang baik, kesihatan yang sehingga kini juga baik. Alhamdulillah....

Dugaan dan cabaran yang datang dalam hidup saya tidak sehebat dugaan yang ditempuh dek orang lain. Ya Allah betapa aku ini hambaMu yang bertuah. Semoga hidupku dikurniakan kebaikan dan perlindungan olehMu. Juga, buat insan2 lain samaada yang kukenali atau tidak semoga kita semua berada dalam jagaanNya selalu....

Sila baca blog ini, saya tidak mampu untuk menulis lagi... http://miera301.blogspot.com/

Friday, July 1, 2011

Aku lalai tapi Engkau tetap menyayangiku... Terima kasih Ya Allah...

Saya menangis petang semalam. Tiba2 hati saya sangat sayu dan insaf. Saya rasa begitu banyak dosa yang saya lakukan. Ketika sujud mengadapMu terasa benar kasih sayangMu kerana biarpun aku lalai tapi Engkau masih menyayangiku...

Benar, hati saya kosong dan tidak keruan sejak kebelakangan ini. Semuanya serba tidak kena. Tapi.. petang semalam jelas sekali apa yang saya fikirkan selama ini memang betul! Saya tidak silap.

Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah membukakan pintu hati ini untuk menerima ilmuMu walaupun sekejap cuma. Terima kasih kepada seluruh anggota badanku yang telah menggerakkan tubuhku. Ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah kerana telah lalai dalam amanahMu. Aku mohon padaMu supaya Engkau bukakan pintu hati ini dan juga orang2 di sekelilingku untuk menerima taufiq dan hidayahMu.

Ya Allah, Engkau tahu apa yang ada di dalam hatiku. Berilah aku kekuatan....

Tuesday, June 28, 2011

Imam Muda Hassan yang manis dan Imam Muda Nazrul yang diam-diam berisi...

Oh, dalam kesibukan kini saya teringat akan entry yang sangat-sangat ingin saya tulis... ya, mengenai Imam Muda 2. Sejak keputusan IM yang layak ke final, saya teruja untuk menulis serba sedikit tentang 2 orang anak muda ini.

Imam Muda Hassan yang manis dan Imam Muda Nazrul yang diam-diam berisi...

Entah kenapa, sejak daripada permulaan IM ditayangkan saya selalu memerhatikan IM Hassan. Secara peribadi, saya lihat dia seorang yang mudah tersenyum. Lembut pula tu... Manis la senang cerita, he3... kalau manis macam gula dah tentu dia dihurung dek semut kan. He3... Daripada penjelajahan ke blog-blog lain, dia ternyata seorang yang amat disenangi. Berpendidikan, humble... memang dia calon menantu yang tip top la. Tapi anak dara saya tu, masih la kecik lagi... Wakaka.. Dan satu lagi, Hassan satu negeri dengan saya :)

IM Nazrul nampaknya agak pendiam tapi suka membantu rakan-rakan yang lain. Muda-muda dah jadik Guru Besar, memang dia hebat. Berat tanggungjawabnya. Saya sangat tersentuh tatkala dia menangis di depan seorang banduan yang dikunjunginya. Masa tu saya sendiri rasa sebak. Dengar khabarnya Nazrul telah pun berumahtangga. Semoga menjadi suami yang soleh ye dik... Seperti kata Mudhir, saya akui dia seorang yang diam-diam berisi. He3, bukan gemuk ye tapi berisi dengan ilmu di dada. Semoga Allah melindungi Nazrul.

Kedua-dua calon Imam Muda ini memang hebat. Masa IM 1 dulu Hizbur dan Asyraf sama-sama bagus. Untuk kali ini calon favourite saya tentulah Hassan!

Tapi saya memang tak kisah siapa juaranya kerana mereka telah pun menjuarai hati anak-anak muda malah semua golongan masyarakat yang mengikuti perjalanan anak-anak muda ini. Semoga IM 1, IM 2 dan seterusnya menjadi contoh kepada masyarakat. Moga Allah memberkati usaha murni Astro Oasis yang menerbitkan program sebegini.

Okey, Jumaat nanti kita mengadap tv lagi yer. Jangan lupa saksikan Imam Muda Kemuncak nanti....

Friday, June 24, 2011



Gambar ni yang terbaru, di playground tepi rumah. Kakak dah pemalu, taknak ambik gambar... Ataupun sebab petang tu dia sangat seksi, he3..

Adik dan kakak... ummi love u so much! Mmmmuuahhh....

Monday, June 20, 2011

Entri takde tajuk ok... Nk cerita je..

Alhamdulillah... saya sangat bersyukur dengan nikmat yang diberi. Memiliki keluarga yang bahagia dan dikelilingi orang2 yang baik.

Hingga sekarang saya telah melangkaui 30-an, ahha,, sudah masuk kategori wanita yer tapi masih dalam golongan belia ok! Uppss, betul ke fakta ni? Kalau salah tolong bagitau yer... Alhamdulillah saya memiliki suami yang tenang orangnya, sedikit sebanyak dia mendidik saya erti kesabaran. Ketenangannya telah berjaya memikat hati saya walaupun kadang2 ketenangannya juga membuatkan saya diuji. Bukan diuji apa, saya ni kalau boleh nak settle satu2 hal dengan segera. Bila dah settle hati tenang dan tak payah pikir2 lagi kan. Tapi dengan En. Suami ni, nanti dulu, sabar... he3 (wink3...)

Puteri sulung saya baru saja menginjak 4 tahun, 11 hari yang lepas. Seorang kanak-kanak yang suka bercakap dan pengingat orangnya.Jadi, tak boleh janji apa2 dengan dia awal2. Kang dituntutnya baru tau. Baru2 ni suami saya berjanji nak balik kampung. Bila tiba hari Sabtu terus je dia tanya,.. "tak balik kampung ke? Kan abah dah cakap nak balik kampung. Kakak nak duduk sana, nak tangkap siput." Abajnya, sila lunaskan janjimu ye.. Semasa kecilnya kakak seorang yang sangat chubby, sampai orang pernah cakap anak saya gemuk. Sekarang, beratnya cuma dalam lingkungan 18kg sahaja.

Si adik baru saja berusia 1 tahun setengah, gigi baru 5 batang. Kami suami isteri risau sangat sebelum dia tumbuh gigi sebab umur setahun 2 bulan giginya belum muncul lagi! Bayangkan. Sebelum umurnya cukup setahun dia memang dah pandai jalan. Kurang petah bercakap kalau nak dibandingkan dengan kakak tapi jangan tak tau.. budak kecik yang senyap dan 'halus' ni lebih ligat dan berani daripada kakaknya. Dia lahir dengan berat 2.9 kg sahaja, memang kecil dan ringan sewaktu saya mendukungnya ketika bayi sehinggalah kini. Terasa perbezaan yang ketara dengan puteri pertama dan kedua. Adik langsung tak takut gelap mahupun semua orang dah dibuai mimpi. Dia boleh bermain sendiri dalam gelap2 tu. Adik, adik...

Semoga kami terus bahagia hingga ke hujung nyawa...

Wednesday, June 15, 2011

KurniaanMu di sisiku

Saya merayap lagi.. menjelajah ke laman orang lain. Lalu saya singgah di laman yang satu ini, saya tahu saya akan menitiskan airmata tatkala singgah di situ. Tapi saya nak jugak singgah... saya tak serik... saya merasai pahitnya... saya merasai semuanya walau pengalaman saya berbeza dengan dia...

Bila diamati, kadangkala saya terlupa untuk bersyukur. Selalu mengeluh walhal itu ujian yang tidak seberapa berbanding nikmat yang diberiNya...

Sesungguhnya Ya Allah, aku bersyukur sangat2 dengan kurniaanMu. Tiada nilai yang dapat kuberikan walaupun ianya cuma pinjaman. Aku mohon padaMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang sentiasa beringat... Panjangkanlah umur kami sekeluarga Ya Allah. Letakkanlah kami dalam golongan orang2 yang dipelihara olehMu. Berikanlah penyudah yang baik kepada kami. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.

Untuk suami.. saya cintakan abang setiap waktu, tak terbayang tanpamu di sisi. Maafkan segala salah silap saya sepanjang kita hidup bersama. Semoga kita kekal bahagia hingga ke akhir nyawa.

Untuk anak2 ummi... kasih ummi tidak dapat kalian ukur walau dengan apa jua ukuran. Maafkan ummi atas segala kekurangan sepanjang ummi membesarkan kalian berdua...

Untuk mak dan ayah... alangkah baiknya kalau saya dapat mengucup tangan kalian setiap kali saya keluar rumah. Namun, tuntutan hidup membuatkan kita terpisah jauh. Ampunkan dosa2 saya yer. Saya sayang mak dan ayah walaupun tak pernah saya ucapkan tatkala kita bertentang mata.

Untuk adik2... biarpun jauh, Yong tak pernah berhenti memikirkan masa depan kalian. Telah kukorbankan masa2 remajaku dengan menjaga kalian bilamana mak dan ayah mencari rezeki. Lalu kasih sayangku sangat menebal kerana tangan kasar inilah yang pernah menguruskan keperluan harian kalian. Jagalah diri baik2, jadilah anak yang baik, taat kepada agama dan negara. Gunakanlah masa muda kalian dengan sebaik2nya.

Untuk orang2 di sekelilingku.... siapa pun kalian, semoga ikatan antara kita tetap terjalin dalam suasana muhibah. Terima kasih kerana menerimaku seadanya. Maafkan segala tindak tanduk yang mungkin tidak disukai...

Golf?

Hari Isnin, 13 Jun 2011, kira-kira 9 malam gitu la...

Kakak : Ummi, abah pegi mana?
Ummi : Abah kan pegi main game.
Kakak : Bukan game la, badminton!
Ummi : He3... pandai anak ummi.
Kakak : Ummi, nape ummi tak pegi main golf?

Glurrppp... golf? Ummi main golf? Bila masa pulak ummi main golf ni sayang? Saya benar-benar terkejut dibuatnya.

Friday, June 10, 2011

'Anak Malaysia'?

Saya tidak mengikuti berita sejak akhir2 ini, dengan kesibukan dan kadangkala kemalasan menjerat diri membuatkan saya tidak menghiraukan info2 terkini.

Namun, saya tersentap pagi tadi ketika membelek helaian akhbar. Berita mengenai keberanian Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya benar-benar membuatkan saya marah. Keterlaluan! Saya rakyat Malaysia, yang kini menjadi pemerhati senyap mengenai perjalanan politik negara kita.

Terus terang saya katakan, perjalanan politik sekarang ini benar-benar menyesakkan saya dan juga orang lain. Yang sedihnya, bangsa kita berpecah belah. Tidak lagi bersatu. Salahkah kalau kita berlainan ideologi untuk duduk satu meja minum kopi bersama? Bangsa lain dah mula menunjukkan taringnya, bukan sedikit! Selama saya hidup di tanahair Malaysia ni, tidak pula timbulnya isu seperti yang dibangkitkan oleh ADUN muda ini.

Malukah dia untuk menulis bangsa anaknya sendiri? Bukankah itu anak hasil perkahwinannya dengan lelaki yang dicintai sungguhpun lelaki itu tidak berketurunan yang sama daripada susur galurnya? Sungguh tidak relevan untuk meletakkan bangsa 'Malaysia' pada bayinya, Shay Adora Ram. Suaminya tidak terusik langsungkah dengan perbuatan si isteri?

Ok... saya tidak ingin mengulas panjang mengenai kisah peribadi Hannah. Cuma, pada saat dan ketika ini... masih tidurkah saudara-saudaraku? Lihat dengan telus. Perlembagaan kita kian dicabar. Bukannya saya mahu kita semua menghunus senjata untuk mempertahankan apa yang ada, cuma bangunlah daripada mimpi yang panjang!

Bangsa lain telah cuba melangkah kita!

Tuesday, June 7, 2011

kemalasan yang amat2 sangat!

Saya sangat la tidak rajin hari ni.... kemalasan yang amat2 sangat! Saya tidak aktif langsung...
-
-
-
-
-
-
-

Tolong lah Puan Lin, bangkit!

Tuesday, May 31, 2011

Selamat Pengantin Baru

Cuti sekolah dah pun bermula... Dlm banyak2 aktiviti yang dilakukan sepanjang 2 minggu ni, tentulah jemputan kenduri kahwin mengisi ruang masa kita. Sana kenduri, sini kenduri... Makan free yer sepanjang weekend ni :)

Saya nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat saya iaitu Rohana Hassim yang berlangsung pada 4 Jun nanti. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat ye Ana. InsyaAllah kalau takde halangan, Lin akan datang makan nasik minyak hang...

Begitu juga ucapan istimewa ini buat Abdul Muhaimin Abdul Majid dan pasangan di Ipoh, Perak. Amin, akak akan berusaha menghadirkan diri nanti. InsyaAllah. Semoga menjadi suami yang soleh ya dik. Ranjau hidup berumahtangga ni bukan sedikit, semoga kekal bercinta hingga akhir hayat.. :)

Oh ya, saya juga nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Salih Yaacob dan isterinya Samihah Sheikh Ali. Cantik sungguh mempelai ni. Gadis kecil molek itu memang cantik, harap2nya kehadiran Samihah ni akan menambahkan keceriaan dalam hidup Abg. Jem. Kekallah adil kepada semua isteri2 mu. Camni barulah betul, kawin tak sorok. Makanya takde fitnah!

Friday, May 27, 2011

Stesen LRT PWTC, Kuala Lumpur
26 Mei 2011
6.30 petang

"Ummi, kenapa mata dia pejam?" kakak menyoal kepada saya apabila daripada jauh dia nampak seorang lelaki buta yang meminta sedekah.
"Dia buta," jawab saya ringkas.
"Sape curi mata dia?" alahai anak, sampai ke situ fikirannya. Saya mula tersenyum...
"Dia memang tak nampak daripada kecik."

Kadang-kadang anak sekecil ini akan mengajukan soalan yang tak terjangka dek kita. Saya tak nafikan, adakalanya saya tergamam. Terpaksa berdiam diri sementara waktu sebelum menjawab soalannya. Kalau lambat sangat memberikan jawapan, kakak akan memberikan kenyataan begini...

"Ummi, kakak kan tanya tadi. Jawab la." Atau...
"Ummi, kenapa ummi diam?" Atau...
"Ummi, kenapa ummi tak nak cakap dengan kakak?"

Sebagai ibu bapa kita perlulah berhati2 dan bijak dalam menjawab soalan-soalan anak kecil kita. Tahap pemikiran mereka jauh lebih baik daripada kita dahulu...

Ibu bapa bijak, anak pun bijak, InsyaAllah. Mudah-mudahan... :)

Monday, May 23, 2011

Al Fatihah

Al Fatihah...

Kuutuskan doa buat mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah, Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat. Apalagi yang mampu dibicarakan, hanya doa dan tangisan yang mengiringi pemergian mereka dalam sekelip mata.

Sebak hati saya melihat gambar mereka, terutamanya pada sekeping gambar yang hanya nampak 2 tangan di celah timbunan tanah berkeladak itu. Ya Allah, tidak tergambar suasana pilu di sana.

Saya tak mampu meneruskan kata... Semoga mereka ditempatkan di syurga...


Wednesday, May 18, 2011

Tidak sihat dan serba tak kena...

Lately ni saya agak tidak sihat... diserang dek gatal2 sampai bengkak di tapak kaki dan juga sakit kepala yang sangat membingungkan.

Serba tak kena

Keliru

Saya sudah tidak terurus rasanya. Kasihan suami, anak2 dan juga rumah... Ya Allah, ujian ini kifarah untukku bukan... Hapuskanlah dosa2 ku yang tak terhitung itu. Semoga hambaMu ini dapat mengawal tingkahlaku dan emosi dalam melawan rasa sakit ini...

Wednesday, May 11, 2011

Nur Kasih The Movie

Saya tak sabar nak tengok Nur Kasih The Movie ni.... tapi, saya tau saya takkan dapat tengok 19 Mei ini. Kenapa pulak?

Keranaa, saya tidak pernah menonton wayang dengan suami baik sebelum mahupun selepas kawen. (Hati ni sangat teringin tapi En. Suami bukan kaki wayang, alasan paling kukuh yang pernah dia berikan... " anak2 kecik lagi...". Maka, kami hanya akan menonton movie ni di rumah saja. Lama betul nk tunggu kan...)

Tuesday, May 10, 2011

Beto Kusyairy


JUVANA....... sape tengok citer ni semalam? Sebenarnya citer ni bersiaran setiap Isnin, 9 malam di TV3. Setakat 2 episod ni saya memang tak miss lagi. Cuma En. Suami je semalam takde kat rumah, main badminton di Kg. Baru.

Nampaknya kami suami isteri sama2 suka dengan JUVANA ni. Pagi tadi En. Suami bertanyakan perihal JUVANA... he3... Ya, jalan ceritanya memang berlainan daripada kebiasaan. Saya sememangnya sukakan hasil tangan Khabir Bhatia dan Mira Mustaffa. Setakat ni hasil kerja mereka memang tidak menghampakan saya.

Ada 2 tarikan dalam JUVANA yang membuatkan saya rasa tidak ingin lari ke mana, duk je kat depan tv. Semalam, masak pun cepat2 sebab tak nak ketinggalan cerita ni.

Pertama, hasil karya Filmscape yang tentunya menarik sebab lain daripada yang lain. Kedua, Beto Kusyairy. Huhuhu.... siapa Beto ni? Ahhaaa, saya mengenalinya melalui Geng Surau. Dan beberapa drama lakonannya yang lain. Dia sungguh berbakat!

Dalam JUVANA ni, muka dia memang berlagak giler. Mesti sakit ati Cikgu Zakiah, hahaha! Dengan mengunyah chewing gum, pada perkiraan saya dia memang sesuai dengan watak tu...

Nanti bila free, saya nak google pasal Beto ni, he3...

Harga gula naik 20 sen

Harga gula naik 20 sen lagi! Hmmm... apa lagi yang nak dikata... Harga sekilogram RM2.10 akan berubah kepada RM2.30 mulai hari ini. Keputusan ini dibuat setelah mesyuarat Majlis Ekonomi pada Isnin.

Panas

Panasnya sekarang ni ye, berpeluh-peluh. Terik betul rasa bahangnya. Masa panas camni mulalah saya teringatkan alangkah bagusnya kalau ada air-cond kat rumah. He3...

Kesian anak2, tidur tak berselimut langsung semenjak akhir2 ni. Saya siap basahkan tuala dan lapkan kepala diorang tengah2 malam. Adakalanya kami terbangun hanya untuk minum air. Anak kedua yang masih kecik tu pun pandai sangat mintak air..."Air, air..," dalam mamai tidur pun masih mampu berjalan ikut saya ke dapur.

Tersinggah jugak dalam kotak fikiran ni, panas yang hanya sedikit ni pun kita tak mampu nak tanggung. Apatah lagi panasnya api neraka kan... Ya Allah lindungilah kami daripada segala perkara yang tidak diingini, tunjukkanlah kami jalan orang2 yang beriman...

Semoga panas ini akan beransur pulih dalam masa terdekat... Aaaminn..

Wednesday, April 27, 2011

Kakak demam pulak...

Petang semalam masa ambik anak2, kakak demam pulak. Sekarang dua beradik tu dah demam. Hmm... sian anak2 ummi.

Tadi masa telefon babysitter, dia cakap adik merengek ajer. Nak berdakap. Nenek ke dapur adik ikut ke dapur, nenek ke depan adik ikut jugak. Perangai sama macam kalau saya cuti Sabtu Ahad, kalau boleh tak payah buat apa2. Mengadap dan golek2 dengan diorang berdua je. Kakak pulak sekarang ni susah betul nak mandi. Tak tau la kenapa. Puas dipujuk tapi kakak tetap membatu. Dia boleh buat dek sedangkan kita ni bercakap dengan dia.

Aduhai anak2, walaupun badan Ummi di pejabat tapi hati dan fikiran ummi jauh menerawang sampai ke rumah nenek. tau. Jaga diri elok2 ye sayang, jangan nakal2. Kesian kat nenek...

Semoga anak2 ummi dan nenek berada dalam lindungan Allah selalu...

Tuesday, April 26, 2011

Lebih kurang 2.40 petang semalam saya menerima sms daripada babysitter... adik demam. Adik, adik... demam lagi yer... Bila cakap dengan abah, katanya tumbuh gigi tu. Apakah betul? Dah tumbuh 4 batang pun walaupun baru separuh yang keluar takkan adik baru nak depan. Hmm.. whatever la...

Saya tak sabar nak jenguk adik dan menghantarnya ke klinik. Tapi ada beberapa perkara saya dan suami perlu selesaikan sebelum kami meninggalkan pejabat. Sudahnya 3.45 petang baru kami keluar dari pejabat.

Sampai di rumah babysitter, memang adik tak aktif seperti biasa. Tapi dia sempat melemparkan senyuman buat saya dan suami. Kakak dengan prihatinnya terus memberitahu kami adik demam ketika pintu dibuka. Terima kasih kakak. Selepas mengambil apa yang patut, abah terus memecut kereta menuju ke Klinik An-Nisa.

Petang tu doktor yang berkenaan terus memasukkan ubat demam di punggung adik. Risau demam makin naik. Alhamdulillah adik bertambah baik, boleh la makan dan berjalan ke dapur mahupun ke ruang tamu walaupun sekejap2. Tapi dalam pukul 1.28 pagi, adik menangis, sekaligus mengejutkan lena saya. Badannya panas semula.

Tepat 2 pagi saya memasukkan ubat demam. Lama juga adik berjaga. Mahu dimanjakan juga. Lalu saya dakap atau ribakan. Sedangkan saya sangat mengantuk teramat. Saya sendiri tak sedar pukul berapa kami terlelap semula, yang pasti pukul 3 saya masih mendodoinya. 4.45 begitu, saya bangun untuk memasak bubur dan menyelesaikan sedikit kerja rumah yang berbaki.

Hmmm... hari ini saya sangat mengantuk. Lalu nescaffe terpaksa saya minum lagi... Bukan mengeluh tapi ralat kerana saya terpaksa meminum nescaffe untuk menahan diri daripada terlelap di depan komputer... Adik, semoga cepat sembuh ya...

Monday, April 25, 2011

Fiske Steak House







~ @ Fiske Steak House ~

- kami akan datang sini lagi untuk makan-makan :)

Pusat Tahfiz Amal?

22/04/2011, lebih kurang 7.30 malam - Sebelum sampai ke rumah, suami berhenti di stesen minyak Petronas Subang Bestari untuk mengisi minyak. Kebiasaannya begitulah, suami lebih suka mengisi minyak sebelah malam daripada pagi. Sudah 2 kali mengisi minyak kami masih terjumpa remaja perempuan yang sama meminta derma daripada orang ramai di situ.

Kali ini saya nekad 'mengumpannya'. Sewaktu dia menghampiri kereta kami, salam diberikan seperti kebiasaan budak2 yang meminta derma. Kedengarannya seperti dialog yang telahpun dihafal. Belum pun habis dialognya itu, suami terus memberikan RM5.00 sebagai derma. Kami mula meramahkan mulut.

"Adik dari mana?" suami memulakan perbualan.
"Dari Kedah."
"Jauhnya dik, tak sekolah ke?"
"Kami sekolah tahfiz swasta kak. Hafal Quran je," jawab remaja terbabit.
"Oh camtu, abihtu datang sni tak hafal Quran la yer. Memang takde belajar macam sekolah lain ke? Bahasa Melayu, Matematik...?" soal saya.
"Takde kak."
"Dah berapa lama kat sni?"
"Seminggu dah."
"Seminggu? Lamanya. Datang sorang ke dengan kawan?"
"Dengan kawan2. Sekali dengan Ustaz la."
"Kawan2 kat mana? Awak sorang je kat sni?" soal saya lagi.
"Kawan2 kat tempat lain."
"Ustaz hantar awak pukul bape kat sni? Nanti dia ambik bila?"
"Dia hantar kul 3 camtu la, nanti kul 8 dia ambik balik."
"Makan camne dik?"
"Nanti balik Ustaz bagi la makan kak."
"Emm... tido kat mana dik?"
"Kat rumah sedara Ustaz."
"Kat mana?" bertubi-tubi saya menyoalnya.
"Sungai Buloh."
"Ok, hati2 ye dik. Jaga diri elok2."
"Terima kasih kak. Semoga Allah membalas jasa akak... bla, bla......" dialog yang saya biasa dengar apabila kita menderma kepada budak2 seperti ini. Baru je dia berpaling nak beredar...

"Dik, nak resit.." nasib la suami teringat nak mintak resit.

Remaja terbabit segera mengoyakkan resit dan menghulurkannya kepada suami.

Di dalam kereta, saya membelek resit tersebut. Aik, sepuluh ringgit? Kami cuma bagi RM5.00 jer. Hmmm.. sebenarnya resit ini sudah siap2 ditulis nilai dermanya.

Berikut details yang terdapat pada resit terbabit.

Pusat Tahfiz Amal
Km. 17. Jalan Yan Kuala Kedah
Mkm. Kangkong
06600 Alor Setar,
Kedah.
No. Telefon : 04-7647640 / 019 3893544

Persoalannya ialah....
1. Betul ke pusat tahfiz ini wujud? Jika memang wujud pun, sahkan penubuhannya? Siapa yang memantaunya?
2. Mengapa perlu menggunakan pelajar2nya untuk mengutip derma sekolah?
3. Tidak belajarkah pelajar2 yang mengutip derma ini? Bila pula masanya untuk menghafaz Al Quran?
4. Tahukah ibu bapa mereka akan kegiatan anak2 mereka ini?
5. Terjaminkah keselamatan mereka?

Sebenarnya terlalu banyak persoalan yang berlegar di kepala yang tak mampu kami jawab... Kasihan anak2 ini, bagaimana ya untuk kita bantu mereka?

Semoga Allah memberikan perlindungan kepada anak2 ini...