Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 10, 2008

Hepi famili...








Hari Sukan opis, Nawal baru 2 bulan dan ummi baru masuk keje 5 hari... 17 Ogos 2007















Kenduri kawen Fakri@Jebon kt Perak, 30 Disember 2007














Kenduri tunang Jeli kt Keramat, 9 Februari 2008





Kena sedut lagi...


Sian anak abah n ummi tu, akibat batuk berkahak sampai dekat 2 minggu tak hilang2 akhirnya kena sedut sekali lagi. Masa umur 7 bulan pn dah penah sekali kena sedut. Tapi dulu tu Nawal nangis meraung2 satu emergency ward leh dengar. Kali ni anak ummi dah 10 bulan, jadi dah pandai sket. Baik betul kata nurse kt PUSRAWI Jln. Ipoh tu kat puteri comel ummi ni. Tak nangis pun. harap2 lepas ni Nawal akan lebih cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan... Aaminn...

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIBF '08)

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2oo8 (KLIBF '08)
Dlm minggu ni aku jd giler jap. Bukan giler meroyan atau giler mental tapi aku giler buku. Hahaha... boleh dikatakan sepanjang 'pesta' ni berlangsung dah 3-4 kali aku round. Kalau boleh cam nak beli semer buku yang ader kat sni, syok betoi sampai aku tak sedar yang aku dah belanjakan duit beli buku ni melebihi daripada duit shopping! Macam2 buku aku beli, buku motivasi, buku sekolah, buku colouring, buku cerita, buku agama, buku masakan dan majalah2.
Time balik umah sarat dengan plastik2 buku dan free gift. Yehaaa.... boleh la dikatakan aku ni lebih boros belanja beli buku daripada shopping. Tu memang tabiat aku semenjak dulu lagi. Tak boleh nak kata apa dah... Buku, buku, dan buku............... Hubby aku pun takleh nak kata ape, cuma bila nak balik tu dia la yang tukang angkat semer buku2 ni naik atas umah. Thanx hubby. Nanti kat umah baru kita wat library ek. Hehehe...

Monday, April 7, 2008

Pesanan Kasih Ibu

Bayi anda boleh merasai perasaan negatif, maka anda perlu tenang ketika menjaga bayi anda.
Anda perlu tenang. Bayi mempunyai naluri semula jadi dan boleh 'merasa' sekiranya anda sedang tertekan. Sekiranya anda tenang, si manja juga akan tenang. Ibu perlu mendakapnya dengan erat untuk meyakinkannya dan memberitahu si manja yang anda sayang kepadanya.
Berikan keselesaan melalui degupan jantung lembut anda.
Letakkan bayi di perut dan dada anda. Mereka boleh berasa degupan jantung anda dan akan tertidur semula sekiranya anda menepuknya.
Bersabar. Ajar si manja untuk berdikari.
Dia selalu mengotorkan lantai, namun saya cuba untuk tidak memarahinya kerana saya mahu memberinya peluang untuk melakukan sesuatu dengan sendiri.
Jangan risau, bertenang dan nikmatilah saat indah bersama mereka.
Luangkan masa, berikan kasih sayang, bina ikatan kasih dan kenali mereka agar si kecil dapat mengenali anda. Senyuman, perkataan dan langkah pertama mereka adalah saat yang amat dihargai dan tidak akan dilupakan. Jangan risau mengenai makanan, wang atau terlalu mengawal mereka. Hargai dan nikmatilah saat indah bersama mereka.

Alahai Sufiah...

Beberapa minggu yang lalu, Malaysia digemparkan dengan berita pelajar pintar yang memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Siapa lagi kalau bukan Sufiah Farooq yang kini hidupnya jauh daripada landasan agama Islam. Sufiah, Sufiah...
Gadis kacukan Pakistan-Melayu ini menghadapi trauma dahsyat semenjak kecil lagi tetapi ditutupi dek keglamoran geniusnya. Sufiah dan adik-beradiknya menjadi bahan ujikaji formula bapanya. Pelajar pintar yang ditaja pengajiannya oleh kerajaan Malaysia ini terpaksa mengharungi hidup yang sangat mengharukan, mengelirukan.... Bekahwin dengan Jonathan Marshall ketika remaja tidak menjanjikan kebahagiaan buatnya. Perkahwinan yang bertahan selama setahun itu berakhir kerana tidak sefahaman lantaran Sufiah makin hilang fokus dalam pengajiannya. Bekas suaminya yang kini menetap di Arab saudi menggambarkan Sufiah seorang yang tidak tahu ke mana arah tuju hidupnya telah benar-benar hilang pedoman sehingga terjerumus ke dalam kancah pelacuran.
Sungguhpun masyarakat memandang serong kepada dunia pekerjaannya sebagai teman sosial, Sufiah tetap mempertahankan keseronokan dan kepuasan yang diterimanya kini. Hasil pendapatan sebanyak RM420,000.00 telah menenggelamkan janda muda ini dalam dunianya sendiri. Ke manakah hilangnya iman kepada Islam yang dianutinya sejak kecil lagi? Mungkin tekanan telah menyebabkan Sufiah hilang pertimbangan. Sayangnya Sufiah, kamu dikurniakan otak yang pintar tetapi tidak menggunakan akal dalam mengawasi diri.
Halimahton Yusof, ibu Sufiah kini dalam proses menuntut cerai daripada bapanya yang kini dipenjarakan atasa dakwaan mencabul kehormatan dua anak muridnya yang berumur 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa. Kakaknya Aisha, 25 tahun telah pun berkahwin manakala abangnya Abraham, 26 serta dua adiknya Iskander, 21 dan Zuleika, 14 masih berada dalam jagaan ibunya. Antara keluarga dan Sufiah, mereka telah lama terputus hubungan.
Kini Malaysia telah melancarkan 'Selamatkan Sufiah' dalam usaha mengembalikannya kepada keluarga dan tentulah membantunya mengenali diri sendiri dengan pegangan Islam. Sufiah, kembalilah....
* Betapa aku sangat terharu dengan kisah hidup Sufiah, sarat dengan pengajaran. Ye la sebagai ibu bapa janganlah kita terlalu mengadun anak mengikut acuan kita. Berikan sedikit ruang agar tekanan tidak menghinggap anak-anak. Takut akhirnya nanti beginilah jadinya... Ya Allah berikanlah panduan kepadaku dan suami dalam mendidik dan mnegasuh anak-anak kami. Aamin.

Friday, April 4, 2008

Cucur Peniaram/Penderam


Bahan2:
  • 1/2 kilo gula merah
  • 300 gram gula putih
  • 1 kilo tepung beras (diayak)
  • secawan air putih
  • 3-4 helai daun pandan

Cara2:

  • Masak air, gula merah, gula putih dan daun pandan sehingga mendidih
  • Apabila mendidih, angkat dan tuang di atas tepung beras ketika masih panas agar tepung masak. Gaul hingga sebati dan uli menjadi doh lembut.
  • Biarkan dan perap sekurang2nya sehari. (Pastikan air gula yang dimasak tadi masih mendidih ketika dituangkan ke dalam tepung).
  • Gelek doh menjadi nipis dengan anggaran 1/2 ketebalannya. Tekap dengan acuan khas untuk kuih penderam.

Faedah Menyampaikan ilmu

Utusan Malaysia, Khamis, 3 April 2008
Daripda Zaid bin Thabit r. a., Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Terjemahan:
'Menyerikan' : mengelokkan akhlak dan meninggikan darjat. Hadis ini menunjukkan wajibnya menuntut ilmu (tafaqquh), bersungguh-sungguh mengkaji makna hadis dan merumuskan perkara yang tersingkap di sebalik suatu hadis. (Aun al-Ma'bud)

Wednesday, April 2, 2008

Semalam ummi masak bubur awal, bukan bangun subuh hari seperti selalu. Sambil kemas skit2 umah (berselerak sebab hujan lebat dan angin yang kencang melanda KL semalam) ummi masakkan bubur dan carrot bersama pear kukus. Inilah resepi baru buat buah hatiku :
Bubur Kurma dan Kismis
Bahan2:
1. Beras
2. Kurma (buang kulit)
3. Kismis
Cara2:
Basuh beras dahulu dan masakkan ke atas api. Bila sudah kembang masukkan kurma dan kismis. Kacau selalu bagi mengelakkan bubur melekat di bahagian bawah. Bila siap boleh trus disajikan atau dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk stok keesokannya.
Carrot kukus (finger food)
Bahan2:
1. Carrot/atau buah lain (potong panjang seperti ubi kentang goreng, ala2 McD nyer...)
Cara2:
1. Panaskan air di dalam kukus
2. Masukkan carrot dan kukus sehingga lembut.
3. Bila sudah masak boleh terus diberikan pada bayi. Hmmmm, yummy. yummy...

Tuesday, April 1, 2008

Masak sendiri

Masak sendiri? Hmmmm... sebelum ada baby, ummi cuma masak makanan untuk berdua je, abah dan ummi. Tapi semenjak dapat anak ni kena la rajin lebih sket. Ummi nak memastikan setiap ahli dalam keluarga kita mendapat khasiat dan yang lebih memotivasikan ummi ialah air tangan itu adalah satu azimat. Ya, azimat yang tak boleh dibeli dengan harga.
Memang sebenarnya memasak sendiri ni satu cabaran besar buat ummi. Sebagai isteri, pekerja dan ibu dalam satu masa bukanlah sesuatu yang meremehkan. Tapi ummi sangat beruntung kerana mempunyai abah yang sangat ringan tulang dan memahami. Kalau ummi tak sempat masak abah akan ambilalih tugas ataupun dua2 sekali turun dapur. Abah masak hebat, mengalahkan chef. Hahaha, satu blok leh dengar klengkungklengkung.... Ummi paling suka kalau abah masak daging/ayam goreng kunyit. Bertambah-tambah ummi makan. Tapi hairan, berat badan ummi semakin menurun gak. Daripada 53kg turun kepada 48kg. Risau gak, kut production susu merudum lak...
Hakikat letih dan mengantuk tiapkali ummi bangun awal pagi memang tak dinafikan sangat mencabar fizikal dan mental ummi. Baru la ummi stau sekarang, bagaimana susahnya seorang ibu berkorban untuk anak2 tapi mengenangkan masa depan anak2 tetap digagahkan juga. Bukan ummi taknak wat cam orang lain tu, masak banyak2 dan wat stok untuk seminggu. Atau lebih mudah bagi instant food. Ummi tak sampai hati sayang. Tiap hari ummi makan fresh food sedangkan anak ummi makan makanan instant. Itu yang buat ummi gagah juga bangun pagi2 masakkan makanan Nawal. Ummi nak anak ummi makan makanan yang fresh dan berkhasiat setiap hari. Harapan ummi agar anak ummi membesar dengan baik dan sihat. Bila badan sihat, minda pun sihat InsyaAllah.
Menyelesaikan tanggungjawab memasak ini membuatkan ummi puashati. Kesihatan anak ummi pun lebih terjamin kan. Tipulah kalau Nawal tak pernah menyentuh instant food, adalah jugak ummi bagi. Itu bila ummi tak sempat masak atau sesekali perlu diajar juga untuk memudahkan bila kita travel mana2. Sekarang ni ummi jadi rajin untuk mencari menu2 baru buat Nawal dan tentunya menu buat abah dan ummi sendiri...
Ok la... setakat ini dulu catatan ummi. Nak cari resepi baru ni..