Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

Kebun kecil abah dan mak












Ahad 27/3/2011, Sungai Kemahal, Triang - Pagi2 lagi adik dan kakak dah keluar rumah, apalagi kalau bukan ronda2 di kebun atuk. Jadi memang kebiasaannya saya akan mengajar dan bercerita tentang tumbuhan2 sekitar kebun kecil abah tu kepada anak2. Memang kakak sangat banyak bertanya, adik sekadar duduk di dukungan saya. Tersengih2, ye la dia belum pandai bercakap lagi. Hanya 'air' dan 'abah' je dia pandai sebut.

Yang seronoknya di rumah mertua saya ni ialah kerajinan abah dan mak bercucuk tanam, walaupun tak besar tapi sangat mendamaikan saya. Tumbuhan di sekitar rumah memang terjaga rapi, saya memang tabik pada diorang :) Pokok2 bunga yang menghiasi laman memang sangat sesuai untuk saya dedahkan anak2 dengan tumbuh2an. Kalau di pasaraya saya akan kenalkan anak2 dengan pelbagai jenis ikan dan sayur2 yang tidak ditanam di sekitar rumah. Contohnya kubis, lobak merah dan putih, cendawan dan lain2 lagi.

Saya sangat mengimpikan sebuah kebun kecil seperti ini di kediaman saya, ianya masih dalam proses penyelenggaraan :) Semoga saya dan suami cukup kuat dan sabar untuk mengerjakannya kerana kami sering dihambat waktu!

No comments: