Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 15, 2012

Amanlah dikau Dirang dan redhalah si ibu menghadapiya...

Sehingga hari ini, saya masih lagi merasai kehilangan Nurul Nadhirah @ Dirang yang dibunuh dengan kejam tempoh hari. Kehilangannya dirasai sama seperti arwah adik Faris walaupun caranya berbeza.

Ya, Dirang sebaya anak perempuan sulung saya. Justeru lagi kuatlah perasaan itu terbuai-buai. Cuma apa yang saya kesalkan, hingga ke hari ini ibu Dirang terus dicemuh kerana kelalaiannya menyebabkan kematian tragis anak kecil ini. Si ibu telahpun mengakui kesilapannya, maka kita sebagai masyarakat harus memberikan sokongan terhadapnya bukan menghinanya. Siapalah kita untuk meletakkan hukuman kepada si ibu. Dia telah pun menerima hukuman di dunia, sesalannya pasti tidak berkesudahan hingga ke nafas yang terakhir. Apakah kita juga mahu memberatkan lagi perasaannya. Yang sudah berlaku itu tetap berlaku dan kita hanya mampu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Kasihanilah ibunya, berikan dia semangat untuk meneruskan hidup walaupun bukan seperti sebelumnya. Pastilah kerinduan terhadap kemanjaan Dirang tetap melekat di hati. Tutuplah buku hitam itu, buka buku yang baru. Sebagai masyarakat kita juga bertanggungjawab sepenuhnya dia atas apa yang berlaku. Terkadang kita tidak perasan yang kita juga tidak begitu prihatin terhadap apa yang berlaku. Ubahlah sikap kita supaya kita dapat mengubah landskap kehidupan ini yang pastinya terisi dengan pelbagai ragam manusia yang adakalanya tidak mampu kita jangkakan.

Buat Roselyn, tabahlah dikau menghadapi dugaan maha hebat ini. Teruskan hidupmu, anak2mu yang lain memerlukan perhatianmu. Dirang tetap di hati kita semua, semoga dia tenang dan pastinya puterimu itu menunggumu di syurga yang abadi...

Tuesday, March 13, 2012

Sudah 35 minggu...


Alhamdulillah, minggu ni kandungan saya telah memasuki 35 minggu. Huhuuuu, ada beberapa minggu je lagi kan...

Sehingga kini berat badan saya telah mencecah 68kg. Hahah, setiap anak makin nampak gayanya berat badan saya ni. Dulu masa preggy kan kakak berat saya 63kg, adik 65kg dan InsyaAllah Nawal junior ni 68kg. 20hb Mac ni checkup lagi, tak tau la naik berapa kg... yang saya risaukan berat saya yang lebih2 naik bukan berat baby....

Masa rehat tadi saya sempat lagi membeli kain lampin buat tambah2 yang ada. Rasanya cukup la kut kalau dicampur dengan yang dah tersedia ada di rumah tu. Alhamdulillah, persiapan dah hampir 90%. Balik nanti nak semak lagi list, kut2 ada yang tertinggal. Oh ya, terima kasih pada Zila, Filza dan Fizan yang sangat la rajin menemankan saya ke Parkson tadi.

Cuma satu je barang besar yang masih belum dibeli................ playpen... InsyaAllah nanti ada kelapangan saya akan membelinya juga, tapi nampak gaya bukan dalam waktu terdekat ni. Suami masih sibuk, apa nak buat kan. Hujung minggu ni pun dia masih ada kursus sehingga Isnin. Hopefully masa saya nak bersalin nanti dia dapat kelonggaran untuk meluangkan masa bersama saya seperti 2 hari lepas. Sudah begitu lama Sabtu dan Ahad saya dan 2 puteri hanya di rumah. Dapatlah juga Sabtu lepas saya ziarah ibu saudara di Cheras yang tidak sihat dan akhirnya permintaan saya untuk makan stik tertunai. 2 hari di mana hati saya sangat berbunga2... lalalalala... :)

Saya cuma mengharapkan agar waktu2 yang berbaki ni dipenuhi dengan momen2 indah sebelum si kecil melihat dunia. Walaupun sebenarnya badan saya sudah tidak kuat seperti sebelumnya. Agak2 camne la rupanya Nawal junior nanti yer... Ramai yang cakap saya sudah hampir sangat untuk bersalin, kata mereka perut saya sudah nampak agak jatuh. Mungkin hujung bulan Mac ini, mana tau kan... Tunggu je la....

Friday, March 9, 2012

beg Parkson

Subuh tadi saya bangun seperti biasa untuk menyelesaikan beberapa tanggungjawab rumahtangga. Saya terperasan atas meja makan tu ada satu beg Parkson, fikir saya tentu barang suami yang hendak dibawanya ke office pagi nanti. Saya abaikannya.

Tapi, apabila saya mengumpulkan beg sekolah anak2 dia atas meja yang sama saya cuba menjengah isi dalam beg Parkson tersebut. Heheh, nak tau jugak apa barang yang akan dibawa dek En. Suami. Setahu saya dia bukan jenis yang suka bawak barang ke tempat kerja, dah namanya lelaki kan. Lain la macam kita ni, dengan bekas air la, makanan la dan entah apa2 lagi...

Eh, menda apa ni. Kaler lain macam je, tak pernah tengok pun baju dia kaler cenggini. Kalau dia bawak baju sejuk la, sebab sekarang kan musim hujan. Kut2 la tak tahan sejuk pulak suami kat office sebab setahu saya office dia memang aircond nya sangat la menyejukkan. Tangan dah mula bukak beg Parkson tu, sibuk je nak tau kan...

Ha? Ohhhh................... tiba2 saya senyum sampai ke telinga... Rupanya beg Parkson tu untuk saya...

Ya, hari ni hari jadi saya. Hadiah untuk saya sebenarnya, bukan barang yang akan dibawa ke ofis dek En. Suami. Huhuuuu, tiba2 saya sebak dalam gembira... Saya sempat snap gambar ni sebagai ingatan untuk hari jadi tahun ni... pagi tadi masa En. Suami wish untuk birthday saya yang ke 32, saya nak nangis sebenarnya. Tapi saya cover macam takde pape. Selepas saya ucapkan terima kasih, cepat2 saya keluar dari bilik. Nak iron seluar konon, huhuuuu...

Sayang, saya menghargai setiap detik waktu bersamamu. Semoga kita terus hidup bersama dengan izinNya, dipenuhi rahmat dan dikurniakan anak2 yang soleh/solehah. Saya juga mohon ampun dan maaf banyak2 atas segala salah silap terutamanya sekarang. Dalam keadaan yang sangat sarat pastinya banyak perkara yang tidak dapat saya uruskan dengan sebaiknya. Harap2 sayang tidak ambil hati atau seangkatan dengannya, namun percayalah setiap hari saya berazam dan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Saya selalu mengingatkan diri pada setiap hari bahawa mungkin hari ini adalah hari terakhir saya berbakti kepada orang2 yang saya sayang. Sebagai hambaNya mungkin juga ibadah saya ibadah yang terakhir. Itulah motivasi saya... Sesungguhnya saya sangat menghargai apa yang saya ada. Alhamdulillah....

Selamat hari lahir untuk diri sendiri... semoga saya menjadi yang terbaik kepada semua orang...

Tuesday, March 6, 2012

Minggu 34

Saya sudah memasuki minggu ke 34, hmmmm... tinggal berapa minggu je lagi saya akan bersalin. Oh saya sungguh teruja dan berdebar kerana 2 orang rakan saya telah selamat bersalin. Tahniah Shai dan Farah.

Tapi yang lebih mengejutkan saya ialah Farah, kerana due date dia tidak banyak beza dengan saya. Tup tup 3 Mac aritu Farah dah selamat melahirkan seorang hero, Muhammad Qaed Aflah di Hospital Serdang. Manakala Shai pula sekarang sedang diulit oleh Ufairah Shaheen. Saya.... jeng jeng jeng.... Hope semuanya berjalan dengan sebaik mungkin.

Sekarang saya sudah tidak betah tidur seperti sebelum ini, sangat tidak selesa walaupun sebelum ini katil saya tu sudah cukup baik buat saya. Tengah malam semalam semasa Inshirah merengek, saya cuba gagahkan diri bangun tapi ternyata saya tak sekuat yang disangkakan. Memang saya mengalami sakit tulang punggung sejak awal kehamilan tapi semalam buat pertama kalinya saya tak mampu nak berdiri tegak dan tiba2 terjatuh. Nasib baik terjatuh atas tilam bukan atas lantai. Kalau la atas lantai saya tak tahu apa yang akan jadi. Sakitnya yang amat sangat, tak mampu nak digambarkan. Sebelum ini tak pernah pulak rasa sakit sebegitu. Mungkin sebab tidur terlentang kut semalam, saya sendiri hairan masa terjaga tu macammana la saya boleh tidur dalam posisi camtu.

Nak ke bilik air pun terpaksa berjalan langkah demi langkah dengan sangat perlahan. Rasa cam nak meraung je. Alhamdulillah En. Suami tolong tengokkan dan buatkan susu Inshirah, kalau la terkena masa dia outstation ntah apa la yang nak dikatakan lagi.

Sebetulnya saya sangat penat dan mengantuk lately ni. Memang tak cukup rehat pun. Sejak daripada bulan 1 sampai la Mac ni saya sering ditinggalkan suami dek kerana tugasan luar yang menuntut En. Suami berjauhan daripada bunga2nya ini. Walaupun tidak rela tapi saya faham tugasnya begitu tapi saya sangat berharap supaya dalam minggu2 terakhir dan semasa berpantang nanti kami tidak ditinggalkan lagi. Sedihnya tiapkali kami berjauhan tapi mujurlah kandungan ketiga ini saya sedikit tenang berbanding kandungan kedua dulu.

Sebelum melahirkan si kecil ini saya berharap agar semua kerja2 pejabat dapat diselesaikan dengan baik, malah urusan2 rumahtangga juga berada di tahap A. Kalau tak dapat A, B+ pun ok la kan. Sekarang ni tinggal nak mengemas ruang kabinet dapur dan bilik jahitan di tingkat atas. Oh, saya terlupa pada kebun kecil yang sudah lama saya tak jenguk dibelakang rumah. Terlalu lama dah saya tak bercakap dengan pokok2 saya tu. Kan seronok ketika berpantang nanti semuanya clean & clear macam iklan syampu tu, heheh...

Thursday, March 1, 2012

Projek jahitan terakhir sebelum bersalin...


Sekarang saya sedang menghabiskan projek jahitan terakhir sebelum menyimpan Singer 8280 buat sementara waktu. Saya berusaha keras untuk menjayakan misi jahitan ini sedaya upaya walaupun saya hanya ada sebulan lebih untuk menyiapkannya.

Pagi tadi setelah menyiapkan beberapa tanggungjawab rumahtangga, saya menyambung jahitan lagi. Bermula 5.35 pagi hinggalah 6.15 pagi. Sesungguhnya badan saya penat bercampur mengantuk tapi saya suka melakukannya. Saya sangat berharap supaya usaha saya berbaloi. Nantilah bila dah siap saya akan upload apa sebenarnya projek saya ni.... Gambar yang ada ni cuma gambaran ajer. Oh ya, lupa pula saya nak upload gambar selimut kakak dan adik yang sempat saya siapkan minggu lepas. Tunggu la yer....


Tak mampu nak klik...

Sudah banyak kali saya menjengah FB abah kepada arwah adik Faris. Teringin benar nak melihat video2 dia. Ternyata saya tak mampu...... tak mampu nak klik pun video2 tu.

Bukanlah saya meratapi pemergiannya tetapi sebak di dada tidak dapat saya bendung. Airmata saya tumpah. Saya tidak kuat kan. Semalam, saya cuba klik pada video masa arwah pilih kasut. Saya hanya klik tapi saya minimizekan sebab langsung tak 'lalu' nak melihatnya. Saya perlahankan volume suara dan apabila sayup2 saya dengar suaranya saya terus tutup volume. Ternyata kemampuan saya sangat rendah...

Ya Allah... di situ sahaja hambaMu dapat lihat betapa tidak kuatnya hati ini. Sangat rapuh. Semoga Engkau berikan rahmat kepada arwah. Dan kepada kami yang masih hidup ini janganlah Engkau berikan ujian yang tidak mampu kami tanggung. Sesungguhnya kami sangat lemah. Berikanlah hidayah dan perlindungan kepada kami untuk terus menempuh cabaran hidup ini...