Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 31, 2012

Susu dah merajuk

Sejak ummi outstation 1 hingga 8 Oktober (ikutkan plan asal sehingga 5hb sahaja) hari tu, susu ummi betul2 merajuk. Sampai hari ni 31hb, memang stok langsung takde. Malahan, lunch nanti ummi kena balik hantar susu ke nursery.

Perasaan? Oh sungguh stress dan sedih ok. Jadual perahan susu masa outstation tu memang tunggang langgang. Pagi perah, petang nanti baru ada masa untuk perah semula. Ya Allah, memang dugaan betul.

Sekali sesi perahan ummi cuma dapat 4oz lebih sedangkn dulu bole dapat sampai 12oz. Sungguh banyak bezanya. Kalau ikutkan stok yang terkumpul semenjak dalam pantang lagi, takde masalah sebenarnya. Tapi kejadian pintu peti ais tak tutup rapat betul2 buatkan ummi terduduk. Takde kata yang boleh membayangkan rasa hati masa tu.... Hikmah apa yang terkandung di sebalik semua ni tak ummi ketahui. Cuma, ummi mengharapkan semuanya berada dalam keadaan baik dan ummi tak patah semangat.

Isnin lepas ummi cuma tidur 4 jam lebih. Daripada 2 pagi sampai la 9 malam semalam ummi berjaga. Lepas tu 1.46pagi tadi terjaga semula sebab belum solat Isyak. Terus ummi buat power pumping dan iron baju. Tengah iron seluar abah Haseena jaga pulak, sudahnya sambil menyusukan ummi tertidur skali. Subuh tadi 6.15 baru tersedar. MasyaAllah... mujurlah power pumping tu lengkap 4 sesi.

Hasil pp? Huhuu... ummi hanya berjaya dapat 2oz lebih. Hmmm.... ummi nekad, ummi takkan patah semangat walaupun dalam sesi pp tu hanya angin yang keluar. Go go ummi... Haseena masih memerlukan susu yang banyak untuk membesar. Degilkah ummi? Rasanya tidak, hanya nekad yang ada dalam hati ni. Ikutkan saranan orang keliling yang kurang faham penyusuan ekslusif ni, dah tentu susu formula masuk dalam tubuh Haseena.

Oh semangat, teguhlah kamu berada di sisiku. Semoga ummi terus sihat untuk menyusukan Haseena. Terima kasih juga buat En. Hubby yang sangat baik dan memahami... (kerja rumah sekarang banyak tergalas di bahunya). saya dalam usaha memulihkan kesihatan dan ketahanan fizikal mental untuk menghadap semua ni. Teruslah menyokong saya tanpa jemu sayang...

Monday, October 22, 2012

Saya mahu rehat!

Allahhuakbar...

Saya benar2 penat. Rasa kosong, tiada jisim walaupun tapak kaki masih mampu diheret ke sana ke mari. Sugguh saya perlukan rehat yang secukupnya.... Ya Allah, berikan hambaMu ini ruang dan peluang untuk berbuat demikian.

Friday, October 19, 2012

Haseena di Tawakkal

Haseena tak sehat sekarang ni, sebenarnya termasuklah ummi sendiri. Ummi sakit gigi okey, huhuu.... Allah yang tahu hikmahnya...

Dah 3 hari kita duduk di Tawakkal ni sayang. Rindu ummi pada rumah kita kian sarat, namun kesihatanmu perlu diutamakan. Terima kasih tak terhingga buat abah yang menguruskan segalanya.

Cepat sembuh Haseena sayang

Wednesday, October 10, 2012

Ahmad Adam Syukri...

Sekian lama saya mengikuti perkembangan adik Ahmad Adam Syukri di FB. Baru hari ni ada kesempatan untuk menulis di sini. Setiapkali melihat perkembangannya, hati saya sangat tertusuk. Ya Allah, hanya Engkau yang lebih tahu akan hikmah yang terkandung dalam ujianMu...

Kesabaran ibu dan ahli keluarganya tidak terhitung bagi saya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bagi kita yang di luar ni, bantuan sokongan moral dan kewangan mahu pun apa jua sangatlah diperlukan. Bertahanlah dan teruskan semangat juangmu Adam kerana sangat ramai yang menyayangimu. Rasailah kehangatan kasih sayang keluargamu dan kami jua.

Maaf, saya tidak mampu mengatakan apa2 lagi. Sila klik FB Ahmad Adam Syukri untuk mengikuti perkembangan selanjutnya...

Saya hanya mampu share gambar adik Adam yang ini untuk tatapan semua...

**********************

update 19/10/2012


mengikut fb adik adam, kesihatannya bertambah baik. kulitnya juga semakin pulih dan ada perkembangan positif yang tentunya menggembirakan semua orang. Adam, ketahuilah bahawa betapa ramai orang di luar ni menyayangi kamu, mendoaksn kamu dan mengharapkan yang baik2 saja buat kamu dan keluarga. Kuatkanlah semangat juangmu Adam..



***********************

update 31/10/2012

adik Adam telah pun selamat diterbangkan ke HKL. Alhamdulillah, keadaan adik Adam kian menunjukkan perkembangan positif. Semoga adik Adam kuat dan sembuh secepatnya. Terima kasih kepada Hospital Sibu, Hospital Besar Ipoh, Kementerian Kesihatan dan Misi Sayang, Wanita UMNO kerana mengusahakan sesuatu yang sangat murni.  




*******************************

update 5/11/2012

Alhamdulillah, selepas menjalani operation tempoh hari adik Adam bertambah aktif. Update daripada FB semalam menyatakan Adam dah pandai menolak selimutnya dengan kaki.


*******************************

update 7/3/2013

KepadaNya kita kembali..... begitulah adik Adam yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Tenanglah Adam kerana sesungguhnya syurga menantimu.

Al Fatihah.

Tuesday, October 9, 2012

Haseena dah makan...



Alhamdulillah, Haseena dah mula makan pada 6 Oktober yang lepas. Banyak yang tumpah daripada masuk ke dalam mulut. Suap aje, diluahkannya semula. Tengok gaya bila orang makan kemain lagi mulutnya...

Sekejap je masa berlalu Haseena dah 6 bulan hari ni.... Membesarlah dengan sihat dan ceria selalu anakku..