Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 28, 2012

Nak nangis tengok MukaBuku

Saya baru jer menjengah laman MukaBuku... Rasa mahu menangis!

Saya malu, saya hairan, saya terkedu... segala perasaan ada.... ramai sungguh sahabat2 saya bercakaran sesama sendiri di laman itu. Yang disana menuding jari disini, yang disini melemparkan tuduhan kepada yang disana pula.

Allahhuakbar. Sahabat2ku.... mengapa kita kian bercelaru, kian bercakaran? Susah sangat ke untuk kita saling menghormati dan bertolak ansur. Hakikatnya bukan semua orang setuju dengan keputusan dan tindakan kita kerana mereka mempunyai alasan sendiri, maka janganlah kita dilemparkan kata2 nista. Dan, kita juga tidak perlu menyalahkan orang lain kerana mereka juga ada sebab yang tidak kita ketahui.

Tidak terlintaskah di fikiran sahabat2 sekalian, kerugian yang amat besar sedang menanti kita. Berfikir dan bertindaklah dengan matang bukan emosi semata-mata. Orang yang ingin meruntuhkan keharmonian kita sedang bertepuk tangan kerana usaha mereka kian menampakkan hasilnya.

Aduhai sahabat2ku... kalaulah kalian menggunakan laman itu untuk bercakaran, baik ditutup sahaja akaunnya kerana tindakan kita sedikit sebanyak mengundang fitnah yang sangat teruk akibatnya. Berfikirlah banyak kali sebelum jari2 sahabat sekalian menaip baris perkataan yang belum tentu mendatangkan manfaatnya!

Tuesday, June 26, 2012

Edit rumah

Aduhai... saya baru je edit umah saya ni, berterabur pulak jadinya. Tu pun buat label je. Entry yang lama masuk pulak kat entry hari ni. Camne ye nak betulkan semula? Saya ni dah le tak berapa pandai IT.

Tolong....
Sudah lama saya memerhati, sejak saya mengerti tentang alam sekeliling... Dulu saya tak faham mengapa orang dewasa suka sangat berbalah sesama sendiri. Walhalnya perkara kecil je.

Dalam kemajuan arus hidup di bandar besar ni, manusia berpusu-pusu mahu mencipta kejayaan. sanggup menjatuhkan orang keliling walaupun orang itu adalah orang paling baik dengannya.
Ok, saya nak sambung cerita pasal trauma yang saya katakan pada entry lepas.

Seingat saya sepanjang hidup saya hingga berusia 31 tahun ni, sudah 6 kali saya accident. Itulah punca kenapa saya TRAUMA sehingga ke hari ini! Dulu, nak duduk kat seat depan pun saya sangat takut. Menggigil badan saya. Jantung tak usah cakap la lajunya, agaknya lebih laju daripada lrt. he3... Boleh ke bagi perumpamaan camtu?

2 kali dengan kereta, 2 kali dengan bas, sekali dengan motosikal dan sekali dengan lori.

Mula-mula accident saya jatuh daripada atas bas. Waktu tu, saya berada dalam sekolah rendah tapi tak ingatlah darjah berapa. Masih terakam kemas dalam ingatan ni, perkara pertama yang saya fikirkan apabila saya jatuh tu ialah camne saya nak pergi sekolah. Saya memang jenis tak suka ponteng sekolah, ye lah mak cakap saya memang excited nak pergi sekolah sejak kecik lagi. Rajin baca buku, malahan apa sahaja yang terhidang di depan mata saya, mesti saya baca walaupun ianya hanyalah suratkhabar yang membalut ikan masin. (dulu, kedai kat kampung saya pakai suratkhabar lama yang dipotong dua untuk balut ikan masin)

Saya ni adalah murid paling last sekali yang diambik dek Abang Nye dalam trip kat kampung saya tu. Rumah paling hujung la katakan. Masa Abang Nye buat U turn, saya terlepas pegang daripada besi kat pintu tu. Mujur tak pengsan, dan Alhamdulillah Abang Salleh nampak masa saya jatuh tu. Dia la yang bagitau Abang Nye saya jatuh. Abang Salleh ni senior saya. Saya berkeras dengan Abang Nye nak terus pergi sekolah jugak walaupun dia nak hantar saya balik rumah. Lagipun saya tak cedera.

Diari Ramadhan saya

Saya nak berkongsi rutin di bulan puasa bagi tahun ni pulak. Tahun lepas adik masih kecik, baru 8 atau 9 bulan. Tahun ni dia sudah besar, makanya rumah saya macam 10 orang duduk, he3... Sila bayangkan tatkala rumah bersepah, barang dapur kat ruang tamu, barang kat ruang tamu kat bilik air!) Tidak dinafikan sesekali saya jadi macam raksasa kat rumah..... :) mesti buruk betul wajah dan fizikal saya masa tu...

Seawal 4.20 pagi saya akan bangun untuk menyediakan juadah bersahur. Saya tak boleh miss sahur macam orang lain. Nanti saya tak keruan satu hari, tambahan saya ni menyusukan anak. Bukanlah saya memasak yang hebat2 pun, yang ringkas2 jer. Sambil2 tu saya masak sekali makanan untuk dua budak kecik yang sangat saya sayang. Dalam pukul 5.15 saya akan bersahur dengan En. Suami. Lepas tu terus kemas2 rumah, solat dan bersiap untuk ke pejabat.

Maka, saya ni pagi2 lagi dah bersukan kat dalam rumah. Peluh tak payah citer la, macam berkebun je rasanya. Oh ya, kebun di belakang rumah tu sudah sangat jarang saya jenguk. Kesian tanaman2 tu... dah lama saya dan suami tak membelainya. Kalau difikirkan, dalam sibuk2 kemas rumah tu saya tak berkesempatan langsung untuk melipat kain. Ada 3, 4 bakul jugak tu. Ni semua gara2 si adik yang melipat semula kain2 tu, saya merajuk ok! Serius, tapi tu la... saya tak patut merajuk dengan anak sendiri kan. Hmmm...

Dalam bulan Ramadhan ni, saya masuk pejabat 8.30 pagi, balik pukul 4.00 petang. Anda terkejut? TQ bos sebab benarkan kami balik awal tahun ni... :) Kira2 7 pagi kami pun meredah jalan ke KL. Dalam kereta biasanya saya akan mengantuk walaupun anak2 sangat riuh macam murai, he3..

Petangnya kalau saya tak masak, kami akan singgah di bazar Ramadhan. Susahnya bila sampai kat sini, suami tanya saya, saya tanya suami nak beli apa. Punya banyak makanan yang dijual, boleh kitaorang tak tau nak beli apa. Aduhai... Beli jugak la lauk tapi balik rumah saya masak jugak buat lauk tambahan. Hu3... masak simple jer. Tapi tahun2 lepas ada jugak saya tak masak. Suami dah biasa dihidangkan 2, 3 lauk tapi saya tidak. Mungkin dah terbiasa sejak kecik, makan mana yang ada. Itu la lauk tengahari, itu la lauk malam. Sampai sekarang pun saya masih kekok untuk makan pelbagai lauk dalam masa yang sama. Kalau ada ikan masin, saya akan tinggalkan lauk lain.. Wah, kecur air liur saya..

Kami akan berbuka bersama anak2, memang riuh la kat meja makan. Kakak dah lebih bersopan bila menghadap makanan, adik je la yang buat kecoh. Adik suka sangat ceduk itu, ini. Nak merasa semuanya kut. Padahal gigi baru ada 7 batang, oh lambatnya gigi dia keluar. Adik dah setahun setengah tau. Aktiviti malam ni macam subuh2 hari gak la, cuma bertambah kecoh sebab budak 2 orang ni tak tidur lagi. Kesabaran harus di tahap yang maksimum ok, sebab saya sorang je yang mengadap diorang. Abahnya ke surau.

Kebiasaannya, pukul 12 tengahmalam baru la saya baring untuk berehat. Anak2 saya tidur lewat, macam2 aktiviti yang diorang buat. Itu pun dalam masa berehat tu saya bangun jugak tengah malam. Kakak nak buang air kecik la (walaupun sebelum tidur dah buat semua tu), adik merengek minta disusukan la... Adoi... penat sungguh! Bulan puasa saya lagi kurang berehat daripada hari2 biasa.

Benar seperti dikata, seseorang tu takkan tahu siapa sebenarnya seorang ibu melainkan dia menjadi seorang ibu. Memang patut Rasulullah meletakkan ibu itu dihadapan untuk diutamakan. Ya Allah... sukar nak diungkapkan dengan kata2 akan keletihannya, kesedihannya, kegembiraannya malah apa saja yang dilalui oleh seorang ibu. Ampunkan keluh kesahku Ya Allah dalam menjalankan tanggungjawab ini kerana ganjaran yang Engkau janjikan tak terjangkau hebatnya. Terima kasih buat En. Suami yang selalu mendengar walaupun kadang2 dia buat2 tak dengar.. :) Ohh... dah jauh lari daripada topik asal ni...

Begitulah diari saya (bukan Diari Rafiq ye, he3) dalam bulan Ramadhan, walaupun untuk tahun ini baru cukup 2 hari. Kebiasaannya gitu la yang saya lalui... Semoga saya mendapat pahala yang berlipat ganda pada tahun ni.
Dah lama saya tak update blog ni, banyak menda berpusing2 tak lepas2 kluar. Idea menulis tu ada tapi dek kerana kesibukan tugas harian maka blog ni terbiar agak lama....

Kali ni saya nak bercakap mengenai hal rumahtangga walaupun hakikatnya rumah zaman moden ni banyak lif berbanding tangga, he3... perlu saya tegaskan di sini, apabila kita bercakap mengenai isu gender sampai dunia kiamat pun ianya takkan habis. Pasti ada tudingan jari kepada pasangan. Apapun yang akan saya perkatakan, mana yang baik ambillah jadikan panduan manakala yang sebaliknya jadikan pengajaran.

Stress atau tekanan pasti pernah dirasai oleh semua orang terutamanya mereka yang telah berkahwin, tak kiralah suami mahupun isteri. Seringkali rumahtangga yang dilihat tidak berombak dianggap sangat bahagia manakala yang berantakan pastinya dilabel dengan pelbagai tuduhan atau tanggapan yang adakalanya tidak tepat langsung. Hati2 ye Tuan2 dan Puan2... air yang tidak berombak itu tidak semestinya jernih sentiasa. Mungkin jernih pada kita yang memandang tetapi pada yang memikulnya....

Jika kita melihat suami atau isteri sangat baik, tidak pernah komplen apa2 tentang rumahtangga yang dilayari janganlah dianggap dia ok sentiasa! Ya benar, itu satu kenyataan! Sungguhpun pasangan kita ok, tanyalah khabar dia sesekali. Mungkin dalam diam dia mengharap supaya pasangannya bertanya tentang dirinya ataupun bercerita tentang apa saja dengannya. Suasana sunyi dalam rumahtangga boleh mnegundang kehambaran. Lazimya kita melihat si suami kurang bercakap dengan si isteri kerana kebetulan isterinya seorang yang berdikari maka pada fikirannya si isteri ok, baik2 aje. Jangan Tuan2!

Apabila Tuan2 seorang sibuk dengan kerjaya, jadual dipenuhi dengan tugasan luar yang memakan masa berhari2, luangkanlah masa dengan sepotong ayat.. " sayang ok hari ni, penat tak? Anak2 nakal ke?"

Perbezaan antara kita

Saya makin tidak faham dengan keadaan keliling. Masing2 bercakaran. Menuduh yang bukan2, akibatnya fitnah kian berleluasa seperti ianya tidak mendatangkan rasa takut akan akibatnya.

Bukankah itu petanda dunia makin tua, tetapi manusia kian tidak matang sungguhpun dihambat arus kemodenan yang berteknologi tinggi. Makin lupakah manusia akan jalan kebenaran?

Saya bukanlah penganalis politik yang hebat, tetapi pandangan saya cuma datang daripada lubuk hati seorang manusia kerdil yang cukup bencikan pertengkaran. Malah penulisan saya juga tidak seperti mereka yang hebat menulis itu dan ini. 

Saya selalu berfikir, tak bolehkah kita duduk bersama di kedai kopi dengan mengenepikan ideologi yang didukung? Eratkan persahabatan dan silaturrahim melalui perbezaan ideologi itu lebih baik bukan? Masing2 mendapat manfaat kerana perbezaan pendapat itu membuatkan kita makin berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Andai tidak ada perbezaan langsung antara kita, sudah pastilah tiada warna warninya kehidupan ini. Tentu bosan, jadi di situlah kelebihan perbezaan kerana ia membuat kita kian positif dan kreatif. 

Tidak salah untuk bersaing, tetapi biarlah secara sihat. Bukan dengan menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan lawan. Biar siapa pun yang mentadbir negara nanti, eloknya kita sama2 sepakat memakmur, mempertahan dan membangunkan tanahair tercinta. Menjadi kewajipan kepada kita untuk terus memelihara keharmonian negara yang kita duduki ini. Wariskanlah keamanan buat anak cucu kita nanti.

Sanggupkah kita menggadai ketenangan negara ini hanya untuk merealisasikan apa yang dimimpikan. Kadang2 mimpi kita yang indah itu belum tentunya indah kerana kenyataan yang kita tempuhi ada pahitnya. Itu hakikat.

Ok, itu sahaja daripada minda saya yang fakir...

*kalaulah penulisan saya dianalisis dek guru Bahasa Melayu, tentulah teruk saya dihentam kerana kecelaruan pendahuluan, isi dan penutup karangan saya ni... he3

Sami & Siti.. kolaborasi yang hebat!


Saya telah mendengarnya berulangkali, namun saya tetap tidak jemu. Kolaborasi yang hebat bukan? Lagu ini juga sangat menusuk kalbu saya, sebelum Sami berduet dengan Siti pun setiap hari saya akan mendengarnya. Penuh makna lagu ni buat saya...

Oh ya, saya juga sangat kepingin untuk menjadi sebahagian daripada penonton semasa konsert Sami Yusuf pada 17 Julai nanti. Tapi... saya tahu ianya sangat mustahil. Kesian anak2 saya nanti...Bagi mereka yang belum membeli tiket, anda boleh melayari www.redtix.airasia.com

Jom layan lagu ni lagi...

Thursday, June 21, 2012

Cepat sembuh ya Haseena

Haseena batuk berkahak pula sekarang. Saya sangat berharap supaya dia tidak melalui apa yang telah dilalui oleh kakaknya. Cepat sembuh sayang, dah 6 hari sayang tak sihat....

Sesungguhnya ada banyak hikmah yang tersirat cuma kita yang tidak dapat melihatnya. Nikmat sihat yang ditarik seketika supaya kita sedar bukan selamanya kita segar bugar... Lindungilah kami Ya Allah daripada segala perkara yang tidak diingini...

Gambar Haseena







Pinjaman semata

Pagi tadi sempat ummi menjengah FB abahnya arwah adik Faris. Membaca bahagian kedua coretan tentang arwah Faris benar2 membuatkan saya terkedu. Cuba menahan airmata tapi...

Ya Allah, sesungguhnya anak2 itu pinjamanMu. Malah segala yang ada pada kita dan sekeliling ini jua pinjaman. Tiba masanya pinjaman itu harus dipulangkan, maka hati harus redha menerima ketentuan itu. Namun kuatkah ummi untuk menerimanya andai suatu hari nanti segala pinjaman daripadaNya harus dipulangkan. Sesungguhnya rasa cinta yang ada di dalam hati setiap manusia adalah pemberian Dia yang perlu disyukuri dan dijaga sebaiknya.

Tidak terbayang dek mata dan hati semua itu....

Tuesday, June 19, 2012

Haseena batuk dan selesema

Semalam 18/6/2012 ummi EL, Haseena tak sehat sejak petang Sabtu. Selesema dan batuk. Sepanjang malam menangis. Petang Ahad tu dah bawa ke klinik, Alhamdulillah paru2 ok walaupun batuk dan selesema dah mengganggu pernafasan Haseena.

Doktor nasihatkan supaya ummi kerap bagi susu, tak boleh on demand supaya tekak Haseena tak kering dan merah. Malam tu memang Haseena menangis tak berhenti, puas abah dan ummi pujuk. Sudahnya ummi sendiri tak sedar pukul berapa Haseena tidur. Pagi tu pun abah yang kejutkan ummi, langsung tak sedar walaupun dah set alarm. Aduyai, macam orang mabuk masa ummi bangun tu.

Sepanjang siang keadaan Haseena tak banyak berubah, cuma sebelah petang tu dah kurang selesemanya. Tapi dengar macam berkahak pulak. Suara pun tak kuat dah bila nangis, rasanya sebab letih. Lepas muntah, Haseena lama sikit tidur, jadi ummi pun lega. Kekerapan menyusukan Haseena membuahkan hasil walaupun tidak seratus peratus sembuh. Semoga cepat sembuh ye sayang.

Pagi tadi masa hantar Haseena ke nursery, dia masih batuk. Tapi Alhamdulillah dah berkurang daripada sebelumnya. Harap2 Haseena makin sembuh walaupun kata doktor kemungkinan untuk berjangkit semula tu ada. Anak abah dan ummi ni kan kuat, nanti bila dah sembuh kita pergi playground dengan kakak lagi ye...

Friday, June 15, 2012

Nawal Haseena 1

Assalamua'laikum... Lama kan kita tak bersua, 2 bulan gitu. Alhamdulillah, saya telah pun selamat melahirkan puteri ketiga pada 9 April 2012 yang lepas.

Lahirnya Nawal Haseena pada 9.25 pagi di Hospital Pusrawi Kota Damansara dengan berat 3.45kg pada ketika kandungan hendak memasuki usia 37minggu. Cerita kelahirannya akan saya masukkan dalam entry yang akan datang....

 Tak sempat nak salin baju pun, Haseena tak sabar nak jengah dunia...

 Nawal Inshirah, Nawal Haseena, Nawal Ashiqin

Tuesday, June 12, 2012

I'm back

Alhamdulillah.. saya sudah mula bertugas semalam. InsyaAllah blog ini akan diupdate, banyak nak citer ok... Tungguuuu.....:)