Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 23, 2009

menghitung hari

Ya, ummi sedang menghitung hari... Untuk apa ya? Tentulah menghitung hari dan masa untuk melahirkan adik kakak :) Sekarang dah 36 minggu. Cam tak caya jer dah nak sampai ke garisan akhir untuk melahirkan seorang lagi hamba Allah di muka bumi ni.

Doa ummi dan abah semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Mohon supaya kami sekeluarga berada dalam rahmat Allah selamanya. Ucapan untuk kakak.... "Selamat datang ke dunia kakak2 buat kakak Nawal. Kakak sayang adik kan... :)"

Monday, December 7, 2009

MC seminggu

Minggu lepas ummi langsung tak masuk ofis. MC sebab sakit mata. Ada yang kata bisul sebab mata ummi bengkak dan bernanah sebelah kiri ni. Actually sepanjang preggy ni dah 3 kali ummi sakit camtu. Sepanjang seminggu lepas Hari Raya Qurban tu penglihatan ummi hanya terhad sebelah mata sahaja. Sakitnya jangan cakaplah. Rasa nak terkeluar biji mata. Masa sujud lagi terasa denyutnya.

Bak kata kawan2 opis ummi, mata baby nanti InsyaAllah cantik sebab asyik sakit mata ajer. Hehehe.,.. ummi suka jer. 2 kali ummi g klinik. Khamis tu ubat dah abis dan doktor trus sambungkan MC ummi sebab bengkak masih tak surut. Nanah pun tak abis lagi keluar.

Untuk hari ini, ummi rasa mata ummi betul2 dah sihat walaupun masih ada parutnya. Semoga ummi bersemangat untuk terus bekerja hingga sampai waktunya untuk melahirkan adik nawal nanti....