Bangun pagi tadi tetiba terlintas di fikiran ummi pasal nak kenalkan Nawal dengan huruf2 jawi. Kenapa la ummi tak terfikir sejak sebelum ni. Selama ni ummi dan abah sebuk duk kenalkan Nawal dengan A, B, C tapi lupa pada huruf jawi. Hmmm... blom terlambat lagi kan.
So, waktu rehat tadi ummi bergegas ke kedai buku kt The Mall tu. Tapi takde jual la... Apa punya kedai. Ummi g nengok kat kedai bawah tu pun takde gak. Kat mana ummi nak cari ni? Semalam masa g Toys R Us tak nampak plak. Ye la kan, semalam ummi dok asyik survey mainan ajer. Mainan pun penting untuk perkembangan otak dan minda bayi, sebab tu la ummi suka masuk kedai keluar kedai. Mula2 survey pastu baru decide mana yang bagus.
Sejak lahirnya penyejuk hati ummi ni, ummi jadi seorang yang sangat obses dengan perkembangan tumbesaran Nawal baik daripada segi pendidikan, kesihatan dan apa2 ajer yang sewaktu dengannya. Sehabis mungkin ummi nak yang terbaik buat Nawal ( n anak2 ummi yang akan datang nanti, hehehe...) Harapan ummi dan abah tinggi, ingin melihat anak2 berjaya dididik dengan sebaik mungkin.
Besar sungguh harapan kami....
No comments:
Post a Comment