Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

Entry khas untuk Ikin


Entry kali saya nak bercerita mengenai CD (cloth diaper). Kenapa dengan CD? Apa kaitan dengan Ikin? Siapa dia?
Ya, saya dalam keadaan yang sangat teruja semenjak petang semalam selepas menerima kiriman pos CD yang saya tempah melalui rakan sepejabat saya, Ikin.
Kiranya Ikin ni cikgu saya ye, sebab saya mendapat tunjuk ajar bagaimana nak menggunakan CD. Saya dah lama sedar kewujudan CD, pernah menyimpan hasrat untuk memakaikan Inshirah dengan lampin basuh ni tapi saya tidak berusaha sungguh2 untuk me’realiti’kannya. Betul ke ayat saya ni, he3… Tapi bila masuk anak ketiga yang bakal lahir April ini InsyaAllah, saya fikir kami sekeluarga harus tekad menjadikannya kenyataannya. Saya tahu, memakaikan pampers kepada bayi/kanak2 adalah lebih mudah kerana ianya pakai buang tetapi kosnya tidak dapat saya nafikan agak tinggi. CD mahal ketika membelinya tetapi akan bertahan untuk jangka masa yang lama. Saya atau suami haruslah berkorban sedikit untuk membasuh CD tersebut. Banyak kali saya fikir, laratkah saya untuk bertahan membasuh CD ni sebab saya bukanlah seorang yang sangat rajin untuk membasuh tangan. Tapi ye la, saya harus kuat semangat melawan arus KEMALASAN dan kesibukan yang melanda. Hahah… Ikin, semoga Lin kuat macam awak….
Balik rumah semalam dalam jam 10 malam selepas checkup baby, saya gagahkan kudrat untuk membasuh CD2 tersebut termasuklah beberapa helai baju baby yang baru saya beli. Sebenarnya saya sangatlah mengantuk akibat kekenyangan, mana taknya… suami saya belanja (memang dia selalu belanja pun, he3..) di sebuah kedai makan area Kota Damansara. Dengan mee goreng, french fries, sup cendawan + roti halia dan milo ais… saya rasa semuanya. Oh, terima kasih sayang… saya, kakak dan adik sangat kenyang semalam… Pagi tadi, dalam 5.15 pagi ketika menyidai semua kain2 yang dibasuh semalam saya sidai dengan senyuman yang meleret2 di pipi. Sempat snap lagi nak tunjuk kat Ikin betapa saya sungguh excited untuk mencuba CD tu…
Ikin, awak jangan bosan ek ajar Lin pakai CD tu. Banyak kena belajar lagi ni… Oh, saya tak sabar nak memakaikannya pada Inshirah. Apa reaksi puteri kedua saya nanti… Yang pasti ummi dah senyum dulu membayangkan Inshirah dengan CD tu…

Monday, February 27, 2012

Saya nak drive hari ni...

Setelah berbulan tak drive, hari ni saya kena drive. En. Suami sangat banyak kerja untuk diselesaikan sebelum meeting malam ni. Uhhhhuuu, berdebar jantung saya...

Ya Allah semoga semuanya selamat dan dalam rahmatMu. Buat En. Suami, selamat menaiki komuter ye malam ni..... Jangan lupa doakan saya dan anak-anak...

Thursday, February 23, 2012

Al Fatihah untuk arwah Faris

Update terkini, 10.35 am

Faris telah pergi selamanya. Al Fatihah...

Nukilan buat Faris

Faris...
Ummi tidak pernah bertentang mata denganmu
Apatahlagi membelaimu
Jauh sekali mengenalimu sayang...

Tetapi,
hati ini begitu dekat denganmu sayang
Rasaya seperti engkau selalu berada di depan mataku
Dan,
ingin sekali Ummi memelukmu erat
Menciummu
Membelaimu...

Faris...
Kuatkanlah semangat juangmu
Kerana dirimu telah memberikan resapan kasih sayang
Yang sangat mendalam bagiku
Kerana dirimu jua
Telah mengenalkan erti kesyukuran teramat
Yang kadangkala manusia ini terleka
Dengan apa yang ada di depan mata

Faris...
Bukan Ummi sahaja yang merasakan perasaan cinta ini
Tetapi nun di luar sana bertaburan cinta buatmu
Bangunlah
Supaya engkau dapat merasakan bunga-bunga cinta ini
Yang suci dan ikhlas

UmmiLin/23 Februari 2012

Wednesday, February 22, 2012

Faris, cepat sembuh ye sayang...

Sejak beberapa hari yang lalu, saya mengikuti perkembangan seorang kanak2 yang menghidap HLH. Faris Nur Daniel namanya, baru berusia 6 tahun. Setiap kali membelek kisahnya airmata tak tertahan mengalir dek kerana sedihnya melihat penderitaan dia. Apalah yang mampu ditanggung dan dibicarakan aknak2 seperti dia.

Apatahlagi untuk dinukilkan kata2 ayah dan ibunya tentang perkembangan anak bongsu daripada 3 beradik ini. Dia hanya diserang sawan secara tiba2, akhirnya melalui ujian air tulang belakang di Sime Darby Medical Centre didapati Faris menghidap barah darah atau HLH.

Saya tak mampu untuk mengatakan apa2 lagi. Semoga Faris kuat semangat melawan penyakitnya, buat keluarga adik ini tunjukkanlah semangat yang tinggi walau kita sebenarnya lemah dan sayu melihat keadaan dia kerana mungkin semangat kita membantu Faris kembali sihat seperti selalu.

Sudi2kanlah melawat blog Mazidul Akmal Sidek yang sentiasa update tentang Faris... Dan boleh juga lihat link ini http://www.mazidulakmal.com/2012/02/faris-selepas-kimoterapi-ke-4-bil.html

Tuesday, February 21, 2012

My Luvly Singer 8280 dan ikan bakar

Alhamdulillah... saya sangat gembira hari ni sebab My Luvly Singer 8280 telah sembuh sepenuhnya. Malam ni nak gagahkan diri sambung projek yang tertangguh sekian lama.... semoga saya berjaya menyudahkan semua kerja2 yang tertangguh sebelum melahirkan si kecik dalam perut ni... he3...

Terima kasih kepada En. Suami kerana temankan saya hantar mesin dan ambik mesin tadi. Siap belanja saya makan ikan bakar lagi, oh sungguh sedap. Secara tak sedar saya habiskan satu pinggan nasi hari ni sedangkan sebelum ni terlalu la susah nak menghabiskan nasi walau setengah pinggan. Agaknya air asam ikan bakar tu betul2 buat saya teruja menikmati makan tengahari tadi. Atau sebenarnya sebab saya dah 2 hari tak makan nasi? Ya, saya jarang menikmati nasi sekarang ni sebab rasa perut penuh sangat... Apa pun terima kasih En. Zailan Mohamad :)

Sebahagian besar masanya untuk keluarga...

Percayakah anda bahawa kebanyakan isteri atau ibu menghabiskan sebahagian besar masanya dalam sehari untuk keluarga. Tidak kiralah wanita itu bekerja mahupun surirumah...

Jika diteliti, diselidik, dihayati....

1. Seorang isteri atau ibu menghabiskan 8 hingga 10 jam atau lebih di tempat kerja, yang mana tenaga mereka turut menyumbang dalam ekonomi keluarga. Membantu suami mencari pendapatan bukanlah wajib bagi seorang isteri atau ibu tetapi atas pertimbangan dan keizinan suami maka mereka rela berkorban demi memastikan kehidupan menjadi lebih baik.

2. Merekalah orang yang paling awal bangun pagi dan merekalah juga yang paling lambat melelapkan mata di malam hari. Mungkin ramai yang tidak perasan ataupun kita terleka kerana menganggap itu memang tanggungjawab isteri atau ibu. Lazimnya mereka tidak duduk diam, ada sahaja yang hendak dibereskan. Seboleh2nya mereka ingin melangsaikan sesuatu tanggungjawab itu dengan segera dan seawal mungkin. Membasuh pakaian, melipat kain, menyapu rumah, menyediakan makanan, mengemas bilik dan sebagainya yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu. Terlalu banyak. Mereka tidak berkesempatan pun berehat tatkala pulang ke rumah sungguhpun penat bekerja masih belum hilang. Malah bagi surirumah kerja mereka tidak berkesudahan semenjak buka mata hingga tutup mata.

3. Seorang isteri atau ibu sanggup berkorban bangun di tengah2 malam tatkala anak2 mahukan susu atau mahu ke bilik air. Jangan dilupa pula bila anak2 sakit, sudah tentulah perhatian perlu diberikan lebih daripada kebiasaan. Di saat lena mahu menjengah, tidurnya dikejutkan. Lalu tidurnya tidak pernah lena walaupun mereka masuk tidur awal.

4. Apabila ahli keluarganya tidak sihat, pastinya merekalah orang yang paling sibuk dirumah. Mana nak dikejar untuk menjaga orang yang tersayang sakit, memasak, mengemas rumah dan hal2 lain yang kadangkala seolah2 seperti robot dibuatnya. Aduh penatnya kan...

Oleh itu, tidak wajarkah seorang isteri atau ibu menerima penghargaan walaupun sekecil2 penghargaan daripada seorang suami mahupun anak2. Fahamilah hatinya, bantulah dia walau dengan sekecil2 perkara. Tahniah kepada suami atau anak2 yang telah berjaya membantu wanita tersayang ini dalam menguruskan aktiviti hariannya! Anda seorang yang hebat kerana meringankan tanggungjawab mereka telah membuatkan hati mereka berbunga2. Lihatlah, senyuman pasti tidak lekang daripada bibirnya sungguhpun badannya penat melalui satu hari yang panjang baginya. Paling kurang pun ucapkanlah terima kasih.

Kalaulah ada suami atau anak2 yang merungut kerana kesibukan wanita ini, maka fikir2lah sendiri. Jangan dimarah atau diketepikan mereka hanya kerana tidak sempat mengurut badan anda yang penat, tidak memasak supaya perut anda penuh, tidak berbual2 di waktu senggang atau apa sahaja yang tidak kena dimata dan hati anda. Waktu senggang itulah mereka mahu berehat, mandi dan menenangkan fikiran. Jangan terkejut kalau dikatakan ada sesetengah daripada mereka tidak sempat untuk berwangi-wangian atau mandi 3, 4 kali sehari atau membuang kuku.

Kalau ada yang menganggap, jika seorang ibu atau isteri melakukan sesuatu tanggungjawab dengan hati yang ikhlas dan redha pasti dia tidak akan penat dan merungut. Alahai sayang, kalau mula2 ikhlas dan redha tapi kalau untuk selamanya begitu juga mana mungkin hatinya tidak terusik walau secuit cuma....

Perkara2 di atas hanyalah sebahagian daripada urusan2 yang lazim dilakukan oleh seorang wanita. Banyak lagi, jadi anda fikirlah sendiri. Semoga apa yang dipaparkan akan membantu anda untuk memahami seorang isteri atau ibu. Next entry kita cerita pula bab suami atau ayah ok...

*Mohon maaf banyak2 andaikata catitan ini menyinggung hati mana2 pihak. Ini cumalah pandangan peribadi yang tentu banyak khilafnya.

Thursday, February 16, 2012

31 minggu sudah :)

Kandungan saya telah mencecah 31 minggu, Alhamdulillah. Tapi kan.... dag dig dut jugak dibuatnya. Sebab... sarung tilam, sarung bantal dan beberapa keperluan lain masih belum saya siapkan sepenuhnya.

Dalam menanti kehadiran orang baru, kami sekeluarga teruja sebenarnya. Macammana la kakak nanti bila dia dah ada 2 orang adik. Si Adik pulak, cammana pulak nanti bila ada baby kat rumah. Kalau dilihat secara kasar, dia sukakan baby. Tak tau la esok2 macammana. Tapi kesian jugak la kat abah sebab dia masih satu2nya hero dalam rumah kami, he3. Jadi, abah masih tidak ada pesaing hingga ke hari ini... :)

Apa yang diharapkan ialah kelahiran ini nanti dipenuhi dengan berkat daripada Allah, selamat semuanya. Diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan dengan kasih sayang hingga bila2.

Ya Allah, banyak sungguh permintaan hambaMu ini tapi sedikit pula yang diberikan kepadaMu. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah...

Tuesday, February 14, 2012

AGE dan vaksin Rotavirus

Baru2 ni kita dikejutkan dengan berita penularan wabak AGE (acute gastroenteritis) di Perak yang serius kerana telah mengakibatkan 2 orang bayi meninggal dunia manakala 2,236 orang lagi telah mengalami simptom2nya.

Lalu, bayi yang terkena jangkitan ini akan mengalami demam dan cirit birit pada peringkat permulaan dan akan mengakibatkan mereka mengalami dehidrasi yang teruk. Wabak yang dibawa dek virus Rotavirus ini memang mudah berjangkit kerana ianya stabil dalam persekitaran kita. Hanya melalui sentuhan, air atau makanan seseorang bayi itu mudah mendapat jangkitan ini. Oleh itu, sebagai langkah berjaga2 kita haruslah meminum air yang telah dimasak, membasuh tangan selepas menggunakan tandas mahupun sebelum dan selepas melakukan aktiviti harian.

Dek kerana kepanasan isu ini, saya juga telah mencari info mengenai vaksin Rotavirus. Apa yang saya jumpa melalui carian itu juga sangat mengejutkan kerana vaksin ini telah difatwakan pada 31 Mac 2008 adalah TIDAK DIBENARKAN. Ini kerana penggunaan 2 jenis rotavirus iaitu porcine circovirus (PCV1 or PCV2) yang berasal daripada babi.


Malaysia bukanlah berada dalam keadaan darurat untuk mengharuskan penggunaan vaksin ini kecuali dalam kes2 tertentu yang mendesak akan penggunaannya. Saya berdoa semoga wabak AGE di Perak tidak akan menular ke mana2 tempat dan bayi2 yang terkena wabak ini cepat sembuh. Manakala bagi mereka yang telah mengambil vaksin ini untuk anak2 adalah diharapkan pada masa akan datang kita lebih berhati2 supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Wallahhu'alam...

Monday, February 13, 2012

Tulisannya mencairkan keluh kesah saya...

Tadi saya berkesempatan untuk menelaah blog baru yang saya jumpa di blog Mazidul. Kisah hidupnya benar2 membuatkan saya insaf...

Selama hari ni, adakalanya bila kepenatan berada di puncak saya mengeluh sedangkan keperitan yang dilaluinya lebih hebat berbanding saya. Perjalanan hidupnya penuh liku tapi dia tetap tabah sedangkan adakalanya saya tidak sedar akan tindak tanduk yang dilakukan itu menunjukkan betapa rendahnya kesabaran saya. Karenah anak2 yang tidak seberapa itu beberapa kali mematahkan semangat ketabahan diri saya sedangkan dia diuji dengan lebih hebat lagi.

Ya Allah, berderai airmata saya tatkala membaca suara hatinya. Tulisannya sering mengingatkan pembaca seperti saya supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah. Betapa rendahnya harga kesabaran saya berbanding dia. Semoga Allah memberikan rahmat buatnya. Sungguhpun saya tidak mengenali secara dekat tentang si dia, saya sangat berterima kasih akan tulisan2nya yang mampu mencairkan keluh kesah saya selama ini.

Ya Allah, teguhkanlah hati hambaMu ini di jalanMu. Kurniakan kesabaran yang lebih jitu kepadaku untuk meneruskan hidup di muka bumi ini...

Friday, February 3, 2012

Tabung Haji

Alhamdulillah, saya sekeluarga telah berjaya membuka akaun Tabung Haji walaupun pada hemat saya sendiri ianya agak lambat berbanding orang lain. Salah satu hasrat tertangguh yang telah dapat kami tunaikan...

Alang2 membuka akaun pada cuti Hari Wilayah yang lalu, kami suami isteri telah mendaftar haji. Ikutkan jangkaan tarikh yang diberi ialah pada 2045M. Mula2 tengok kat slip pengesahan tu, saya terkejut. 2045M? 33 tahun lagi... tapi saya berdoa dan akan berusaha supaya kami dapat menjejakkan kaki ke bumi terindah itu secepat mungkin. Ya, ianya memotivasikan saya supaya terus bekerja keras dan menabung untuk mencapai impian tu...

Telah lama saya pendam hasrat untuk menunaikan rukun ke-5 itu seawal mungkin, semoga kami berkesempatan sebelum datangnya Malaikat Maut menjemput... Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami...

Saya teringatkan kisah Muhammad Haq dalam satu slot cerekarama di tv3 tahun lepas. Bukanlah kerana pelakonnya, Fahrin Ahmad tu yang merupakan faktor utama saya teruja tapi jalan ceritanya benar2 menyentuh hati. Dia hanyalah tukang kasut, hidupnya jauh lebih susah daripada orang2 seperti saya tetapi semangat dan kesungguhannya untuk menunaikan haji membuatkan saya tersentak. Saya tidak benar2 berusaha seperti dia sedangkan jalan di depan saya lebih baik berbanding dia. Hidup serba kekurangan bukan penghalang Muhammad Haq untuk berusaha menabung dan membantu orang yang lebih memerlukan. Dia sungguh mulia di sisi Allah, hinggalah nafasnya yang terakhir dalam sujud menyembah Yang Esa. Ianya benar2 menginsafkan saya.... Saya leka dengan mainan dunia...

Ya Allah... semoga impian itu tercapai jua suatu hari nanti...

Thursday, February 2, 2012

Dia sungguh cantik pada saya...


Oh, dia sangat cantik pada mata saya. Dan saya sangat suka dengan jubahnya itu, kiranya saya nak buatlah jubah ala2 gitu nanti.... Pertama kali saya nak buat baju macam artis, he3...

Semoga Irma terus dalam rahmat Allah hendaknya...

Terima kasih kepada Razin Photography n Beautifulnara kerana saya menceduk gambar ini daripada mereka.