Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 29, 2008

Nawal look alike ummi or abah?


perkara yang dibenci

Pagi yang indah lagi mulia ini ummi ingin menulis dan berkongsi tentang sesuatu yang tak pernah dibangkitkan dalam blog ni. Andainya tulisan ummi menyinggung mana2 pihak, mohon maaf sebanyak2nya kerana apa yang terpapar di sini cumalah pandangan peribadi. Samaada yang di luar sana setuju atau tidak terpulang kepada diri sendiri...

Ianya nampak seperti perkara yang biasa dan remeh tapi bagi ummi, hal yang satu ini amat ummi tidak suka. Ianya tersenarai dalam perkara/benda yang ummi sangat benci. ROKOK! Ummi tidak asing daripada bahan yang mengandungi bahan radioaktif (polonium-201), bahan2 yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai2 (arsenik), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di 'kamar gas maut' bagi pesalah yang menjalani hukuman mati dan sebagainya lagi.

Sebenarnya budaya merokok ini tidak ada dalam budaya orang Islam namun dari hari ke hari budaya ini dilihat sebagai perkara yang tidak mendatangkan sensitiviti kepada sesetengah orang. Lebih tepat lagi budaya merokok ini adalah akibat tabiat suka meniru. Meniru siapa? Tidak lain tidak bukan meniru perbuatan penjajah Barat yang suka kepada kemerosotan kualiti umat Islam. Lihat saja bahan2 yang terkandung didalamnya. Bukanlah perokok tidak tahu bahan2 dan akibat daripada rokok ini terhadap kesihatan diri dan orang sekeliling, tetapi mereka buat tidak peduli. Bukankah orang Islam malah mana2 agama sekalipun mewajibkan penganutnya untuk menjaga kesihatan diri? Paling tidak pun, bezakanlah diri kita sebagai orang Islam dengan orang bukan Islam.

Jika ada niat dan usaha yang berterusan tidak mustahil untuk seseorang itu berhenti merokok. Kemungkinan untuk kembali kepada merokok semula tetap ada, namun bukankah kemahuan diri mengatasi segalanya. Buat permulaan kurangkanlah sebatang rokok sahaja dalam masa sebulan, selepas itu dua batang pula dan seterusnya terus mengurangkan bilangannya. Sebaik2nya tetapkan niat dan target dahulu. Pengaruh rakan perokok juga harus diambilkira, elakkan diri menyertai rakan yang sedang merokok. Ini bukan bermaksud tidak berkawan dengan perokok tetapi hanya tidak menyertai mereka ketika mereka merokok. Apa pun terpulang kepada individu.

Sesuatu yang sentiasa ummi fikirkan tentang perokok ini ialah, jika seseorang itu merokok bermakna dia tidak mengambil berat tentang kesihatannya. Maka apabila orang sekelilingnya tidak sihat jangan perlu dirisaukan sangat kerana diri sendiri tidak terjaga kesihatan inikan pula kesihatan orang lain. Tulisan ummi agak pedas bunyinya tetapi jika anda terasa hati dengan apa yang ummi utarakan, fikirkanlah bagaimana rasanya hati insan2 tersayang anda yang mengharapkan agar anda merdeka daripada rokok!

Harapan ummi sangat menggunung untuk melihat insan2 yang tersayang di sekeliling ummi merdeka daripada rokok sebelum menutup mata buat selamanya. Harapan... janganlah tinggal harapan...

Thursday, August 28, 2008

Sehari di Jakel







Actually Jumaat lepas kitorang g Jakel menemankan si Fatihah yang nak kawin bulan 10 ni. Tapi yg lebih2nya test kain si Suhana. Yg test shifon coklat tu dia la. Mak dara sorang ni pelik sket sejak pregnant ni, nak yg lawa2 je tp dia selebet gak. Kahkahkah.... Sori Sue, off topik lak. Ko maintain kan... Zila n ummi sebuk gak tengok kain sebab masing2 abang n adik nak kawen hujung tahun ni. Lepas abih ronda kat Jakel kitorang makan mee rebus lak. Waduhhh, Kak Syidah pening2 sebab lapar. Asyik lapa je, pening...

Wednesday, August 27, 2008

Birthday abah, 2 Dec '07





Hehehe, abah sebenarnya tak penah sambut birthday. Aritu tetiba anak2 dia buat surprise. Taraaaa.... Semoga abah terus sehat dan dirahmati Allah... Buat budak comel yang dalam pasu tu, sekarang nape dah tak gebu cam dulu? Alahai Nawal Ashiqin, ummi rindu Nawal masa kecik2 dulu. Rambut pacak, muscle ketul2. Hehehe...

Cerita lagi...

Pagi ni ummi nak bercerita lagi... Seperti kebiasaan selepas habis memasak bekal Nawal, ummi akan mandi dan bersiap nak pegi keja. Masa dok mengadap cermin, tiba2 ummi terdengar satu bunyi...

Praaaannnggg.............

Ohhooo.. Ummi terus berlari keluar dari bilik. Abah pun berlari dari arah dapur. Kami menuju ke tempat datangnya bunyi tersebut. Di tempat kejadian (berhampiran rak pinggan mangkuk) ada seorang budak kecil yang comel sedang berdiri tegak tidak bergerak walau seinci pun... Nawal dah pecahkan mangkuk bulat ummi.... Trus ummi angkat dan kendong ke bilik air, basuh kaki Nawal sebab takut serpihan kaca melekat kat kaki anak ummi. Abah lak ambik penyapu dan bersihkan serpihan kaca tu... Tidak ada pula rasa marah masa tu sebab ummi tau salahnya ummi sendiri sebab tak awasi Nawal.

Pagi ni ummi dapat satu pengajaran, walau macammana sekalipun keadaannya, kita tak boleh lalai sesaat pun. Apa2 pun boleh berlaku sekelip mata.... dan sempat juga ummi titipkan nasihat supaya lain kali anak ummi tak main barang kaca lagi walaupun ummi tau manalah budak sebesar Nawal mengerti...

Me & Zila


Tuesday, August 26, 2008

Lupa lagi

Cerita ni cerita pagi tadi, alkisahnya sifat pelupa ummi yang rasanya semenjak dulu lagi dah ada. Sememangnya pagi tadi ummi kelam kabut sket, bangun lambat katakan. Letih sangat semalam sampai abah, ummi dan Nawal tertidur depan tv, kul 12 tghmlm baru masuk bilik.

Kelam kelibut la ummi masak bekal Nawal pagi tadi. Masak nasi, rebus sayur, goreng ikan dan goreng nuget. Nawal pun tak mandi pagi tadi, siiiaaannn anak ummi.... dah siap2 semua, abah turun bawah dulu dengan Nawal. Ummi kat umah lagi tengah pakai tudung. Seperti kebiasaan dah berdandan depan cermin, ummi akan check semua suis dah off ke belum termasuklah paip gas. (Rumah kitaorang tak pakai tong gas). Settle semua ummi pun melangkah keluar dan turun ke bawah menuju abah dan Nawal dekat kereta. Nawal tengah pakai kasut masa tu.

Dengan konfidennya ummi pun membonceng kat belakang motor, arini tak naik keta. Dah keluar blok tiba2 ummi tepuk belakang abah.

"Abah, pusing balik. Helmet tertinggal la.."
"Laa, nape tak bawak tadi?"
" Saya lupa, betul2 lupa..." dengan nada agak takut, kut2 abah marah. Hehehe...

Abah pun pusing balik. Cepat2 ummi turun motor dan berlari naik balik ke rumah, tingkat 3 tu! Sambil tu abah bawak Nawal ronda2 kat kawasan rumah kita. Dalalm kepala ni dok pikir2 nape ummi ni sangat2 pelupa orangnya. Kismis dah banyak makan... Hmmm, nampaknya nanti helmet letak kat keta je la, tak payah bawak naik rumah lagi. Bape kali dah lupa bawak. Ummi sendiri pun tension... Ada ke ubat nak atasi sifat lupa ni ek?

Monday, August 25, 2008

1st phneumococcal vaccine

Alhamdulillah, Sabtu lepas 23 Ogos '08 Nawal dah dapatkan phneumococcal vaccine yang pertama. Second jab selang 2 bulan lagi, 18 Oktober '08. Lega rasanya hati ni.

Tak penah2 Nawal nangis bila injection tapi kali ni nangis sampai tak keluar suara. Agaknya terkejut dan takut tengok doktor tu. Sebelum ni kalau nak injection, Nawal meniarap. Tapi kali ni kat peha lak sambil baring. Tu yang nganga tak hengat tu.... Berderai2 air mata anak ummi. Tapi kejap jer nangisnya, pastu senyap trus. Leka main.

Walaupun kos vaksin ni agak mahal, tapi ianya berbaloi InsyaAllah. Seperti yang ummi katakan, cabaran kesihatan dunia kian mencabar dari hari ke hari. Harap2nya anak abah dan ummi terlindung daripada sebarang penyakit. Kami dah berusaha namun Allah jua tempat bergantung dan hanya Dia yang tahu hikmah di sebalik kejadian. Semoga kita sekeluarga sihat dan ceria selalu... Aaamin...

Lobak putih

Kali ni ummi nak share resepi lobak putih yang boleh menambahkan susu badan. Resepi diceduk daripada opismate ummi yang baik hati iaitu Czar. Thanx Czar! Memang sejak kebelakangan ni ummi selalu masak lobak putih memandangkan production susu yang menurun sejak Nawal masuk setahun. Harap2nya usaha ni berhasil. Sebelum ni pernah wat jus tapi memang tak boleh nak telan langsung! Tu yang dok tanya kengkawan kut2 ada resepi yang membolehkan tekak ni terima lobak putih. Dalam mencari2 tu la siCczar dok citer resepi ni masa dia jaga wife dia dalam pantang...

Bahan2:
Lobak putih (ikut individu nak banyak mana)
Lada hitam (ditumbuk)
Bawang merah (dihiris nipis)
Garam (secukup rasa)
Halia

Cara2:
Potong dan bersihkan lobak putih. Masukkan lobak putih, lada itam, bawang merah dan halia ke dalam periuk yang berisi air. Kira cam masak air je la. Dah empuk boleh dihidangkan, tu jer... Senang kan... Selamat mencuba!

Friday, August 22, 2008

Terkini tentang Nawal

Ni ummi nak update pasal anak perempuan ummi, sape lagi kalau bukan Nawal Ashiqin. Sejak dah pandai berjalan ni kemain lagi ligat keliling rumah (walaupun rumah kami kecik je sebenarnya). Asyik nak main jer.

Dah tu suka main kereta ataupun benda2 yang bergerak. Ummi ni suka la kalau dia main bear ke, atau yang seangkatan dengannya yang kebiasaan yang disukai dek budak pompuan. Kalau tolak kereta tu, siap buat bunyi2 lagi. Ambulans yang atok belikan pun dah tercabut siren n bumbungnya skali. Ganas tul.... Bila dah boring je main permainan tu, mesti kena campaknya. Tak tau la ngikut perangai sape.

Kalau bab tukar2 channel atau on/off tv dah jadi favourite dia. Tau lak tu button untuk on/off. Suka agaknya bila gambar tv tu tukar sana sini. Kejap cerita tu kejap cerita ni. Lepas tu gelak sorang2. "Aku berjaya." Tu la agaknya dalam pikiran dia. DVD player tu pun pandai on/ off kan. Ummi takut patah je tempat DVD tu. Kang dah boring ngan tv, main plug pulak. Memang Nawal ni kena diperhatikan sentiasa. Aktif tul...

Kalau bab tido, waktu siang tu memang 2 kali jer. Sekali waktu pagi, sekali petang. Malam kul 9.30 memang dah time dia sleepy... Tapi bila subuh je menjelma, dia la orang yang paling awal bangun daripada abah dia. Celik je mata, ummi takde kat sebelah melalak la jawabnya. Abah tepuk la camne pun mesti nangis gak. Kalau ngantuk sangat je, Nawal akan tido balik. Kebiasaan 5 pagi ummi bangun, Nawal la peneman setia kat ceruk dapur. Sibuk cam ummi gak nak masak bekal untuk dibawa ke rumah nenek. Dah settle semua, dalam 6.45 gitu ummi mandikan dengan air suam. Masa ni la waktu yang paling Nawal suka. Main tangkap2 buih.... Hehehe...

Nak kata Nawal dah pandai cakap nampaknya belum lagi la. Yang dia tau aaabaaahhhhh, kakakakakaaaaa (especially bila nampak bird, aaaaaaaaa (time ummi ajar sebut Allah dan nyanyi twinkle2 little star)..... Kat rumah, dialah yang paling suka baca buku. Kejap duduk, kejap berdiri. Kejap gelak, kejap cakap sendiri. Selak depan belakang, angkat sana sini. Kadang2 time abah ngan ummi makan, time tu la nak suh ajar baca buku. Rak buku (yang kini kepunyaan Nawal) tu sekejap kemas sekejap selerak.

Perkara paling baru ialah Nawal suka sangat kalau pakai sepit rambut. Perasan cam cantik la tu. Nenek pun cakap yang Nawal suka sangat kalau pakai sepit. Sengih2, gelak...

Haaaiiiii Nawal, kalau nak diceritakan sampai esok pun tak abih. Ummi berenti kat sni dulu, lain kali ummi continue lagi ye...

Tuesday, August 19, 2008

Happy Anniversary


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-2 buat suami yang tercinta dan buat diriku juga. Ahakkksss... Dah 2 tahun ghopenya kami hidup bersama semenjak sah dinikahkan pada 18 Ogos 2007. Sekarang ni pun dah dikurniakan seorang cahayamata perempuan, Nawal Ashiqin.
Semoga kita terus diberikan rahmat oleh Allah, jodoh yang berpanjangan, kesihatan yang baik, kegembiraan yang menyenangkan dan segala yang baik2 belaka. Mmmmmuuaahhsszzz... Luv U 4ever honey :)
Tahun lepas, hadiah 1st anniversary kita ialah Nawal Ashiqin (hadiah ke tu? Hehehe, masa tu kat kampung berpantang, sempat anta kad je la). Tahun ni... harap abang suka pemberian kecil tu... Pape pun sayang tetap teristimewa!

Friday, August 15, 2008

Hingga ke nafas yang terakhir

Copy paste from susuibu.com...

Salam, nak kongsi berita sedih.kakak kepada kawan saya meninggal dalam kemalangan kereta malam Sabtu lepas. Lori langgar belakang kereta dan seret ke hadapan. Kakak yg duduk kat bahagian belakang kereta tersepit bersama kereta yang remuk.Yang sedihnya, kakak tu sedang BF anak dia masa tu. Pihak bomba terpaksa potong kereta dan tarik baby yag tersepit kat dada arwah maknya.. Mulut baby terluka sikit akibat hentakan dada arwah maknya..Innalillah, sedih tapi bangga. kakak tu BF sampai hembusan nafas terakhir... Liyana

Baru tadi ummi bukak susuibu.com setelah bercuti 2 hari, Nawal demam. Sedih giler, bergenang airmata ummi. Hebatnya arwah, hingga ke nafas yang akhir menyusukan bayi dia. Syurgalah tempatnya... Semoga anak tu bila besar nanti jadi seorang yang berguna dan mulia hatinya. Ummi tak boleh bayangkan bila baby tu lapar, tentu dia tercari2 ibunya. Ya Allah, hanya Engkau yang tahu hikmah yang terselindung di sebalik kejadian.

Ya Allah, kupohon padaMu semoga nikmat menyusukan bayiku dapat kuteruskan sehingga sesempurna mungkin. Panjangkan umurku, semoga dapat aku terus berbakti dan beribadat kepadaMu jua memberikan yang terbaik buat suami dan anak2ku... Aamin...

Tuesday, August 12, 2008

Lama tak update

Dah lama sangat ummi tak update blog ni. Sunyi sepi. Bunyi unggas je kan, hehehe.... Nak update semula ni pun cam pening la plak, sebab cam banyak nak citer... Nanti la yer, ummi update kan. Skang tengah sibok mengemas meja, maklom la kena pindah meja lain plak. Nak citer pasal wedding Nurul, resepi lobak putih Czar, my little girl yang makin ligat semenjak dapat kaki, projek jahitan manik dan baaaannnyyaaakkk sangat! Jumpa lagi ye... :)

Monday, August 4, 2008

Subhanallah..

Arini ummi nak citer pasal satu kejadian yang bagi ummi sungguh mengujakan. Last week production susu badan ummi agak menurun. 3 kali pump pun tak dapat lebih daripada 10oz pun. Memang sedih sangat2, ye la mana taknya anak ummi kan bergantung sepenuhnya kepada susu badan. Setiap detik dan waktu ummi merintih supaya Allah banyakkan susu. Ummi percaya dengan berdoa, merintih dan merayu kepada Allah Yang Satu, suatu masa InsyaAllah akan dikabulkan.

Ummi buat macam2 usaha untuk tingkatkan production, cuma belum sampai ke tahap nak ambik pil penambah susu sahaja lagi. Sesi pumping juga ummi tingkatkan daripada 3 sesi kepada 4 sesi. Ini bermakna sebelah pagi 2 sesi, sebelah petang 2 sesi lagi. Dalam satu sesi tu nak dapatkan 2 oz pun kadang2 berchenta.

Petang 29 Julai, masa sesi pumping terakhir tu ummi macam biasa, akan pastikan hingga ke titik terakhir susu mengalir ke dalam botol. Tak dapat dinafikan keresahan hati, stok susu untuk Nawal tak cukup daripada kebiasaan sebelum ni. Ummi tak henti2 selawat semoga permintaan ummi dikabulkan. Tiba2.... susu ummi banyak sangat mengalir keluar. Ya Allah, ummi terkejut. Dalam masa yang sama ummi suka sangat. Alhamdulillah, usaha ummi berbaloi. Tak sedar ummi ketawa sendirian dalam pantry petang tu. Tak terkata dan tak tergambar perasaan masa tu. Bayangkanlah, sampai tak cukup botol plak petang tu. (Sekarang ummi gunakan botol 4oz sahaja, sebab lebih senang untuk terus dibagi kepada Nawal nanti).

Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah. Datang perasaan yang sangat indah dalam diri ummi. Allah kabulkan permintaan ummi. Bahagianya ummi rasakan petang tu. Tersenyum2 sampai ke malam... Bahagianya....

* Kepada ibu2 yang mempunyai masalah kekurangan susu badan, usahalah bersungguh2 untuk mendapatkan yang terbaik kepada anak dan diri kita sendiri. Percayalah, usaha dan tawakkal kepada Allah adalah jalan terbaik untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Cuma, kesabaran perlu berada di tahap yang tinggi.