Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

Virus Malware kembali menyerang!

Saya sangat sedih hari ini... kerana terpaksa 'remove' blog Che Det walaupun buat sementara waktu. Virus malware kembali menyerang, kebanyakannya kepada blog2 yng mendapat top ranking...

Saya sangat suka membaca blog bekas pemimpin terkenal ini. Banyak perkara yang saya pelajari. Harap2 blog Che Det kembali baik seperti sediakala. Mungkin kawan2 boleh rujuk di sini :

Adik dah tumbuh gigi

Alhamdulillah, adik dah tumbuh gigi, 2 batang sekaligus :) Kami sekeluarga sangat gembira, mana tidaknya.. Adik dah pun berusia 1 tahun 3 bulan, sangat lambat untuk nampak batang gigi yang jernih tu keluar daripada gusinya. Syukur sangat sebab adik tak demam pulak...

Kakak dulu belum setahun dah tumbuh gigi tapi jalan lambat, 1 tahun 2 bulan baru bertatih. Masa tu ramai yang cakap kakak 'chubby' sangat, tak larat nak angkat badan. Hahaha.. Adik ni pulak kurus dan kecik je, tu yang cepat berjaalan tu, 2 minggu sebelum genap umurnya setahun. Adik ni tak pandai cakap lagi, dia pun jenis tak banyak mulut. Berbeza sangat dengan kakak. He3..

Sekarang, saya dan suami sedang melihat pembesaran anak2 mengikut peringkat. Setiap hari kami perlu belajar tentang perkara baru mengenai anak2. Semoga kakak dan adik membesar dengan sihat...

Kebun kecil abah dan mak












Ahad 27/3/2011, Sungai Kemahal, Triang - Pagi2 lagi adik dan kakak dah keluar rumah, apalagi kalau bukan ronda2 di kebun atuk. Jadi memang kebiasaannya saya akan mengajar dan bercerita tentang tumbuhan2 sekitar kebun kecil abah tu kepada anak2. Memang kakak sangat banyak bertanya, adik sekadar duduk di dukungan saya. Tersengih2, ye la dia belum pandai bercakap lagi. Hanya 'air' dan 'abah' je dia pandai sebut.

Yang seronoknya di rumah mertua saya ni ialah kerajinan abah dan mak bercucuk tanam, walaupun tak besar tapi sangat mendamaikan saya. Tumbuhan di sekitar rumah memang terjaga rapi, saya memang tabik pada diorang :) Pokok2 bunga yang menghiasi laman memang sangat sesuai untuk saya dedahkan anak2 dengan tumbuh2an. Kalau di pasaraya saya akan kenalkan anak2 dengan pelbagai jenis ikan dan sayur2 yang tidak ditanam di sekitar rumah. Contohnya kubis, lobak merah dan putih, cendawan dan lain2 lagi.

Saya sangat mengimpikan sebuah kebun kecil seperti ini di kediaman saya, ianya masih dalam proses penyelenggaraan :) Semoga saya dan suami cukup kuat dan sabar untuk mengerjakannya kerana kami sering dihambat waktu!

Friday, March 18, 2011

Duit.. duit.. duit...

Awal 2011 ni saya sekeluarga betul2 diduga. Dengan kesihatan kami terutamanya adik, membuatkan kami berulang alik ke klinik dan hospital entah berapa kali. Bil jangan cakap la, tapi demi kesihatan saya tak kisah.

Awal bulan 3 ni keta pulak kena hantar bengkel. Accident betul2 kat aras 2 PWTC tu. Pintu belakang belah kiri memang kena ganti. Mana yang kemek tu mesti kena ketuk, cat lagi. Petang nanti saya nak pegi ambik, dah siap. Woohhaa.. rindu sangat2 kat buah hati saya tu. Macam mana la rupanya yer.... Sabar, sabar...

Minggu lepas tangki air plak tersumbat. Selama 11 hari saya sekeluarga terpaksa menggunakan air sinki dapur semata2. Jenuh la menyimpan air dalam baldi utntuk segala keperluan. Susah betul bila air ada masalah ni. Tu pun dah bape hengget kena bayar kat tukang paip tu. Petang ni lagi. Berpinau mata saya sekejap mengira duit. Hu3... Allah sedang menguji kami kan. Harusnya redha dan muhasabah...

Wednesday, March 16, 2011

Nak tengok...


Sekarang saya sangat teringin untuk menonton filem ini.... Anda dah tengok? Dengarnya hebat bagi sebuah filem hasil tangan anak Melayu :)

Malu, nak tutup muka ngan tudung saji bule?

Pagi tadi saya sangat lewat bangun, 6.30 pagi. Itu pun mujur cik abang yang sedar. Adik dan kakak pun tidur lena malam tadi. Maka, dalam keadaan yangs sangat kelam kabut untuk menunaikan segala kewajipan, kami sama2 terlupa.

Ya, dalam kereta baru saya sedar. Pampers adik tak salin pun. Hu3... selama 4 tahun ni la kan kami tak pernah lupa tukar pampers anak2 bila hantar ke rumah babysitter. Sungguh saya malu bila nak cakap pada baysitter tadi... Rasa cam nak tutup muka ngan tudung saji jer...

Sungguh kurang ajar

Sungguh kurang ajar! Pihak berkuasa sila ambil tindakan!

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


· Sila ceritakan latar belakang anda ..
Seorang yang sederhana, sangat sukakan kedamaian dan menyukai warna2 alam. Sudah berpunya dan mempunyai.. he3.. Mempunyai sebuah keluarga yang besar, saya anak sulung. Sangat sensitif dengan isu2 alam dan keibubapaan. Bila diam itu tandanya sedang marah.
· Profesion anda sekarang ?
Susah sket nak jawab bab ni… hu3.. Biasa2 jer..
· Blog favourite anda .. kenapa ?
Suka tul ngan blog ni :
1. http://www.benashaari.com/ : dapat kawan ramai.. ngeh3
2. http://www.mazidulakmal.com/ : dapat tahu berita terkini dan tentang masalah sesuatu tempat
3. http://dill-cakes.blogspot.com/ : gaya deko En. Dill sangat la menarik hati..
4. ummizaihadi-­homesweethome.­blogspot.­com : sebab saya suka makan.. boleh tiru resepi
· Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
Belum ada lagi. Saya suka merayap bila free… J
· Impian anda terhadap blog anda ..
Menjadi tempat catatan dan kenangan untuk keluarga. Juga menambah kenalan. Mungkin juga sebagai sumber rujukan mana2 ilmu dan pengalaman yang saya catatkan kat situ. Kira kongsi cerita la…

Monday, March 14, 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA


Rasa terpanggil nak join segmen si Abg. Ben ni ha....

LELAKI pilihan anda ?
Lelaki yang memberikan ketenangan dalam hidup saya. Dalam erti kata lain menjadi lelaki seperti yang dituntut oleh agama J

Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
Terpulang pada pasangan masing2 samaada nak yang seksi atau pun tidak… Kalau saya, tak nak la lelaki yang seksi sebab nanti orang lain kebas, ekeke… Boleh ke jawapan cam gitu. Hahaha… Biarlah saya aje yang tau kat mana seksinya lelaki istimewa saya tu…

LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
Alhamdulillah, selepas memiliki saya rasanya lebih banyak si dia berkorban untuk saya. Maka, bukanlah si dia berkorban hanya sebelum memiliki saya sahaja…

Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
Siapalah saya untuk menidakkan hukum Allah yang telah pun termaktub di dalam Al Quran. Saya mahu menjadi hamba Nya yang taat selain daripada ingin menjadi sebaik2 isteri didunia dan akhirat buat suami. Cuma, persekitaran hidup bermadu sekarang ini sedikit sebanyak memberikan gambaran buruk tentang bagaimana rupanya hidup berkongsi kasih. Bukankah kaum lelaki itu pemimpin, jika dia gagal mengemudi kapal yang pertama bagaimana pula dia hendak mengemudi kapal yang kedua atau seterusnya. Kalau dengan hidup bermadu itu lebih menguatkan iman suami dan isteri, siapa yang tak mahukan? Lelaki perlu memainkan peranan yang sangat besar, amanah yang dipikulnya itu perlu digalas sebaik mungkin. Syurga atau neraka di tentukan oleh amalannya. Marilah kita hayati yang tersurat dan tersirat di sebalik kisah Siti A’isyah yang sedikit mencemburui Siti Khadijah… Fikir2kan… (Jika saya tersilap, tegur ya…)

Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
Selidik terlebih dahulu. Muhasabah diri. Cari jalan penyelesaian. (Tak boleh nak bayangkan bagaimana nak mengawal hati supaya tetap tabah dan berfikiran rasional pada masa tu..) Oh tidak!!!!!!!!!!!!!!!

LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
Bukan soal gender dalam sikap curang terhadap pasangan. Semuanya bergantung kepada hati dan cara kita menangani godaan yang datang. Zaman sekarang ruang yang terbuka luas memungkinkah sesiapa pun untuk curang walau pada asalnya tiada niat langsung untuk curang. Allah dan agama adalah benteng terbaik dalam mencari perlindungan dan kekuatan.

SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Mungkin perempuan. Bukti? Saya takde bukti yang spesifik tapi rasanya sikap semulajadi perempuan memang begitu…

Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
Tidak.

Sunday, March 13, 2011

Tsunami sudah 3 hari berlalu

Saat saya menulis ini, sudah 3 hari Jepun dilanda tsunami yang maha hebat itu. Hati sangat tidak keruan tatkala menatap gambar2 di dada akhbar mahupun di tv. Pada Jumaat petang apabila telefon berdering menandakan ada sms yang datang sungguh tak disangka berita yang datang amat meruntun jiwa. Segera teringat kepada sahabat yang berada nun jauh di sana.

Segera saya cuba mendapatkan info terkini mengenainya. Alhamdulillah mereka sekeluarga selamat. Semoga Allah merahmati Czar, kak Ruby, Isra' yang comel dan Iman yang sangat cerdik tu...

Marilah kita sama2 berdoa semoga rakyat Jepun tabah dan selamat dalam mengharungi dugaan yang sungguh hebat ini. Apa lagi yang hendak dikatakan, nyawa orang yang tersayanglah paling diutamakan. Tahniat juga buat pasukan penyelamat Malaysia yang bersiap sedia untuk membantu di sana nanti.

Alamak, anak kecil saya dah datang, Saya tangguhkan dulu catatan ini yer...

Friday, March 11, 2011

Surau untuk solat Jumaat di Puduraya

Alhamdulillah... akhirnya Puduraya akan siap juga, bertambah baik dengan adanya surau untuk solat Jumaat. Ianya pasti memudahkan para pengguna untuk menunaikan solat Jumaat, jadi kepada kaum lelaki Muslim... anda tiada alasan lagi untuk meninggalkan solat Jumaat ye!

Thursday, March 10, 2011

Kak Melur... meh la datang rumah saya...

Sebenarnya saya baru je merayap ke blog kak Melur. Kiranya nak join segmen 'Melur Jelita Datang', tapi tak tau la betul ke tak apa yang saya buat ni. Kalau salah cakap ye kak Melur, he3....
Salam perkenalan daripada saya yang baru nak belajar blogging nih....

Monday, March 7, 2011

Sangat letih.................

Badanku masih sakit2, sengal2.... Ya, semenjak 2 minggu lalu ummi kurang rehat dan kurang tidur. Itu belum dikira awal 2011 ni, kami sekeluarga tak duduk diam di rumah bila weekend datang. Hurrmm.... bila nak bersantai2 ni..

Badan ni bila penat mula la tak mau tidur lena, kepala sakit, badan tak sedap......... Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga.

Adik cirit birit

Pada 21hb hingga 25hb Februari yang lepas, ummi terpaksa bercuti di rumah. Kuarantin. Sape yang kuarantin? ya... jawabnya ialah Adik.

Si kecik kesayangan ku itu telah cirit-birit bermula pada 19hb Februari hingga 3hb. 4hb Mac tu baru la Adik betul2 sihat. Tak cirit birit lagi. Selama itu la rumah ku penuh dengan sidaian kain lampin yang putih lagi suci bersih tu. Selain cirit birit, adik pun demam tapi Alhamdulillah suhunya hanya mencecah 37.8C. Dan sekarang, terpikir pulak nak pakai CD untuk si Adik, alang2 pakai lampin kan...

Selama itu la Adik tidak memanjat sana sini. Dia menjadi seorang kanak2 yang sangat baik dan penyantun orangnya :) Tapi..... bila dah sihat... aktif tak hingat! He3... Sampaikan Pak Ngah dan Achik nya pusing kepala....

Selain daripada ke klinik, adik juga mendapat rawatan susulan di hospital. Alhamdulillah, Adik tidak ditahan di wad kerana kandungan airnya masih normal. Sekarang, ummi sangat lega bilamana melihat si kecik yang agak 'nakal' tu dah mula tersengih2, panjat sana sini, kacau kakak bila kakak tidur.... Kami sekeluarga dah mula keletihan melayan dia bermain.. :)

Friday, March 4, 2011

Semenjak semalam ummi langsung tak berselera nak makan. Semalam cuma jamah roti parata yang digoreng dek Angah. Pagi tadi beli mee goreng tapi sesuap jer makan, selebihnya bagi kat opismate. Memang tak tertelan. Lunch tadi beli nasi berlaukkan hati goreng, pun masih tak dapat mencuri selera tekak...

Sabarlah hati, jangan diikutkan dek perasaan...

Thursday, March 3, 2011

Kifarah

Hatiku sedang gundah gulana.... Aku cuba belajar untuk menerimanya dengan redha. Mungkin ianya kifarah atas apa jua yang telah aku lakukan. Samaada secara sengaja atau tidak, sedar atau tanpa sedar, kecil atau besar............ Allah masih sayangkan aku, itu peringatan supaya aku tidak lalai.

Syukur Ya Allah, Engkau sentiasa berada di sisiku...