Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 25, 2011

Pusat Tahfiz Amal?

22/04/2011, lebih kurang 7.30 malam - Sebelum sampai ke rumah, suami berhenti di stesen minyak Petronas Subang Bestari untuk mengisi minyak. Kebiasaannya begitulah, suami lebih suka mengisi minyak sebelah malam daripada pagi. Sudah 2 kali mengisi minyak kami masih terjumpa remaja perempuan yang sama meminta derma daripada orang ramai di situ.

Kali ini saya nekad 'mengumpannya'. Sewaktu dia menghampiri kereta kami, salam diberikan seperti kebiasaan budak2 yang meminta derma. Kedengarannya seperti dialog yang telahpun dihafal. Belum pun habis dialognya itu, suami terus memberikan RM5.00 sebagai derma. Kami mula meramahkan mulut.

"Adik dari mana?" suami memulakan perbualan.
"Dari Kedah."
"Jauhnya dik, tak sekolah ke?"
"Kami sekolah tahfiz swasta kak. Hafal Quran je," jawab remaja terbabit.
"Oh camtu, abihtu datang sni tak hafal Quran la yer. Memang takde belajar macam sekolah lain ke? Bahasa Melayu, Matematik...?" soal saya.
"Takde kak."
"Dah berapa lama kat sni?"
"Seminggu dah."
"Seminggu? Lamanya. Datang sorang ke dengan kawan?"
"Dengan kawan2. Sekali dengan Ustaz la."
"Kawan2 kat mana? Awak sorang je kat sni?" soal saya lagi.
"Kawan2 kat tempat lain."
"Ustaz hantar awak pukul bape kat sni? Nanti dia ambik bila?"
"Dia hantar kul 3 camtu la, nanti kul 8 dia ambik balik."
"Makan camne dik?"
"Nanti balik Ustaz bagi la makan kak."
"Emm... tido kat mana dik?"
"Kat rumah sedara Ustaz."
"Kat mana?" bertubi-tubi saya menyoalnya.
"Sungai Buloh."
"Ok, hati2 ye dik. Jaga diri elok2."
"Terima kasih kak. Semoga Allah membalas jasa akak... bla, bla......" dialog yang saya biasa dengar apabila kita menderma kepada budak2 seperti ini. Baru je dia berpaling nak beredar...

"Dik, nak resit.." nasib la suami teringat nak mintak resit.

Remaja terbabit segera mengoyakkan resit dan menghulurkannya kepada suami.

Di dalam kereta, saya membelek resit tersebut. Aik, sepuluh ringgit? Kami cuma bagi RM5.00 jer. Hmmm.. sebenarnya resit ini sudah siap2 ditulis nilai dermanya.

Berikut details yang terdapat pada resit terbabit.

Pusat Tahfiz Amal
Km. 17. Jalan Yan Kuala Kedah
Mkm. Kangkong
06600 Alor Setar,
Kedah.
No. Telefon : 04-7647640 / 019 3893544

Persoalannya ialah....
1. Betul ke pusat tahfiz ini wujud? Jika memang wujud pun, sahkan penubuhannya? Siapa yang memantaunya?
2. Mengapa perlu menggunakan pelajar2nya untuk mengutip derma sekolah?
3. Tidak belajarkah pelajar2 yang mengutip derma ini? Bila pula masanya untuk menghafaz Al Quran?
4. Tahukah ibu bapa mereka akan kegiatan anak2 mereka ini?
5. Terjaminkah keselamatan mereka?

Sebenarnya terlalu banyak persoalan yang berlegar di kepala yang tak mampu kami jawab... Kasihan anak2 ini, bagaimana ya untuk kita bantu mereka?

Semoga Allah memberikan perlindungan kepada anak2 ini...

4 comments:

Minda Kini said...

Macam-macam penipan sekarang menggunakan nama pusat tahfiz dan amal

ساريده سنين said...

Kesian anak2..dipergunakan utk buat kutipan derma..

siti aishah omar said...

assalamualailum...dekat area skudai, jb ni pun ada kes macam ni jugak...nak harapkan pihak berkuasa sepenunya pantau pun x boleh...so kite kena ambik tindak kan seperti laporkan kejadian sebegini kepada jabatan kebajikan masyarakat (jkm) selalunye jkm yang handle kes2 macam ni...kes macam ni da dikira MENGEKSPLOTASI manusia...

aizamia3 said...

macam manalah keadaan mereka sebenarnya kan.. dilayan dengan baik? dipukul? dipaksa..?
moga anak2 itu selamat dari perbuatan yang tak baik hendakNYA..