Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 20, 2013

Entri takde tajuk

Semalam, ketika mencari baju tidur untuk anak-anak, kakak tiba-tiba menyoal.

Kakak   : Ummi, kita nak naik atas ye? (bilik tidur atas maksudnya)
Ummi    : Ye kakak, kenapa?
Kakak   : Abah naik sekali tak?
Ummi    : Abah naik kemudian. Abah kan tengah basuh pinggan.
Kakak   : Sian abah. Ummi tak tolong abah ke?
Ummi    : Bukan Ummi tak nak tolong, tapi kan kakak dah nak tidur.
Kakak   : Tak pe la. Ummi tolong abah dulu, nanti kita naik la sama-sama.
Ummi    : Kakak, sekarang dah pukul 10. Kakak, adik ngan Seena kena tidur. Esok kan nak sekolah. Nanti
               Ummi tolong abah. Tidur dulu ye... Pergi salam abah dulu, ajak adik sekali ye.
Kakak   : Ok...

Sekarang memang kakak dah pandai bertanya itu dan ini, sebab dan musabab malah soalan yang kadang-kadang tak terjangkau. Fikirannya sudah nampak matang berbanding dulu. Syukur Alhamdulillah.

Mungkin selama ni dia selalu tengok abah ditinggalkan tatkala kami empat beranak masuk ke bilik tidur. Memang abahnya jugalah penyelesai kepada kerja-kerja rumah yang terpaksa Ummi tinggalkan bila mengejar waktu tidur mereka. Setiap malam Ummi memastikan tiga anak dara ni tidur selewatnya 10.30 malam selepas melakukan sedikit ulangkaji pelajaran. Kebiasaannya jam 9.30 malam memang Ummi dah angkut diorang naik atas.

Dulu sebelum ada jadual harian, agak kelam kabut sikit. Malah kami tak boleh fokus bilamana melaksanakan sesuatu. Mana nak buat kerja rumah, mana nak membuat aktiviti atau ulangkaji dengan anak-anak dan 1001 perkara lain yang perlu diuruskan. Jadi, Ummi syorkan kepada ibu bapa lain untuk membuat satu jadual rutin yang fleksibel supaya urusan harian lebih teratur. Janganlah ketat sangat jadualnya sampai tak boleh diubah pula, ikutlah keadaan semasa. Walaupun anak-anak masih kecil, jadual ini sedikit sebanyak mendisiplinkan mereka dan kita juga.

Sekarang pun kami masih terkial-kial menguruskan aktiviti harian tapi kami akan tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik, insyaAllah..

Tuesday, June 18, 2013

Sambil beriadah kita mendidik

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera...

Kali ni Ummi nak sentuh sket bab riadah. mengingatkan kembali waktu yang diluangkan bersama anak-anak Ummi, banyak perkara yang berlegar kat kepala ni. Oh ya, Ummi bukan sesiapa, pakar pun tidak apatah lagi orang yang hebat bila bercakap mengenai keibubapaan. Apa yang dituliskan di sini sekadar perkongsian pendapat dan pengalaman...

Setiapkali hujung minggu biasanya Ummi memang tak lepaskan peluang untuk beriadah bersama anak-anak di taman permainan ataupun tempat lain yang boleh menggembirakan mereka. Setelah 5 hari anak-anak bersekolah... (ecece... macam dah sekolah rendah..) pastinya rehat di hujung minggu adalah sesuatu yang sangat dinantikan. Bermain basikal, berlari atau apa saja.... bestnya jadi kanak-kanak kan, sebab tak payah nak pikir apa-apa :)

Sesuatu yang selalu Ummi perhatikan tatkala beriadah ni ialah masih ada ibu bapa yang tidak mengawasi anak-anak, tapi bukanlah semua ye. Nanti ada yang salah faham pula. Anak-anak dilepaskan begitu sahaja, tambahan pula anak lelaki. Mungkin bagi sesetengah ibu bapa, anak-anak ini wajar diberi kebebasan untuk bermain di luar. Memang tak salah pun nak buat macamtu, tapi yang masih kecil tu janganlah dibiarkan. Soal keselamatan sayang. Aduhai, kalau anak-anak yang dah besar ni tak kisahlah kan. Kalau yang berumur dalam lingkungan 12 tahun ke bawah ni, rasanya eloklah dikawal.

Selain daripada isu-isu keselamatan, ada juga perilaku anak-anak yang boleh kita pantau semasa beriadah ni. Sangat elok kalau kita sambil bermain sambil kita terapkan akhlak-akhlak yang baik supaya mereka terdidik daripada kecil akan budi pekerti yang mulia. Pengalaman Ummi sendiri berdepan dengan kanak-kanak yang agak nakal ini membuatkan Ummi kuat berfikir macammana caranya nak menerapkan akhlak yang baik buat si kecil. Kita semua tahu, anak-anak ni memang adakalanya nakal, tapi kalau dibiarkan melarat jadinya. Lumrahlah mereka bergaduh atau berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya kerana akal mereka tidak seperti kita. Namun, kitalah yang bertanggungjawab untuk mendidik mereka. Pengaruh kawan-kawan juga menyumbang peribadi anak-anak ni. Jadi, masa inilah kita boleh kenal kawan-kawan anak dan lihat sendiri cara mereka berkawan.

Anak kedua Ummi, Inshirah pernah kena sepak di muka dengan seorang budak lelaki sebaya dengannya. Kejadian betul-betul berlaku di depan mata. Bayangkanlah di depan Ummi perkara tu berlaku, sangat pantas. Secara jujurnya memang Ummi marah, tapi bila bibiknya memohon maaf ianya menyejukkan sedikit hati Ummi. Sebenarnya kasihan pada budak lelaki tersebut, Ummi selalu melihat dia bermain di taman tanpa ditemani ibu atau bapanya. Malah sehingga kini Ummi langsung tak kenal ibu bapanya. Peristiwa ni memberi pengajaran kepada Ummi supaya lebih kuat berusaha mendidik anak-anak dan janganlah fokus kepada usaha kita meningkatkan ekonomi keluarga semata-mata. 

Ummi juga perasan, ada juga anak-anak kecil yang beriadah ni kadang-kadang tak menjaga kebersihan diri dan tempat permainan. Selalu juga Ummi terserempak dengan anak-anak yang bermain tanpa memakai selipar atau kasut. Biasanya mereka ini tidak ditemani ibu bapa tetapi bibiknya. Maaf ya, bukan Ummi kata semua bibik itu kurang bersih tetapi segelintirnya memang memandang remeh soal itu. Keluar daripada pintu belakang terus ke taman permainan, kemudian terus masuk ke rumah. Kalaulah kaki tu tercucuk paku atau benda-benda tajam kan dah sakit. 

Sampah pun nampaknya masih ramai yang tak peduli untuk dibuang dalam tong sampah. Kalau makan aiskrim, plastik dan batangnya dibuang begitu sahaja. Bila dibiarkan, lama-kelamaan memang bertimbunlah sampah. Kesedaran sivik kita masih rendah berbanding dengan negara luar terutamanya negara Jepun. 

Sebenarnya kita belajar ilmu keibubapaan setiap masa, tak kiralah dah berapa lama pun berumahtangga. Cara mendidik anak-anak pun akan berubah mengikut masa dan keadaan. Harapan Ummi, semoga kita sentiasa berusaha tanpa jemu untuk menjadi ibu bapa yang hebat. Mana yag baik ambillah sebagai panduan tapi kalau tak baik jadikan pengajaran. Mohon maaf banyak-banyak kalau ada yang menyinggung perasaan...

Wednesday, June 12, 2013

Misi Titisan Emas

Apakah Misi Titisan Emas itu? 

Hari ini ummi akan nukilkan sedikit pengalaman mengenai misi hidup ummi. Mana yang baik jadikan semangat, mana yang kurang janganlah ditiru pula ya. Sebetulnya, catatan ini pedoman buat anak-anak ummi sendiri supaya bila dah dewasa nanti akan mengikut jejak langkah ini. 

Misi ini merupakan misi hidup ummi sendiri, Sejak belum berumahtangga lagi ummi menyimpan cita-cita untuk menyusukan kesemua anak-anak ummi sehingga 2 tahun atau lebih daripada itu. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan berkaitan dengannya walaupun cabaran yang datang  sangatlah hebat dan sesekali semangat itu ada pasang surutnya. Dikurniakan suami yang menyokong penuh penyusuan ibu membuatkan ummi teguh berdiri menyusukan kakak, adik dan Haseena. Abah banyak membantu sepanjang 6 tahun ini, tak tersenaraikan. Syukur sangat. Adakalanya bila susu merudum, ummi dan abah atau pernah juga ummi sendiri berulang alik ke taska menghantar bekalan. 

Peristiwa paling tak dapat ummi lupakan ialah hujung tahun 2012, tatkala ummi tersangat sibuk dengan urusan kerja, pengeluaran susu pula jatuh merudum sangat-sangat (dah bunyi macam bursa saham pulak, hehehe). Setiap hari abah dan ummi berulang alik ke taska, tapi akhirnya ummi kalah juga. Ummi buat keputusan untuk membelikan susu formula memandangkan bekalan yang dihantar pun masih tak mencukupi untuk Haseena. Masa tu ummi menangis dalam kereta bila bercakap dengan abah untuk membelikan susu tin. Rasa sangat bersalah, Allah saja yang tahu isi hati ummi masa tu. Sebelum sampai ke taska, kami singgah di Speedmart untuk membeli susu. Jenuh memilih susu terbaik untuk Haseena memandangkan ummi tiada pengalaman membelikan susu tin untuk kanak-kanak di bawah umur setahun. 

Pengalaman itu takkan ummi lupakan sampai bila-bila. Bukanlah ummi benci dengan susu formula tetapi kepuasan yang ummi dapat apabila menyusukan sendiri anak-anak ummi tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jadi, kepada ibu-ibu lain yang memberikan anak-anak dengan susu formula jangan salah faham ye. Ummi tidak merendah-rendahkan kalian.   

Tapi, Allah benar-benar sayangkan ummi. Susu yang ummi belikan tidak disentuh langsung dek Haseena. Seolah-olah dia faham yang dia perlu berjimat cermat menyusu tatkala itu. Ianya cukup-cukup sepanjang peninggalan ummi ke tempat kerja. Atau, apakah Haseena faham bila ummi selalu nyatakan susu makin berkurang dan ummi mohon supaya dia mengerti dan minum seadanya apa yang dibekalkan. Seingat ummi, sudah 3 kali pengeluaran susu ummi merudum sepanjang setahun 2 bulan menyusukan dia. Alhamdulillah, kami berjaya mengharunginya. 

Sebenarnya, Misi Titisan Emas ini berputik daripada pengalaman mak ummi. Dia menyusukan kami 9 beradik tanpa jemu. Dialah idola ummi cuma cabaran penyusuan ummi sangat berbeza dengan mak sebab dia surirumahtangga dan ummi pula bekerjaya. Banyak perkara dan ilmu yang perlu ummi gali untuk memantapkan diri menghadap cabaran dunia penyusuan samaada melalui pembacaan, pengalaman mahupun penilaian. Ummi namakan titisan emas kerana bagi ummi, setiap titisan susu seorang ibu sangat berharga seperti emas walaupun hakikatnya keberkatan dan kebaikan susu ibu itu tidak dapat dinilaikan.


Enam tahun ummi bergelar pengepam tegar (sebetulnya hanya dengan adik dan Haseena ummi menggunakan pam, manakala kakak ummi marmet sahaja). Kakak menyusu sehingga 2 tahun 3 bulan, adik pula 1 tahun 8 bulan dan Haseena sehingga ke hari ini. Misi untuk Haseena masih belum tamat, ada lagi 10 bulan kalau mencukupi 2 tahun. Mintak-mintaknya rezeki lebih la nanti. Hanya adik saja tak sampai 2 tahun kerana ketika dia menolak untuk terus menyusu, ummi sedang mengandungkan Haseena. Setakat ini, kakak dan adik berhenti menyusu tanpa ummi paksa. Mereka sendiri menolak kerana mungkin ketika itu ummi sedang hamil. Tak terfikir pun untuk memberhentikan mereka menyusu tapi secara automatik mereka berhenti sendiri. Jadi ummi takde pengalaman tandem nursing atau menggunakan kaedah tertentu untuk memberhentikan penyusuan. 


Ummi sangat berharap supaya misi ini berjaya semaksima mungkin. Harap-harap semangat, cita-cita dan kesabaran dalam menempuh cabaran penyusuan tidak akan pudar malah akan berkobar sentiasa. Sebenarnya bukan mudah untuk menyelesaikan Misi Titisan Emas ummi ni. Kalau bukan kerana anak dan suami, entah bagaimanalah semangat ni agaknya...

Ya Allah, kepadaMu ku bermohon supaya aku dikurniakan susu yang banyak untuk terus menyusukan anak-anakku. Semoga kebaikan susu ini sentiasa mengalir dalam diri mereka dan jadikanlah mereka berperibadi mulia seperti Rasulullah yang dicintai....

Ummi akan menyambung lagi entry penyusuan iaitu bagaimana cara membuat label, menyimpan dan sebagainya.

Sharing is caring...

Wednesday, June 5, 2013

Kurma Yusuf Taiyoob

Assalamua'laikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah kerana Ummi diberikan peluang kali ini...

Untuk pengetahuan semua, bermula Jun 2013, Ummi ada menjual beberapa jenis kurma keluaran Yusuf Taiyoob dan setakat ni sudah beberapa kali menambah stok bekalan. Anda semua pasti tahu tentang Yusuf Taiyoob iaitu sebuah syarikat pengeluar kurma paling popular di Malaysia ni kan. Mutu kurmanya tak perlu dipertikaikan lagi. InsyaAllah yang terbaik. Jadi, jangan segan silu untuk berhubung dengan Ummi bagi mendapatkan kurma yang banyak khasiatnya ini.

KURMA AJMAL
- ianya lembab dan lembut 
- rasanya manis
- berasal dari Tunisia
- RM20/2kg

KURMA SAFINA
- ianya lembab dan lembut tetapi sedikit kenyal daripada kurma Ajmal
- rasanya kurang sedikit manis daripada Kurma Ajmal
- berasal dari Tunisia
- RM10/500gm


KURMA NADINE BERTANGKAI
- ianya lebih kenyal daripada Kurma Ajmal dan Safina
- lembut tetapi sedikit kering
- kurang manis daripada Safina
- RM11/500gm 


Sila hubungi Ummi di talian 0192196843 secara call/sms/whatsapp atau emel ke roslinmohamednaziri@gmail.com untuk mendapatkan bekalan ini. Anda juga boleh mengunjungi FaceBook Ummi dengan nama Ummi Lin. InsyaAllah kalau ada rezeki Ummi akan menambah stok kurma yang lain pula.


Sekian, jumpa lagi :) Assalamua'laikum....

Adik kan chef

Teringat Ummi akan perbualan dengan adik beberapa minggu yang lalu...

Adik     : Ya Allah, Ummi dah abih masak?
Ummi   : Belum lagi.
Adik     : Tadi kan adik dah cakap nak tolong Ummi masak.
Ummi   : Ye ke? Baiknya anak Ummi.
Adik     : Ye, adik kan chef.

Erkk.... Ummi rasa macam nak gelak guling-guling tapi cover ok! Sungguh tak sangka adik akan cakap gitu. Ni semua gara-gara tengok MasterChef la ni. Hak3... budak 3 years ni (Ummi selalu memanggil adik budak 3 years sejak birthday dia Januari yang lalu)

Harap-harapnya adik akan terus rajin tolong Ummi sampai bila-bila. Mmmmuuahhh.. Ummi sayang adik banyak-banyak. 

Tuesday, June 4, 2013

Bila kakak dan adik tidur berasingan

Assalamua'laikum...

Buat anak-anak Ummi yang dikasihi, kakak, adik dan baby.. (eh, bila pulak Haseena dipanggil baby?). Hehehe... 

2 hari ni memang Ummi ting tong sangat (walhal sejak 6 tahun dulu selalu je ting tong, ekeke). Bukannya apa, sejak Ahad lepas (2 Jun), ummi dan abah sedang melatih anak-anak dara ni tidur di bilik sendiri. Selama ni bilik tu hanya digunakan sekali sekala. Aduhai anak, memang sangat mencabar bilamana nak biasakan kamu berdua tidur di bilik sebelah.

Seperti kebiasaan, jam 9.30 malam Ummi akan angkut anak-anak dara ni naik ke bilik atas untuk bersiap sebelum tidur dan belajar serba sedikit. Hal ehwal di tingkat bawah Ummi biarkan seketika, tapi selalunya terbabas. Abahlah penyelamat hampir setiap hari, terima kasih tak terhingga Abah :)

Kali ini Ummi tak bawak anak-anak dara masuk ke kamar utama, tapi terus ke bilik yang pinky tu. Sebelum belajar, baju tidur mesti diganti dahulu. Sudah menjadi habit Ummi untuk menyalin pakaian anak-anak sebelum tidur walaupun petang tu  kamu semua dah mandi dan tukar baju. Oh, Ummi tak dapat  membayangkan kamu tidur dalam keadaan baju yang berbauk nasi, lauk pauk mahupun peluh. Ummi nak anak-anak Ummi tidur dalam keadaan yang sangat bersih. Bukanlah cerewet sangat Ummi ni tapi memang semenjak dulu-dulu lagi tak suka kalau tidur dalam keadaan yang kurang bersih. Dah bersiap tu, buat ulangkaji sikit dengan kakak sebelum tidur jam 10 atau 10.15 malam. 

Ummi tidurkan anak-anak dara sambil menyusukan Haseena. Dalam keadaan yang macam ni selalunya Ummi terbabas sama :) Tengah malam tu Ummi bangun semula seperti kebiasaan. Dalam tidur tu rasa sakit pulak badan sebab tidur mengiring sebelah je. Mana taknya, katil Queen tu 4 orang skali terbaring. Jadi, Ummi ke bilik sebelah untuk ambil toto. Nak ambil tilam tu tak larat pulak nak heret masuk ke bilik pinky tu. Ummi dan Haseena pindah ke bawah beralaskan toto. Ummi tidur semula sambil memujuk Haseena yang kerap terjaga, agaknya sebab tukar tempat tidur kan. Memang sepanjang minggu ni Ummi akan temankan kakak dan adik tidur di bilik pinky

Tak lama selepas tu, Ummi lena lagi tapi terjaga semula. Memang sakit betul badan ni. Hairan jugak, bukan tak biasa tidur atas toto cuma semenjak kahwin tidur atas tilam je la. Ishhh... baru 6 tahun tidur kat tilam yang tak berapa empuk tu dah sakit badan bila tidur atas toto kali ni? Erkkk.... mengada-ngada ke Ummi ni? Oh tidak ye.

Sudahnya, entah kali ke berapa terjaga, hampir jam 5 pagi Ummi pindah masuk bilik utama. Tak tahan dah sakitnya, pagi nanti nak pegi keja pulak tu. Memang terbabas sampi 6.30 pagi baru Ummi bangun. Nasib baik la cuti sekolah minggu ni, jadi kalau daripada rumah pukul 8 pun masih boleh sampai pejabat jam 8.30 pagi.

Malam kedua (semalam), Ummi temankan juga kakak dan adik tidur di bilik pinky. Tapi tengah malam tu Ummi pindah semula ke bilik utama. Tengah lena tak lama lepas tu, adik masuk bilik cari Ummi. Aduhai sayang, bangun lagi pindah ke bilik pinky. Sambil tidurkan adik, Ummi pun lena sekali. Tiba-tiba macam dengar baby menangis, apalagi berkejaran pulak ke bilik utama. Sekali lagi, Ummi lena sambil susukan Haseena. Tiba-tiba rasa macam kaki kena pegang, celik je mata tengok adik dah ada kat hujung katil. Pindah lagi. Dan... Ummi tak tahu berapa kali ulang alik  ke bilik utama dan bilik pinky. Nasib tak pengsan, cuma ting tong je, hehehe...

Malam ni tak tau lagi. Harap-harap kakak dan adik akan terbiasa tidur di bilik sendiri. Tahun depan kakak dah 7 tahun, takkan nak tidur dengan ummi lagi kan. 

Oh, Ummi sangat letih 2 hari ni tapi demi kamu berdua yang sangat disayangi, ianya tidak mendatangkan masalah besar buat ummi dan abah...