Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 21, 2009

Gambar lame...

Aku sangat berkenan dengan bunga kat umah Nurul Ni...080808

Perasan tak dalam gambar ni ada sorang mamat (tengah) tu kan cam terkejut je muka dia. Tu la Czar Czamhudy, opismate aku yang masih shy-shy cat lagi. Wakakaka, terkejut kena serbu ngan ktorang yang suka bergambar. Skang tak shy-shy cat lagi kan Czar... sporting gitu!

Berposing lepas abih ambik gambar passport. Aku version tanpa Miss Spec...

Aku dalam version bersama Miss Spec... Untuk pengetahuan semer, kitorang ni hantu kamera yer... Snap jer, ada le gambar kitorang...

Masa shooting utk project kad raya, 2006 gak ni.

Orang paling kiri... itulah aku masa 2006. Tengah preggy, 3 months! Hehehe... Leh pakai kebaya lagi tapi yang musykilnya nape skang tak preggy ni aku takleh pakai kebaya tu ha? Alamak... aku dah gumuk!

AlFatihah...

AlFatihah.....

Takziah kepada Fatihah (opismate ummi) dan keluarganya di atas pemergian bapa kesayangan pada 20 Mei 2009. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang soleh...

Monday, May 18, 2009

Ngigau

Dua hari bercuti terasa begitu pantas masa berlalu. Sabtu ktorang balik kampung kat Kerayong (kampung Mr. Hubby) bersama mak, abah dan Ain. Ahad plak tengahari tu makan kat Segambut, lama dah teringin makan kat situ. Mana taknya dah 2 tahun tau tak merasa sup dan ikan bakar yang menambahkan selera makanku. Terima kasih banyak2 kepada Mr. Hubby yang sanggup pusing 2 kali untuk makan di Segambut. Ni semer gara2 tak ingat jalan masuk ke kedai tu...

Kali ni ummi nak citer perihal anak dara kami yang marahkan Mr. Abahnya dari pagi hingga malam Ahad (semalam ler...). Seperti yang diketahui, Mr. Hubbyku itu memang suka menyakat si Nawal. Dah tau anak tak suka dicium, digeletek, dipeluk itu la yang diusiknya. Sekarang ni plak, Nawal klu marah akan sebut 'syebuk'... lagi la abahnya suka...

Puas la si Nawal berlari keliling rumah, menangis, menampar ala2 manja gitu kat abahnya. Sampai penat Nawal seharian. Malamnya bila tiba waktu tidur, Nawal pun terlelap cam biasa. Ummi tak plak letakkan dalam buai (salah satu usaha untuk membiasakan dia tidur sendirian sejak nak masuk 2 tahun ni). Ingat lepas solat baru nak angkat. Alih2 lepas solat tu dengar dia merengek, pegi la jenguk. Laaa, tutup rapat matanya. Tapi tiba2 dalam mata terpejam tu 2, 3 kali nawal sebut 'syebuk'... Aiikkk... ngigau pe? Bila tanya kat Mr. Hubby, baru la ummi tau. Sejak ummi solat dari tadi dia camtu... sampai ngigau marahkan abahnya....

Tu la abah, sakat lagi anak tu. Sampai ngigau dia...kesian ummi tengok. Sesekali bila teringat kelakar pun ada... Hmmmm... Nawal, Nawal...

Friday, May 15, 2009

Words

Ini adalah sambungan daripada entry yang ummi tuliskan 'words' yang Nawal dah boleh cakap. Menghitung 26 hari kepada Ulang Tahun Kelahiran Nawal Ashiqin adalah sesuatu yang menggembirakan tetapi sekali sekala sedih pun ada.

Gembira kerana Nawal semakin membesar dengan baik dan tentulah dengan syukurnya sehingga ke hari ini dia masih BF dengan ummi. Sedihnya sebab lepas ni tentu teringat saat2 Nawal masa baby dulu, masih merah kulitnya. Kuat menyusu malam.... haaaaa... sekarang ni pun bila dia tidak sekerap menyusu seperti dulu ummi rasa lain betul diri ni. Kurang je rasanya.... Hmmm, ummi kena terima hakikat Nawal Ashiqin yang lahirnya dulu seberat 3.24kg itu sudah makin besar untuk menjadi anak dara sulungku...

Ok, ini adalah sebahagian daripada words yang Nawal dah pandai cakapkan:

1. Jap (sekejap-perkataan favourite bila abah atau ummi panggil)
2. Asha (Shasha-nama salah seorang baby yg pernah dijaga dek babysitternya)
3. Adam (juga nama budak yg dijaga dek babysitter Nawal)
4. Akut (Takut)
5. Ayang (Sembahyang)
6. Atok (pantang nampak orang lelaki yg dah tua)
7. Opah (pantang gak nmpak orang pompuan yg dh tua)
8. Nenek (sama seperti entry no. 6 dan 7)
9. Yipa (Ma Effa-nama anak babysitter. Budak ni suka menyakat Nawal, geram katanya)
10. Oki (To'ki-suami babysitter)
11. Andi (mandi)
12. Car
13. Opi (topi)
14. Syibuk (sibuk-words ni akan keluar kalau dia tgh marah)
15. Uku (buku)
16. Pin (bukan pin baju tau tapi Upin & Ipin. Tiap2 hari mesti nak tengok CD Upin & Ipin, versi cetak rompak ye....)
17. Ani (Barney)
18. Ello (hello)
19. Air
20. Nak
21. Syup (sup)

Dan hanya setakat itu yg ummi ingat buat masa ini...

Layout baru

Entry kali ini ialah pasal layout baru. Hehehe... saja tukar sebab cm boring plak nengok Mr. Bee. Carik punya carik, ummi tukar gambar cupcake. Memula ambik ros merah konon sbb bulan ni dan bulan depan adalah bulan istimewa... Hari Ibu, Hari Guru, Hari Bapa dan juga Ulang Tahun Kelahiran Nawal yang kedua... Tapi layout bunga ros tu tak nampak bunga sangat, kaler merah je lebih, so ummi tukar cupcake plak...

Agak2 dah bosan nanti ummi tukar lagik,hehehe... Bye...