Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 11, 2014

Tatkala rindu bertamu di hati Inshirah

Sepanjang hujung Februari dan Mac ini jadual abah nampaknya sedikit penuh. Bagi Ummi ianya adalah perkara biasa walaupun saat-saat ini peranan abah lebih dominan di rumah. Bila abah outstation tentulah segala keperluan perlu dipenuhi oleh Ummi secara sendirian.

Apa yang menarik ingin Ummi kongsikan di sini ialah beberapa komen Inshirah terhadap abah kesayangannya itu.... 

Pertama, tatkala abahnya berada nun jauh di utara Perlis, saban hari dia bertanyakan bila abahnya akan pulang. Sehinggalah petang Ahad lalu, dia mengatakan..

"Work, work, work, work aje..," luahnya sambil bermain. Ummi hanya ketawa kecil kerana sangat faham akan kerinduan yang dipendamnya.

Kedua, malam semalam tatkala abah berbual bersamanya...

"Abah dah lama tak balik rumah S.... B...." 

Erkk...komen yang ini tak mampu Ummi tangkis kerana dia tak pernah berkata sebegitu. Memanglah Ummi ketawa tetapi sedikit sebanyak jiwa ini terasa syahdunya. Kalaulah boleh tak ingin sekali berjauhan dengan abah tapi dek kerana tuntutan tanggungjawab haruslah hati ini redha dan memahami. Dah hampir 8 tahun, Ummi sangat faham dengan tugasannya. Tapi anak-anak kecil ini apalah yang difahaminya melainkan rasa rindu kepada ibu bapanya tatkala berjauhan...




Monday, March 3, 2014

Alhamdulillah, kembali sudah...

Alhamdulillah… Ummi kembali semula setelah kian lama tidak menulis apa-apa di dalam blog kecil ini.



Bukanlah sengaja meninggalkan nota hati ini tanpa sebarang jejak, namun atas faktor kesihatan berhabuklah sedikit tanpa disapu, ceewaahhh…

Alhamdulillah sekali lagi dengan segala kurnia Allah S.W.T. kerana Ummi kian sihat walau tidak segagah sebelumnya. Semoga makin hari makin sihat dan cergas menghadap hari-hari mendatang. Oh, Ummi bukanlah didatangkan dengan kesakitan yang sangat serius seperti orang lain tetapi kesihatan yang merosot ini banyak memberi kesan dalam hidup seharian. Ianya berita gembira buat kami sekeluarga cuma Allah menguji Ummi sebelum menerima pemberian istimewaNya nanti InshaAllah.

Hari ini 3 Mac 2014, bermakna kandungan Ummi telah memasuki 20 minggu. Ya, Ummi mengandung lagi, anak yang keempat. Syukur sangat kerana hajat tercapai cuma jalannya agak berliku sedikit seperti ketika mengandungkan kakak-kakaknya.


Kandungan kali ini juga telah dapat Ummi agak sebelum membuat pemeriksaan lagi dek kerana alahan yang dialami seperti muntah, sakit kepala, hilang selera makan dan pengeluaran kahak yang pekat serta banyak. Tapi Ummi benar-benar tidak berani untk menzahirkan rasa hati itu kerana kelewatan haidh belum melebihi seminggu pun. Cuma berkias-kias la dengan abah tentang tahap kesihatan yang membuatkan badan agak ‘lemau’ sejak kebelakangan itu.

Pada malam 3 Disember 2014, dek kerana rasa teruja Ummi telah membuat pemeriksaan sendiri namun keputusannya agak kabur. Subuh esoknya Ummi cuba sekali lagi dan ya, keputusannya jelas sekali Ummi memang mengandung lagi. Alhamdulillah, semoga Ummi dan kandungan ini selamat serta sihat hendaknya hingga tiba waktu bersalin nanti. Kami hanya benar-benar membuat pemeriksaan di Pusrawi Kota Damansara pada 26 Disember 2013, iaitu beberapa hari selepas kakak dan adik pulang ke rumah setelah bercuti di kampung.

Oh… kandungan keempat ini bukanlah atas dasar ‘Misi Mencari Muhammad’ tetapi sebaliknya memang hajat di hati untuk menambah bilangan ahli keluarga. Ummi dan abah benar-benar menerima dengan hati yang terbuka tak kira apa jantina sekalipun bayi ini nanti. Jika dikurniakan anak perempuan lagi, ianya tidak mendatangkan masalah pun. Sudah tentulah Allah Lebih Mengetahui kemampuan kami untuk membesarkan anak-anak perempuan.

Ramai yang mengusik kami akan jantina bayi yang sedang Ummi kandung ini. Sehinggakan apabila Ummi menyatakan Ummi tidak kisah jantinanya, ada yang tidak percaya. Kata mereka, tentulah kami mengharapkan bayi ini lelaki kerana telahpun dikurniakan anak-anak perempuan. Sungguh, kami redha dengan ketentuanNya. Kelahiran Inshirah dulu benar-benar telah mengubah persepsi kami tentang anak lelaki dan perempuan serta makna sebenar REDHA dalam kamus seorang Islam. Terima kasih ‘adik’ kerana lahirnya kamu memberi makna yang sukar difahami oleh orang lain.

Ok, rasanya cukup setakat ini dulu. Nanti kita jumpa lagi…