Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 8, 2011

Sampah

Rabu lalu saya sekeluarga singah di pasar malam berhampiran rumah. Selepas selesai membeli makanan kerana saya tidak akan memasak malam itu, kami berjalan pulang seperti biasa.

Tika menghampiri kereta, pandangan saya tertangkap kepada sebuah van yang sangat uzur. Pada perkiraan saya, ianya memang digunakan asal boleh jalan sajalah. Dengan tiada cermin di belakangnya, saya jatuh kasihan kepada pemilik van tersebut walaupun saya sendiri tidak tahu siapa orangnya.

Saya sedar ketika menuju ke kereta, ada 2 orang budak lelaki mungkin berumur 10 dan 11 tahun berjalan di belakang kami. Sampai ke simpang mereka mendahului kami. Dan ketika kaki melangkah masuk ke dalam kereta, saya nampak budak lelaki tadi masuk ke dalam van uzur tu. Mereka membawa makanan untuk dimakan di dalam van. Fikir saya, kesiannya budak2 ni. Agaknya ibu bapa mereka menjadi penjual di pasar malam tu. Mula la saya teringat zaman susah saya dulu, walaupun mereka jauh lebih beruntung kerana ibu bapanya masih mampu memiliki sebuah van sedangkan ibu bapa saya tidak.

Tiba2 darah saya menyirap. Tahu kenapa? Salah seorang daripada mereka telah membuka pintu van dan mencampakkan plastik bungkusan makanan ke luar tanpa sedikitpun rasa bersalah. Jujur saya katakan, peratus kasihan saya menjunam jatuh. Saya memang sangat anti dengan orang yang sesuka hati membuang sampah merata-rata! Tak kira la kecik ke, besar ke, muda atau tua ..

Saya tak tahu di mana silapnya, ibu bapa yang tidak mendidiknya atau budak2 tu yang tidak mendengar kata. Rasa macam nak keluar dan suruh budak2 tu kutip sampah tu balik. Tapi suami dah mengundurkan kereta, anak kecil saya pun dah merengek minta disusukan.

Setakat ni saya sanggup mengumpul sampah di dalam kereta daripada saya buang keluar. Biarlah sampai ke destinasi baru saya cari tong sampah. Saya tak sanggup nak mengotorkan bumi kita walaupun hanya dengan sehelai tisu. Saya sangat sayangkan alam kita ni, tiada penggantinya.

Saya tak nafikan masih ramai di antara kita kurang ataupun memang tidak ada kesedaran untuk menjaga alam sekitar dengan sebaiknya. Lihat sajalah dimana pun, keliling kita masih ditimbuni sampah sarap. Tak sesak ke mata bila melihatnya. Saya pohon sangat kepada semua, ringan2 kanlah tangan untuk membuang sampah di tong sampah yang disediakan. Kalau memang takde tong sampah, kumpul dulu dan buang di tempat lain yang ada tong sampah.... Saya mohon sangat2 ye....

No comments: