Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 31, 2012

Putrajaya - 2/5/2011













Gambar ni dah lama saya simpan, baru sekarang nak update. Masa tu kami jalan2 ke Putrajaya dan singgah di Masjid Besi, sambil2 ambik angin dekat tasik....

Monday, January 30, 2012

29 minggu dah...

Kandungan saya telah mencecah 29 minggu, Alhamdulillah. Doa saya semoga anak ketiga ini dilahirkan sihat dan sempurna secara keseluruhannya, dilindungi dan dirahmati Allah hingga hujung nyawanya nanti. Bagi saya pula, semoga saya terus tabah, kuat dan sabar dalam menempuh kehidupan yang pastinya lebih mencabar!

Bertambah bilangan ahli keluarga bermakna makin besarlah tanggungjawab saya dan suami. Ya Allah semoga kami mejadi ibu dan bapa yang baik buat anak2, diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang agar kami dapat menjalankan amanahMu dengan sebaik2nya. Kami bukanlah sesempurna manapun tetapi kami berharap agar kami dapat melakukan yang terbaik. Yang paling penting setiap urusan yang kami jalankan itu diberkati olehMu.

Berbalik kepada cerita kandungan ketiga ini, saya dapat merasakan bahawa daripada pengalaman mengandungkan Inshirah yang lalu saya rasa lebih tenang kali ini. Dengan peningkatan usia dan pengalaman yang ditempuh, rasanya saya mampu mengendalikan emosi dengan lebih baik. Walaupun adakalanya saya terlepas kawalan tetapi tidaklah seperti mengandungkan Inshirah dulu. Ya, kasihan dia... saya berada dalam emosi yang teruk ketika itu. Kesannya dapat saya lihat setelah saya semak semula pengalaman 9 bulan membawanya ke hulu ke hilir. Dia lahir dengan berat yang lebih ringan daripada kakak dan sering menangis ketika bayi. Ya Allah, semoga Inshirah menjadi anak yang baik walaupun tingkahnya kadang2 sangat menguji kesabaran saya. Oh, saya ingin menangis tatkala mengingati semua itu... malah seringkali saya menyalahkan diri sendiri. Sehiggalah Inshirah ditimpa insiden mengerikan ketika berusia hampir 3 bulan dulu membuatkan saya benar2 tertekan kerana bagi saya, SAYALAH PENYEBABNYA! Inshirah.... ada makna disebalik namamu sayang...

Mengikut ujian imbasan yang dilakukan beberapa bulan yang lain, jantina bayi ketiga ini pun perempuan juga. Bagi saya, tak kisahlah lelaki atau perempuan asalkan kami sama2 sihat. Masa kandungan pertama saya tak kisah pun jantina bayi yang dikandung, tetapi kandungan kedua saya sangat teruja untuk mendapat anak lelaki. Sehinggalah tiba masa saya sakit nak bersalin pun saya masih berdoa semoga ada keajaiban daripada Allah, manalah tahu bayi kami nanti adalah bayi lelaki sungguhpun ujian imbasan mengatakan anak kami perempuan. Bila lahirnya Inshirah, saya tetap redha dengan pemberianNya. Saya akan usaha lagi. Bila masuk bayi yang ketiga ini saya memang dah tak kisah jantina apa pun, kerana saya tersedar bahawa pemberian Allah itu sesuatu yang sangat berharga dan Allah lebih tahu kenapa kami layak mempunyai anak perempuan lagi. Ya, saya terima seadanya kerana merekalah buah hati pengarang jantung saya.

Masih banyak kurangnya ilmu keibubapaan kami ni, pengalaman pun secebis cuma. Setiap hari saya belajar ilmu baru, melalui pembacaan mahupun penelitian dan pengalaman yang dilalui. Bukan mudah ya kawan2 untuk menjadi ibu dan bapa kerana tanggungjawab yang sangat besar perlu kita pikul. Kuatkanlah semangat dan tabahkanlah hati kami ini Ya Allah.....

Thursday, January 26, 2012

Maaf yang sesungguhnya!

Tak sabar nak balik dan jumpa budak kecik ni, semalam saya telah melakukan kesalahan kepadanya.... Maafkan ummi sayang, maaf yang sesungguhnya!

Thursday, January 19, 2012

Janggut sotong dan Azad

"Abah, ni apa? tanya kakak ketika kami sedang makan malam Selasa lalu, 17 Januari 2011.
"Ni janggut sotong...." kata abah sambil mengangkat 'janggut sotong' tu.
"Oooo, jaggut sotong. Abang Azad pun ada janggut macam ni, abah takde janggut," terang dan jelas sekali kakak menyahut jawapan abahnya.
Spontan kami berdua ketawa. Tak sangka pulak kakak boleh cakap macam tu. ya, dia masih mengingati Abang Azad, anak Nenek Ina nya.
"Azad, Azad.... " Inshirah pulak memanggil nama Azad sambil dia sendiri ketawa. Saya tak pasti Inshirah faham atau tidak kenapa kami ketawa....

Ni ummi selitkan mesej yang dikirim dek Abang Azad tak lama dulu...

"Ini mesej dari Abg Azad : Rindu Syirah....:( Hari-hari terngiang-ngiang suara Syirah..."
26/12/2011, 09.16:07am

Hari Terakhir Kakak dan Adik Bersama Babysitter

Sekarang saya sedang mengumpul kembali kisah2 tahun lepas yg tidak saya update di sini. Untuk menulis dalam masa yang singkat pastilah mustahil kerana saya dihambat dek tugas di rumah dan pejabat. Kiranya peristiwa yang paling saya ingat ialah pada hari terakhir anak2 saya diasuh oleh babysitter saya, Cik Ina.

Cik Ina dan keluarga sangat baik pada saya dan keluarga, terutamanya apabila mengasuh Inshirah. Ya, anak kedua saya tu masa baby sentiasa menangis. Kami suami isteri tak tahu apa puncanya, dia tidak sakit dan memang tidak ada apa2 pun yang pelik berlaku kepada kepadanya. Kesanggupan dan kesabaran Cik Ina dalam mengasuhnya sangatlah saya hargai. Sehinggakan apabila tiba waktu petang untuk mengambil kakak dan adik, saya sangat takut kalau2 Cik Ina surrender untuk mengasuh kedua puteri kami tu.

Petang 23 Disember 2011 amatlah pilu buat saya dan suami kerana mulai awal tahun depan kakak dan adik akan mula bersekolah di Tadika yang berhampiran dengan rumah kami. Kakak dah masuk 5 tahun, dia memang perlu ke sekolah. Petang tu kami duduk lama sikit di rumah Cik Ina. Masa nak balik tu saya sangatlah sebak, tapi berjaya menahan airmata daripada turun. Ye la kan, jasa mereka sekeluarga selama hampir 5 tahun mana mungkin kami dapat membalasnya. Cuma kakak dan adik yang mungkin masih tidak mengerti apa2 pulang seperti biasa sedangkan jiwa nenek Ina mereka dan saya sendiri bergelodak menahan kesedihan.

Dalam kereta tu saya memang tak dapat menahan air mata lagi, saya biarkan ianya jatuh sebanyak mana yang boleh supaya hati saya lega. Saya nampak daripada dalam kereta Cik Ina mengesat airmata, luluh hati saya. Mereka sekeluarga telah saya anggap seperti saudara sendiri, tambahan pula kakak sangat manja dengan neneknya itu. Sewaktu bersalam dan memeluknya erat, mulut saya tak mampu berkata apa2.

Tiba2 dalam saat saya kesedihan dan berusaha mengesat airmata yang laju...

"Abah, kenapa ummi sedih?" tanya kakak.

Ya Allah, bila je dengar kakak cakap macam tu lagi laju airmata saya keluar, langsung tak boleh nak tahan.

"Ye la, memang la sedih, hari ni hari last kakak dengan adik duduk kat umah nenek. Tahun depan kakak dengan adik dah nak pergi sekolah," abah menjawab pertanyaan kakak.

Ye sayang, hampir 5 tahun kakak dan adik mendapat kasih sayang daripada nenek. Makan makanan yang dimasak dek nenek, mandi, bergurau senda malah adakalanya berjalan2 bersama nenek dan Tokki.

Saya sebak tatkala menulis entri ini, dah hampir sebulan kami tidak berjumpa dengan keluarga Cik Ina. Saya doakan mereka sekeluarga sihat dan dalam rahmat Allah yang berpanjangan. Oh ya, saya pasti tak lupa pada nasi dagang dan sotong sumbat pulut yang sedap tu (nenek kakak dan adik ni pandai dan selalu masak....)

Buat Nenek Ina, Tokki Ibrahim, Abg. Anas, Abg. Azad, Abg. Azam, Ma Effa, Abg. Hanis, Ma Effi dan Abg. Ijoy.... nama kalian sentiasa disebut dek kakak dan adik. Terima kasih banyak2 atas jasa yang tak mungkin dapat kami balas.......... InsyaAllah kita jumpa masa kenduri Hanis nanti yer....

Wednesday, January 18, 2012

Saya menjadi pemerhati saja..

Sekian lama saya tidak berblogging, rindu untuk menulis tetapi sejak akhir2 ni saya lebih kepada pemerhati sahaja. Dan kesibukan menguruskan rumahtangga serta kerjaya membuatkan saya harus mengutamakan perkara yang penting....

Banyak yang saya perhatikan semenjak senyap seketika, daripada hal2 negara dan juga dunia. Baik tentang hiburan, politik, agama atau apa sahaja yang saya sempat jengah. Tapi saya agak letih dengan hal2 yang berkait dengan negara sendiri, terutamanya politik. Macam2 warna yang terlukis dalam kanvas politik Malaysia sejak akhir2 ini. Melalui itu kita boleh menilai tahap kebijaksanaan seseorang dalam merumus perkara2 berkaitan. Malah ada yang sampai ke tahap melampau, menghina sesuka hati orang lain walhal diri sendiri pun sangat kurang ilmunya. Bercakap seolah2 ilmu sangat penuh di dada.

Ya sahabat2 sekalian, kita perlu mengakui bahawa ilmu yang kita ada bukanlah banyak mana tetapi tidak bermakna kita langsung tidak boleh mengkritik orang lain tetapi kritikan kita perlulah berilmu dan menjaga maruah orang itu. Kita perlu saling mengingati tapi jangan sampai ke tahap yang melampau. Satu jari menuding orang, 4 jari lagi menuding kepada diri sendiri. Selalulah memohon pada Allah agar kita terus diberikan hidayah dan petunjukNya. Semoga Allah melindungi kita daripada tergolong dalam golongan orang2 yang rugi...

Oh ya, saya hanya boleh menulis setakat ini, nanti saya sambung lagi. Kerja sedang menanti.... Sekian...