Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 29, 2015

Kakak Ashiqin


Sungguh, anak Ummi yang sorang ni sangat pemalu, tak banyak cakap dan payahnya nak ambil gambar dia. 

Sejak kecil dia memang tak banyak cakap, tak mau dapat orang pulak tu dan dia tak suka suasana yang sesak. Pernah masa kenduri Pak Yeop dulu kakak meragam sampai ke petang. Bila tetamu dah beransur balik, kemain dia main bawah khemah tu gelak sakan. Pening Ummi masa tu melayan karenah kakak.

Sekarang kakak dah nampak matang sikit dan rajin tolong Ummi. Angkat pinggan mangkuk ke sinki, kemas rumah bila adik-adik buat sepah juga jagakan Husna bilamana Ummi solat atau buat kerja rumah yang lain. 

Gambar yang kat atas tu masa hari pertama persekolahan dalam tahun 2015, 12 Januari. Tu masa nak pegi sekolah agama. Bila Ummi tatap balik gambar ni rasa sebak pulak. Diam tak diam kakak dah 8 tahun. Kasih Ummi ni tak banyak karenah sebenarnya tapi emosi tu agak cepat jugak 'touching'nya. 

Kakak... Ummi, abah dan adik-adik sangat sayangkan kamu. Jagalah diri baik-baik, jadi insan yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, agama dan negara. Kami tak kisah tentang cita-cita kakak walaupun abah dan Ummi pernah berangan alangkah bagusnya kalau ada di antara 4 Nawal kami menjadi Pakar Sakit Puan. Terpulang kepada kecenderungan kamu asalkan ianya tidak menyalahi jalan yang benar. Sayang kakak banyak-banyak! 

Wednesday, January 21, 2015

Vita-Lea Shaklee untuk kanak-kanak


Assalamu'laikum...


Hai semua, apa khabar? Moga sihat dan dalam rahmat Allah selalu ye. Ummi sihat cuma kesibukan pada penghujung tahun 2014 dan masih berbaki sedikit hingga Januari ini agak membataskan masa untuk menulis.

Ok, dipendekkan cerita, petang ni nak cerita sikit pasal suplemen untuk kanak-kanak daripada Shaklee. Ya, Vita-Lea For Children dah kembali dengan penambaikan yang lebih baik daripada sebelumnya. Haaa... gambar kat atas tu la rupanya Vita-Lea yang berperisa anggur ni. Kurang manis tau daripada yang ada di pasaran. Ummi dah rasa dulu sebelum bagi pada 4 Nawal Ummi tu. 


Suplemen ini sesuai diambil oleh kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 12 tahun dengan pengambilan sebanyak 2 tablet sahaja. Jadi, janganlah keberatan untuk mencubanya, InsyaAllah kita cuba ikhtiar supaya anak-anak kita mendapat nutrisi yang lengkap. Maklumlah, pengambilan makanan seharian kita tidaklah berapa lengkap, mungkin ada lompang di mana-mana. Tapi sebelum tu, Ummi suka mengingatkan agar pengambilan air putih jangan diabaikan ye. Makan suplemen bukan beerti air putih boleh dikurangkan, kita seimbangkan.

Satu botol Vita-Lea ni mengandungi 60 biji tablet, harga pun berbaloi. Maklumlah, ianya mengandungi 18 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh si kecil. Bila mereka sihat dan gembira, kita pun senang hati kan. Jadi, jangan segan atau malu kalau nak buat pesanan pada Ummi. Anda boleh telefon, sms atau WhatsApp di talian 0192196843.

Ok, jumpa lagi ye....