Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 16, 2013

Entri takde tajuk... sekadar menzahirkan rasa hati

Bismillahhirrohmanirrohim....

Sebenarnya tatkala ini ummi terlalu sibuk, tapi untuk minit ini sesuatu perlu dizahirkan supaya ianya tidak terpendam di lubuk hati. 

Allahhuakbar... sesungguhnya memang benarlah hamba Allah ini sangat dhaif. Sering kalah dengan jarum2 syaitan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkan umat manusia. Akhir2 ini (malah sebelum ini juga), Ummi berada dalam tekanan yang tinggi. Kerja vs keluarga.

Sepatutnya Ummi perlu kuat menempuh semuanya, tapi ternyata benteng Ummi tidaklah sehebat mana, malah tidak teguh pun. Api kemarahan seringkali marak menyala. Tentulah ada silapnya hingga Ummi gagal mengawal emosi. Ya, dah lama Ummi tinggalkan solat malam, mengaji dan ketidakpatuhan menepati waktu dalam mengerjakan solat fardu juga menjadi penyebabnnya. Itu yang Ummi kenalpasti sejak mencari jawapan kepada persoalan seperti ini.

Suami dan anak2 Ummi, sungguh Ummi tak malu untuk mengaku kekurangan ini kerana Ummi mahu kalian tahu bahawa apabila seseorang Muslim itu tidak patuh akan ajaran Islam, pasti hati akan merasai sesuatu. Kosong. Lalainya diri dengan nikmat dunia walaupun sedar dan tahu nikmat syurga itu lebih hebat dan kekal abadi.

Suami dan anak2 Ummi, maafkan Ummi atas segala salah silap. Kadang2 Ummi melampias amarah tatkala tidak dapat menahan bebanan hati. Sungguh Ummi kesali. Tapi, sesuatu yang Ummi belajar daripada kesilapan ini ialah.... apabila bebanan perasaan tidak dapat dikawal, maka terjadilah kes2 penderaan fizikal atau emosi atau kedua2nya sekali terhadap seseorang. Dalam amarah, kita sering gagal mengawal tindakan tubuh badan. Dan, janganlah diperkecilkan atau diremehkan bebanan perasaan itu walaupun pada peringkat awalnya ia hanya sekelumit cuma. Bak kata pepatah, sikit2 lama2 jadi bukit. Sokongan moral dan luahan perasaan adalah sangat perlu disamping lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Ya Allah, kuatkanlah iman hambaMu ini dalam menempuh cabaran hidup ini. Dalam kefakiran diri ini, terangilah ia dengan cahaya taufik dan hidayahMu....