Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 27, 2011

........rindu.......

Rindu... sangat kerinduan..........
.
.
.
.
.
.
.
.
rindu nyerrrr........................ huwwwaaaaaaa....

Tuesday, January 25, 2011

Sungguh terkesan....

Pada pagi Isnin yang kelam kabut (semalam), ada sesuatu yang sangat terkesan pada ummi. Sambil melayan kakak dan adik, ummi terus memandu menuju KL dengan doa dan harapan selamat sampai ke destinasi yang di tuju.

Mendengarkan segmen motivasi IKIM.fm pagi itu benar2 membuatkan ummi menangis. Bayangkanlah dengan dua anak kecil dan skill pemanduan yang masih tidak sempurna, berjurai pulak air mata ni... Sebak, sedih, bangga dan bercampur baur perasaan dengan cerita yang disampaikan oleh motivator tersebut. Ummi tak perasan pulak sape motivator tu...

Kisahnya... ada seorang ahli bomba bercerita dengan beliau (motivator) tentang kemalangan yang sangat tragis sepanjang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang penyelamat. Dengan kereta yang remuk, pastinya pemandu kereta terbabit parah. Ya, pemandu yang parah itu adalah seorang ibu yang membawa anak kecil bersamanya. Anak kecil itu menangis tak keruan. Mungkin terkejut dan juga mencari2 si ibu. Dalam keadaan yang sangat parah, si ibu memberi isyarat kepada pasukan bomba untuk memeluk anak kecilnya. Dan, apabila anak itu diserahkan kepadanya, si ibu menyelak bajunya. Dengan semangat yang jitu sambil menahan kesakitan amat sangat, ibu itu menyusukan anaknya. Menenangkan anaknya. Memberikan sesuatu yang sangat tidak ternilai harganya supaya anak tersebut berasa selamat. Terpaku dan tergamam ahli bomba yang berada di situ.... Akhirnya, si ibu pergi jua meninggalkan anaknya yang telah pun berasa tenang dan selamat di sisinya walau apa jua keadaannya....

Sungguh... tanpa ummi sedar, ianya telah membuatkan ummi sangat terharu, sedih, bangga. Bangga kerana ibu itu telah memberikan yang terbaik untuk anaknya. Ya Allah semoga Engkau tempatkan ibu itu di tempat orang2 yang beriman dan semoga anak itu menjadi yang terbaik hasil daripada makanan terbaik yang diterimanya. Bergunalah kepada agama, bangsa dan tanah air ini nak....

Friday, January 14, 2011

Kaki kakak n adik

Walaupun adik baru je setahun tapi kaki nyer panjang, sket je lagi nak sama panjang dengan kakak.. he3...

Hasil kerjatangan kakak...






Masuk tahun 2011 ni ummi exited nak memperkenalkan kakak dengan kaedah pembelajaran yang baru.. (buleh diklasifikasikan sebagai kaedah pembelajaran ke?)... ekekeke

Selasa lepas ummi belikan kakak sketch book, gam, gunting dan yang seangkatannya. Ummi ambik katalog Sogo dan bawak balik ke rumah. Memang kakak excited bila ummi cakap nak ajar dia gunting2 n tampal. Sebelum ni dia asyik mewarna dan melukis gitu2 jer. Ummi nak bagi dia kreatif, tu yang ajar dia gunting2 n tampal2 ni...

Alhamdulillah, kakak tahu nak gunting objek2 yang nak ditampal pada sketch book tu. Cuma takde la sekemas orang dewasa buat. Kira ok la tu kan... Tapi, adik memang jadik assistant yang sangat bagus untuk kakak. Abih gam kakak bawak sana sini..

Semalam abah nyer balik rumah lambat, ada kerja pulak. Dekat kul 12 gak. Jadi ummi pun terus tunjuk hasil kerjatangan kakak. Senyum lebar le anak dara ummi tu. Bangga! He3...