Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 20, 2012

Hal2 kematian 1

Assalamua'laikum...

Lama dah tak bersiaran, huhuuuu.... Sibuk lately ni, ape nak dikatakan. Tapi Alhamdulillah kita sekeluarga sihat. Melihat anak2 ummi sihat dan berada di depan mata membuatkan ummi terus bersemangat meneruskan hari2 yang mendatang. Tatkala melihat suami, hati berbunga bahagia...

Syukur dengan apa yang dimiliki. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan hambaMu ini dengan nikmat dunia ini walau hanya sementara. Suatu hari nanti pasti ianya perlu dipulangkan.... ya la, apa sahaja yang kita ada di dunia bukan milik kekal kita. Yang berhak ke atas segala2nya ialah Allah Yang Esa.

Mengikuti perkembangan semasa membuatkan macam2 yang ada dalam kotak fikiran. Bila mendapat khabar kematian, tentulah ianya mengecutkan hati dan segala anggota tubuh ini. Terfikir, bila pula giliran diri ini. Rasa insaf menyelinap dalam segenap ruang anggota tubuh tapi bila lama kelamaan, tak dinafikan kita lalai kembali.

Terbaru, takziah buat keluarga Tok Din (bapa saudara ayah) kerana kehilangan isterinya yang tercinta semalam, 19/12/2012. Semoga roh beliau tergolong dalam golongan orang2 yang beriman. Arwah seorang yang lemah lembut, sopan tutur kata malah senyuman sentiasa terukir di bibir. Tok Din merupakan satu2nya adik beradik Atuk (sebelah ayah) yang masih hidup. Semoga tabah menghadapinya.

Mengingatkan kematian, ummi sangat takut. Bukan takutkan ape, amalan masih terlalu banyak kurangnya. Masih lalai diulit nikmat dunia, Astaghfirullahhal a'azim... Semoga ummi nanti diberikan kemudahan ketika menghadapi saat akhir itu nanti. Dikembalikan ke alam sana dengan iman yang teguh, dipermudahkan urusan pengebumian dan pergi dalam keadaan yang baik.

Sebut pasal pengebumian jenazah, ummi pernah membincangkannya bersama abah. Juga sempat menitipkan pesan supaya dicepatkan urusan pengebumian bila ummi tiada nanti. Bukan apa, Islam menyarankan supaya jenazah dikebumikan secepat mungkin. Bagi ummi, jika disitu ummi pergi, disitu jugalah disemadikan. Tak perlulah dibawa pulang ke kampung (kalau bukan di kampung ketika itu) dan tidak menunggu sesiapa. Untuk kenduri 3 hari berturut, hari ke 7, hari ke 40 dan sebagainya bagi ummi tidak perlu. Hanya doa daripada orang2 tersayang yang ummi harapkan.

Sekarang ummi sedang menelaah kembali hal2 berkaitan kematian. Nanti kita kongsikan ilmu yang ummi dapat. Ilmu yang diperoleh itu perlu juga diselidik akan kesahihannya. Jumpa lagi ya, tak boleh tulis panjang2. Asar dah masuk ni....

Sekian. Wallahhua'lam...