Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 18, 2009

Ngigau

Dua hari bercuti terasa begitu pantas masa berlalu. Sabtu ktorang balik kampung kat Kerayong (kampung Mr. Hubby) bersama mak, abah dan Ain. Ahad plak tengahari tu makan kat Segambut, lama dah teringin makan kat situ. Mana taknya dah 2 tahun tau tak merasa sup dan ikan bakar yang menambahkan selera makanku. Terima kasih banyak2 kepada Mr. Hubby yang sanggup pusing 2 kali untuk makan di Segambut. Ni semer gara2 tak ingat jalan masuk ke kedai tu...

Kali ni ummi nak citer perihal anak dara kami yang marahkan Mr. Abahnya dari pagi hingga malam Ahad (semalam ler...). Seperti yang diketahui, Mr. Hubbyku itu memang suka menyakat si Nawal. Dah tau anak tak suka dicium, digeletek, dipeluk itu la yang diusiknya. Sekarang ni plak, Nawal klu marah akan sebut 'syebuk'... lagi la abahnya suka...

Puas la si Nawal berlari keliling rumah, menangis, menampar ala2 manja gitu kat abahnya. Sampai penat Nawal seharian. Malamnya bila tiba waktu tidur, Nawal pun terlelap cam biasa. Ummi tak plak letakkan dalam buai (salah satu usaha untuk membiasakan dia tidur sendirian sejak nak masuk 2 tahun ni). Ingat lepas solat baru nak angkat. Alih2 lepas solat tu dengar dia merengek, pegi la jenguk. Laaa, tutup rapat matanya. Tapi tiba2 dalam mata terpejam tu 2, 3 kali nawal sebut 'syebuk'... Aiikkk... ngigau pe? Bila tanya kat Mr. Hubby, baru la ummi tau. Sejak ummi solat dari tadi dia camtu... sampai ngigau marahkan abahnya....

Tu la abah, sakat lagi anak tu. Sampai ngigau dia...kesian ummi tengok. Sesekali bila teringat kelakar pun ada... Hmmmm... Nawal, Nawal...

1 comment:

PearlnScarf said...

salam ummi nawal..apa khabar?? diharap sihat hendaknya.. AMIN.....