Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 26, 2008

Lupa lagi

Cerita ni cerita pagi tadi, alkisahnya sifat pelupa ummi yang rasanya semenjak dulu lagi dah ada. Sememangnya pagi tadi ummi kelam kabut sket, bangun lambat katakan. Letih sangat semalam sampai abah, ummi dan Nawal tertidur depan tv, kul 12 tghmlm baru masuk bilik.

Kelam kelibut la ummi masak bekal Nawal pagi tadi. Masak nasi, rebus sayur, goreng ikan dan goreng nuget. Nawal pun tak mandi pagi tadi, siiiaaannn anak ummi.... dah siap2 semua, abah turun bawah dulu dengan Nawal. Ummi kat umah lagi tengah pakai tudung. Seperti kebiasaan dah berdandan depan cermin, ummi akan check semua suis dah off ke belum termasuklah paip gas. (Rumah kitaorang tak pakai tong gas). Settle semua ummi pun melangkah keluar dan turun ke bawah menuju abah dan Nawal dekat kereta. Nawal tengah pakai kasut masa tu.

Dengan konfidennya ummi pun membonceng kat belakang motor, arini tak naik keta. Dah keluar blok tiba2 ummi tepuk belakang abah.

"Abah, pusing balik. Helmet tertinggal la.."
"Laa, nape tak bawak tadi?"
" Saya lupa, betul2 lupa..." dengan nada agak takut, kut2 abah marah. Hehehe...

Abah pun pusing balik. Cepat2 ummi turun motor dan berlari naik balik ke rumah, tingkat 3 tu! Sambil tu abah bawak Nawal ronda2 kat kawasan rumah kita. Dalalm kepala ni dok pikir2 nape ummi ni sangat2 pelupa orangnya. Kismis dah banyak makan... Hmmm, nampaknya nanti helmet letak kat keta je la, tak payah bawak naik rumah lagi. Bape kali dah lupa bawak. Ummi sendiri pun tension... Ada ke ubat nak atasi sifat lupa ni ek?

3 comments:

mamahanees said...

hehehe biasa lah tu banak benda nak kena pikir. Jgn lupa bwk nawal sudah :p

Fara said...

betu tu mamahanees...
helmet ummi tu...letak le tepi pintu, ummi nk kuar je mesti nmpk helmet tu, xyah penat2 lupe. hehehe

ummi said...

Masalahnya, helmet tu mmg dh kt tepi pintu Fara, camne tu... Setakat ni tak penah lg lupa bawak Nawal, mamahanees. Heheheh...