Kuasa warna mampu mengubah rasa, malah warna juga diakui mempunyai peranan besar dalam membnatu membentuk sebuah kediaman. Teliti setiap kelebihan dan kekurangan warna sebelum membuat keputusan mengadunnya dalam kediaman anda kerana warna lambang peribadi diri pemilik.
- Merah - dinamik, melambangkan keghairahan, cinta dan semangat. Individu yang sukakan merah mempunyai keyakinan, gerakkan hati dan semangat untuk berjaya. Sesuai untuk ruang makan. Bagi mengelakkan suasana terlalu hangat dan berahi sepanjang masa, adunkan merah dengan warna harmoni iaitu jingga dan coklat. Bagi menampakkan kelainan, gabungkan warna berahi ini dengan hijau atau aqua.
- Hijau - segar, selamat dan sejahtera. Warna ini dapat mewujudkan suasana tenang, nyaman dan menjadi lambang ciri alam semulajadi. Sesuai untuk kamar tidur dan ruang tamu. Warna ini juga sepadan dipadukan dengan hijau muda (lime), kuning dan biru. Warna merah ialah merah, coklat dan ungu.
- Biru - Sesuai untuk pemilik kediaman yang cintakan ketenangan dan keselesaan dalam hidup. Jika memilih biru, anda perlukan kedamaian, hidup yang harmoni dan bebas daripada sebarang tekanan. Sesuai untuk kamar tidur, kamar mandi dan bilik belajar. Untuk memberikan impak maksimum pada awarna ini, gandingkan ia dengan aqua, violet dan hijau. Warna kontra dengan biru ialah kuning, jingga dan merah.
- Kuning - warna diraja ini menjadi lambang keseronokan dan kesucian. Ia juga menonjolkan kehangatan, inspirasi dan daya hidup. Kunng juga signifikasi dengan komunikasi, kesedaran dan cahaya. Sesuai digunakan untuk ruang dapur dan ruang makan. Untuk mengadun warna serasi dengan kuning, pilihan hijau muda (lime), coklat dan jingga adalah sesuai.
- Jingga - warna musim luruh dan rempah ratus. Warnanya terang menggambarkan jiwa yang riang dan muda. Warna ini sesuai untuk ruang tamu dan ruang makan. Gabungan jingga bersama merah, kuning, coklat atau lime untuk gaya anggun manakala biru dan hijau gelap untuk gaya kontra.
- Merah Jambu - Emosi dalam karektor tersendiri. Ia juga dekat dengan hati yang sensitif. Warna ini juga melambangkan sifat penyayang dan ambil berat malah merah jambu ini juga menunjukkan kekuatan dalam personaliti diri. Sesuai digunakan di kamar tidur. Ungu, biru dan kelabu adalah warna harmoni merah jambu manakala gabungan bersama hijau atau coklat mampu menyerlahkan gaya kediaman.
No comments:
Post a Comment