Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 30, 2009

Sesuatu yang menarik untuk dicuba

Jauh ummi merayau sampai terjah ke blog yang tak pernah diterjah pun sebelum ni. Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama kawan2. Ummi dengan ini menyatakan sesuatu yang menarik ini telah dicopy paste daripada http://d-n-n-a.blogspot.com melalui http://mypreciousever.blogspot.com....TQ yer kerana berkongsi sesuatu yang menarik ini :p Sila cuba yer...

1) key-in the first 3 digits of your handphone number (not the 01x number) into the calculator
2) multiply by 80
3) add 1
4) multiply by 250
5) plus last four digits of phone number
6) plus last four digits of phone number again
7) minus 250
8) last but not least, divide by 2

Kisah di pagi hari Rabu, 30 September

Sejak daripada semalam aku dah mula sakit2 kat tulang punggung. Tido pun tak lena, asyik terjaga jer. Kakak pun sama padahal baru seminggu ni aku sangat tenang ketika tido sebab kakak tak bangun malam lagi. Alih2 malam tadi dia pun skali terjaga. Suh garu, gatal la, sakit la... macam2 kakak ni...

Sudahnya dalam kul 5.15 gitu kakak bangun mintak air. Aku pun bangun. Mak ai, anak dara aku ni minum macam baru lepas berlari. Dahaga tul sampai berbunyi dia meneguk air tu. Lepas abih minum dia terus ke ruang tamu bukannya bilik tidur.

"Ummi, nak engok tv. Upin."

Haa... apakah anak aku ni mengigau? Oh tidak. Memang gitulah dia kalu bangun pagi. Upin, Upin, Upin... Agaknya sebelum tidur tu kepala dia dah set nak tengok Upin kut. Ntah la... Aku pun bukak la tv pasangkan DVD Upin, Geng tu... rasanya aku dah hafal sangat jalan cerita Upin ni. Tapi kakak tak pernah jemu.... Dia dan Upinnya tetap bersama.

Dah alang2 jaga ni aku pun terus masuk dapur. Nak masak kuetiaw goreng la. So, aku pun ambik la bahan2 untuk memasak. Dengan harapan yang tinggi, aku memasak dengan tenang sekali supaya hari ini bermula dengan baik dan penuh ceria. Ye la, aku kan dah lama tak masak gara2 alahan teruk.

Tapi... sebaliknya yang berlaku.... Pagi2 lagi mood aku telah berubah warna daripada warna terang ceria bertukar kepada warna gelap yang sedih, kelam. Buummmm... jatuh merudum mood aku. Tau kenapa?

Kakak main bedak. Sapu kat muka macam topeng gomak. Dah tu tabur atas lantai sampai masuk bilik tidur. Masa tu aku sabar lagi. Tegur dia dengan cara yang baik supaya lain kali jangan buat lagi. Elok2 masa aku pegi bilik ambik towel, dia main air. Curah2 kat bahagian dapur kering kami. Keluar bilik aku terus terduduk. Kakak.... apa ni.... Aduhai bertuahnya anak.

Macam banjir dah rumah kami. Rasa nak meraung jer masa tu. Ya Allah, hanya Engkau yang tahu bagaimana perasaan hamba Mu ini masa tu. Memang aku marah kakak. Mana taknya, boleh terjatuh tau kalu terpijak air tu. Air mata dah nak meleleh dah tapi aku tahan. Aku taknak marah2 dan sedih2 tapi kakak dah buat ummi jadi sebaliknya...

Ya, pagi ini ummi tidak ceria. Tidak gembira + sakit tulang punggung + sakit kepala. Oh tidak... aku tak mau dipengaruhi oleh mood tidak baik sepanjang hari. Tolonglah pergi jauh mood2 yang tidak bagus itu.... Pergi! Pergi! Aku mau bertenang saja....

Pagi tadi pun hujan turun seolah2 macam faham je perasaan aku. Nampaknya emosi ku sedang bercelaru lagi. Mula la nak sedih2 ni walaupun dah menjelang 1030 pagi. Kepada kakak... Ummi mintak maaf banyak2 sebab pagi2 hari lagi kakak dah kena marah. Bukan itu maksud ummi. Lain kali jangan buat lagi ye sayang... Harap2 anak ummi ceria dan sihat di bawah jagaan nenek Ina. Petang ni kita jumpa yer...

Monday, September 28, 2009

Lahirnya Wan Muhammad Naqiuddin

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga atas kelahiran cucu mak yang kedua pada hari Ahad, 27 September 2009 di Hospital Ipoh, Perak. Wan Muhammad Naqiuddin Bin Mohamad Salahuddin nama diberi. Teruja sungguh dengan kehadiran baby boy adik lelaki ummi ni... mana taknya, mak ayah dah dapat sepasang cucu. Tahun depan dapat sorang lagi InsyaAllah.

Yong ucapkan selamat datang ke alam ibu bapa buat Yeop dan Wan. Haaa... korang rasa la camner cabarannya jadik mak bapak ni. Hehehe... sebelum ni korang asyik sakat Nawal jer kan...

Tahniah buat seluruh ahli keluarga dengan kehadiran baby baru ni... Bartambah ramai la kaum kerabat kita. Dan.... bertambah gak la duit raya tahun depan, hahaha.....

Tuesday, September 8, 2009

Cik abangku merantau lagi...

Arini cik abangku merantau lagi... maybe Jumaat baru balik. Sedih sangat... :( harap2 kakak tak meragam bila 'teman sepermainannya' outstation. Semalam pun kakak dah mula buat perangai. 2 kali berjaga malam tadi. Pertama kul 12.50 malam, pastu 3.00 pagi lak. Dah tu taknak tidur, nak tengok tv sambil minum air. Sudahnya aku pun tak tidur sampai bersahur tadi. Lepas Subuh tu rasa letih dan mengantuk yang teramat sangat, jadi aku pun tidur la sekejap. Dalam 15 minit kut.

Kul 7.00 cik abang gerak. Masa nak bukak mata dan nak bangun tu punya la seksa. Maybe aku rasa letih sangat2 ni sebab dari weekend lepas kami ke hulu ke hilir menguruskan rumah yang satu lagi. Berbuka pun dalam kereta, malam baru sampai rumah. Tapi aku gagahkan juga untuk ke opis tadi.

Nampaknya sampai Jumaat ni aku berbuka ngan kakak je la gayanya. Ummi tengok kakak, kakak tengok ummi... Buat cik abang yang tercinta... Semoga sukses dalam menjalankan tugas, jaga diri baik2, hati2 di perjalanan dan semoga selamat sampai ke pangkuan kami...

Thursday, September 3, 2009

Berbuka Puasa 1

Semalam aku berbuka dengan lauk kedai jer. Ikan kembung pedas, sup ekor, kailan masin dan perut masak lemak tempoyak bersama rebung (ni babysitter Nawal yang kasik). Dua kali aku tambah nasi tau, selera betul makan semalam. Hehehehe.... Ye la sebelum ni aku memang takde selera makan langsung. Tu yang berat badan jatuh merudum walaupun berbadan dua. Mengandungkan kakak dulu pun terkena bulan puasa tapi masa tu baru 2 bulan lebih. Memang tengah mabuk gila, 4 hari tak puasa. Yang kedua ni aku sangat berharap untuk berpuasa penuh tapi aritu masa demam dah tak puasa sehari. Sayangnya... tak dapat penuh jugak Ramadhan kali ni.

Sepanjang aku preggy anak yang kedua ni memang banyak dugaannya. Mabuk pun kemain lagi hebatnya berbanding dulu. Sekarang ni dengan takleh masaknya, air liur yang bercampur kahak, muntah, sakit kepala dan berbagai ragam lagi buat aku betul2 tak selesa. Dah lima bulan preggy pun aku masih tidak secergas dulu. Bukanlah nak membandingkan dengan kandungan dulu tapi perbezaan alahan yang aku alami membuatkan rasa lebih insaf menyelinap dalam diri.

Setelah jadi ibu barulah aku tahu susah senang bergelar seorang ibu. Tekanan lebih lagi aku rasai bila kakak buat perangai manja-manjanya. Nak dukung la, nak garu la, nak itu dan ini yang sangat menguji kesabaran... Bertambah sengsara bila hubby ku outstation. Ya Allah hanya Engkau yang tahu...

Ishhh... entry ni aku nak citer pasal berbuka la. Ni dah melalut lak syahdu syahdan... Sorry yer. Memang boleh dikira berapa kali aku masak dalam Ramadhan ni. Pantang tul aku bau minyak masak, bawang putih, halia.... haduiiihhh. Tu kan rencah dalam masakan orang Melayu, takde tak sedap le kan. Bukan hanya aku yang tak memasak tapi aku juga melarang sama sekali cik abangku untuk memasak. Sakit kepalanya tak boleh nak digambarkan.

Klu neighbour aku masak pun aku boleh bau. Ye la duk umah tinggi cam sekarang ni, mana nak larinya daripada bau dapur kan. Takkan nak larang diorang masak plak. Tiger balm tu la jadik teman setia. Kadang2 tu aku masak gak, cuba melawan rasa sakit yang datang. Abih masak aku pun trus baring dan cuba tidur untuk hilangkan rasa sakit kepala. Tapi ye la takkan setiap hari camtu. Terbengkalai la keja rumah, sian plak cik abang kena buat semua. Nak layan kakak lagi...

Arini tak tau lagi nak berbuka dengan apa. Malas nak fikir, balik nanti baru decide... Klu aku rajin, sok ada la entry berbuka puasa lagi....