Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 7, 2011

Adik cirit birit

Pada 21hb hingga 25hb Februari yang lepas, ummi terpaksa bercuti di rumah. Kuarantin. Sape yang kuarantin? ya... jawabnya ialah Adik.

Si kecik kesayangan ku itu telah cirit-birit bermula pada 19hb Februari hingga 3hb. 4hb Mac tu baru la Adik betul2 sihat. Tak cirit birit lagi. Selama itu la rumah ku penuh dengan sidaian kain lampin yang putih lagi suci bersih tu. Selain cirit birit, adik pun demam tapi Alhamdulillah suhunya hanya mencecah 37.8C. Dan sekarang, terpikir pulak nak pakai CD untuk si Adik, alang2 pakai lampin kan...

Selama itu la Adik tidak memanjat sana sini. Dia menjadi seorang kanak2 yang sangat baik dan penyantun orangnya :) Tapi..... bila dah sihat... aktif tak hingat! He3... Sampaikan Pak Ngah dan Achik nya pusing kepala....

Selain daripada ke klinik, adik juga mendapat rawatan susulan di hospital. Alhamdulillah, Adik tidak ditahan di wad kerana kandungan airnya masih normal. Sekarang, ummi sangat lega bilamana melihat si kecik yang agak 'nakal' tu dah mula tersengih2, panjat sana sini, kacau kakak bila kakak tidur.... Kami sekeluarga dah mula keletihan melayan dia bermain.. :)

No comments: