Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 13, 2011

Tsunami sudah 3 hari berlalu

Saat saya menulis ini, sudah 3 hari Jepun dilanda tsunami yang maha hebat itu. Hati sangat tidak keruan tatkala menatap gambar2 di dada akhbar mahupun di tv. Pada Jumaat petang apabila telefon berdering menandakan ada sms yang datang sungguh tak disangka berita yang datang amat meruntun jiwa. Segera teringat kepada sahabat yang berada nun jauh di sana.

Segera saya cuba mendapatkan info terkini mengenainya. Alhamdulillah mereka sekeluarga selamat. Semoga Allah merahmati Czar, kak Ruby, Isra' yang comel dan Iman yang sangat cerdik tu...

Marilah kita sama2 berdoa semoga rakyat Jepun tabah dan selamat dalam mengharungi dugaan yang sungguh hebat ini. Apa lagi yang hendak dikatakan, nyawa orang yang tersayanglah paling diutamakan. Tahniat juga buat pasukan penyelamat Malaysia yang bersiap sedia untuk membantu di sana nanti.

Alamak, anak kecil saya dah datang, Saya tangguhkan dulu catatan ini yer...

2 comments:

syAfA said...

AMIN..

moga mintak kuatkan jiwa pnduduk disana..

ummi said...

Ye.. begitulah hendaknya. Kita di sini pun sentiasalah berwaspada. Amaran Allah tu..